Wednesday, March 27, 2013

ISMA Meminta Sesuatu Yang Tidak Relevan Dari Saya...

SESUDAH SUBUH                                                                                                            

Alhamdulilah malam tadi saya memenuhi undangan Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) sebuah pertubuhan atau NGO dakwah Islam untuk berwacana di atas tajuk; Benarkah ISMA Menerima Dana Dari Umno. Wacana itu berlangsung di Bangi, Selangor.

Ini laporan dibuat ISMA mengenai wacana semalam.
Tajuk itu merupakan satu pertanyaan negatif dan ISMA mahu mensucikan diri dari tuduhan berkenaan.

Saya memenuhi jemputan itu atas semangat ukhuwah Islamiyah dan juga sebagai tanggungjawab sebagai seorang penulis. Kehadiran saya membuktikan saya tidak lari daripada tanggungjawab dan merasakan perlu menjelaskan kekeliruan.

Ternyata sekali wacana itu dinanti-nanti oleh anggota ISMA. Anggota ISMA nampaknya komited apabila khabarnya ada yang hadir itu dari Seremban atau di luar Bangi. Laman web ISMA melaporkan 200 yang hadir.

Sejak awal lagi saya sudah merasakan tajuk diberikan satu tajuk yang tidak begitu relevan dan penting, bagi saya seorang penulis yang melihat ISMA sebagai 'kerabat baru' dunia politik negara. Catatan saya mengenai mereka hanyalah kecil saja. Tetapi ia rupanya begitu mustahak bagi ISMA untuk menjelaskan apa yang berlaku atau tertimpa ke atasnya. Tidak sangka. Ahli ISMA tidak senang dan gelisah dengan lemparan dan tuduhan yang kononnya NGO itu menerima dana dari Umno atau dikaitkan dengan Umno.

Saya tidak salahkan sesetengah mereka, perasaan atau pun marah itu timbul menandakan mereka sayang kepada wadah juang mereka.  Itulah nilai ataupun ciri-ciri atau sifat yang perlu ada kepada setiap ahli kepada mana-mana pertubuhan. Syabas.

Saya perlu menjelaskan, dan sudah pun saya jelaskan, bahawa dalam konteks singgungan saya kepada NGO berkenaan tidak ada pertuduhan langsung saya kepada ISMA yang ianya menerima dana daripada Umno. Adapun ISMA menerima kemudahan (dana) untuk menjalankan aktiviti dakwa dari Jakim saya sebut dan memang perkara itu terakui. Jadi tidak wajar kalau ahli ISMA merasakan saya 'berkhianat' kepada mereka dengan menuduh menerima dana dari Umno?

Saya turunkan dua ayat yang disedut oleh moderator malam tadi yang menjadi kay kepada permasalahan dan kekeliruan sehingga terjadi wacana. Cuba hayati dan baca dengan cermat singgungan dari saya sebagai penulis politik, bukannya penulis Hadith;

"Hairan sepatutnya Abu Zaik yang datang ke Kota Bharu sambil mengenal beberapa kawasan untuk meletakkan calonnya dalam pilhan raya nanti. Lagi banyak kawasan bertanding lagi kembung dan gemuk poket seluar. Hatta kena bawa guni, boleh jadi juga."

dan satu lagi petikan yang disebut;

"Mengenai tanggapan saya menuduh ISMA mendapat duit dari Umno yang sangat dikesali itu, sukacita saya jelas ia dalam hubungan politik. Kalau ahli ISMA sudah bergabung dengan organ politik, tidak boleh tidak masalah kewangan tetap akan timbul dan terkait sama.

Dari konteks politik catatan itu perkara biasa saja. Dan ia bukan satu prejudis langsung. Ayat itu juga tidak pun menyebut nama Umno seperti mana ditanggap oleh pihak ISMA sehingga manakan wacana itu sebegitu rupa. Yang menanggap saya mengaitkan ISMA dengan Umno ialah ISMA sendiri, baca kedua ayat berkenaan dengan tenang tanpa mengaitkan frasa ayat saya dengan dakwaan pihak lain.

