Thursday, December 27, 2012

Polemik Nama Allah Yang Tiada Kebenaran

MENYULUH LAHAD                                                                                                       

Hari ini 'geger gegak' (kalut) orang memperkatakan mengenai kalimah Allah. Ia bermula apabila kenyataan Lim Guan Eng semasa perutusan hari Natal yang menyarankan agar kalimah Allah yang sensitif disebut oleh orang Kristian itu diberikan kebenaran untuk dipakai oleh orang Kristian di Sabah dan Sarawak. Alasannya sebab sudah lama orang Kristian di sana mengguna pakai perkataan itu, kerana mereka menjadi kitab lama Bible sebagai panduan.

Nik Aziz berbual dengan paderi.
Ekoran pandangan Guan Eng itu ia menjadi penjang dan polimek apabila kenyaataan itu 'dikhianatjahat' (spin) oleh (sebut direcet lah ) Umno menerusi media PB nya, untuk kepentingan politik mereka. Umno sengaja melambung isu untuk menunjukkan Guang Eng membela Kristian. Tujuannya tidak sukar untuk difahami, ianya untuk dihubungi kaitkan tuduhan sebelum ini di mana DAP kononnya cuba mengembangkan Kristian di negara ini. Itu saja.

Mungkin Umno ada tanggungjawab untuk mempertahankan Islam dan sekaligus mengekang dakyah Kristian, tetapi cara yang dibuat itu kurang tepat sebaliknya menimbulkan masalah kerana Umno lebih bersuara atas sentimen politik untuk mempertahankan kuasa sekular bukan ad-den.



Dalam masa sama tujuan ia dipertikaikan kerana Umno mahu tenguk sikap PAS mengenai apa yang difitnahkan ke atas Guan Eng itu. Apakah PAS mendiamkan diri atau pun menyokong kenyataan Guan Eng yang sedia dikhianatjahatkan itu. Ternyata pancingan Umno dalam isu itu mengena. Beberapa orang pemimpin PAS pun bangkit ikut mengomen dan mempertahankan perkataan Allah dari versi Umno juga.

Di sini sekali lagi pemimpin PAS kurang berhati-hati dan terjerut dalam jerat dipasang Umno menerusi isu berkenaan. Sebaiknya pemimpin PAS tidak melayaninya dan cukup kalau ia disuarakan oleh Mursyidul Am saja kerana isu itu berbau berat dengan agama.

Antara yang memberi ulasan dan pandangan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman. Dalam ulasan mereka, kedua pemimpin PAS ini agak keras dan tegas agar penggunaan perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh Kristian. Kristian hendaklah menggunakan perkataan Tuhan atau God seperti mana lazimnya. Jangan guna Allah.

Orang di luar sana juga kena faham sikap atau ulasan Tuan Ibrahim dan Rani itu adalah bukan menandakan keadaan sebenarnya pendirian politik mereka atau PAS. Saya tidak fikir juga itulah pesepsi iman mereka terhadap isu itu. Tetapi itu adalah ulasan bagi menjawab pancingan Umno. Bagi saya jawaban itu hipokrit dan bertentangan dengan sikap politik PAS sebelum ini. Melihat kepada apa yang dipamerkan sebelum ini saya percaya isu penggunaan nama Allah itu bukan bahaya dan sampai boleh merosak akidah bagi PAS.

PAS tidak perlu pun marah dengan penggunaan perkataan Allah oleh Kristian itu. Kenapa saya berkata begitu, apakah kesalahan langsung kepada PAS kalau Kristian menggunakan perkataan itu? Apakah ia terus mencacatkan pegangan dan akidah umat Islam? Ia tidak memberi apa-apa impak. Lagipun sebelum ini bukankah pemimpin PAS sendiri memasuki ke dalam gereja Kristian dalam menjalani hubungan kemanusiaan dan politik? Pemergian ke gereja itu adalah sebagai pernyataan kemanusiaan dan keterbukaan dan prihatinnya umat Islam. Kehadiran itu lebih bahaya dari mendengar Kristian menyebut nama Allah.

Kalau PAS tiba-tiba merasa 'seriau' apabila Kristian menggunakan perkataan Allah, PAS sepatutnya terlebih dahulu 'seriau' dengan kedatangan pemimpin spritual mereka ke dalam gereja dan memberi bantuan kemanusiaan. Anihnya kenapa tidak begitu. Masa Abdul Hadi Awang atau Tokguru Nik Aziz melawat gereja yang terbakar satu masa dulu kenapa tidak ada bantahan terbuka dari PAS? Kenapa tidak ada kebimbangan atau tanggapan perilaku itu cacat?

