Dari semalam lagi saya nak buat teguran sedikit kepada setiausaha akhbar MB Kelantan Fadli Shaari yang pada saya ada ketikanya beliau tidak relevan untuk menjawab segala permasalahan berkaitan kerajaan dan parti yang diluruhkan di kaki bosnya, Tokguru Nik Aziz.
Fadli: Perlu berwaspada. |
Jawaban yang hendak disampaikan menerusi media massa perlulah kemas, bukan saja dari segi bahasa tetapi susunan ayat-ayat yang digunakan, dan lebih-lebih fakta dan hujah perlu dipastikan ia akan mematikan isu bukan menjadikan ia bertele-tele. Dalam politik jika kita ingin memukul sesuatu kena pastikan apa yang dipukul itu terus mati dan kayu pula tidak patah.
Saya timbulkan ini kerana ada sesetengah penjelasan dibuat oleh Fadli tidak padan dengan diri dan 'kederat'nya. Maksudnya beban yang cuba dipikul bagi meringankan diri Tokguru tidak layak ditanggungjawab olehnya. Disebabkan keadaan itu menyebabkan isu yang cuba dijawab itu bukan saja tidak selesai tetapi mendedah kelemahan lain dan menambahkan masalah lain pulak.
Saya terus mengambil contoh berhubung isu dibangkitkan oleh blog kemudian dipetik oleh media PB (Utusan Melayu), dalam isu ini bukan saja Fadli tetapi orang lain juga simpati kepada Tokguru kerana dipermainkan begitu sekali. Maka Fadli cuba menjawabnya untuk menghentikan isu berkenaan. Niat dan usaha itu terpuji.
Dalam menjelas dan menjawab isu itu, dua perkara atau pendekatan diambil, pertama dengan mengancam untuk saman media berkenaan dan mana-mana individu yang 'mabuk todi' dengan isu tersebut. Fadli boleh menjawab atau memberi tahu hal pertama itu. Tetapi langkah kedua cuba memberi penjelasan secara terperinci mengenai kronologi bagaimana tanah seluas 10,526 hektar kepada pemimpin DAP itu nampak kekok dan "berat" sedikit.
Dengan memberi kronologi itu Fadil mengira dapat difahami mengenai status tanah berkenaan. Tetapi apabila ia mendedah perkara yang tidak perlu seperti mana surat kelulusan / persetujuan Awang Adek Hussein tentang apa dipohonkan oleh YIK itu ia memberi kesan lain. Rasanya tidak perlu surat Awang Adek itu. Isu di sini ialah sedikit saja, tuduhan yang pemberian tanah itu untuk mendapatkan jawatan MB Perak menerusi Nizar Jamaluddin. Itu isunya. Dengan cuba mengaitkan Awang Adek alias UMNO terlibat dalam kelulusan tanah itu ia tidak tepat dan sedikit 'ngor'.
Fadli sepatutnya berputar di sekitar itu di mana ia telah turut terjelas dalam kronologi itu. Pendedahan Awang Adek itu tidak perlu sebab orang tahu siapa yang berhak dan berkuasa memberi tanah berkenaan. Apakah surat atau dokumen itu ingin melawan dokumen pemilikan syarikat dan kertas bukti pembelian tanah oleh pemimpin DAP itu seperti mana didedah?
Tidak semuanya dokumen dilawan dengan dokumen, apa lagi dokumen yang dibalas itu akan diambil musuh untuk melayak kita balik. Bagi saya fitnah itu perkara remeh walaupun kesan tindakan besar, menyaman balik di penuduh. Fitnah sebegitu terlalu banyak berlaku dan akan berlaku. Menjelang pilihan raya makin banyak buah-buah fitnah digugurkan di kaki Tokguru.
Tokguru Nik Aziz boleh selesai segala tuduhan itu dengan menjawab secara mantik saja, katakan bahawa apa didedahkan Utusan itu fitnah belaka dan ini tidak perlu di'kulasah'kan kerana semua orang mengetahui bahawa akhbar berkenaan adalah fitnah. Kita sudah menolak Utusan sebagai Abu Lahab atau pun Abdullah Bin Ubai, tetapi kenapa dalam keadaan tertentu kita masih menganggap ianya Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali?
Kadang-kadang saya tengok baik Tokguru atau pun pemimpin Pas lain tidak dapat membuang Utusan seperti mana ibu tua yang serba salah untuk membuang kucing yang sudah lama tidur dalam selimutnya. Dalam fanction tertentu Utusan masih dipanggil dan dilayan seperti tetamu. Dalam hal ini Keadilan lebih konsisten dalam bermusuh dengan kertas penyebar fitnah nombor 1 ++ itu.
Berbalik kepada isu tanah tadi, melihat cara Fadli menjawab isu itu bukan menyelesaikan tetapi merusutkan keadaan atau memakan diri sendiri.
Lagipun saya rasa isu-isu seperti itu dianggap besar dan menyentuh dasar dan polisi kerajaan tidak elok dijawab oleh setiausaha akhbar. Bukan orang berjatawan setiausaha akhbar layak menjawabnya. Sepatutnya MB mengarahkan setiausaha politik, setidak-tidaknya ataupun pengerusi tanah Kelantan atau mana-mana exco bagi menjelaskan perkara itu ataupun Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) sendiri kerana ia menyentuh soal YIK.
