Sehari dua lepas tersebar berita PAS Putrajaya mengundang Husam Musa agar bertanding di kerusi parlimen Wilayah Persekutuan Putrajaya. Berita itu menarik perhatian umum terutamanya pemerhati politik. Dalam laporan itu PAS Putrajaya meminta restu pimpinan tertinggi PAS agar melepaskan Husam ke kawasan elit itu. Tampak bersungguh dan ikhlas PAS Putrajaya membuat tawaran dan jemputan itu.
Husam: Jangan cekik leher sendiri. |
Ada benarnya dakwaan Mohamad Nazir itu. Kalau UBN masih meletakkan Adnan Mansor di Putrajaya, UBN akan menghadapi masalah. Banyak janji-jani yang ditaburkan Adnan tidak ditunai. Salah satu ialah janji untuk membina masjid di Persint 8 tidak menjadi kenyataan sampai hari ini. Tanah yang diperuntukan untuk pembinaan masjid itu telah ditukar kepada projek komersial, membina kompleks membeli belah.
Banyak isu yang belum selesai di Putrajaya yang gagal diselesaikan oleh Adnan selaku wakil rakyat. Pegawai kerajaan sendiri dikatakan lebih 50 peratus kurang senang dan kemungkinan akan menolak Adnan dalam pilihan raya kali ini kalau beliau calonnya.
Husam dipilih pula setelah dilihat kepada kebolehan dan penampilan beliau sebagai pemimpin. Daya dan roma Husam sesuai untuk diadukan di kawasan terdiri dari orang-orang cerdik dan tahu menilai kemampuan berfikir untuk memilih seorang pemimpin berwibawa kerana keperibadian, kejuahan akal dan bukan kerana ia 'gemukkan' parti politik semata-mata. Adnan sudah menjadi menteri dan orang sudah tahu apa yang dilakukan dengan jawatan menteri itu, dan kenapa beliau tidak diberikan tanggungjawab itu seterusnya. Ada masalahlah itu.
Sehingga ini tuan tubuh (Husam) tidak memberi respon kepada permintaan itu. Husam tentu sedang menimbang sebaik mungkin tawaran berkenaan dan sudah pasti ia tidak mudah untuk ditolak. Tawaran itu satu pernghormatan tinggi untuk Husam dari mereka yang tahu menilai politik dan kebolehan seseorang tokoh.
Apabila kedudukan Husam menjadi kontroversi di Kelantan, menyebabkan nama Husam melayang-layang ke mana-mana sahaja. Banyak kerusi-kerusi (Parlimen) diluar Kelantan diadukan kepada Husam. Satu segi cara itu menunjukkan Husam sudah tidak diperlukan di Kelantan, tetapi dari sudut lain Husam dirindui oleh kawasan luar Kelantan. Ia juga menunjukkan sahamnya mahal.
Antara kerusi ditawarkan ialah Titiwangsa, manakala di Kelantan Jeli. Tawaran ini walaupun ia menunjukkan satu masalah buat Husam tetapi ia juga menggambarkan kelebihan kepadanya. Misalnya kenapa tidak dinamakan Mohd Amar Nik Abdullah, atau Takiyuddin Hassan atau Wan Ismail Wan Jusoh untuk berdepan dengan Mustapa Mohamed di Jeli. Kenapa? Tanya sendiri dan jawab sendirilah.
Ariffahmi: Terbunuh kerana political power. |
Ia bukan berlaku terhadap politician saja tetapi teknekrat dan korporat juga. Misalnya apa yang berlaku ke atas Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang terpaksa meninggalkan jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah contoh klasik bagaimana Kelantan membuang seorang yang cerdik menerusi percaturan 'politik budu'.
Mungkin kerana situasi itu dan menyedari Husam merupakan aset kepada PAS menyebabkan PAS Putrajaya menawarkan kerusi berkenaan kepada Exco Kelantan itu. Tidak dapat siapa nafikan Husam adalah pemimpin kreatif serta bijak menghidupkan hayat (isu) politik. Beliau juga tokoh yang ditakuti Umno sebab itulah dia menjadi sasaran fitnah dan adu domba musuh PAS di Kelantan.
