Sunday, January 20, 2013

Orang Kelantan Bukan Rakyat Negeri Beringin Rendang

ULASAN                                                                                                                           

Najib Razak terus memperolok-olok dan mempermainkan rakyat Kelantan dengan mengulangi beberapa tawaran yang hendak diberikan kepada rakyat Kelantan sekiranya Umno berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS. Tawaran dan jani itu telah dibuat setiap kali dia memijak bumi Kelantan. 

Najib: Buat tawaran lagi.
Baru sekejap tadi Najib sekali lagi berjanji akan membina lebuh raya dari Kota Bharu - Kuala Krai. Pembinaan itu katanya akan dibuat secara berperingkat-peringkat. Pembinaan lebuh raya itu termasuk dalam tujuh perkara di mana tiga darinya adalah janji baru yang dibuat sempena kunjungan ke Kelantan hari ini.

Janji atau tawaran lain ialah pembinaan sebuah stadium memandangkan perkembangan bola sepak di Kelantan kini memberangsangkan dan juga pembinaan rumah untuk rakyat sebanyak 3,000 unit.

Beliau juga sekali lagi menjanjikan hendak menyediakan kemudahan air bersih di Kelantan yang didakwa oleh Umno, air Kelantan bermasalah. Tawaran untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan ini sesuatu yang tidak wajar dibuat oleh Najib atau dijadikan syarat sekiranya Umno menang di Kelantan baru hendak dilaksanakan.


Sekiranya beliau seorang pemimpin yang memahami tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seseorang khalufah tidak sepatutnya beliau menjadikan isu air yang merupakan aset semula jadi untuk rakyat sebagai modal politik. Suka atau tidak Najib perlu memberi peruntukan atau mengatasi masalah itu tanpa ada motif. Tidak sepatutnya aset atau anugerah Allah dipolitikkan. Namun...

Tahukah Najib bahawa ada empat aset atau anugerah Allah yang tidak boleh diperdagangkan, iaitu tanah, udara, minyak dan air. Najib hari ini mengunjungi Kelantan dalam rangka berkempen menjelang pilihan raya.

Janji atau tawaran lain ini merupakan tawaran baru, ialah pembinaan kampus khas untuk Universiti Teknologi Malaysia, (UITM) Kelantan, membina sebuah masjid bernilai RM5 juta dan memperkenalkan repaid di Kota Bharu.

Setiap kali Najib menyebut segala tawaran itu hadiran yang memenuhi khemah di RTC Tunjung bersorak dan bertepok tangan bagaikan penduduk di negeri Beringin Rendang ketika menyaksikan skor board menunjukkan negeri mereka sudah menang dalam teka teki di antara Pak Belalang dengan Raja Pasai. Najib seronok melihat gelagat rakyat Kelantan dan terhibur dengan tepok sorak setiap kali beliau mengumumkan segala tawaran itu.

Bagaimana pun kita yakin yang hadir di majlis Najib itu adalah kakitangan kerajaan yang celik huruf. Mereka yang dipaksa dan kedatangannya direkodkan. Mereka semua dipaksa dan murid sekolah dipunggah. Mereka itu sengaja menjadi diri mereka seperti penduduk Beringin Rendang kerana hendak menyedapkan hati Najib. Najib memperolok-olokkan mereka, mereka memperolok-olokkan Najib.

Kalau Najib jujur dan ikhlas dia tidak hanya bermain dengan kata-kata dan memperolok-olokkan rakyat Kelantan dan melayani mereka bagaikan budak-budak. Rakyat Kelantan bukan penduduk negeri Beringin Rendang yang buta huruf, malahan mereka celik huruf dan arif IT. Rakyat memahami masalah Najib dan juga sejauh mana wibawa Najib sebagai perdana menteri.

Rakyat Kelantan juga tahu kes Altantuya dan mereka mengikuti dengan penuh minat pendedahan taukeh karpet Deepak Jaikhisan. Juga mereka mengetahui apa yang sedang bergelora didalam lautan Umno di mana 'jerung' bernama Mahathir kini sedang mengepong Najib agar masuk jaringnya.

Apa yang Najib patut laukan ialah bukan memperolok-olok rakyat Kelantan tetapi terus melaksanakan apa-apa yang sepatut disegerakan. Misalnya masalah air yang didakwa bermasalah itu, stadium dan juga lebuh raya lebuh raya Kota Bharu - Kuala Krai perlu dibina hari ini juga.

Apabila Najib berjanji dan memberi isyarat maka ia tidak ikhlas. Rakyat Kelantan yang sudah masak dengan politik dan tanggungjawab sebuah kerajaan tidak akan teruja. Begitu juga dengan pemberian wang RM100 kepada murid sekolah ia tidak akan mengubahkan keadaan kerana rakyat sudah tahu wang itu adalah hak mereka bukan hak Umno. Sesiapa pun yang menjadi kerajaan hak atau wang itu akan tetap diterima oleh rakyat bahkan jumlahnya mungkin lebih besar dari itu.

Rakyat juga tidak begitu mengharapkan kepada semua tawaran itu dilaksanakan. Mereka tentu sangsi apakah UBN sempat melaksanakan atau tidak kerana Pakatan Rakyat juga kini sedang mengorak langkah untuk menerajui kerajaan Malaysia. Sudah pasti kalau PR menang dan menjadikan kerajaan mereka juga akan melaksanakan semua itu.

