Tuesday, February 26, 2013

Mahathir Akui UBN Sudah Kalah?

BERITA PAGI                                                                                                                           

Mahathir: Sudah takut.
Semalam seorang kawan dari Sarawak memberi tahu beberapa hari lepas Mahathir Mohamad telah bertemu dengan para setiausaha politik perdana menteri dan menteri di Putrajaya dalam rangka memberi taklimat dan 'arahan-rahan' khusus berhubung pilihan raya. Katanya hampir semua setiausaha-setiausaha politik hadir.

Menurut kawan itu yang mengakui maklumat itu diperolehi dari salah seorang setiausaha politik yang hadir, antara apa yang dijelaskan oleh Mahathir ialah mengenai kedudukan UBN hari ini yang dalam keadaan kritikal dan kalah.

Jelas Mahathir buat masa ini UBN kalah dengan kekurangan 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi. Ini bererti kerusi yang dimenangi UBN kini hanya sekitar 80 atau 85 kerusi saja manakala Pakatan Rakyat meraih sekitar 130 hingga 135 kerusi.

Angka itu meletakkan UBN kehilangan sebanyak 60 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pertemuan itu katanya amat-amat sulit sekali.

Kawan itu tidak menyebut pula dari mana Mahathir mendapat angka ini atau pun apakah perkiraannya, tetapi khabarnya ia memeranjat mereka yang hadir. Mahathir sendiri serius dengan angka itu lalu lantas membuat beberapa arahan untuk dibuat tindakan segera.

Menariknya di sini inilah pertama kali Mahathir membuat pengakuan mengenai kedudukan sebenar UBN merosot begitu teruk sekali. Apakah pula tujuan pendedahan maklumat yang boleh melemahkan UBN itu tidak diketahui. Yang pastinya menurut kawan itu seperti mana diberi tahu kawannya, Mahathir kecewa degan perangkaan itu dan membayangkan sesuatu yang tidak mahu disaksikan berlaku dalam pilihan ke -13 itu.

Pendedahan Mahathir ini seakan menyamai dengan apa yang disebut oleh bekas Penglima Tentera Darat, Abdul Gafir Abdul Hamid pada majlis perlancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam. Ghafir memjelaskan sambil meminta rakyat tidak perlu bimbang dengan peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihan raya nanti.

Katanya peralihan kuasa akan berjalan dengan selamat dan aman kerana beliau percaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat profesional dan taat kepada raja dan perlembagaan. Penjelasan dan pengakuan Ghafir sebagai bekas anggota tertinggi tentera itu seolah-olah beliau sudah dapat merasai apa yang berlaku nanti.

Mungkin perasaan samalah yang dialami Mahathir sehinggakan beliau berkongsi kesedihan dan bimbang dengan para setiausaha menteri. Namun dalam pada itu boleh jadi tujuan Mahathir berbuat begitu bagi mencabar setiusaha politik itu berkerja lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan UBN lebih besar. [wm.kl.6:44 am 26/02/13]

4 comments:

  1. Salam tuan...
    Seolah2 tak lengkap hidup ini rasanya jika tidak mentelaah blog tuan.

    Bingkisan diatas membuka sedikit ruang harapan buat pejuang2 PR yang sekian lama telah berkobar2 untuk melihat UBN jatuh tersungkur.Biarpun pelbagai rintangan yang dihadapi namun percayalah,ketakutan yang amat ketara dipihak UBN sudah semakin jelas.Ayuhhh...marilah kita sama2 rapatkan saf,luruskan saf,susunkan barisan,seiringkan semangat yang sudah sekian lama kita impikan untuk mengecap kejayaan menumbangkan kerajaan UBN yang angkuh itu.
    Sama-sama kita hayati lirik lagu Insya Allah Maher Zain ini...