Jawaban dan penjelasan dari pengerusi tanah yang kini dipegang oleh TMB Ahmad Yaacob atau Pengarah YIK lebih kemas dan menyakinkan. Ia juga nampak serius. Lainlah kalau MB mahu dilihat isu itu kecil maka orang kecil dan kurang berkelayakan seperti Fadli menjawabnya. Tetapi kalau itu maksdunya ia tidak sampai kerana orang kecil kurang hemah dan politikingnya.
Keadaan sama pernah berlaku sebelum ini di zaman Wan Ismail Wan Jusoh menjadi setiausaha akhbar dan Husam Musa menjadi setiausaha politik MB. Banyak isu-isu yang timbul disekeliling Tokguru di mana ia memerlukan jawaban Togkuru tetapi digalang ganti menjawabnya oleh mereka berdua. Kerana kerajinan dan 'kelacatan' mereka menyebabkan seolah-olah mereka menjadi MB dan ada kalanya mulut mereka lebih panjang dari MB.
Saya masih ingat macam mana Wan Ismail boleh bercakap mengenai isu pembalakan dan urusan tanah negeri di mana perkara itu adalah di dalam bidang kuasa mutlak MB sedangkan tugas beliau hanya menggunting akhbar.
Perkara-perkara sebegitu mengenai dasar dan polisi kerajaan tidak boleh dijawab oleh pegawai seperti setiausaha akhbar kerana ia memerlukan autoriti dan responsibiliti. Setiausaha akhbar tidak mempunyai kuasa dan tanggungjawab itu. Misalnya mana boleh tukang kebun untuk menjawab dan menjelaskan masalah silibas sekolah, walaupun mereka menjadi penjaga kebersihan sekolah berkenaan. Masalah silibas dan pendidikan hanya guru besar saja berhak dan ada autoriti untuk menjawabnya.
Untuk masa akan datang demi menjaga standard dan integriti sebuah kerajaan Islam semua pihak perlu beringat dan berhati-hati. Pihak Fadli kalau pun beliau diarah oleh Tokguru untuk memberi apa-apa penjelasan tidak seharusnya beliau terus ambil pen dan keras menjawabnya. Beliau perlu rujuk kepada setiausaha politik, atau setiausaha sulit kanan (SUSK) MB terlebih dahulu. Rujuk kepada setiausaha politik bagi mengetahui implikasi politik, rujuk kepada SUSK untuk mengetahui apakah status atau kesan dari segi peraturan dan undang-undang.
Bukan bererti bila Tokguru minta sdr menjawab ia bererti sdr kena buat kenyataan dan hantar ke media massa tanpa melalui saringan dan semakan mana-mana pihak. Tugas mutlak sebagai seorang setiausaha akhbar ialah mengunting akhbar, membuat ucapan kepada MB di mana isi ucapan itu juga harus menerusi setiausaha politik, SUSK ataupun pihak pihak penggubal dasar dan polisi kerajaan. Itu tugas mutlak, dan bukan turut memberi pandangan dan idea sendiri. [wm.kl.8:29 am 26/12/12]
tahniah..saya pun kurang berpuas hati dengannya, penyataannya dalam fb tok guru kurang bijak bagi saya. adakah dia yang selalu update fb tok guru??? kalau ya, perlulah secara bijak dan berhikmah. boleh updated pasal kesilapan orang tapi sertakan juga nasihat2 dan hujah(nas) yang bernas, bijak dan mudah faham...ade masalah ade penyelesaian dan bukti.
ReplyDeleteSebab itu ilmu didada itu penting. Jangan luaran saja nampak cerdik, kat dalam pun kenalah cerdik jugak
ReplyDeletebenar sekali Tuan MSO , org yg punya duit yg banyak ,..tak akan mengira sangat berapa juta dia akan hangus utk bayar saman..asalkan mereka dpt membina persepsi baru utk musuhnya,itu sudah menjadi salah satu matlamat utama mereka ,lebih2 lagi dekat pilihanraya ini. Walaupun begitu, Di samping hujah balas yg kuat dan kukuh, saman juga perlu utk membuktikan fitnah itu sememangnya semata-mata fitnah yg tidak betul.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteAmbo bersetuju amat dengan nasihat Tn Hj. MSO. PM, MB, Menteri Kabinet, Exco dan CEO-CEO sewajarnya cemerlang dalam perihal menangani isu di atau dengan media.
Contoh terbaik bagaimana cara nak 'berurusan' dengan press ialah semasa TDM menjadi PM dulu.
Secara ringkasnya; setiap jawapan/penjelasan yang diberikan sepatutnya mampu membunuh 6 soalan sediada dan akan datang, dan bukannya mengundang 10 soalan baru yang boleh melemahkan kita.
Tajuk yg diberikan agak berlebihan yg menyebabkn SU Akhbar semacam melenting dan response dlm facebook.... saya setuju sebhg drp tulisan MSO...
ReplyDelete