Saya jelaskan semalam dunia politik rencam dan penuh dengan broker politik. Kalau kembung poket bukan bermakna presiden ISMA atau ahli ISMA, tetapi broker politik atau orang lain juga boleh kembung poket dan ini selalu terjadi. Mungkin bagi ISMA cerita-cerita orang memperdagangkan parti dan ahli parti, asing baginya tetapi ini selalu terjadi. Dari sudut politik inilah tanggapan atau catatan itu tertulis. Saya sebut Berjasa yang kini dijadikan landasan politik oleh ISMA juga pernah menjadi barang dagangan.

ISMA tidak seharusnya beranggapan tanggapan atau persepsi itu terlalu negatif dan ianya direct ditujukan kepadanya. ISMA harus mempunyai mental politik yang kuat kalau ingin berpolitik. Seandai hal-hal demikian menjadikan ISMA sudah panas punggung, atau pun ahli bawahan terus menerima sehingga memburukkan keadaan, naif sangatlah minda politik ISMA. Ahli ISMA harus menguatkan minda demi menerima ocahan dan godahan yang lebih besar lagi apabila mereka rasmi menerjunkan diri dalam politik. Kata orang kalau tidak mahu disentuh ombak jangan berumah di tepi pantai.

Saya tahu wacana itu untuk memberi kesempatan kepada ISMA membersihkan dirinya. Dalam kata lain saya hendak dijadikan 'pengkalan' bagi mempertanggungjawab tuduhan-tuduhan liar kepada ISMA seperti menerima dana dari Umno. Saya sangat memahami ini dan saya hadir juga kerana ingin memberi penjelasan atas maslahat bersama demi kebaikan dan persaudaraan.

Mungkin ada sedikit kekeliruan di kalangan anggota ISMA yang pesimis dengan apa yang saya singgung itu sehinggakan dianggap sebagai tuduhan. Saya tidak tahu apa yang disiarkan di dalam portal berita Harakah Daily.net berhubung hal yang sama. Saya tidak mengetahui apakah kornologi dan termologi yang diguna pakai oleh portal itu sehingga ISMA fikir perlu diadakan wacana khas?

Kalau portal itu menuduh dan menyebut lebih keras atau kejam dari saya, itu diluar tanggungjawab saya. Saya bertanggungjawab apa yang saya catatkan. Dalam hal ini ahli ISMA harus padai mengunyah ikan jangan sampai terlekat tulang belida.

Selepas berwacana semalam saya rasa persoalan pokoknya jelas. Saya menyatakan apa yang ditulis itu hanya satu tanggapan atau persepsi dalam konteks ISMA sudah menjerluskan diri alam politik. Tetapi saya pecaya tetap ada meenganggap saya menuduh dan cuba mengelak. Kepada mereka yang tidak berpuas hati dan terus merasa senak dengan saya, iya terserah kerana itu lumrah.

Saya undur ke belakang sedikit; kenapa sampai terjadi wacana itu ianya berpunca dari sebuah dialog kecil saya dengan Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang tersebut fasal ISMA. Ia bukan serius atau sesuatu yang disengajakan menimbulkan persepsi demikian, kerana itulah pertama kali saya 'meleset' ISMA dalam tulisan. Saya tidak pernah pun sebelum ini mendengar ISMA ada kaitan khasnya tentang dana dengan Umno melainkan dengan Jakim. Sebab sedikit sebanyak saya mengenali ISMA menerusi watak timbalan presidennya, Aminuddin Yahaya.

Terus terang saya katakan saya tidak pernah tahu lebih lanjut mengenai Isma kecuali mengenali dua orang pemimpinnya walaupun saya pernah memberi satu kurus ringkas penulisan blog kepada ahli ISMA beberapa tahun lepas. Saya juga tidak perlu mengheret ISMA ke lembah yang hina sebegitu seperti mana saya lakarkan terhadap pemian-pemain politik dan parti politik. Jahat sangatlah saya. Tidak ada manfaat buat saya.

Tidak sangka pula ISMA mengambil serius perkara ini. Menganggap ia satu penghinaan dan satu pengkejian. Apapun menerusi wacana semalam penjelasan diperolehi. Persepsi itu kontras dengan apa yang berlaku. Seperti mana dijelaskan oleh Aminuddin Yahaya malam tadi, tahap pengorbanan ahli ISMA begitu tinggi sehingga ia tidak memungkinkan NGO itu mendapat mana-mana dana dari mana pihak dalam maksud mereka berpolitik. NGO itu juga tegas beliau tidak berpihak kepada mana-mana partisan?

