Tuesday, April 16, 2013

Akhirnya Nik Abduh Jatuh di Pasir Mas

BERITA MUTAKHIR                                                                                                           

Perjalanan jauh dan berliku putra politik Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh dalam mencari pengkalan perjuangan akhirnya ternokhtah di di Pasir Mas.

Nik Abduh di P Mas.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu yang sebelum ini diarak ke beberapa kawasan akhir muktamad hari ini beliau akan beradu nasib di Pasir Mas.

Agak malang sedikit hasrat orang ramai untuk melihat Nik Abduh berdepan satu lawan satu dengan Inchek Ibrahim Ali tidak menjadi kenyataan apabial Ibrahim 'dikehak' pula oleh Umno dengan 'gereok' dan tidak mengambilnya menjadi calon.

Sebelum ini ramai pemerhati mahu melihat perlawanan di antara kedua mereka. Abduh dihantar ke Pasir Mas dengan harapan akan merampas kerusi PAS yang 'terpajak tanpa cagar'  kepada Ibrahim itu. Sebelum ini Abduh diarak ke beberapa kawasan kerana bimbang tidak mampu untuk berlaga dengan Ibrahim.

Antara kawasan yang disebut-sebut untuk diletakkan Abduh ialah Pasir Puteh, Bachok dan Rantau Panjang. Khabarnya Kubang Kerian juga membuat tawaran untuk Abduh pada saat-saat akhir. Tawaran di Kubang Kerian itu lebih bersifat politik.

Marzub: Calon PAS Bachok.
Undangan untuk Abduh bertanding di Rantau Panjang sempat menjadi 'geger gegak' apabila Siti Zailah Yusuf yang menyandang di kerusi berkenaan keberatan untuk melepaskan kerusi berkenaan, Bahkan Siti Zailah sempat mengancam untuk rela tidak bertanding jikalau beliau dipindah dari Rantau Panjang. Katanya ada juga kata-kata terkeluar haram baginya memijak tanah Pasir Mas. Tidak sangka si hawa ini pandai juga mengugut.

Sikap Zailah itu menimbulkan tanda tanya kerana beliau dilihat seorang lemah lembut, wanita setia dan akur kepada kehendak pimpinan namun bila saat diuji beliau gagal juga. Namun kini Zailah boleh senyum panjang kerana beliau dikekalkan di Rantau Panjang. Diharap beliau akan menang dengan majoriti lebih 6,000 dan menjadi calon yang mencatat majoriti terrtinggi. 

Peluang untuk Abduh menang di Pasir Mas cerah apabila berlaku pertandingan tiga penjuru. Umno meletakkan Che Johan Che Pa. Johan juga merupakan anak buah Ibrahim Ali. Justeru timbul juga pertanyaan apakah Johan akan 'mengkhianati' amanah parti dengan memberi laluan kepada Ibrahim secara tektikal?

Dalam pada itu seorang lagi pemimpin muda PAS, Marzub Shaari diberi amanat untuk mempertahankan kerusi parlimen Bachok. Cabaran besar untuk Marzub di sini kerana beliau akan berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Sebelum ini nama bekas Ketua Pemuda Umno Zayadi Awang Nuh meniti dari bibir ke bibir akan dicalon untuk berhadapan dengan Awang Adek. Awang Adek katanya sudah gementar mendengar nama Zayadi.

Kini Awang Adek boleh menarik nafas lega. Marzub bukan lawannya sebenar sebaliknya boleh dianggap sebagai sentri politiknya di Bachok. Namun kalau sentri ini mendapat sokongan padu khasnya dari puak Zayadi yang kebanyakanya orang Umno Marzub boleh menang.

PAS akan mengumumkan calon-calonnya untuk semua kerusi DUN dan Parlimen malam besok bertempat di Machang. [wm.kl.8:57 pm 16/04/13]

1 comment:

  1. Tuan mso maafkan ambo...kalu nik abduh tu bolehlah terima atas faktor tok guruku TGNA tapi si marzuk ni nampak sangat kronisma.mungkin hj omar perupok dgn tok ime saari ada buat kiro dalam gelap kot sebab demo dua ni memang expert bab bab gini....plus dua orang calon ni sejujurnya tak dok aura tuan sayuti...

    ReplyDelete