Saturday, February 2, 2013

Najib Dan Mahathir Tidak Sekata Kriteria Calon

LENTANG MALAM                                                                                                       

Mahathir: Bercanggah dengan Najib.
Saya rasa saya tidak salah dengar dan telinga saya tidak berdengung. Sekejap tadi saya dengar Mahathir Mohamad ahli Umno supaya mengundi calon-calon UBN tidak kira siapa mereka itu. Katanya jangan peduli siapa calon undi saja sebab hendak menang. "Kita pilih siapa saja calon UBN kerana kita hendak menang," katanya.

Kemenangan perlu apa lagi dengan undi besar. Sebab katanya kalau UBN menang kecil mereka (Pakatan Rakyat) akan tunjuk perasaan hari-hari.

Rayuan dan penegasan Mahathir itu menjelaskan sesiapa calon dari UBN perlu dipilih. Ini bermakna yang perlu dilihat ialah parti bukannya peribadi calon.

Kenyataan Mahathir ini bertentangan dengan hasrat Najib Razak yang mahukan calon-calon Umno yang berintegriti, bersih dari rasuah, jenayah dan skandal. Mana-mana bakal calon yang tidak lepas tapisan SPRM tidak akan diambil untuk bertanding. Dalam Umno mereka menjadi SPRM sebagai Majlis Syura Ulama kalau di dalam PAS.

Baru-baru ini Umno telah menghantar senarai calonnya untuk ditapis oleh SPRM. Selepas ditapis difahamkan ada beberapa orang termasuk tiga wakil rakyat, seorang menteri dan seorang ketua menteri dan orang menteri besar dari negeri Pantai Timur tidak lepas saringan SPRM. Menteri Besar berkenaan dikaitkan dengan beberapa projek kerajaan di negeri itu yang runtuh dan rosak sebelum dipakai.


Sekarang ini ahli Umno akan bingung kata-kata atau formula siapa yang hendak dituruti; apakah Najib atau Mahathir. Kalau mengikut Mahathir orang yang rasuah, ada skandal dan kes jenayah tidak mengapa asalkan mereka Umno. Manakala Najib pula tidak mahu calon-calon berpenyakit dipilih menjadi calon. Ini bermakna kalau ada mereka yang tidak bersih menjadi calon mereka hendaklah ditolak kerana ia boleh merosakkan reputasi Najib dan Umno.

Apakah Mahathir membuat rayuan itu kerana dia tahu kalau calon ditapis mengenai kredibilitinya seperti mana dikehendak Najib, menyebabkan tiga suku calon yang bakal dikemukakan nanti tidak layak menjadi calon kerana mereka rasuah? Mahathir tentu tahu siapa kentut busuk atau 'jubur belengah' didalam Umno. Semua fail-fail menteri dia pegang dan fail itulah dijadikan modal ataupun senjata dia mengugut tokoh-tokoh Umno supaya bersujud sawi atau jangan melawannya ketika di jadi bos dulu.

Najib sendiri juga ada fail tertentu yang dipegang oleh Mahathir. Muhyiddin Yassin juga ada, Zahid Hamid apa lagi, disebabkan fail berwarna pink bertanda RAHSIA itulah menyebabkan bekas ketua pemuda itu mufaraqah dari kem Anwar Ibrahim dan berundur ke kem Najib/Mahatir semula semasa Anwar sednag menghadapi saat-saat kritikal bila dipecat Mahathir.

Demikian juga dengan Shafei Afdal, Hishmuddin Hussein semuanya ada fail bertanda sulit yang pernah Mahathir pegang. Saya yakin pendua fail itu masih ada di pejabatnya di Yayasan Perdana.

Jadi hari ini apakah Najib alkan akur dengan kehendak Mahathir itu yang sudah jelas melentang transformasi yang dilakukannya. Najib berkehendakkan calon yang mempunyai syaksiakn yang baik, suci dari skandal dan tiada rasuah sebaliknya Mahathir pentingkan kemenangan.

Dalam pilihan raya lalu (2008) lalu Najib yang juga turut membuat seleksi calon telah menggugurkan beberapa orang ketua bahagian yang dicadangkan menjadi calon disebabkan kerana rasuah. Najib bertegas mengenai hal ini. Katanya ketua bahagian dariTerengganu itu puas merayu kepada Najib agar dilepaskan - untuk jadi calon, tetapi Najib tegas menyebabkan ketua bahagian itu akhirnya tidak bertanding tetapi diselamatkan Najib dari dituduh rasuah berhubung pembinaan highway. Perlepasan itu sebagai syarat dia tidak menuntut menjadi calon!

Itu masalah Umno, sama-sama kita tenguk nanti bagaimana rupa paras calon-calon yang akan bertanding atas tikit Umno kelas. Apakah ia calon yang sudah ditapis ataupun calon yang langsung tidak ditapis. Kalau banyak calon yang tidak dilapis bertanding ini bermakna Mahathir Mohamad ternyata lebih berkuasa dalam menentukan calon daripada Najib. Desas desus mengatakan Mahathir telah mengambil alih kuasa Najib bersama Muhyiddin sangat jelas dan nyata sekali.

Silap-silap hari bulan Khairy Jamaluddin juga termasuk yang telah melepasi tapisan tetapi ia akan dinafikan kerana Mahathir tidak menyukainya. Inilah akan berlaku kalau Mahathir kembali menjadi presiden sementara dalam pilihan raya ini. Mat... Mat mana lagi Mat  Maslan lah khabarnya sudah terlebih layak sebab saham Felda jatuh. Heheh geli aku. [wm.kl.8:16 pm 02/02/13]

No comments:

Post a Comment