Beliau juga antara kesayangan dan kecintaan Tokguru Nik Aziz. Blue eyes Tokguru. Tetapi pelik, kenapa orang Kelantan tidak dapat merasai keistimewaan Husam yang ini serta membaca rasa hati Tokguru? Pelangi yang indah terpadam mata kerana ditabir tirai hitam berdebu... Kepentingan diri melebihi kepentingan negeri dan rakyat.
Sepatutnya soal-soal peribadi atau soal gengsi dan sebagainya tidak dijadikan asas untuk menolak Husam dan menafikan ketrampilannya. Pemain politik yang bijak tidak akan menunjukkan kemarahan di hadapan khayalak, dan kalau menegur biarlah berpada. Marah pula jangan berpanjangan cukup hanya sekerat malam. Bak marah isteri, kalau 'murih' sepanjang malam maka 'bersajalah' malam itu. Sekiranya seseorang itu sudah insaf dan menunjukkan tanda-tanda untuk berbaik, terimalah. Kata orang musuh jangan dicari orang hendak berkawan sambut dengan lapaz 'ahlan wasalam'.
Mengenai penolakkan Husam di Kelantan ini ada juga terlatas di telinga saya kononnya kerana Husam bermasalah dengan istana. Jadi alasan penolakannya dari bertanding di DUN demi untuk tidak menganiayakan dia. Tuduhan ini kabur sebenarnya. Kalau bermasalah apakah masalah itu? Jangan pula kerana perkara seinci dijadikan sedepa, dan hanya kesalahan mencuri ayam kurus terus dihukum untuk dihalau ke luar negeri.
Jikalaulah masalah itu dengan Sultan atau Istana, apakah jalan penyelesaian dan damai tidak ada? Kalau hendak dikira hitung, krisis di antara Tokguru Nik Aziz dengan Sultan Ismail Petra satu masa dulu lagi teruk sehingga menggetarkan bumi Kelantan. Namun apa jadi akhirnya, berkat sepakat, berkat doa dan sokongan rakyat kepada kedua pihak istana dan MB, akhir krisis berakhir dan kedua mereka damai dengan tugas dan amanah masing-masing, duduk bersela lendik semula. Jadi apakah kalau memang wujud masalah itu, ending seperti itu tak berulang lagi?
Perlu disebut antara watak yang memain peranan sebagai pembela dan hulubalang membela Tokguru adalah Husam. Jadi masakan Tokguru sanggup untuk membiarkan Husam akan diserang atau berjelapak dalam masalah tanpa berbuat sesuatu? Tidaklah sekejam itu rasanya Tokguru ini.
Firasat saya mengatakan masalah yang berlengkar disekeliling Husam itu bukan penyakit asal malainkan ia adalah rekaan dan persepsi sahaja. Sebabnya mudah dunia masih belum menyaksikan masalah itu sebenarnya. Maksudnya tidak penzahiran dari pihak istana yang murka ke atas Husam.
Sejarah lama yang menimpa di Temsik atau pun kisah-kisah trajis yang berlaku dalam kerajaan klasik Melaka jangan diulang lagi. Iktibar kepada kesilapan sultan yang mengarah agar bunuh Hang Nadin yang bijak kerana difitnah kononnya suatu hari dia akan mengambil alih pemerintahan Temasik patut dikenang sepanjang zaman. Sikap atau sifat Raja Mendalir atau si Kitol yang menjadi guting dalam lipatan hendaklah dipinggirkan dari kemurniaan minda politik kita. Bebal dan babillah kita kalau terus mengulangi sejarah jahiliah sesudah mengaku Islam.
Perlu diingat untuk melahirkan pemimpin seperti Husam, Takiyuddin Hassan, Mohd Amar Nik Abdullah, Wan Ismail Wan Jusoh, yang kemudian dibuntuti Wan Nik Wan Ngah, Hassan Mahamod, Zulkefli Mamat bukan senang. Hari ini walaupun Kelantan sudah ada pemimpin pelapis baru seperti Dr Mohd Fadzli Hassan, Abdul Fatah Mahmod, atau Mohd Zaki Ibrahim, Abdul Latif Abdul Rahman dan lain-lain namun tahap dan kualiti mereka masih terkebelakang untuk dibandingkan dengan Husam dan mereka yang lain. Pemimpin bukan boleh dicambahkan persis kacang cambah (togel) yang tumbuh dalam masa 12 hari.