Hari ini dengan perkembangan politik terkini, kecelaruan didalam Umno dan semakin meningkatnya sokongan rakyat Pakatan Rakyat, tenguk Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) minggu lalu, belum pasti lagi UBN dapat mengekalkan kekuasaan mereka. Tidak ada siapa yang boleh memberi jaminan  yang UBN akan kekal memerintah. Jadi janji dan tawaran Najib itu tidak lebih dari angan-angan dari seorang taukeh yang sebenarnya dia sedang menuju ke lembah muflis tetapi tidak diketahui keadaan itu.

Kesimpulannya janji dan tawaran Najib sudah difahami ia adalah tidak lebih daripada 'basabasi' dan modal pilihan raya saja dan tidak perlu dipegang sebagai sebuah janji akan ditunai. Najib hanya menanam tebu di bibir mulut. Seperti ditegaskan tadi kalau Najib ikhlas hendak membantu rakyat Kelantan binalah lebuh raya hari ini juga, atasilah masalah air hari ini juga dan buatlah stadium malam ini juga.

Kenapa tunggu selepas pilihan raya? Rakyat Kelantan bukan penduduk negeri Beringin Rendang. [wm.kl.12:10 t/hari 20/01/13]

11 comments:

  1. moses kata; gua tertengok upacara tu. Ucapan PM nampak bebenor bodohnay berucap. Org Kelantan jgn dikatuk katik. Ternampak muka PAT, setahu gua kalau itu perhimpunan politik, anggota ATM dilarang menghadirkan diri dgn berunifom. Tak pastilah SOP tu dah tak dipakai atau pun perhimpunan ne bukan perhimpunan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAT yang ada ni pengampu besar dan tiada wibawa! Jenis barua UMNO...kalau jiwa askar tulin dia takkan pijak kaki ke Majlis Politik sebaliknya duduk jauh dan memerhati dan memantau keadaan senario politik! Rasanya banyak lagi yang lebih layak dan berjiwa tentera tulin yang setianya pada YDPA yang boleh jadi PAT bila PR perintah!

      Delete
  2. Dijanjikan bulan dan bintang sekali pun, bulan tetap menyinari bumi Kelantan pada waktu malam, waima sekali pun pada waktu siang hari bulan tetap kelihatan...

    ReplyDelete
  3. Tuan MSO saya nak tambah sikit, empat aset atau anugerah Allah yg tidak boleh diperdagangkan ialah tanah, air, api (minyak) & angin (udara). Betul kata tuan, Najib sedang menipu dan ditipu oleh rakyat Kelantan...

    ReplyDelete
  4. aku rasa apa yg najib buat janji yg tak akan ditunaikan tu adalah tanggungjawab kerajaan pusat.contoh nak bina hospital baru.apa jadi dgn pembinaan hospital di ng 9.

    ReplyDelete
  5. Salam Saudara MSO.
    Najib mengujungi Kelantan sekadar lawatan politik untuk meraih undi. Berbagai-bagai tawaran dibuat termasuk lebu raya Kota Bharu-K/Krai dan sebagainya. Tapi Najib lupa, rakyat Kelantan masih waras biarpun tanpa lebuh raya dari memilih Najib dan UMNO yang penuh pimpinan korup dan penyelewengan. Janji politik biasanya bolih dilihat apabila tiba musim pilihan raya. Kebiasaannya orang politik masuk kampung keluar kampung, ada yang menziarahi pesakit dgn menyuap nasi dan bubur kacang sekadar untuk simpati undi politik. Semuanya dongeng dan tidak ikhlas. Nasib baik Najib tidak berbasikal megelilingi kampung dan mengecat rumah sambil memakai kain pelikat.
    Selepas pilihan raya dan menang, bayang pun tak nampak dan janji tinggal janji sebagaimana janji jambatan Manek Urai yg masih tinggal kenangan.

    ReplyDelete
  6. Dikerah seluruh penjawat awam persekutuan.Cikgu sekolah tak mengajar kelmarin.Kelas KAFA pun sunyi.nak dapatkan angka 50 ribu "tuan-tuan dan puan -puan yang SUDI" hadir.Ucapan najib tampak hanya memalukan orang UMNO saja lah.

    ReplyDelete
  7. tepuk dan sorak satu tugas,,ok laatu, undi rahsia..

    ReplyDelete
  8. Najib lupa bahawa orang Kelantan gemar makan budu, sejenis makanan tambahan yg penuh dgn zat dan khasiat yang baik untuk otak.. Orang Kelantan cerdik2 belaka..

    ReplyDelete
  9. Najib terlupa agaknya bahawa orang Kelantan suka makan budu, makanan yg penuh zat dan banyak khasiat yang sangat baik untuk kecerdasan otak.. Orang kelantan cerdik2 belak dah.. dapat menilai janji2 manis Najib tu..

    ReplyDelete
  10. Tuan Hj. MSO,

    Dalam era pemodenan demokrasi dan kecerdikan rakyat yang sudah jauh berbeza berbanding 30 ke 50 tahun dulu, mana-mana kerajaan yang memerintah berjanji melaksanakan pembangunan dengan bersyarat kepada rakyatnya sendiri, rakyat yang berhak atas nama federalisme, secara otomatik kerajaan berkenaan tiada amanah dan integriti.

    Kerajaan yang memerintah dengan nafas ugutan seumpama ini mesti dikuburkan.

    ReplyDelete