Jadi kalau pemimpin PAS boleh masuk gereja, duduk dalam satu majlis sama dengan orang Kristiian, bermesyuarat mengenai negara, apa hal pula yang kita mahu larang dan halang mereka menggunakan perkataan Allah? Perkataan Allah ini bukan perkara baru dalam agama Kristian. Ia wujud sudah berabad malahan Kristian dulu yang menyebut Rabb atau Allah kerana ternyata mereka lebih awal lahir dari Islam. Hanya orang yang tidak mendalami sejarah agama saja merasakan penggunaan Allah itu sesuatu yang baru bagi Kristian. Di antara kitab-kitab rasmi agama Injil, Zabul, Taurat dan Quran yang mana dulu dizahirkan.

Seharusnya umat Islam negara ini berbangga apabila Kristian turut menyebut menyebut Allah. Langkah itu secara tidak langsung mereka sudah kembali kepada keasalan Kristisan yang mana menyebut nama Allah atau menggunakan istilah-istilah yang sama dengan diguna pakai oleh Islam selepasnya. Tindakan Kristian yang mahu menyebut nama Allah bagi saya satu keinsafan dan pengembalian mereka kepada sejarah keagamaan. Sedar atau tidak agama itu juga sedang mencari dinimaknya tersendiri. Bagaimana pun ia tetap salah dan termansuh dari persepktif Islam selepas zahirnya Quran.

Baik saya katakan, kerana lagi banyak orang menyebut nama Allah kita orang Islam akan menjadi lebih kerap berdebar, gemuruh dan ketakutan (insaf) bila nama itu disebut?  Itu sepatutnya berlaku; di mana bila disebut saja nama Tuhan kamu (Allah) maka kamu akan bergementar.

Tanya diri kita apakah bila nama itu disebut kita bergementar? Kalau tidak, ertinya kita sendiri tidak sampai atau penghayatan kita kepada Allah tidak mencecah ke dasar. Kita hanya berada atas awan-awanannya di sebalik nama Allah itu. Tidak ada guna kalau kita menyebut nama Allah beribu kali kalau ia tidak memberi kesan atau membawa apa-apa vibrate kepada kehidupan kita. Faham pernyataan ini elok-elok.

Saya faham kenapa ada yang bimbang kalau kebenaran menggunakan nama Allah dibenarkan kepada Kristian. Ia dibimbangi akan mempengaruhi permikiran umat Islam yang cetak dan lemah iman, generasai baru. Mereka persis ini akan beranggapan Allah disebut Kristian itu akan mengelirukan umat Islam kerana Allah disebut Kristian itu berbeza dari segi pemahaman dan iktikad ketuhanannya dengan Islam.

Sebenarnya kalau kita faham Allah itu sebenar-benarnya kita tidak perlu bimbang. Sebab tidak akan ada perbezaan dari segi sebutan pengertian dan hakikat sebenarnya di antara Allah disebut oleh Krisitan dengan dengan disebut oleh kita. Pengertian dan makna Allah itu tidak akan lari. Bahawa Allah itu adalah Yang Maha Esa, yang mempunyai 20 sifat dan 99 nama lain. Yang memiliki zat, sifat dan asma yang sama.

Yang berbeza ialah dalam pengertian Tuhan. Tuhan bagi kita ialah Allah yang mempunyai sifat-sifat disebutkan tadi. Yang esa dan tidak diperanakan. Yang gagah perkasa dan sebagainya. Tetapi berlainan dengan Tuhan dalam pemahaman Kristian, yang ada anak, ada ibu dan ada bapak, konsep Trinitis. Mereka menganggap Isa al Mashi itu sebagai Tuhan. Ada perbezaan di sini.

Kita jangan terkeliru bahawa Allah itu adalah Tuhan Kristian, bukan, Allah nama Tuhan umat Islam yang pengertian; atau zat, sifat dan asmanya tersendiri.Yang bukan mahadith (baru) tetapi qadim (kekal) selama-lamanya. Makanya apabila Kristian menganggap Nabi Isa sebagai tuhan (dalam pengertian dan makna sebenar) ia adalah salah.

