Dalam sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Colombo saya menjadikan buku biografi Mahathir Mohamad, Doktor Umum sebagai teman seiring jalan. Saya mengambil masa begitu lama daripada tarikh ia mula diterbitkan untuk memiliki dan membaca biografi berkenaan. Kira-kira setahun. Saya sedikit merasa cuak dengan isi biografi berkenaan seperti mana dipetik oleh beberapa pihak dalam membuat resensi 'membakulkan' Mahathir dengan buku itu.
"Doktor Umum" jadi teman perjalanan. |
Dengan ketebalan buku itu, 982 muka surat, dan pelbagai peristiwa suka duka politik Mahathir ianya cukup untuk membuang bosan dan sepi saya dalam perjalanan. Memang tidak sia-sia dan bukan menjadi kesalahan kalau saya membaca buku itu untuk mendapat pencerahan serta perbandingan mengenai diri Mahathir dengan apa yang saya dengar di luar dirinya dengan apa yang dituliskan.
Gilalah kalau seseorang itu menulis secara berterus terang tanpa ada sensor dalam mana-mana buku mengenai dirinya sendiri. Tampaknya Mahathir juga berbuat begitu dan tidak boleh lari dengan usikan syaitan dikenalinya, mengangkat tinggi dirinya ada kalanya sampai ke langit biru. Versi kisah-kisah dan tragedi politik yang berlaku di negara ini yang ada sangkut paut dengan dirinya tidak sama, malahan ada yang kontras sama sekali dengan individu yang berada di luar diri Mahathir.
Dalam buku itu Mahathir menyembunyikan banyak keburukan dirinya dan dalam masa sama meletakkan kesalahan dibuat kepada diri orang lain. Tindaknnya yang merugikan negara dan rakyat, diakui secara jujur "kunun" tetapi di hujungnya dia akan sangkutkan segala risiko hasil perbuatannya itu ke leher orang lain. Perangai suka meleset tahi ke tubuh orang lain terserlah di dalam biografi berkenaan yang disampai dengan penuh diplomasi dan membela diri. Saya boleh membayangkan alam kanak-kanaknya dulu yang dilukis sebagai sedarhana tidak sedikiptun dilukis sifat sejatinya, bahawa Mahathir seorang anak pediam yang jahat.
Rasanya tidak perlu saya mencuplikan contoh-contoh atau segmen yang membuktikan akan kemunafikan Mahathir dalam hal ini. Rasanya semua mereka yang membaca buku ini dapat menghayatinya.
Jadi setelah mengenali diri Mahathir dari catatan tangannya sendiri itu maka tidak kisahlah dengana apa yang beliau lakukan sampai ke hari ini khasnya dalam dunia politik apa lagi sewaktu berdepan dengan musuh dan pesaingnya.
Memuji diri sendiri, meletakkan diri sebagai hebat dan menjatuh dan merendahkan orang lain adalah sifat dan sikap Mahathir bin Mohamad. Kelicitannya juga terserlah di dalam buku itu bagaimana dia boleh menghalal apa-apa yang haram yang menimpa ke atas dirinya menerusi penulisan yang lembut menggoda jiwa. Saya ingatkan mereka yang tidak berdikiran kritis bahaya membawa buku ini kerana akan 'terpolot' dengan najis Mahathir.
Kerja dan spinner dilakukan Mahathir tidak berhenti setakat episod yang tercatat dalam biografi itu. Ia terus berlaku dan dilakukan hingga ke saat ini. Misalnya gesaan dan tanggapan terbarunya mengenai media alternatif yang dituduh merbahaya dan perlu dikawal kerana menyiarkan pembohongan dan fitnah adalah manifestasi yang menyerlahkan sikap dan sifatnya.
Ego Mahathir belum berkurang dan masih syok sendiri menuduh media alternatif sebagai bahaya kerana melakukan pembohongan, pemanipulasian, fitnah dan sebagainya. Mahathir nampak akan keburukan dan kehuduhan media alternatif internet. Matanya menjadi cerah dan hatinya sensitif kepada fitnah ataupun pengsensasian media alternatif.
Anihnya beliau tidak nampak dan matanya menjadi 'bole' dengan apa yang dilakukan oleh media PB yang hakikatnya jauh lebih teruk dan buruk dari media alternatif. Media PB sifat atau kerja pembohongannya lebih besar dan dahsyat daripada media alternatif. Mahathir memberi alasan media alternatif menggunakan bahasa kesat, bersifat rasis dan tidak dikawal kerana ia tidak ada editor atau penyunting. Dir... tidak ada guna kalau bahasa yang indah dan mengikut standard DBP tetapi ia berunsur fitnah.
