Memanglah rakyat Kelantan bukan seperti penduduk negeri Beringin Rendang, dalam filem "Nujum Pak Belalang" mereka tidak boleh diperolok-olokkan atau membiarkan begitu saja apa-apa penyamunan ke atas hak milik mereka. Dalam berhadapan dengan pencurian hasil minyak Kelantan, rakyat Kelantan tidak mudah mendiamkan diri, mereka terus bertindak dan berikhtiar penuh insaf dan tanggungjawab untuk mendapat hak mereka.
Husam: Memberi kenyataan kepada wartawan selepas seraah saman. |
Wujudnya kumpulan baju merah yang menampalkan lambang "R", di Kelantan hari ini kemudian melerak ke seluruh negara adalah kerana pengkhianatan itu. Walaupun perjuangan "R" lebih merupakan tekanan psikologi terhadap Umno khasnya Najib Razak namun sedikit sebanyak ia menyebabkan pihak Petronas dan Kerajaan tidak boleh tidur lena.
Jika sebelum ini mereka mengunyah dan kekenyangan hasil wang petroleum namun setakat wujudnya NGO "R" yang membuat tuntutan secara terbuka menyebabkan mereka yang 'mengekah' wang petroleum tidak berapa selesa.
Syed Azman di kanan Husam bersama penyokong. |
Injuksi ini persiapan sekiranya Kelantan masih dibawah PAS. Sebaliknya injuksi ini akan terbatal dengan sendiri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.
Saman itu difailkan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan Husam Musa menerusi peguam Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tindakan ini dilihat manifestasi kepada tuntutan rakyat Kelantan yang dibawa oleh "R" dan juga kejauhan akal Husam Musa sebagai seorang pemimpin dan nadi kepada kerajaan pimpinan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beberapa pemimpin NGO "R" hadir memberi sokongan atas tindakan itu yang diketuai oleh Presidennya Nazri Deraman serta beberapa anggota exconya. Nampaknya komitment "R" ini tinggi terhadap usaha membela rakyat Kelantan. Turut sama berada memberi sokongan moral kepada Husam dan R ialah Syed Azman Syed Mohamad Adun Batu Buruk dari Terengganu. Saya mengira kehadiran Syed Azman ini adalah mewakili wakil rakyat Kelantan yang tidak sempat hadir.
Ikut sama hadir memberi sokongan Persatuan Anak-Anak Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor (Persada). Agak malang sedikit tidak kelihatan wakil dari Perakan dan ini menjadi tanda tanya apakah Perakan tidak concern kepada tuntutan ini atau mereka tidak mendapat maklumat?
Sebagai sebuah NGO yang menjadi penghubung anak Kelantan dengan kerajaan negeri, sepatutnya Perakan itu menghantar wakil bagi memberi sokongan moral kepada Husam dan "R". Kalaupun pemangkunya keuzuran tetapi ia boleh dikirimkan pemeriksa kira-kira , cukup setakat untuk memberi moral support.
Saya difahami tuntutan royalti minyak ini kurang mendapat sambutan dan kerjasama yang tinggi dari kalangan wakil rakyat Kelantan. Sebarang majlis berhubung tuntutan ini baru kelihatan meriah apabila ia membabitkan kehadiran Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kenapa? Apakah mereka tidak yakin kerja diusahakan anggota Exco berkenaan tidak memberi hasil? Sesuatu yang malang kalau sikap ini diamalkan di mana menanti kehadiran Nik Aziz baru masing-masing rasa tidak senang duduk.
Tidak mengapa, tidak perlu ada kedukaan dan kesedihan bagi "R" dan juga Husam didalam soal ini. Yang nyatanya usaha itu sudah diiktirafkan oleh rakyat dan ia menjadikan kerajaan Persekutuan tidak senang duduk. Sudah menjadi lumrah semua kerja-kerja yang dianggap sukar, ganjil pelik akan diketawa dan dijauhi orang. Sesuatu kejayaan dan kecemerlangan itu hanya dapat disuluh oleh pemimpin bersikap futuristik.
Saya pasti semasa mahkamah hendak memutuskan apakah kerajaan Kelantan berhak mendapat royalti ataupun ketika mahkamah ingin menentukan jumlah yang perlu dibayar kepada negeri Kelantan nanti setelah saman itu berjaya, rasanya laman kompleks jalan duta itu tidak akan kecukupan ruang kerana ia akan diserbu oleh para pembesar-pembesar duduk 'bercagak' negeri Beringin Rendang itu yang ditangan masing-masing tersedia guni untuk menerima habuan masing-masing.