Orang yang mempelajari dan mendalami ilmu ketuhanan tidak akan mudah terkeliru dan merasa cuak dengan apa yang berlaku. Ia tidak membimbangkan sama sekali, sebab menyebut nama Allah oleh pihak lain samalah juga dengan udara dan air laut ini tidak akan habis walaupun diambil oleh sesiapa pun. Bahkan udara dan air laut itu turut memberi manfaat kepadanya, baki lagi apakah ia sampai kepada hakikat atau tidak terserah maklum kepadanya.

Jadi kenapa harus diributkan mengenai penggunaan nama Allah itu. Ia sesuatu yang tidak patut apa lagi disebabkan kejahilan dalam mentafsir subjek itu boleh menimbulkan perbalahan ummah. Tidak ada kandati pun sebesar misai Mahathir. (Mahahthir tak ada misai).

Mengenai ada cadangan supaya gubal undang-undang mengelakkan Kristian guna perkataan Allah, ataupun fatawa melarang Kristian dan mana-mana pihak bukan Islam dari menyebut perkataan tertentu, seperti masjid, zikir, tahlil dan sebagainya, bagi saya satu tindakan yang belum tamadun. Tindakan itu menggambarkan kita yang menganut Islam ini tidak faham akan universl Islam. Tindakan itu juga kolot dan ego dan beperasaan kitalah makhluk hamba yang terbaik? Kita sering berilusi syurga hanya untuk kita anak beranak.

Tindakan mencegah begitu hanya dilakukan oleh mereka yang berjiwa kecil dan nipias iman. Yang sempit dalam memahamai sesuatu mengenai dunia, diri dan ilmu ketuhanan. Maka yang terbaik semua pihak berkuasa dalam agama, memberi kesedaran, didikan, terbiah ajaran Islam yang syumul kepada umat Islam. Sekolah, univeristi dan institusi Islam bukan saja setakat memberi ilmu farduin dan sejarah Islam atau sirsah Rasulullah s.a.w. tetapi harus juga mula membuka ruang ke dalam ilmu tasauf (hakikat) yang universal dalam mengenal agama dan Allah yang hakiki.

Hari ini banyak ustaz muncul untuk memberi didikan dan khnowledge agama Islam, tetapi semuanya berkisar kepada hal ehwal fardu ain saja. Kegiatan fardu ain hanya berlingkar kepada ritual agama tetapi tidak mencecah dasar dan hakikat agama sebab itulah bila kita dihadapikan dengan isu-isu seperti penggunaan nama Allah oleh pihak lain kita gelabah dan panik macam mat rempit telan pil kuda.

Penganut Islam di Malaysia ini banyaknya Islam kulit sahaja. Islam pandanga-pandangan dan Islam rasa-rasaan atau Islam baka-bakaanya. Kita tidak boleh menerima Islam sebagai hak kita yang kononnya orang sejati tetapi harus dikongsi dengan sesiapa saja. Bagi saya perkongsian nama Allah ataupun apa jua istilah agama (ritual) tidak perlu dipertikaikan kerana ia tidak menjejaskan kecurian dan kemurnian iman dan Islam kita. Apa maksud kata Allah; dia jadikan manusia ini berbangsa-bangsa dan untuk dikenali. Kenapa apa? Cari dan mengembaralah ke dalam hutan belantara diri.

Allah itu hanya nama kepada Tuhan, ia bukan Tuhan sebenarnya. Yang penting ialah memahami dan mengerti (mencari) akan hakikat Tuhan (Allah) itu. Dalam hubungan ini nama Tuhan (Allah) itu bebas digunakan oleh sesiapa, seperti mana orang politik hari ini berebut untuk menggunakan nama negara (Malaysia) sebagai tag line. Umno menggunakan 1 Malaysia, Pakatan menggunakan slogan "Malaysia Baru"... keduanya tidak menjadi kesalahan mengambil dan mengguna nama itu, yang penting ialah apakah erti dan masud serta praktis-prsaktis di dalam Malaysia yang digunakan itu.

Polemik mengenai penggunaan nama Allah ini hendaklah dihentikan segera kerana cara atau sebab musabab kita berdebat mengenai isu itu membolehkan kita akan diketawakan oleh bangsa beragama lain di luar sana yang mana mereka sudah lama terlepas dari tersesat didalam gua istilah atau pun sudah lama terlepas dari membicarakan syariat agama, hanya kita masih terkial-kial seperti kera ditambat di 'selongen'. Selongen ialah tempat kera ditambat.

