Tuesday, January 8, 2013

Polis Beri Jaminan HKR Akan Berlangsung Aman?

PANDANGAN                                                                                                                        

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat lewat petang ini mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari nanti menggembirakan semua orang. Menurut kenyataan itu pihak polis memberi jaminan akan mengawal himpunan berkenaan dan mahukan ia menjadi satu sejarah? Sejarah apa masih kabur?

Ismail: Bagi jaminan HKR aman?
Perkara ini dinyatakan oleh Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali.

Menburut mereka perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Ismail Omar dalam pertemuan dengan mereka petang ini yang dikatakan dalam keadaan kondusif.

Saifuddin menegaskan IGP (Ketua Polis Negara) berhasrat ini akan menjadi himpunan berkenaan detik bersejarah, untuk belajar dari kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu.

Dalam pada itu jelasnya Polis akan memberi servis terbaik untuk memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembangan dihormati. Sekiranya ini menjadi kenyataan satu tabik hormat dua belah tangan kepada polis boleh diberikan.

Semua rakyat berharap di sepanjang himpunan itu nanti tidak akan ada lagi cemuhan dan kata nesta kepada anggota polis seperti sebelum ini yang diciskan oleh orang ramai kerana sikap tidak profesional mereka memukul dan membelasah orang ramai sewenang-wenangnya.

Bagaimana pun janji pihak polis itu masih lagi belum dapat diyakini sepenuhnya kerana ia tidak dijelaskan dari mulut Ismail Omar sendiri di mana ia boleh jadi betul ataupun selepas ini akan dinafikan dengan alasan Saifuddin silap memahami butiran perjumpaan dengan beliau (Ismail). Kalau ini berlaku ia tidak ganjil kerana sudah ada kekeliruan seperti itu sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein juga belum bersuara berhubung sikap polis itu. Apa pun kalau Najib Razak mahu mengurangkan rasa benci rakyat kepadanya seharusnya beliau membenarkan polis melakukan apa yang difikir terbaik.

Maruah dan martabat Najib serta pandangan umum kepadanya akan menjadi lebih tinggi kalau beliau sedia memenuhi janjinya untuk membenarkan himpunan berkenaan berlangsung dalam keadaan tersusun, aman dan diberikan lokasi seperti dipohon, iaitu Stadium Merdeka.

 Petang ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung program Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari akan datang. Kalau esok atau lusa Tv no 3 tidak membuat laporan huduh berhubung HKR, apa yang dijanjikan polis itu boleh diterima. Tengoklah nanti apa fatwa Tv no 3 dan Harusani mengenai HKR itu. [wm.kl.8:56 pm 08/01/13]

6 comments:

  1. awal lagi ni tuan, ....
    hari jumaat terima surat,
    yang isinya cinta ditolak....

    ReplyDelete
  2. Harapnya perhimpunan ini berlaku dengan aman. Tak nak lihat kehodohan perhimpunan sebelum ini berulang kali.

    ReplyDelete
  3. polis kata perhimpunan akan berlaku dgn aman tapi macam mana dgn puak2 jebon umeno be end.selalunya jebon2 ni yg dok buat kacau sampai jadi huru hara.

    ReplyDelete
  4. Tuan Mso,

    Lijitra telah membangkitkan satu isu yang baik dan perlu diberi perhatian seius oleh pihak penganjur.

    dari pengalaman-pengalan lepas, huruhara yang berlaku kerana ia dimulakan oleh agen-agen sabotaj dari luar. pakatan rakyat kena bijak disini.

    kali ini, pihak keselamatan hendaklah TANGKAP SESIAPA YANG MEMULAKAN PROVOKASI san serah kepada polis. Sebelum tangkap, pasukan penangkap rakam dulu aski-aski agen-agen provokasi untuk dijadikan bukti, baru tangkap.

    Bila dah tangkap, dapatkan maklumat-maklumat mengenai agen-agen provokasi. Kalau jumpa ic dsb, ambil gambar. jangan terperanjat maklumat apa yang akan dijumpai.

    bat8

    ReplyDelete
  5. berhati hati semua......jangan selesa sangat.

    ReplyDelete
  6. Buatlah macamana pun...imej najib takkan pulih! Kerosakan oleh Najib dan barisan menterinya dah tak boleh ditoleransikan dah! Macam kereta yang rosak teruk, mesti di 0verhaul dalam bengkel dan ambil masa lama untuk pulih. Ini bukan setakat bateri weak aje dan ambil jumper untuk hidupkan kereta tepi jalan! Kereta brand BN55 dah tak ekonomik untuk dipakai dan boleh ancam nyawa penumpangnya!

    ReplyDelete