Mengkagumkan ahli ISMA sanggup mengeluarkan wang poket sendiri, memotong gaji untuk ISMA bahkan ada yang melurutkan gelang di lengan dan cincin dijari untuk membantu ISMA. Syukur alhamdulilah atas semangat jihad itu. Atas pengorbanan itulah menurut Aminuddin menolak mana-mana pihak yang menuduh ISMA menerima dana dari Umno. Moga selepas ini tuduhan atau persepsi buruk terhadap ISMA terutamanya berhubung dana dan peruntukan atau dengan Umno tidak berlaku lagi.

Saya boleh menganggap wacana semalam memberi pencerahan politik dan juga mengusaikan anggapan pihak ISMA yang menganggap saya membuat tuduhan terhadapnya menerima dana dari Umno. Ia satu kesempatan yang baik, dan saya pula mendapat ikhwan baru dari ISMA yang lebih ramai.

Sukaciata saya tegaskan bahawa pemergian saya untuk berwacana semalam menjelaskan soal tanggapan itu dan bukan satu apologetik atas apa yang berlaku. Tidak. Jadi tidak timbul saya gagal mengemukakan apa-apa bukti mengenai ISMA menerima dana dari Umno. Wajarkah bagi saya membawa tayer kereta untuk diberikan kepada ISMA sedangkan kereta mereka tidak bocor? Mengatakan saya gagal atau tidak membawa tayer adalah sesuatu tidakan tidak bertakmaninah.

Laporan berita dari ISMA saya kira kurang manis dan mencerminkan satu laporan yang tidak bertawaduk atau cuba membina suasana baik dengan saya. Apabila laporan itu menyebut saya gagal mengemukakan bukti ia membawa maksud saya bersalah dan membuat tuduhan palsu kepada ISMA. Saya boleh mengatakan pelapor itu juga gagal memahami maksud penulisan dan tanggapan saya.

Kepada ISMA dan rakan-rakan dalam ISMA ingin saya sebut sekali lagi, anda sudah menerjunkan diri dalam kancah politik. Siap untuk berdepan dengan kerenah politik yang mungkin asing dan baru buat anda. Anda jangan terkejut dengan apa yang berlaku, bukan hari ini, besok tetapi di masa-masa mendatang selagi ISMA terus berkepit dengan politik ia akan mengenalkan anda dengan erti dan rupa paras politik sebenarnya.

Kepada ISMA selamat berpolitik menurut apa yang anda gariskan. [wm.kl.10:53 am 27/03/13]

10 comments:

  1. Terima kaih Tuan MSO kerana sudi datang atas jemputan ISMA tersebut. Saya rasa suatu langkah yang begitu berani dan terpuji. Seperti yang dicatat oleh Tuan MSO,dari awal jemputan lagi Tuan sudah memaklumi objektif wacana tersebut. Seperti kata Tuan, ISMA meminta sesuatu yang tidak relevan bagi pihak Tuan.

    Saya kira tentu Tuan maklum hal ini terjadi kerana orang yang relevan dan sepatutnya berani berdepan dengan masalah berkenaan dana UMNO tersebut tidak berani menghadirkan diri.

    Jadi, bila Tuan menyatakan seolah2 bersedia menjadi 'pengkalan' untuk membersihkan tuduhan terhadap ISMA sebelum ini, saya kira atas semangat dan niat baik Tuan itu, Tuan dapat memaafkan gaya penulisan di web ISMA tersebut.

    ISMA sedang belajar2 berpolitik. tetapi bertegas untuk membawa gaya politik baru yang sihat. Dan saya kira penulisan tersebut adalah aplikasi berpolitik, dan masih lagi sihat kerana Tuan sendiri mengakui akan persepsi yang timbul hasil tulisan Tuan tersebut.

    Justeru, dengan rasa rendah diri,saya sebagai salah seorang ahli ISMA mengharapkan ukhuwwah yang terjalin dapat dikekalkan dan Tuan dapat menerima persepsi yang cuba dibawa oleh penulis berita tersebut sepertimana kami cuba menerima persepsi yang Tuan timbulkan dalam tulisan Tuan terhadap ISMA sebelum ini.