Masa kini dengan terpegang al Quran dan Hadith ditangan bukan lagi masa kita hendak menyanyikan lagu Tuhan atau ketuhanan tetapi kita mahu berjumpa denganNya sendiri dalam erti kata sebenarnya seperti mana maksud sebuah Hadith orang beriman akan berjumpa dengan Tuhannya secara berdepan setelah mati kelak. Ayuh... [wm.kl.11:15 am 17/12/12]

26 comments:

  1. Tuan MSO,
    Satu ulasan yang baik. Muga-muga penganut agama Kristian yang membaca kitab mereka yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dapat menyelemi maksud nama tuhan (Allah) itu.

    ReplyDelete
  2. Tolong bagi tau kat Tuan Ibrahim dan Hj Rani serta pemimpin PAs yang sewaktu dengan mereka bahawa di Lebanon, Syria, Egypt dan negara-negara Arab lain, orang Kristian juga menyebut nama Tuhan mereka sebagai Allah. Dekat kampung saya China-China tua pun selalu menyebut..."Jangan buat jahat nanti Tuhan Allah marah...." Dalm filem Sarjan Hassan, apek yang melakunkan watak orang perantaraan pun menyebut perkataan yang sama.

    Janganlah main politik ikut rentak UMNO. Kalau boleh biarlah semua manusia menyebut ALLAH sebagai Tuhan mereka. Barangkali suatu hari mereka akan mendapat hidayat dan mengenali ALLAH yang Esa yang disembah oleh kaum Muslimin/muslimat

    ReplyDelete
  3. Sdr MSO

    Satu ulasan yg cukup bernas, moga2 ianya membuka satu lambaran baru dlm memahami konsep ketuhanan.

    ReplyDelete
  4. Umno melalui media PB nya akan terus mencipta propaganda jahatnya siang dan malam......Ingatan buat pimpinan PR agar tidak mudah terpedaya dengan tipu daya dan helah yg dilakukan oleh syaitan yang dikenali. Kebijaksanaan dalam tindakan akan menggagalkan usaha mereka.....

    ReplyDelete
  5. Tuan MSO,

    Saya bersetuju bersetuju bahawa dalam isu ini dan isu seumpamanya yang menyentuh perkara Islam, tidak semuanya pemimpinnya layak mengulas isu tersebut apabila ia mempunyai muslihat politik yang tinggi.

    Dr. Rani sepatutnya tahu hakikat ini tambahan beliau bukan ahli bidang ugama. Tuan Ibrahim pula, walaupun berkelulusan ugama dan mempunyai kemampuan menjawab isu-isu ugama, ilmu politiknya tidak setinggi TG Nik Aziz atau TG Haji Hadi yang boleh mengulas isu ini dari segi ugama dan siasah Islami.

    Isu ini juga menampakkan PAS perlu mempunyai mekanisma dan garis panduan kepada pemimpin-pemimpin mengenai kelas-kelas isu yang mereka boleh ulas tanpa menjejaskan politik Islami PAS.

    Pemimpin-pemimpin profesional seperti Dr. Rani, Husam, mustapha Ali dll ada kelas isu yang boleh diulas. Pemimpin seperti Tuan Ibrahim,Nik Amar dll ada kelas isu yang boleh diulas.

    SAtu kelas isu khusus perlu dikenalpasti yang hanya boleh dijawab oleh pemimpin-pemimpin taraf TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi.

    Bagi setiap peringkat atau kelas isu, satu panduan ringkas perlu ada yang menitikberatkan natijah yang perlu dicapai dengan ulasan-ulasan ini.

    bat8


    ReplyDelete
  6. ako setuju padangan saudara Asrul Sani...apakah dengan berkalimahkan Allah sama dengan orang Islam terjejas ke akidah orng Islam tu? Ako rase tidak...

    ReplyDelete
  7. Assalam tuan,
    Nampaknya PAS dan UMNO sama saja dalam isu ini untuk pegangan politik lapuk mereka,jelas sekali DAP lebih kehadapan.Saya ingin mengingatkan kepada pemimpin pas dan umno..adakah nabi kita Muhamad saw pernah melarang orang bukan islam menyebut nama ALLAH?? di mana mufti mufti dalam isu ini??tolong jelaskan kepada masarakat yang telah keliru.

