Perjalanan sejauh kira-kira 750 km dari Banda Aceh ke daerah Tapak Tuan di Aceh Selatan akan menempun lembah, bukit dan pergunungan. Jika hendak dikira perjalanan sejauh itu, melalui jalan berliku-liku turun lembah naik bukit panjat gunung meletihkan. Apa lagi si musafir dalam usia lebih separuh abad seperti saya tambah memenatkan.
Satu laggon yang terdapat di Tapak Tuan. |
Di lembah di sebelah kiri perjalanan terbentang sawah padi yang hijau bak permaidani dan sebahagian yang sudah masak menguning dan sebahagian lain sudah lunyai ditunai memberi panoroma yang mengembalikan nostalgia buat saya. Anak-anak pesawah akan terbangkit kerinduan silam jikalau melihat panorama itu.
Pemandangan seperti itu sudah tidak wujud lagi di kampung halaman saya. Semuanya hilang lenyap ditelan zaman dan pijak jejak-jejak kehidupan umat. Pertanian ala tradisi atau tepatnya pemandangan seperti di dalam lukisan klasik masih kedapatan di Aceh. Pencinta alam akan menemui kasihnya di sana.
Sawah menguning di sebelah kiri perjalanan ke Tapak Tuan. |
Itulah gambaran perjalanan dari sore hingga memakan ke dini Subuh, satu pengalaman baru. Paling mengayapkan tatkala menaiki ke gunung Setil (mungkin namanya silap) melalui jalan berliku yang sempit. Di bawah menanti curam dan gaung bagaikan mulut harimau bakal menelan sesiapa yang 'lola' atau pun kurang waspada.
Jalan berliku di gunung Cetil. |
"MasyaAllah.....!" begitulah jeritan yang keluar dari mulut sdr Rushdan Mustapa apabila kenderaan pancu 4 roda yang membawa kami tiba-tiba hampir bertembung dengan kenderaan lain, sebuah lori kargo di satu selekuh tajam dan sempit di puncak gunung. Berderap juga darah sampai ke atas tengkuk.
Kesayupan curam tidak nampak kerana diselindungi gelap malam. Kecekapan pemandu Rijal berbangsa Aceh telah menyelamatkan perjalanan harmonis kami yang sudah menjenguk malam. "Ngak apa-apa pak saya sudah biasa dengan jalan ini," kata si supir bertubuh kecil bongkok dan laksana kuat sex ini.
Masjid Besar Tapak Tuan, warnanya tersendiri. |
Lihat keunikan seni bina masjid ini. |
Ini juga antara masjid tua di Aceh Selatan yang klasik. |
Masjid ini juga mempunyai warna tersendiri. |
Masjid ini nampak sudah siap tetapi belum sempurna. |
Keadaan masjid yang tidak sempurna itu seakan sengaja dibiarkan kerana untuk terus mengutip dana dari orang ramai. Ada juga panitia masjid melakukan punggutan dana dengan mengadakan sekatan jalan raya, mana-mana kereta yang berhenti akan dihulurkan raga atau plastik agar dimasukkan wang.
Bagaimana pula dengan jemaah? Inilah yang menyedihkan. Khabarnya jemaah yang datang ke masjid atau musolah amat kurang sekali. Sesetengah masjid hanya didatang dua orang jemaah saja dengan seorang imam dan bilal. Manakala ada juga yang langsung tidak dikunjungi dan masjid atau musolah dibiarkan menjadi tempat mainan kambing dan ayam itik. Mendengar maklumat ini menyedihkan dan ia tidak sepadan sama sekali dengan keindahan dan seni bina masjid yang tinggi, tetapi ianya miskin dengan pengumaraknya.
Warnanya mengancam, bentuknya unik tetapi jemaah kurang, |
Masjid dan musolah yang jumlahnya ratusan itu harus dihuni dan bukan saja dibina sebagai lambang atau simbol kekuatan Islam kerana hidup dengan mengagungkan lambang ia tidak membawa kita ke mana-mana. Hakikat juga yang perlu dituju. [wm.kl.8:53 pm 25/03/13]
tapak tuan adalah antara pekan yg dilindungi Allah dari malapetaka tsunami walaupun kedudukan nya terbuka dan begitu hampir dgn pusat tsunami pd tahun 2004. saya adalah diantara sukarelawan dr malaysia yg hadir mbantu mangsa tsunami melalui pekan ini utk ke meulaboh. suasana pekan ini mgingatkan saya suasana pekan kota bahru krn wanitanya yg beragama islam semuanya memakai tudung ketika berada di pekan..
ReplyDelete