    Lirik lagu Insyaallah, Maher Zain Versi Bahasa Melayu

    AdaNya, kau rasa tak berupaya,
    Hidup sendirian tiada pembela,
    segalanya suram, bagai malam yang kelam,
    tiada bantuan tiada tujuan,
    janganlah berputus asa,
    kerana Allah Bersamamu,
    Insha Allah, Insya Allah
    Insha Allah, ada jalan-Nya
    Insha Allah
    Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya

    Adanya.. kesalmu berulang lagi,
    bagai tiada ruang untuk kembali,
    dikau keliru atas kesilapan yang lalu,
    membelengu hati dan fikiranmu,
    janganlah berputus asa,
    kerana Allah Bersamamu,
    Insha Allah, Insya Allah
    Insha Allah, ada jalan-Nya
    Insha Allah
    Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya

    Kembalilah…
    Kepada yang Esa,
    Yakin padanya
    panjatkanlah doa..

    Oh, Ya Allah…
    pimpinlah daku dari tersasar..
    Tunjukkan daku ke Jalan Yang benar,
    Jalan yang benar,
    Jalan Yang benar..
    Insha Allah, Insya Allah
    Insha Allah, ada jalan-Nya
    Insha Allah
    Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya x 3

    ReplyDelete
  2. bg penyokong2 PR jgn terus terima bulat2 maklumat tsb..sape x kenal madey..byk tipu muslihatnya..hati2 dgn dgn propaganda tsb..jgn leka dan syok sendri..usaha mst diteruskan.. kalau boleh jgn bagi menang satu kerusi pun pd BN sbb lebih mudah nak sumbat lanun2 moden tu dlm penjara..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wrtbh.

    Saya sering mengikuti tulisan tuan yang menarik. Saya amat berharap agar tuan dapat menyampaikan sedikit pesanan ini kepada semua pemimpin PR terutamanya yang beragama Islam kerana saya tiada blog.

    Sabda Rsululllah SAW yang bermaksud, Jawatan ini adalah amanah dan pada hari kiamat nanti ia adalah dukacita dan penyesalan.

    PR Insyaallah akan berjaya jika kebanyakan pemimpinnya memiliki sifat-sifat berikut.

    1. Jangan ada dikalangan mereka yang mereka yang merasaka dirinya lebih layak untuk dipilh menajadi calon. Sesiapa yang merasakan dirinya paling layak maka dia telah melangkah menuju kegagalan.

    2. Ikhlaskan diri, jika terpilih menjadi calon mohonlah pada Allah agar jawatan tersebut bukan untuk kepentingan peribadi. Sentiasalah berisytighfar kerana jika sekelumit sahaja dalam hati ada keinginan untuk kepentingan diri itu juka adalah permulaan yang membawa kepada kegagalan.

    3. Mohon sentiasa kepada Allah agar memiliki akhlak mulia. Tanpa akhlak kemenangan nanti tidak akan membawa kebaikan sebaliknya pasti menempah bencana. Semoga dilindungi Allah SWT.

    4. Semua pemimpin hendaklah bersangka baik sesama mereka samaada dengan sahabat di dalam patrti atau sahabat daripada parti yang lain kerana sifat buruk sangka, dengki dan khianat tidak pernah membuah kebaikan.

    5. PR akan berjaya Insyaalah jika para pemimpin mereka tawaduk dan rendah diri kepada sahabat dalam parti, luar parti, parti lawan dan juga kepada seluruh rakyat.

    6. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar kemenangan ini ini perubahan masa hadapan rakyat Malaysia yang lebih baik dalam semua perkara.

    Dan INGATlah kepada sifat AMANAH kerana dengannya mengbuahkan kejayaan.

    Maksud sabda Rasulullah SAW,

    Apabila AMANAH dibaikan pasti akan berlaku kemusnahan.

    Sekian terima kasih. Soga Tuan dan keluarga sentiasa dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  4. asssalamualaikum tuan,

    alhamdulillah..jika maklumat ii benar..dan dalam kajian
    Merdeka Centre hari ini pun membayangkan perkara yang sama..

    ReplyDelete