    ReplyDelete
  8. Segala yg ada di langit dan dibumi milk Allah.

    ReplyDelete
  9. Sdr MSO,

    Tuan Ibrahim dan Dr Rani sedang mempromosikan diri mereka..sayangnya ke tahap yang menampakkan mereka bukan smart politician.

    ReplyDelete
  10. Satu ulasan yang ilmiah, sarat dengan perkara-perkara yang perlu diperhalusi oleh ahli-ahli agamawan dan akademik.

    ReplyDelete
  11. Sejak saya bebaskan untuk memberi komen, banyak komen yang diterima dan rata-rata berkualiti. Tetapi dicelah-celah itu ada juga pengomen yang nakal dan tidak mencapai standard sebenarnya. Pengomen yang mengada-ngada atau pun menggunakan nama pena yang jelek saya tidak akan layan. Kalau anda tidak suka masukkan nama anda, elok pakai Anoymous saja. Tetapi sebaik-baik akhlak ialah dengan memasukan nama sebenar, itu lebih menggembirakan saya. Wassalam.

    ReplyDelete
  12. As-salam...

    Tiba-tiba gatal pulak jari-jemari ini nak menaip...

    Dari apa yang saya faham, pihak gereja mahu guna kalimah "Allah" atas alasan di Sabah dan di Sarawak mereka dah lama guna kalimah tersebut di gereja-gereja mereka.

    Alasan tersebut MUNGKIN ada kebenarannya kerana kita sedia maklum dengan dasar Bahasa Kebangsaan yang pernah dilaksanakan satu ketika dahulu.

    Apa yang saya tak faham ialah apabila ada seseorang/segolongan dari kalangan ahlil politik umat Islam di Malaysia ini MUNGKIN kerana hendak memenangi hati (baca: UNDI) golongan minoriti ini telah menokok tambah hujah pihak gereja tadi dengan menyatakan bahawa orang kristian di negara-negara Arab telah lama menggunakan kalimah "Allah".

    Bagi saya hujah kedua ini tidak salah tetapi mengapa perlu berperangai bak kata orang tua-tua "lebih sudu dari mangkok".

    Bab ini yang benar-benar mencelarukan pemikiran. Hujah pihak gereja tadi MUNGKIN tak begitu kukuh tiba-tiba ada di kalangan umat Islam yang menambah perasa lantas menguatkan hujah mereka.

    Berkenaan dengan hujah kedua tadi, saya rasa kita perlu bersungguh-sungguh mengkaji kebenarannya dari segenap aspek. Contohnya kristian aliran mana yang guna kalimah "Allah"? Khatolik kah? Protestan kah? Ortodoks kah? Mormon kah? Di Eropah mereka guna kalimah apa? Kalimah "Allah" ke? Kalau bukan, kenapa pula yang di sini beria-ia sampai bawa ke mahkamah?

    Kalau hujah tersebut berdasarkan ayat al-Quran yang mafhum lebih kurang begini "kalau ditanya kepada orang kafir siapakah tuhan necaya mereka mengatakan Allah", kita harus ingat bahawa ayat tersebut diturunkan di Semenanjung Arab. Tak pernah sampai pula ke pengetahuan saya adanya adanya ayat al-Quran yang diturunkan di luar jazirah Arab.

    Orang Arab pada zaman itu tahu bahawa tuhan=Allah. MUNGKIN ini kesan dari ajaran Nabi Ibrahim a.s. melalui Nabi Ismail a.s. Sayangnya mereka telah sesat dari jalan yang lurus...

    Akhir sekali marilah kita meraikan kepelbagaian tingkatan keimanan di kalangan umat Islam. Ada yang imannya setinggi dan seteguh gunong. Ada yang statik tak turun dan tak naik. Ada yang naik-turun. Ada yang senipis kulit bawang. Ada juga yang Islam kulit aja. Al-Hamdulillaah jika iman kita setinggi dan seteguh gunong. Masalahnya ialah bagaimana kita nak bantu yang Islam kulit sahaja ni? Adakah membenarkan gereja menggunakan kalimat "Allah" dapat membantu meningkatkan keimanan golongan ini?

    Wallaahu a'lam.

