Abduh: tanding Pasir Mas? |
Adalah dibimbangi kalau PAS tidak bersedia menggugurkan wakil-wakil rakyat ini ia bakal mempengaruhi pengundi untuk tidak memilih PAS dalam pilihan raya akan datang. Mereka ini perlu digugurkan kerana beberapa sebab dan faktor.
Antaranya, kerana menghadapi masalah kesihatan kronik, mengalami kes-kes peribadi, (mini skandal) kurang berprestasi sebagai wakil rakyat parti memerintah dan sudah lebih dari dua penggal menjadi Adun atau tidak kurang tiga kali bertanding dalam pilihan raya.
Sekiranya PAS ataupun Pesuruhjaya PAS negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat merasa berat hati untuk membuat pertukaran kerana pertimbangan-pertimbangan tertentu, setidak-tidaknya 15 wakil rakyat yang ada sekarang perlu digugurkan tanpa berkompromi. Mereka ini diklasifikasikan berhadapan degan masalah boleh menjejaskan peluang PAS untuk memenangi 2/3 kerusi di DUN Kelantan.
Sallahudin: balik negeri. |
Dari 20 orang wakil rakyat tadi ia meliputi dari semua kawasan Parlimen, dengan kedudukannya tiga Pasir Puteh dan Kota Bharu, masing-masing dua Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok dan satu masing-masing di Ketereh, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Pengkalan Chepa.
Sekiranya PAS akan melakukan pengguguran, sekurang-kurang 15 wakil rakyat, ini bermakna PAS akan mendapat 17 ADUN baru dalam pilihan raya akan datang. Dua kerusi lagi yang tidak melibatkan pengguguran wakil rakyat dijangka di Bunut Payung dan Tendong. Tendong wakilnya meninggal. Manakala sekiranya benar PAS akan mengambil alih kerusi Pengkalan Kubur ia menjadikan 18 muka baru.
Kerusi Pengkalan Kubur yang diberikan kepada PKR besar kemungkinan ditarik balik kerana kegagalan parti berlambangkan mata itu berkerjasama sesama sendiri di Pengkalan Kubur.
Dalam kelompok 18 muka baru itu PAS bolehlah mengenal pasti calon-calon yang berketrampilan di dalam berbagai bidang; iktisad, hubungan luar, pelancongan, perdagangan, pertanian, politik, sosial dan sebagainya untuk dipilih menjadi anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco).
Bagaimana pun sangat afdal bagi PAS sekiranya parti itu mampu untuk menukar 20 hingga 23 orang Adun bagi digantikan dengan muka baru. Pertukaran lebih separuh itu akan memberi gambaran PAS Kelantan benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan dari segi kepimpinan dan juga persiapan bagi memperbaiki kelemahan pentadbiran sebelum ini khasnya di barisan anggota Exco Kelantan. Pertukara itu juga bakal merombak struktur parti di peringkat kawasan kerana selalunya wakil-wakil rakyat menjadi pemimpin utama dalam parti dan kedudukan mereka terlalu lama.
Perubahan besar itu juga menunjukkan komitmen dan iltizam Nik Aziz begitu serius bagi meletakkan kerajaan Kelantan sebagai kerajaan contoh dalam Pakatan Rakyat. Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS membuat rombakan calon-calonnya lebih 50% dan apakah kali ini bakal dicatat Nik Aziz?
Sehingga hari ini saya difahamkan nama wakil-wakil rakyat yang dicadang untuk dilakukan pertukaran sudah pun sampai ke pengetahun Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan. Dipercayai tokguru sedang menghalusi dan melihat implikasi dari segala aspek jika pertukaran hendak dilaksanakan. Beliau dikatakan tidak menolak cadangan berkenaan dan sedia menerima input nuntuk tujuan itu.
Dalam pada itu sebahagian besar ahli parlimen PAS juga dijangka akan bertukar wajah. Yang sudah hampir pasti ialah untuk kerusi Pengkalan Chepa (Abdul Halim Abdul Rahman), Kubang Kerian (Sallahuddin Ayub), Bachok (dia tu) dan Kota Bharu (Wan Abdul Rahim Abdullah). Sallahuudidn di pindah ke Johor manakala 'dia tu' tiada dalam senarai calon PAS. Wan Abdul Rahim dan Abdul Halim dikatakan sedia untuk berundur. Lainnya kerusi Pasir Puteh (Muhammad Hussein) juga dikatakan akan bersalin wajah.
Di kerusi Parlimen Pasir Mas PAS sudah tentu akan mendapat muka baru. Kerusi yang digadaikan kepada Ibrahim Ali tanpa ditebus itu akan diambil balik dan PAS mengura-urakan akan menurunkan Timbalan Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Aziz untuk bertanding di situ.
Jika ini berlaku seperti mana dirancangkan, hanya Siti Zailah Yusuf (Rantau Panjang), Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) saja ahli parlimen dijangka tidak berubah tempat.
Menyentuh mengenai kemungkinan PAS tidak dapat menukar kesemua 20 orang wakil rakyat yang patut dibersarakan ialah kerana masalah pengganti. Di kawasan-kawasan tertentu tidak ada orang atau pengganti yang setanding dengan wakil rakyat yang ada kini. Ketiadaan tokoh ini menyebabkan PAS tidak ada pilihan lain selain mengekalkan yang sedia ada.
Beberapa kerusi yang tiada tokoh pengganti antara Air Lanas (Jeli), Kota Lama (Kota Bharu) Demit (Kota Bharu), Chetok (Pasir Mas), Perupok (Bachok), Tanjung Mas (Kota Bharu). [wm.kl.2:50 pm 29/01/13]
Sepatutnya pemimpin yang 'ada masalah' ini faham-faham sendiri untuk tarik diri kerana mereka ada kefahaman Islam yang kalaupun tidak tinggi...pasti ada! Keutamaan mereka ialah Islam mesti menang bukan mereka mesti menang. Kalau mereka berkeras nak bertanding juga walau diri diselimuti masalah, jelaslah mereka bukan pemimpin Islam yang sebenar. Mereka sama sahaja dengan Dr. 'aqidah'.
ReplyDeletesalam tuan mso,
ReplyDeleteambo sangat2 setuju dgn saranan tuan mso, mana2 yb yang bronar dan yg sudah tidak mempu berkhidnmat dgn baik eloklah kiranya dibersarakan secara terhormat sebelum ditolak rakyat dan dijadikan modal politik oleh pihak lawan..
juga harapnya yb yang digugurkan terimalah dgn rela hati.. berilah peluang kpd org lain yg lebih berkemampuan..
satu lagi tolonglah pilih anak2 tempatan untuk menjadi calon.. biarlah bila ada sakit deman, kematian atau kenduri kendara terpancul wajah wakil rakyat hadir meraikan majlis..
Kesian kat Dr Aqidah kerana dirujuk!! Tapi janganlah 'SELUUUUURUHNYA dirujukkan terhadap beliau. Hehehe
ReplyDeleteSalam kepada mereka yang berkuasa,
ReplyDeleteTolong dengar luahan rakyat marhaen. ADUN Pulai Chondong perlu diganti!. Rakyat sayangkan PAS dan akan menangkan PAS disana, namun bukan bererti prestasi YB Zul baik. Beliau hanya menjadi ADUN musim pilihanraya. Mohon gantikan dengan calon yang lebih mengambil berat masalah rakyat dan kawasan. TQ/ Iffli, 013-9300837.