Melihat kepada usaha Husam di dalam menuntut royalti minyak ini dan juga beberapa kerja lain, boleh saya umpamakan begini, kerja berat kamu tanggung-tanggunglah sendiri, kerja ringan dan setelah berjaya nanti barulah kamu akan ditolong-tolongkan! [wm.kl.4:13pm 22/01/13]
YB Husam Musa adalah tokoh PAS berkaliber besar yang aura dan kebijaksanaannya boleh mengkelamkan ramai tokoh PAS yang lain.
ReplyDeleteKita harap sesama wakil rakyat dan Exco kerajaan negeri Kelantan tidak timbul perasaan dengki mendengki dan cantas mencantas sepertimana yg berlaku di kalangan UBN. Kalau betul begitu yg rugi dan kecewa ialah rakyat Kelantan sendiri...
ReplyDeleteTuan Haji,
ReplyDeleteAkta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) dirujuk.
NGO 'R' dan majoriti rakyat Negeri Kelantan memperjuangkan hak negeri mengenai bayaran 'royalti' yang dinafikan oleh Petronas melalui Kerajaan Persekutuan, hasil dari amalan Demokrasi Berdendam UBN. Agak jengkel bila ada segelintir rakyat Kelantan menentang hasil bumi Kelantan diberikan terus kepada negeri sebagaimana kehendak di bawah Perkara 4, Akta 144.
Pembayaran Wang Tunai oleh Perbadanan:
4. 'Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.'
Dalam Perkara 4 ianya dinyatakan sebaga 'bayaran tunai', entah dari mana timbulnya perkataan 'royalti' kerana hanya Akta 144 ini yang sah diperlakukan dalam undang-undang.
Usaha yang sedang dilakukan oleh Dato' Husam dan Kerajaan Negeri Kelantan adalah sebagai menjalankan tanggungjawab dan amanah rakyat dan negeri sebagaimana mengikut kehendak perjanjian. Namun salah satu dari 'penghalang', selain dari usaha dan jalan untuk menafikan hak rakyat dan kerajaan negeri oleh UBN, ialah Perkara 7, Akta 144sebagaimana di bawah. Ia jelas memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk membuat peraturan. Ini adalah 'tanah lembut' untuk Plantif dari pandangan saya sebagai orang awam. W/b/m/pun keadilan mahkamah, kebijaksanaan para peguam dan takdir Allah menentukan kesudahannya nanti.
Kuasa Untuk Membuat Peraturan
7. 'Perdana Menteri boleh membuat peraturan bagi maksud penguatkuasakan peruntukan Akta ini dan ... '
Semuga perjuangan berjaya untuk rakyat dan Negeri Kelantan yang lebih makmur dan beriman.
Wakil rakyat PAS pun manusia juga! Setengahnya dari segi bisnes dan pitih mengalahkan orang UMNO! Jadi tak peliklah kalau Husam pun dianggap sebagai ancaman. Pemimpin PAS yang dengki dan tunggu berjaya baru nak sokong jangan dipilih kali ni!
ReplyDeleteTuan Haji,
ReplyDeleteSaya ingin berkongsi dengan para penjengok blog Merah Tinta MSO satu lagi klausa dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144), yang mana saya rasa inilah yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri 'menganiaya' Kerajaan Negeri Kelantan perihal bayaran tunai berkenaan.
Perbadanan:
3(2) Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan
arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa
ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang
difikirkannya patut.
Inilah Perkara yang akan memihak pada Kerajaan Persekutuan dalam rutin mereka 'menganiaya' Kerajaan Kelantan.
Wallahu'allam.
Tuan/Puan Izazulzilati...
ReplyDeleteX dinafikan hujah Tuan/Puan memang benar.
Akta 144, 7: "Perdana Menteri boleh membuat peraturan bagi maksud penguatkuasakan peruntukan Akta ini dan bla bla bla"...
Akat 144, 3 (2): "Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut."
2-2 diatas benar.
Persoalan: Adakah menjadi kesalahan disudut Undang-Undang & Perlembagaan Negara Malaysia, atau Akta 144 atau mana-mana Perjanjian yang dipersetujui & ditandatangani oleh mana-mana pihak SEKIRANYA Perdana Menteri "memberi arahan" kepada PETRONAS supaya membuat Bayaran Tunai sebagaimana yang telah sipersetujui & ditandatangani oleh ke 2-2 pihak kepada Kerajaan Negeri Kelantan..?
Bolehkah Perdana Menteri didakwa di mana-mana Mahkamah di Negara Malaysia atau Mahkamah Dunia sekiranya beliau memberi arahan kepada PETRONAS supaya membuat Bayaran Tunai kepada Kelantan sebagaimana termaktub dalam Perjanjian..?
Jika ianya menjadi kesalahan, dibawah akta apakah Perdana Menteri Malaysia boleh didakwa..?
***Atas dasar & konsep "Federalisme", LAYAKKAH Najib sebagai Perdana Menteri Negara Malaysia..?