    ReplyDelete
  13. Saya pernah tinggal di Dubai 3 tahun. Rata-rata orang Arab Islam, Kristian dan lain-lain menggunakan istilah Allah untuk Tuhan. Begitu juga dengan ucapan Assalamualaikum. Tidak pula ianya menjadi isu bagi Arab beragama Islam. Jadi, dimana ghalibnya orang Melayu hendak mengeksklusifkan oenggunaan kalimah Allah untuk Islam sahaja?

    ReplyDelete
  14. Tuan MSO, di dalam Kitab tafsir Al Azhar karangan Buya Hamka, ada diterangkan dgn detail asal usul nama Allah itu di ambil...kupasan yg sgt menarik dr Buya Hamka. Sesiapa yg membaca kupasan berkenaan akan faham kenapa TGNA kata org kristian bole saja memanggil dgn nama Allah.

    ReplyDelete
  15. Setuju. Yang paling penting ialah sejauhmana penghayatan, pemahaman, keyakinan dan iktikad kita kepada Allah Yang Maha Esa Tuhan kita, Tuhan org 2 kristian, Tuhan org 2 Yahudi dan Tuhan sekalian alan yang memiliki segala sesuatu di bumi dan di langit.

    Kami di Sabah tidak pernah pun terkeliru mengenai penggunaan nama Allah ini oleh rakan-rakan Kristian di sini walaupun telah sekian lama...

    ReplyDelete
  16. Setuju. Yang paling penting ialah sejauhmana penghayatan, pemahaman, keyakinan dan iktikad kita kepada Allah Yang Maha Esa Tuhan kita, Tuhan org 2 kristian, Tuhan org 2 Yahudi dan Tuhan sekalian alan yang memiliki segala sesuatu di bumi dan di langit.

    Kami di Sabah tidak pernah pun terkeliru mengenai penggunaan nama Allah ini oleh rakan-rakan Kristian di sini walaupun telah sekian lama...

    ReplyDelete
  17. Bagi saya, kita sebagai orang yang cetek ilmunya biarkan orang yg lebih ilmunya dalam agama untuk menjawab berkenaan isu ini. Kita kena faham orang politik nie dia sebut sebab ada keuntungan politik bagi dia. Kita nie pulak janganlah ikut membenarkannya atas dasar menyokong pihak tersebut. Serahkan saja isu kalimah Allah ini kepada pihak yg berautoriti seperti jabatan agama negara ini.

    ReplyDelete
  18. Aku bersaksi TIADA tuhan selain ALLAH dan aku bersaksi Muhamad itu pesuruh ALLAH..

    Ilmu Hakikat yg patut kita belajar dr asas agama..

    ReplyDelete
  19. Tuan Mso, saya yakin ada hikmahnya kenapa TGNA berpendirian demikian, sesiapa saja yg mengetahui dari mana datangnya kata dasar utk perkataan Allah itu ..dia akan memahaminya dgn jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ingat jugak yang TGNA tu ahli politik. Seeloknya serahkan saja kpd bkn ahli politik spt jabatan agama utk selesaikan isu nie.

      Delete
  20. Salam Tuan MSO. Saya terpanggil lagi untuk membuat sedikit catatan mengenai isu ini.

    Akhir-akhir ini rakyat semakin sering di hidangkan dengan isu-isu sensitif berkait dengan hubungan antara agama dan kaum oleh mereka-mereka (orang politik berminda kabur) Sesungguhnya isu ini terlalu tajam terhadap keharmonian beragama dan kaum di negara ini yang masih senipis kulit bawang.

    Walhal kita telahpun diberikan pelajaran melalu peristiwa hitam 13 Mei 69. Selain itu peristiwa rusuhan kaum (menghampiri agama) di Sabah 1986 meletus di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Letupan 7 bom dalam rusuhan ini meragut 5 jiwa amat berguna untuk diambil iktibar. Walaupun punca utama rusuhan ini ialah perebutan kuasa politik antara BERJAYA (kononnya mewakili Islam) yang kalah pada pilihanraya 1985 kepada PBS (kononnya mewakili masyarakat Kristian), tetapi disebabkan pengeksploitasian isu-isu agama banyak rumah-rumah ibadat yang menjadi mangsa. Syukur alhamduliLlah, dengan sikap saling menghormati, memahami antara satu sama lain, kini kami di Sabah dapat hidup dengan sangat harmoni. Tidak ada sekelumit pun perasaan mencurigai sepertimana yang cuba ditiup oleh orang-orang politik berminda cetek pada masa ini.