    Allahua'lam.

    ReplyDelete
  2. Melusuri wacana politik wakil ISMA dan panel yg lain di Kelantan membuatkan fikiran menjadi semakin celaru dgn semangat politik yg cuba ISMA bawakn di pentas politik Malaysia. Kebetulan, ia hadir di waktu suasana yg hangat dgn isu2 pilihanraya. secara peribadi, tidak dapat di sangkal persepsi negatif yg mgkn lahir kpd ISMA ketika rakyat Malaysia cuba ber alih arah ke suanana politik baru. Apa yg ISMA cuba tekankan sbgi prinsip? dgn menceburkan diri dalam arena politik kali ini dgn semangat bangsa yg seakan2 terlalu kedepan dari Islam itu sendiri. Semoga ALLAH merahmati pejuang Islam yg ikhlas.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Pak MSO.

    Sewaktu Saya mengetahui Pak MSO dijemput sebagai panel wacana tersebut, awal-awal lagi Saya berasakan tindakan mereka ini terlalu tidak cerdik. Pertamanya, mereka tidak baca betul- betul pun tulisan Pak MSO tentang Jakim. Persepsi itu tidak lain Dan tidak bukan sebenarnya Dari mereka Dan ahli-ahli mereka sendiri.

    Keduanya, Tajuk wacana itu sendiri satu kekalahan politik untuk mereka tanpa sedar. Daripada orang awam tidak tahu ataupun tidak pedulipun tentang sumber duit politik ISMA, apabila mereka sendiri mewar-warkan sehingga dipilih sebagai Tajuk wacana, nampak sungguh mereka ini terlalu muda untuk ceburi politik yang penuh taktik Dan licik. Jika persoalan ttg duit dari 'UMNO' ini terus- menerus jadi tumpuan Dan Mimpi ngeri sehingga ia disiarkan dalam website ISMA, Facebook mereka, ia semakin memberi Dan menambah tanggapan buruk pengundi untuk mereka. Lebih-lebih lagi tanggapan buruk Dan kesangsian yang sedia Ada para pengundi terhadap Parti Berjasa itu sendiri sejak 3 dekad yang lalu.

    Seperkara yang paling jelas, ialah saya berasakan pihak ISMA ingin mempopularkan diri Dan meningkatkan kemahsyuran/publisiti untuk pihak mereka dengan menumpang pada Pak MSO. Jika tidak masakan mereka highlight ttg gesaan Pak MSO agar pengundi memberi undi kepada calon mereka/isma@parti Berjasa.

    Melihat tindakan-tindakan ini, Saya fikir, sebagai orang awam Dan pengundi, untuk menyokong atau mengundi mereka ini, kita tidak hanya perlu berfikir beberapa Kali tetapi berpuluh-puluh Kali. iSMA perlu Banyak belajar lagi supaya menjadi matang berpolitik, jika tidak ia boleh menjatuhkan Nama baik Islam Dan jemaah Islam.

    ReplyDelete
  4. Kita mungkin tidak sekata, tapi biarlah kita bersetuju untuk tidak bersetuju.

    ReplyDelete
  5. Kalau mereka benar-benar ikhlas, mereka akan membantu PAS. PAS jauh dari sempurna, tetapi struktur organisasi dan kerja dakwahnya telah menjangkau lebih separuh abad. Kiranya ISMA benar-benar ikhlas ingin menegakkan Islam di Malaysia, mereka akan membantu PAS dalam pilihanraya. Mungkin ada yang akan membandingkan kewajaran ISMA dengan NGO Islam yg lain seperti Teras, Abim dsb, tapi, ingin saya tegaskan, tidak ada NGO Islam yang terjun ke arena Politik. Ini kerana, mereka memperakukan peranan PAS dalam politik. Berdasarkan Hal ini saja, saya punyai berjuta sebab untuk bersetuju dengan Pak MSO dan lain-lain tokoh yg meragui keikhlasan ISMA.

