MELEPAS DUHA
Cadangn Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan supaya orang ramai melihat dan menilai sendiri video lucah yang sekali lagi cuba dikaitkan dengan Anwar Ibrahim sesuatu cadangan yang paling buruk dan tidak seharusnya keluar dari mulut seorang pemimpin utama di dalam Umno.
Sebagai orang yang berada dalam Biro Politik Umno dan dianggap salah seorang dari tujuh pemimpin tertinggi yang antara lain tugas dan tanggungjawabnya menentukan hala tuju parti, serta menetapkan tindakan-tindakan semasa parti, beliau harus jaga akhlak dan tidak mempamirkan sifat dan sikpanya sebagai budak-budak mentah Umno yang tidak tahu menilai baik dan buruk.
Kalau cadangan dan gesaan itu datang dari budak-budak Umno, atau si pelontar 'jumrah' di tanah jawi, ataupun si tukang cat kereta atau penjulang manila kad dan sebagainya, tidak menjadi masalah kerana ia dianggap sebagai pantas atau selayaknya. Apakah Mat Maslan ini juga asalnya dari kumpulan sampah sarap itu?
Manis baru kalau cadangan iu keluar dari mulut wine mereka. Tetapi kalau orang berkedudukan di tempat Maslan itu juga berbuat demikian, haprak sangatlah pemikiran dan akhlak Umno. Bahawa di dalam Umno hari ini sudah tidak ada tersisa lagi dengan pemimpin berakhlak mulia dan berusaha mengurangkan kejahatan dan maksiat.
Cadangan Mat Maslan itu memburukan dirinya sendiri. Cadangan itu menyebabkan orang boleh nilai begitulah bentuk dan rupanya Umno berfikir dan Mat Maslan sebagai seorang pemimpin. Umno akan menghalalkan apa saja cara untuk kemenangannya, termasuk sedia melanggar bantahan Rasulullah dan Allah s.w.t.
Beliau boleh menafikan yang video berkenaan tidak dibikin oleh Umno? Tidak menjadi masalah. Memang Umno tidak sempat hendak mengatur dan memasang kamera pengintip bagi merakam gambar-gambar sundal dan comot begitu? Umno kini ketiadaan masa dan lebih sibuk dan riuh untuk mempertahankan kapalnya yang bakal tenggelam dan karam sekarang ini. Tetapi apabila beliau mengeluarkan cadangan begitu menunjukkan betapa busuknya otak dan cara Ahmad Mazlan berpolitik.
Sebagai pemimpin berakhlak dan cuba syaksiah mulia beliau tidak patut membuat cadangan itu sebaiknya melarang agar orang ramai tidak terjebak dengan kerja-kerja syiatan seperti itu. Mat Maslan sepatutnya melarang orang ramai dari melihat gambar berkenaan bukannya menyuruh dan menggalakkan. Masih ada banyak cara lagi untuk memburuk dan damagekan Anwar Ibrahim yang dibenar agama dan tidak terlarang dek adat.
Cadangan Mat Maslan itu juga sekaligus menafikan tanggapan umum bahawa Umno sebuah parti Melayu yang berakhlak, parti Melayu yang memperjuangkan Islam seperti mana dilaung-laungkan. Dalam syariat Islam seorang pemimpin itu menjadi penyelesai masalah bukan pembawa masalah. Jauh sekali kalau dia menjadi pensubahat dengan kejahatan.
Semalam dilaporkan Ahmad Maslan berkata; "Tengok sendiri (video) dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.
Tidak patut beliau mengeluarkan cadangan begitu kerana ia tidak bermoral dan menggambarkan bahawa dia meretusi orang ramai bercepuah dengan tahi dan najis politik busuk yang direstui Umno itu.
Kita berharap Ahmad Maslan menarik balik cadangan itu kalau beliau mahu dilihat rakyat sebagai pemimpin pelapis yang berintegriti dan mempunyai syaksiyah yang baik. Mat Maslan tidak sepatutnya membrandkan dirinya seperti Rahim Tamby Chik dan beberapa orang yang lain kerana beliau lebih berilmu Islam dari mereka. [wm.kl.8:27 am 18/03/13]
Sdr MSO, saya setuju sangat-sangat dengan pendapat sdr yang mamat ini telah meletakkan akhlak beliau ditempat yang keji. Satu lagi, bila seorang pemimpin mengajukan atau mencadangkan agar rakyat melihat sendiri video yang sudah jelas haram, celakalah pemimpin itu kerana memunjuk kepada rakyat laluan mendapat dosa, hanya kerana sedikt keuntungan politik. Satu persoalan di sini, ada ke lagi pemimpin dalam UMNO? Rasanya dah yilek!! Yang ada hanyalah ahli-ahli politik, bukann pemimpin. Orang Melayu masih lagi keliru antara pemimpin dan ahli politik!!! Betul kata sdr, pemimpin ialah yang menyelesaikan masalah, sementara ahli politik ialah pemutar-belit, penipu dan lain-lain yang jelek semata-mata untuk kepentingan puak dan diri sendiri.
ReplyDeleteMAt Maslam memang x boleh dibuat pemimpin....
ReplyDelete