Selain nama Husam
Mengenai kerusi Putrajaya selain Husam, ada nama lain yang dihantar oleh Ibu Pejabat Agung PAS untuk bertanding di situ. Nama bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Datuk Nik Mohd Zain Nik Yusuf juga diura-urakan. Tetapi nama Zain dibantah atas alasan walaupun beliau seorang teknokrat atau bekas pegawai tinggi kerajaan yang komited dan berjaya tetapi usianya menjadi penghalang.
Bantahan itu berterusan dan ini menyebabkan kerusi Putrajaya menjadi kosong sedang Mohamad Nazir sendiri dirasakan tidak berkemampuan untuk berhadapan dengan Teuku Adnan Teuku Mansor. Dalam mencari siapa layak itu timbul juga nama Mustapa Ali, atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung yang dirasanya pantas berdepan dengan Setiausaha Agung Umno. Cadangan Mustapa ke situ saya fikir tidak ikhlas dan sesuatu yang jauh munasabah melainkan untuk mengelakkan dia dari duduk mengacau di Terengganu saja.
Kalau orang memahami hati budi politik Mustapa beliau tidak perlu dibimbangi sangat. Mustapa sendiri sudah menyedari siapa dia di Terengganu. Nasib dan dirinya tidak ubah seperti ekor ikan bilis kering yang sudah patah 16. Menjadikan ikan tidak lagi, untuk dijadikan sampan jauh sekali. Mustapa hanya melukut di tepi gantang saja. Jawatan sahih beliau menjadi penasihat kepada Presiden PAS. Apa yang naluri dia inginkan ialah berkerja saja sebagai penyelang kegiatannya bermain dengan cucu dan cicit.
Jadi apabila namanya cuba disuakan kepada Putrajaya ia tidak logik dan awal-awal lagi sudah dibantah? Elok. Sekiranya PAS ingin menggunakan akal dan pengalamannya sekiranya PAS memerintah Malaya nanti lantiklah beliau memegang apa-apa jawatan sesusai. Dalam hal ini ada dua jawatan sesuai buatnya, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan juga pengerusi SPAD menggantikan tempat Syed Hamid Albar.
Berbalik kepada tawaran untuk Husam tadi ada eloknya kalau beliau menimbang sebaik mungkin. Cuma di sini ingin saya kata kalau dia berhajat untuk ke parlimen dan meninggalkan state kerana kecewa dengan sikap sesetengah rakan PASnya di Kelantan, kenapa dia harus bertanding di Putrajaya. Beliau tidak perlu menggadaikan nyawa politiknya di situ. Dalam politik jangan mencari sakit dan jangan mencekek leher sendiri.
Kalau benar beliau ingin berkhidmat di parlimen, molek kalau beliau kembali kepada kerusi asalnya di parlimen Kubang Kerian. Jaminan untuk menang lebih cerah di Kubang Kerian berbanding dengan Putrajaya. Lagipun Husam sudah menunjukkan kebolehannya, bahkan bakat dan ketrampilan dalam politik terbukti semasa beliau menjadi ahli parlimen Kubang Kerian (1995 - 2004).
Saya masih ingat kata-kata Abdullah Badawi kepada saya tentang Husam; kalaulah semua wakil rakyat seperti Husam, negara akan menjadi lebih maju dan politik kita menjadi lebih sihat. Abdullah tidak pernah terlepas untuk mengikuti perbahasan Husam di Parlimen, kalau pun beliau tidak hadir diikuti menerusi tv khas di biliknya di Putrajaya.
Kecualilah Husam juga memilih untuk kekal di DUN Salor, tidak menjadi satu kepelikan kalau dia juga bertanding di Putrajaya. Untuk bertanding dua kerusi di Kelantan Salor dan Kubang Kerian dirasakan kurang baik kerana ia akan disamakan taraf dengan Awang Adek Hussein atau Mustapa Mohamad, tergila hendak jadi MB.