    ReplyDelete
  6. Kpd ISMA sila jawab setuju atau tidak.
    1. BN telah melakukan pelbagai kezaliman kpd rakyat dan mesti ditukar melalui pilihanraya.
    2. Satu drpd sebab ISMA menyertai pilihanraya adalah kerana kenyataan no.1 tadi.
    3. ISMA tidak akan mampu membentuk kerajaan secara bersendiri.
    4. PAKATAN RAKYAT mampu membentuk kerajaan jika memenangi majoriti mudah.
    Jika semua jawapannya SETUJU, ISMA tidak perlu menyertai pilihanraya dan wajib bersama PAKATAN RAKYAT.
    Jika semua jawapannya tidak, maka sila bersama BN.
    Jika jawapan bercampur setuju &tidak, saya nasihatkan ISMA menangguhkan hasrat untuk meyertai pilihanraya kepada PRU14, selepas tidak puas hati dengan kerajaan baru (PAKATAN RAKYAT) nanti...itupun kalau masih beranggapan tahaluf siyasi PAS&DAP adalah salah..
    Bagi peluang kpd KERAJAAN HARAPAN RAKYAT membuktikan kata-kata mereka... Jgn disebabkan ISMA menyertai PRU13 rakyat akan menyumpah seranah ISMA kerana menggagalkan peluang besar menukar kerajaan yg lebih berintegriti

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan MSO,

    Pertamanya sy ucapkan syabas atas kematangan yang Tuan tonjolkan berwacana dgn ISMA tempoh hari. Apa yang jelas, ISMA masih lagi mentah untuk menelan segala rencam arus politik moden yg durinya datang dari pelbagai sudut. Pertamanya ISMA harus persiapkan 'mind set' bahawa semua pihak akan meletakkan fikiran yang serupa MSO...sbb asas politiknya begitu...keperluan untuk memahami segala bait tulisan politik perlu diamati serta ditelan dengan kematangan tanpa didorong oleh emosi yg boleh menjejaskan kemampuan utk memahami maksud tulisan politik tersebut..namun semua harus sedar bahawa politik itu hanyalh PERSEPSI yg akhirnya nnt akan terus menimbulkan persoalan..tahniah dan syabas skali lagi kpd Tuan MSO yg cukup rempahnya dlm mempertahankan tulisan dn pendapat peribadinya...buat ISMA terima segalanya dgn lapang dada tanpa libatkan emosi yg x menentu...

    ReplyDelete
  8. Penglibatan ISMA hanya akan memecahkan undi Pas dan memberi kelebihan kpd BN. Akhirnya, gerakan Islam yg rugi fan berkokoklah si pengamal sekular....fikir-fikirkan lah

    ReplyDelete
  9. ISMA patut giat promosi diri bukan marah keanak - anakan dgn tuan mso
    kalau begini gayanya ISMA dah pun kalah sebelum bertanding

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan MSO!

    Syabas Tuan yg tak lari dari memikul tanggungjawab sbg seorg penulis berwibawa dan berpengaruh!
    Kehadiran Tuan ke wacana yg bertajuk lebih mirip untuk mensucikan diri isma itu dilihat spt Pemimpin BN hari ini yg bertungkus lumus mensucikan diri yg terpalit pelbagai najis, jika tidak masakan terkeluar SD 1 SD 2, laporan cincin masuk, cincin keluar dan kemudian jdi cincin hadiah.. dan banyak lagi kekalutan yg timbul kini.
    Walau apapun tajuk wacana itu cukuplah kecil dan saya bertanya apakah manfaatnya program wacana itu kpd RAKYAT MALAYSIA seperti saya? Jika manfaatnya hanya utk mensucikan isma shj, maka apa keperluan saya untuk mengundi isma? Apa yg mampu isma tawarkan kpd saya sbg seorg rakyat jika isma menjadi kerajaan?
    Owh... apakah boleh isma menjdi kerajan, brp bilangan kerusi yg isma bertanding?
    Apa kata isma yg sedang belajar politik tu jika kita adakan wacana yg lebih membawa manfaat untuk Rakyat Malaysia (bukan manfaat utk isma semata mata) dgn tajuk:
    PELAN TINDAKAN DAN PEMBAIKAN ISMA APABILA MEMBENTUK KERAJAAN MALAYSIA... atau apa shj tajuk tetapi mesti merangkumi kebaikan dan manfaat utk Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete