Tuesday, February 19, 2013

Ramai Bekas Jeneral Tinggal Kem, Kenapa?

BERITA TENGAHMALAM                                                                                                      

Selepas sekurang-kurang dua orang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat keputusan menerjunkan diri ke dalam politik ia diikuti oleh empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM).

Abdul Ghafir Hamid
Empat orang pegarai tinggi ATM yang telah membuat pengakuan dan bersiap sedia melakukan penjelajahan menerangkan kepincangan kerajaan ialah, Lt. Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig. Jeneral (B) Abdul Hadi Al Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Najmi Ahmad (Kagat).

Kempat-empat pegawai tinggi ATM ini sudah membuat sidang akhbar menyatakan pendirian mereka dihadapan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim kelmarin dulu. Abdul Ghafir misalnya sudah mendedahkan bagaimana kemungkinan berlaku banyak salah laku dalam ATM terutamanya mengenai perihal pembelian peralatan ketenteraan.

Tindakan pegawai tinggi polis dan ATM ini nampaknya menjadi satu fenomena baru dan menguatkan lagi gelombang kebangkitan untuk menumbangkan kerajaan UBN. Nampak tindakan itu tidak terhenti di situ saja. Mengkagumkan penyertaan mereka bukan kerana ingin bertanding dalam pilihan raya tetapi atas tanggungjawab sosial mereka kepada negara ini.

Bagaimana ada di antara mereka akan diletak bertanding dalam pilihan raya sebagai persediaan untuk membolehkan suara mereka akan turut bergema di parlimen.

Salah seorang pegawai tinggi polis yang sudah menzahirkan diri ialah bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari yang menyertai PAS. Beliau disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PAS di kerusi Parlimen Larut, Perak.

Dan maklumat terbaru diterima lewat malam ini, menyatakan dua orang lagi pegawai tinggi ATM termasuk seorang Panglima Angkatan Tentera akan mengambil keputusana sama. Mereka akan menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan UBN pimpinan Najib Razak hari ini.

Kedua-dua pegawai tinggi itu akan membuat pengumuman tidak lama lagi, paling cepat ialah menjelang pembubaran parlimen yang dijangka minggu depan. Difahamkan antara sebab mengapa mereka membuat keputusan itu kerana tidak tergamak membiarkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat yang dikaut atas nama keselamatan negara sebaliknya ia adalah untuk mengenyangkan kroni seperti mana mereka ketahui sendiri.

Tindakan bekas pegawai tinggi ATM ini menyerang balik kerajaan dilihat satu pukulan moral kepada Menteri Pertahanan yang kini disandang oleh Ahmad Zahid Hamidi. Tindakan mereka memberi gambaran bahawa menteri pertahanan hari ini gagal untuk mengawal gindak tanduk bekas pegawai tinggi tentera yang lazimnya akan tetap setiap bersama kerajaan selepas bersara.

Dikatakan semua penyelewengan dan salahguna kuasa itu bukan berlaku sewaktu Zahid menjadi menteri, tetapi di era Najib Razak memegang jawatan itu. Najib memegang kementerian itu sebanyak dua kali.

Zahid hanya dikatakan sebagai pemikul biawak hidup yang ditinggalkan Najib sahaja. [wm.kl.1:08 am 19/02/13]

2 comments:

  1. Tuan,

    Alhamdulillah ini adalah satu perkembangan yang menarik dan langkah keempat-empatJeneral ini tampil secara aktif diatas pentas ceramah-ceramah Pakatan adalah satu fenomena baru dan boleh memberi impak besar untuk menarik pengundi-pengundi atas pagar dikalangan orang melayu.

    Mereka ini mempunyai kredibiliti yang kukuh kerana mereka semua berjawatan kelompok tertinggi dalam ATM, bukan calang-calang orang. Atas jawatan yang mereka pernah sandang didalam ATM, tuduhan yang sering dilontarkan oleh pihak UMNO bahawa mereka ini mudah terpegaruh dengan dakyah pembangkang menjadi agak lemah dimata pengundi melayu atas pagar terutamanya.

    Antara 4 orang ini, 2 orang agak menonjol sedikit walaupun keempat-empat mereka adalah hebat.

    Dato Abdul Ghafir, berpangkat Leftenan Jeneral. Ini adalah pangkat kedua tertinggi dalam ATM. Orang kata Jeneral 4 bintang. Jeneral penuh ialah Jeneral 5 bintang.

    Beliau juga adalah mantan Panglima Tentera darat, kalau saya tak silap. Jawatan ini adalah jawatan paling kanan sekali antara ketua cabang-cabang ATM, Darat, Udara dan Laut. Secara tradisinya, Panglima tentera darat adalah orang yang dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Dalam sejarah, kecuali seorang ia itu Dato Seri Anwar ( Panglima Angkatan Tentera Laut0, kesemua Panglima ATM adalah bekas panglima Tentera Darat. Jadi, Dato Abdul Ghafir bukan calang-calang orang.

    Kedua, Dato Najmi Ahmad, bekas Ketua Kor KAGAT, ia itu ketua unit bahagian ugama ATM. Beliau adalah bekas bos Dato Jamil Khir. Semasa beliau menjadi Ketua Kor Kagat, Dato Jamil Khir adalah timbalannya yang berpangkat Kolonel.

    Dato Najmi selalu menjadi ahli panel Forum Ehwal Islam yang diterbitkan oleh RTM semasa memegang jawatan dulu. Dato Najmi juga adalah adik kepada bekas naib Presiden dan bekas Setiausaha Agung PAS yang telah menyertai UMNO iaitu Dato Nakhaei haji Ahmad. Semasa dalam PAS, Dato Nakhaei adalah pakar utama ideologi PAS.

    Jadi, kesimpulannya, penyertaan keempat-empat mantan pegawai tertinggi ATM kedalam PAS adalah sesuatu yang amat baik dan merupakan senjata baru PAS dan Pakatan Rakyat khasnya untuk mengempur dan menawan pengundi-pengundi melayu agar menyokong Pakatan dalam PRU 13 nanti, terutama dari kalangan pengundi atas pagar.

    bat8

    ReplyDelete
  2. Salam Tn.Hj.MSO;

    Alahamdullillah, telah ramai kita dapati mantan yg dulunya berkhidmat sebagai "Yes Men" sekarang telah berani menyatakan perkara benar. Terima kasih kepada mereka yg sudi berkongsi maklumat, maklumlah kerjabuat mereka selama ini dalam zon misteri/"sulit"?

    Yg saya tak berapa berkenaan berhubung dgn penghijrahan Peg2 Kanan Polis, bagi yg sejenis Tn Hj Fauzi tu oklah, tapi yg macam Musa itu saya tak berkenaan, walaupun mereka berani bersumpah.(PM Najib pun telah berapa kali sumpah?)

    Yang belum kita dengar mantan peg. tinggi PTD, mungkin mereka ini hidup dalam zon selesa selepas besara. Mereka ini lagi banyak menyimpan maklumat, kerana mereka duduk di kementerian(KSU/TKSU,KP dsb)dimana suruhan menteri sudah pasti diturun kpd gulungan ini. Mungkin juga selepas besara mereka hidup lebih selesa dengan ganjaran yg diberi sebagai Pengerusi/ALP itu ini.
    Mereka kenalah ingat,kebenaran itu satu tuntutan bagi kita yg hidup.
    Sama2lah kita tunggu jika ada diantara mereka yg berani meruntuh tembuk yg membelengu diri mereka selama ini,,..... Myi

    ReplyDelete