Bagaimana pun ia tidak akan pelik kalau PAS Kelantan membuat konsesusnya awal bahawa selepas pilihan raya ini Husam adalah menteri besar. Bukan saja di Putrajaya, Husam juga boleh dihantar ke Jeli untuk berdepan dengan Mustapa, tetapi harus ada jaminan dan konsensus itu dulu. Husam mungkin tidak minta dan sebagai ahli parti beliau akur tetapi kondisi dan situasi politik di Kelantan merasakan begitu. Bolehkah PAS Kelantan berbuat begitu?
Tegasnya tawaran PAS Putaraya itu boleh ditilik dan dikaji oleh Husam. Sekiranya keputusan dibuatnya ke Putrajaya, beliau harus berfikir panjang melihat dan menghitung nasib PAS di Kelantan selepas ini. Kalau PAS tertakdir menjadi kerajaan, tenaga dan khidmat orang-orang sepertinya sangat diperlukan untuk mempertahankan kerajaan. Apa lagi kalau tiba-tiba Tokguru Nik Aziz benar-benar akan bersara?
PAS Kelantan jangan menganggap mudah untuk mengendalikan sebuah kerajaan. Tentangan kepada PAS bukan saja dari orang-orang Umno atau NGO penghambat nyamuk dan lalat, tetapi di kalangan pegawai kerajaan juga yang masih beruratsarafkan Umno. Mereka boleh menimbulkan seribu masalah dan mencari seribu daya untuk melemahkan kerajaan dari dalam.
Untuk berdepan dengan kemungkinan dan elemen ini orang-orang yang rajin, komited serta berpengetahuan seperti Husam sangat diperlukan. Apa lagi Takiyuddin Hassan yang juga merupakan Exco ikut sama hendak dipindahkan ke Pusat. Takiyuddin dikatakan bertanding di parlimen Kota Bharu. Saya tidak yakin dengan beberapa orang Exco yang ada kini mampu menghadapi segala tribulasi itu kerana mereka masih baru atau setengah yang usang pula tidak menunjukkan prestasi menyakinkan.
Secara peribadi bagi saya Husam patut fokuskan kepada satu kerusi saja, iaitu DUN Salor. Beliau perlu berada dan diadakan di dalam kerajaan, sama dengan kedudukan hari ini sebagai Exco Kanan ataupun dilonjakkan menjadi TMB atau terus menjadi Menteri Besar. Banyak kerja beliau yang belum selesai di mana semua projek dan pembangunan dijanjikan adalah tanggungjawabnya.
Walaupun mengikut amalannya ia adalah tanggungjawab bersama (kolektif pinjaman istilah Haji Hadi) semua projek dan janji itu adalah menjadi tanggungjawab bersama. Ingat juga untuk jadi MB syarat utamanya bukan bijak berpidato dan petah menyanggah lawan, tetapi bijak menggerakkan kedua belah otak.
Sedihnya ada satu sikap atau tag line di kalangan wakil rakyat Kelantan, "mu buat mu pikul sendiri" dan "jangan sesekali gala (membajak) di tanah orang", walaupun tanahnya itu menjadi kering kontang dan menjadi tanah 'ran'. Apakah Tokguruku Nik Aziz tahu tag line atau slogan busuk kohong ini? [wm.kl.11:05 am 18/03/13]
Kenapa Husam tidak diberi peluang berucap semasa majlis perasmian Ekspo Kelantan di Karangkraf baru2 ni? Bukankah portfolio beliau dlm kerajaan negeri melayakkan beliau, malah sepatutnya beliaulah memberi ucapan krn ekspo tersebut adalah berkaitan dgn pembangunan negeri kelantan.Majoriti Anak2 Kelantan diperantauan (yg antaranya akan pulang mengundi) dahagakan penerangan/pencerahan mengenai halatuju negeri kelahiran. Bukan menidakkan keupayaan atau ketokohan Speaker DUN Us. Nasuruddin,ttp ucapan Us. Nusuruddin lebih sesuai dlm ceramah agama atau penerangan politik,malah ruang utk beliau berucap atau meng'ekspose'kan diri byk apatahlagi sering diberi peluang menggantikan Tuan Guru semasa Kuliah Pagi Jumaat....