Dalam hal ini malang Mahathir tidak nampak kepada apa dilakukan oleh akhbar Utusan, Berita Harian, TV3 dan sebagainya, di mana penampilannya dan kecomotan moralnya lebih teruk lagi media alternatif. Ini bermakna penyunting dan editor atau pengawal tidak memberi aa-apa makna. Di sini sifat muanfik Mahathir dan double standard dalam membuat kritikan.
Sepatutnya sebelum beliau menghentam media alternatif, beliau mencerminkan, melihat apa dilakukan oleh media-media PB itu. Apakah dia sedar yang Utusan Malaysia melakukan pembohongan, fitnah setiap hari lebih dahysat daripada media alternatif? Kekalahan akhbar milik Umno itu dalam menghadapi saman malu ahli politik pembangkang menjelas dan membuktikan akan apa yang berlaku.
Mungkin Mahathir tidak pernah membaca laporan media alternatif mengenai kekalahan Utusan itu, atau sebagai ahli Umno nombor satu terlupa untuk semak akaun Utusan hari ini yang hampir kering. akhbar itu tidak laku disebabkan kredibilitinya sebagai media unggul sudah musnah.
Adalah silap kalau seorang yang diiktiraf sebagai negarawan tidak membaca dan menghayati secara adil dan saksama ke atas apa yang berlaku dalam negaranya. Sekarang ini bukan masa lagi Mahathir untuk mempertahankan Umno kerana beliau tidak lagi bertanggungjawab ke atas parti berkenaan. Beliau harus melihat kepada semua sesuai dengan statusnya sebagai negarawan. Selagi beliau masih obses untuk mempertahankan Umno dengan kaedah Yahudinya lama kelamaan orang akan lupa bahawa Mahathir pernah menjadi PM selama 22 tahun di negara ini. Orang akan ingat beliau adalah Mahathir seperti di tahun 1969 yang mengkhinati Tunku Abdul Rahman dan seorang penderhaka.
Bersama kecaman terhadap media alternatif itu juga beliau masih melakukan spin mengenai video yang mendedahkan tindakan orang Cina Pulau Pinang menolak Najib secara berdepanan. Katanya, pekerja media alternatif sengaja membawa kumpulan tertentu untuk mengkritik Najib kemudian mereka rakam disebarkan. Aduh begitu jauh dan berbelit sekali spin (pusingan dan politan lidah) Mahathir ini.
Untuk pengetahuan beliau, masyarakat hari ini sudah celik maklumat dan mempunyai pengetahuan yang luas. Mereka tidak lagi berada di bawah tempurung dan sedia mendengar apa saja cerita dan bari disampaikan olehnya. Zaman orang hanya menjadi pandir mendengar cerita Mahathir kemudian akan jatuh berlebak ke bumi seperti Mat jenin sudah tidak ada lagi. Mahathir boleh terus bersandiwara dan membawa kisah-kisah indahnya kepada orang sejenis dan sewaktu dengan seorang individu di Pasir Mas. Orang ini bukan setakat mencium tangan cium punggung pun dia sanggup.
Harapnya selepas ini Mahathir tidak lagi aktif dengan tugasnya sebagai Mr Spin kerana apa dilakukannya secara sukarelawan demi melihat anaknya menjadi perdana menteri itu sudah tidak berapa berkesan lagi. Mahathir tidak tahu kenapa Najib memberi ruang luas untuk beliau bercakap dan berceloteh dalam membela Umno, ia adalah disebabkan Najib sudah letih mencari idea bagaimana hendak selamatkan Umno. Sebenarnya Najib sudah surender dan kehabisan idea untuk memastikan Umno menang sebab itu dia serahkan kepada Mahathir.
Mahathir tidak kabar keadaan ini, bahawa dia sekarang ini adalah tukang karang yang tidak ada awak-awak di belakang melainkan ianya di blow-up kan media PB saja.
Mahathir tidak sedar dirinya hari ini adalah rekod klasik yang terpaksa diputar kerana ingin mengenangkan masa lampau yang sudah jauh meninggalkan realiti dirinya. Mahathir terus bermimpi dan mengigau dan beperasaan dia masih ada harga diri. [wm.kl. 7:56 am 18/02/13]
Tuan,
ReplyDeleteMolek jugak tuan membaca buku ini. Ia hanya mengesahkan apa yang kita lihat dan faham mengenai manusia bernama Mahathir ini adalah manusia sama yang kita kenal.
Kita, generasi yang melalui setiap peristiwa yang berlaku dizamannya hasil buahtangannya dapat mengesahkan sangkaan kita selama ini dengan membaca sendiri alasan-alasan tambahan yang baru diciptanya untuk menghalalkan tindakan sonsangnya.
Sebenarnya spin-spin baru dan tambahan jika ada adalah sesuatu yang sengaja dimuatkan - bukan untuk menyakinkan kita yang dah tahu apa yang sebenarnya berlaku tetapi sebagai satu rekod sejarah untuk tatapan generasi masa depan yang tidak mengenali Mahathir untuk menilainya mengikut perspektif dia.
Dengan kata lain, dia hendak menipu generasi-generasi yang akan datang dengan fakta-fakta palsu yang akan menguntungkan dirinya nanti. Dia tak boleh berbohong dengan generasi kita, kerana kita lihat dan alami sendiri kejurjanaannya, tetapi generasi-generasi masa depan hanya menilainya berdasarkan dokumen-dokumen bertulis yang ada, dia pun nak tipu juga! Itulah hakikat buku-buku biografinya!
Licik! Licin seperti belutkan manusia bernama MAHATHIR INI!
bat8
Tuan
ReplyDelete...Ambo nak tambah skit lagi.
2/2
Mengapa ambo kata buku ini adalah kerja jahat Mahathir untuk mempegaruhi generasi-generasi akan datang dan generasi yang sekarang yang lahir semasa dan selepas dia jadi PM untuk menilanya seperti dia hendak: dia sebagai manusia yang hebat, bukan manusia durjana!
Dari sudut ini, sebenarnya, Mahathir mengambil ikhtibar dari tindakan yang dilakukan oleh Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.
Tun Salleh telah menulis 2 buah buku mengenai pemecatannya oleh Mahathir, sebuah dalam bahasa malaysia, " Singa di bawah takhta...( lupa judul penuh) dan sebuah dalam bahasa inggeris, "MAY DAY FOR JUSTICE" ( bersama co- author, mendiang K.Das. Tun Salleh menjelaskan dengan jelas dalam prakata( Forward) buku-buku ini, tujuan buku-buku ini adaah sebagai satu rekod bagi pihaknya untuk penilaian generasi-generasi akan datang tentang apa yang berlaku mengenai pemecatan beliau. Beliau menyerahkan kepada sejarah membuat tafsiran nanti setelah beliau tidak ada.
Apa Mahathir buat apabila kedua-dua buku ini diterbitkan?
Menyedari tujuan/hasrat buku ini, Mahathir sedar bahawa buku-buku ini boleh menjejaskan dirinya dimasa hadapan - BELIAU ( MUNGKIN KUNCU-KUNCUNYA) TELAH MENGUPAH SEORANG PEGUAM DARI NEW ZEALAND UNTUK MENULIS SEBUAH BUKU BAGI MENYANGGAH DAN MEMUTARBELIT FAKTA-FAKTA YANG DIKEMUKAKAN OLEH TUN SALLEH ABAS! ( ambo lupa judul buku tu walaupun ambo ada satu sebuah. ambo doh simpan ditempat khas, dok jupo cari).
Mendiang K>Das,co-writer buku "May Day For Justice" nampak tindakan licik Mahathir dimasa hadapan dengan menaja penerbitan buku oleh peguam dari New Zealand ini. K>Das nampak tujuan mahathir untuk cuba mengubah, atau sekurang-kurangnya meninggalkan satu dokumen yang akan membuat pembaca-pembaca di masa hadapan sangsi dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh Tun Salleh Abas....
Maka, K.Das, dihujung hayatnya menulis sebuah buku bagi mendedahkan penipuan fakta demi fakta yan cuba dipesongkan oleh Peguam New Zealand ini bagi pihak Mahathit. Tak lama selepas buku ini terbit, K.Das meninggal dunia.
Jadi, ituah perspektif ambo mengenai buku dan tujuan buku biografi yang ditulis oleh mahathir. Semua dia buat dia kira sampai ke lubang cacing untuk menguntungkan dia!
bat8
Tuan walau apa pun kita dapat melihat satu isu dari sisi beliau walaupun tidak 100% betul. Saya masih tertunggu sebuah buku dari mb kelantan untuk melihat jawapan beliau berhubung pengalaman beliau bergabung dengan umno. Rasanya kurang biliografi dari pendokong pr. Masih menanti tulisan sejarah tuan. Subky latiff telah mengeluarkan anak apak 1 buku dari 3 siri mengenai beliau. Tuan bila lagi.
ReplyDeletebaca buku itu membantu kita tahu bagaimana cara mahathir kekal kuasa 22 tahun. helah politik dan taktik lagakan musuh siasahnya
ReplyDeletetolong ulas bab by bab!
ReplyDeleteahaks.
tak sabar baca ulasan. sebab tak ada org 'bangkang' lagi info dalam buku tu..
banyak nama telibat dalam buku tu.KULI jual banglow 3 juta. seorang India yang kaya di argentina.Anwar tentunya. Banyak nama...
kalau boleh lawan 982 pages dengan isi dan fakta,qoutes,sikit gambar saya percaya ia meletop dari Dr. UMUM itu sendiri.
harap buku tu siap semasa mahathir masih hidup..