Mungkin saya terlepas pandang atau kerana terlalu leka memerhati gerak kempen Pakatan Rakyat yang menyegar dan menyeronokkan maka tidak banyak saya memerhati apa yang berlaku dalam Umno. Sehingga kini setelah lebih seminggu kempen berjalan, saya tidak nampak kelibat Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar diberikan fokus oleh media arus perdana alias penjilat buntut, aktif berkempen.
Kerja Khairy hanya main ambil-ambil gambar saja. |
Kamiliah sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno, meletakkan semua jawatannya dalam Umno sebelum Umno mengutus surat memecatnya.
Kamilia sudah hilang sabar dan wajar kerana Umno tidak pernah menilai beliau dan wanita yang banyak memberi sumbangan kepada Umno. Jadi adalah sesuatu yang tolol kalau beliau masih bersetia, berkhidmat kepada parti yang pemimpinnya tidak mempedulikannya dan bertindak piliha kasih dan masih mendengar kata syarahan lembu betina tua. (Maaf).
Tetapi tidak dengan Khairy Jamaluddin. Khairy masih menjadi calon UBN di Rembau Negeri Sembilan. Khairy masih diberi peluang bertanding walaupun beliau sendiri membayangkan tidak mahu bertanding sebelum ini (mungkin juga kerana amalan kronisme dan nepotime dalam Umno). Dia bernasib baik sedikit daripada Kamilia Ibrahim. Apakah kerana dia menantu bekas perdana menteri, sedangkan Kamilia tidak, maka beliau masih diberi peluang? Atau pun kerana Khiary membela Sharizat Jalil yang terpalit tahi lembu suaminya, maka dia diberi bertanding?
Sungguh pun begitu kehadiran Khairy tidak membawa apa-apa makna dan erti kepadanya. Tanpa memberi beliau bangkit dan bangun melemparkan idea dan wawasan hati nurani pemuda ia tidak memberi apa-apa maksud. Khairy atau Pemuda Umno tidak diberi peluang berkempen atau menerangkan apakah misi dan visi pemuda. Khairy semacam 'digam' oleh Umno dari berkempen. Pengekalan Khairy di Rembau itu pun bagi mengelakkan Umno dituduh zalim kerana tidak beri kerusi kepada ketua pemuda. Walhasil Khairy ini hanya menampal posternya di Rembau saja.
Umno membazirkan tenaga wanita dalam pilihan raya kali ini. |
Tidak seperti dalam pilihan raya ke-12 lalu. Khairy dan pemuda membentuk jentera khas. Pemuda menjadi kepala kepada jentera kempen untuk UBN dan memainkan peranan besar menggerak sedarkan rakyat khususnya golongan belia. Di Kelantan Khairy dan pemuda menyediakan slogan khas untuk menumbangkan PAS berbunyi "18 Tahun Pade Dah".
Soal selepas itu UBN kalah teruk sehingga gagal mendapat majoriti 2/3 di parlimen dan hilang lima empat buah negeri itu soal lain. Kegagalan itu tidak boleh disalahkan Khairy seorang, kerana yang mengucarkacirkan keadaan dan berdoa siang malam dan bermunajat memohon Tuhan kalahkan Umno ialah bekas presidennya sendiri Mahathir bin Mohamad. Hasil tindakan tidak profesional dan politik reban Mahathir itulah menyebabkan Umno hari ini macam cacing kepanasan untuk memperolehi kemenangan 2/3 di parlimen.
Apapun alasan dan muslihat Mahathir berbuat demikian satu pengkhianatan kepada Umno. Anihnya ahli-ahli Umno seakan merestui dan bersetuju pula kepada Mahathir. Dan hari ini apabila Umno macam cacing kepanasan untuk menang 2/3 Mahathirlah yang sepatutnya disalahkan. Tetapi sebaliknya hari ini yang disanjung dan diberi muka sepenuhnya oleh Najib ialah Mahathir. Tindakan Najib ini 'songsang kalak' dan salah. Beliau tidak bijak membaca keadaan semasa dan memahami saraf politik mutakhir. Zaman orang ingin perubahan, sepatutnya orang-orang macam Khairy harus diketengahkan dan diberikan peluang seluasnya membawa aura parti memaparkan citarasa dan naluri kaum pemuda.