    Saya bercadang, daripada ISA digunakan untuk hal-hal yang tidak layak, lebih baik ISA digunakan untuk menahan mereka-mereka yang bermulut celupar yang sangat membahayakan keharmonian negara.

    Terima kasih. Sabdil, Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  21. Allah untuk semua. Soalnya, dr mana datang asal usul nama Allah dlm bible. Yg tiba2 sibuk nak guna Allah dlm versi melayu tu kenapa. Kitab 'asal' vatican, ada pakai nama Allah? Tak de kan. Kitab kuno eg yahudi guna elohi (perjanjian lama). Pakai yg tu la. Kristian patut jwb terjemahan God pd Allah dtg dr sumber mana sblm nak guna Allah dlm bible versi melayu. Mrk sbnrnya tak ada nama khusus untuk tuhan mereka. Katalah mrk nak pakai jugak untuk ikut bahasa ibunda, jadi kalau kat jepun, china nama tuhan mereka pun berubahlah. Nama tuhan boleh berubah ubah...bayangkan. Dgn segala macam maksiat, anak anak muda yg rapuh imannya, desakan hidup...pemangkin pd murtad. Mungkin satu hari nanti akan ada sambutan maulid utk nabi isa ganti krismas. Scr peribadi saya x ada halangan, cuma itulah, mana sumber nama Allah tu diambil.

    ReplyDelete
  22. Nama ALLAH adalah hakNya. Tentulah selayaknya kita nisbahkan tuhan/ god/ pencipta/ pemilik langit & bumi kepada Allah. Pastilah Allah lebih suka dipanggil dengan namaNya yang diberi tahu sendiri olehNya berbanding nama-nama lain.
    Kita di Malaysia ini cepat tersentak tak tentu fasal kerana kita ini tidak faham apakah ertinya Islam itu. Rata2 umat Islam hanya belajar Islam di sekolah. Ada juga hanya belajar tasawwur sahaja. Selepas SPM, habislah belajar agama. Itupun yang disentuh hanya bab2 basic sahaja. Ada yang tak tahu pun bab2 lain seperti dakwah, jihad, tasawwuf atau belajar bahasa arab. Al- Quran pun tak difahami sepenuhnya. Bahagian mengaji atau tarannum mungkin hebat, tapi apa guna hebat berlagu jika isi tak difahami. Itu yang apabila disebut hudud, terkejut. Kenapa? Tak pernah faham al-Quran.
    Akuilah. Kita orang Melayu adalah yang paling malas belajar agama setiap hari & kita ingat kitalah yang paling faham agama.
    Malulah dengan muallaf di Malaysia yang lebih banyak belajar dan paling giat buat dakwah untuk agama.
    Contohi Imam Suhaib Webb, Yusuf Estes dan lain2. Dalam satu majlis, Imam Yusuf Estes Islamkan lebih 1000 orang di Jerman. Dan tiap2 majlis ilmu yang disampaikan, pasti ada yang memeluk Islam.
    Kita di Malaysia selalu jadi fitnah untuk agama Islam. Terutamanya golongan berpolitik.
    Insaflah kita.
    -DK-

    ReplyDelete
  23. Saya bersetuju benar pandangan 2 komen terakhir ini. Saya berpandangan ahli politik nie tak timbulkan sesuatu isu tanpa ianya memberi keuntungan kepada survival politik mereka. Mereka tak peduli impaknya nanti kepada masyarakat, asalkan ianya memberi benefit kepada mereka.

    ReplyDelete
  24. salam tuan,

    Nama ayahnda Rasulullah SAW ialah Abdullah... yang bererti Hamba Allah... nama ini zahir jauh sebelum datangnya islam bersama nabi.... kenapa perkataan Allah untuk bukan islam menjadi isu pulak di Malaysia ni....sepatut itulah fitrahnya...kerana Allah adalah tuhan sekelian alam...tuhan kpd semua manusia tak kira apa bangsa pun...tetapi agama yang wajib diikuti selepas turunya al Qur'an dan kenabian Muhammad SAW adalah Islam

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum..
    bg saya xsalah mana2 agama nk merujuk ALLAH sebagai tuhan sebab ALLAH adalah tuhan utk semua manusia..tp kenalah faham maksud ALLAH tue sesuai ngan surah al ikhlas
    Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4)
    kesimpulannya ALLAH xboleh dirujuk sebagai tuhan yg ada tiga unsur(triniti)...

    ReplyDelete