ReplyDeleteTuan Haji,
ReplyDeleteDari penceritaan Tuan Haji saya merasakan garis pemisah antara pe'el mazmumah dalam PAS vs. UMNO teramat halus dan hampir tiada perbedaan.
Karisma dan kewibawaan Datuk Husam bukan sekadar tahap Exco Kanan, beliau adalah meterial Menteri Besar atau Menteri Kabinet Pusat. W/pun se-chopeng kumpulan dalam PAS Kelantan tidak senang dengan beliau, rakyat secara umumnya dan TGNA khasnya perlu sedar sanggupkan mereka kehilangan sebutir platinum kepimpinan kerana melayan tosor (suasa).
TGNA, mustahil untuk kita mengubah arah angin tapi kita senantiasa boleh mengubah kedudukan layar.
Pas Terengganu lagilah marah kat Husam. Itulah masalahnya. Ia lebih berbentuk peribadi bukan prestasi kerja.
ReplyDeleteSelain dr TGNA dan TGHH, YB HUSAM adalah tokoh yg sy kagumi...untung kalau negeri sy terengganu ada tokoh seperti beliau...ideanya segar dan bernas...pelurunya jarang2 tetapi sekali tembak kena tepat kepada musuh...bijak mematikan hujah lawan...kata2nya berfakta bukan hentam keromo...paling sy x lupa hujahnya sebagai MP ketika menghentam senator zainudin maidin isu klip kelantan serambi derita...berkualiti...PAS akan dihormati jika lebih ramai lg MP berkualiti seperti beliau dilahirkan...salah seorang calon menteri dr PAS jika kita ambil putrajaya insya Allah...:-)
ReplyDeleteSalam Tuan MSO,
ReplyDeleteSaya yang berada di bumi Kelantan sejak 10 tahun yg lalu amat memahami situasi "orang politik PAS". Dulu semasa saya berada diluar Kelantan, saya amat gemar mendengar ceramah yg disampaikan oleh YB-YB PAS. Ttp sejak saya kelik Kelantan dan bergaul dgn orang-orang politik, rupa-rupanya orang politik kelate ni jenih "make gu". Ceramah jah sedap, tetapi nak melaksanakan apa yg diceramahkan adalah amat sukar bagi mereka.
Inilah yang menjadi masaalah kepada D'Husam. Ideanya banyak dan bernas. EXCO2 & YB2 PAS "berasa diri mereka tercabar". Sebab tu ada ayat "jange galo tanah oghe", tapi kalo tok galo tanah oghe, "tuan tanah" tersebut tok buat gappo dan yg kesannya tetap kembali kpd kerajaan negeri. Sebagai contoh, setiap hari raya & cuti sekolah, jalan sentiasa jem, sapo yang ambik caro? Masaalah kerajaan negeri tak cukup duit nok buat projek, tapi tok bui idea lagu mana nok atasi masaalah tersebut? Begitu juga dgn masaalah air, sapa loni tak selesai.
Jika betul D'Husam ada masaalah dgn pihak istana, mengapa tak ada pihak yang cuba nak selesaikan? Apa yg ambo napok, mereka suko sebab peluang nok jadi MB & TMB terbuka luas. Saya dengar cerita, masaalah d'Husam dengan pihak istana pun berlaku krn ada pihak yg "bawa mulut" ngadu kepada istana, walhal perkara tersebut hanya "cerita palsu". pihak sultan kelantan yg dikenali dgn sifat kezuhudan & sentiasa merendah diri, rasanya perkara ini boleh diselesaikan. Jika tidak, PRU14 nati, Kelantan akan terlepas kpd BN semula.
husam org bijak kan.
ReplyDeletekalu btnding kat klantee .. mudah menang...
dan da dan MB Klantee sapa nk jaga..dtakdirkn nik aziz pergi dulu...sapa nk ganti tempat dia
husam org bijak kan.
ReplyDeletekalu btnding kat klantee .. mudah menang...
dan da dan MB Klantee sapa nk jaga..dtakdirkn nik aziz pergi dulu...sapa nk ganti tempat dia