Naib Presiden PAS, Husam Musa mengingatkan orang ramai supaya tidak bersikap was-was dalam membuat pilihan dan hendaklah teguhkan hati dengan apa yang sudah dikonsensuskan sebelum imi.
Husam: Jangan was-was |
Berucap pada majlis ceramah di Taman Permata Hulu Kelang, Kuala Lumpur bersama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf dan artis Abby Abadi sekejap tadi, Husam juga berharap rakyat dapat menahankan sabar kerana pilihan raya sudah pun hampir tiba.
"Kita hendaklah bersabar, kerana tidak berapa lama lagi pilihan raya dan insya-Allah kita akan menumbangkan kerajaan BN, kita hendak uji dengan menukar kerajaan BN yang ada sekarang ini" katanya disambut dengan sorakan dan takbir.
Semasa mengahkhiri ceramahnya Husam sekali lagi memberi ingatan itu, ini menyebabkan dirasakan ada mesej tersembunyi yang ingin disampaikannya. Adalah penting kalau para penyokong Pakatan Rakyat khasnya merenungi apakah mesej yang disampaikan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu.
Jika ia tidak mustahak tidak mungkin beliau memulakan ceramah dengan memberi peringatan itu dan mengakhirnya dengan memberi ingatan yang sama.
Apakah ianya ada sangkut paut dengan lantonan idea di luar logik di dalam Pakatan Rakyat ke belakangan ini berhubung calon perdana menteri? Ada cadangan dari pihak tertentu di dalam PAS untuk untuk memberi laluan kepada tokoh di luar komponen itu menjadi PM dan membelakangkan Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu Husam menjangkakan pilihan raya akan diadakan pada 6 April dan yakin Pakatan Rakyat akan menang besar dan kerajaan BN akan dapat ditumbangkan.
"Inysa-Allah pada 6 April nanti atau pada malamnya kita akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menubuh kerajaan," katanya disambut sorakan dan takbir.
Beliau menolak tohmohan dan ugutan kononnya pilihan raya kali ini sebagai kotor sebaliknya pilihan raya kali ini adalah paling bersih dan selamat.
Alasannya kerana dalam pilihan raya kali ini lima jeneral akan bersama kita (Pakatan) di mana keadaan ini belum ada sebelum ini. "Apabila jeneral bersama kita sudah tentu selamat kerana setiap jeneral ada jaringan dengan tentera di mana mereka akan mematuhi apa yang jeneral mereka arahkan," katanya lagi.
Beliau juga membuat gambaran siapa lagi yang hendak melakukan kekacauan kalau Pakatan menang kerana ketika itu semua pemimpin negara termasuk Najib Razak dan Mahathir Mohamad sudah terbang melarikan diri di luar negara. "Mereka tidak akan berada dalam negara lagi kerana mereka banyak masalah," sinisnya.
Selainh itu keyakinan Husam dengan kemenangan Pakatan Rakyat juga kerana kali ini Pakatan Rakyat berjaya menampilkan pemimpin yang jauh berwibawa berbanding dengan pemimpin Umno. "Kita mempunyai pemimpin yang baik, bersih dan hebat dengan Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang", katanya yang menyifatkan gabungan mereka adalah umpama tiga tuku menjerang.
"Saya tidak nampak di mana kehebatan pemimpin Umno, Muhyuddin Yassin kita hendak kata dia perjuang Melayu tidak terserlah, beliau tidak ada wawasan. Apa yang beliau perjuangkan untuk Melayu?" soal Husam.
Abdul Hadi dan Anwar katanya mewakili Melayu manakala Kit Sing mewakili kaum bukan Melayu khasnya Cina dan India. Pemimpin ini telah membina kekuatan menggabungkan sokongan semua pihak kaum dan bangsa di negara ini.[wm.kl.9:18 am 24/02/13]
Nak share berita baik untuk rakyat kelantan.saya tengok dalam fb tan sri annuar musa semalam.tender untuk projek lebuhraya kb-kk phase 1 dari wakaf che yeh ke ketereh akan dibuka bulan depan. Memang untung rakyat kelantan sbb dpt 2 highway.satu projek oleh krajaan pusat dan satu lagi oleh krajaan negeri.
ReplyDeleteUMBN akan kecundang akibat tindakan pimpinan mereka, bukan sahaja sombong, bongkak malah bebal kerana tidak mendengar denyut nadi rakyat marhaein. Yang mereka dengar dan patuh ialah suara dan kahendak kroni mereka. Mungkin di dalam kepentingan kroni terselit kepentingan pimpinan UMNO-BN.
ReplyDeleteTender mmg boleh di buka.. Tapi siapa yg berani ambik? Tanah gazette mana yg perlu dilalui kecuali mendapat kerjasama kerajaan negeri? Sudah tentu kerajaan negeri fokus pada project mereka dahulu yg telah siap direncanakan..
ReplyDeleteSaya rasa mereka akan upgrade jln sedia ada sbb kalau nak ambil tanah konfirm mmg mahal sbb dari wcy k ketereh mmg area padat penduduk.
Delete