Apabila Najib mengambil Mahathir menjadi pengarah de'factor pilihan raya ke-13 untuk UBN, Najib telah melakukan kesilapan besar dalam sorak sorai kononnya bijak kerana memilih Mahathir yang dilihat popular daripadanya. Najib dan mereka yang berada dalan war room Umno tidak memhami serta mengkaji sejauh mana populariti Mahathir dapat menarik pengundi muda khasnya.
Najib tidak sedar yang memuja dan meletakkan Mahathir persis dewa adalah dari kalangan anak-anak muda yang dengki dan cemburu dengan kehebatan fikir Khairy. Mereka tidak mampu berdepan dengan Khairy maka mereka mencari perlindungan berteduh di bawah ketiak hangit Mahathir. Mahathir menjadi ibu ayam kepada mereka menjadi si anak-anak ayam yang kesejukan.
Cuba buat pengundian di antara Khairy dan Mahathir mengenai wawasan atau aspirasi di kalangan golongan muda, siapa yang akan dipangkah. Apakah Mahathir ataupun Khairy. Suburk-buruk Khairy dia mewakili generasinya. Dia memahami cita rasa, denyut nadi dan naluri pemuda. Kalau Khairu kencing berdiri pun perbuatan itu masih kelihatan manis. Kalau Mahathir...
Khairy juga masih boleh hafal fesyen-fesyen rambut, fesyen seluar dan baju terkini atau masih boleh dan ingat sebut nama-nama terbaru jenis arak? Walaupun Mahathir cuba bercakap dengan nada muda, dan 'mejanggak' (makeup) wajahnya, tetapi pemikiran, pembawaan Mahathir tetap lama. Mahthir mnungkin tidakn arif dengan nama-nama arak berneama baru melainkan ingat nama syarikat arak San Miguel di Filipina saja.
Tenguk saja kepada pemikiran dan kepercayaan politiknya. Bahan-bahan kempen dan propagda dilakukan Mahathir masih cara tua, klasik dan sempit. Apabila dia bercakap Pakatan Rakyat disusun kerana hendak dapat kuasa, jelas menunjukkan 'kemamaian' akal politik Mahathir. Apakah dia lupa tujuan MCA, MIC dan 13 parti lain disusun duduk bersama Umno dalam BN bukan untuk mendapat kuasa? Inilah dikatakan nyanyuk kelas 'dogel' tetapi masih diakui waras oleh sesetengah ahli Umno dewasa. Mungkin ahli Umno yang disifatkan Inchek Ibrahim Ali, iaitu hanya orang gila saja meyokong Umno dan BN.
Khairy atau pemuda tidak akan bercakap demikian. Khairy akan bercakap soal kebebasan politik dan teknik-teknik berfikir secara tuntas dan masa depan negara untuk 100 tahun lagi. Khairy akan membawa pemuda merombak dogma lama politik berasaskan kepada ras, agama dan juga kepentingan-kepentingan peribadi berbentuk ekstermis perkauman dan sebagainya. Orang seperti Khairy mahukan kedinamiksme dan keterbukaan. Itulah juga kehendak dan corak pemikiran orang muda.
Tetapi sayangnya Khairy tidak diberi ruang seadil-adilnya sesuai dengan statusnya selaku Ketua Pergerakan Pemuda. Dia dinafikan dan senyap membisu seolah-olah dia juga bertanding Bebas seperti Kamilia. Bagi saya pembekuan Khairy dan idea pemuda untuk pilihan raya kali ini satu kesilapan besar. Sebanyak 2.3 juta pengundi muda tidak mendapat apa-apa benefit dari UBN kerana menu atau jaudahnya untuk akalnya tidak disediakan. Tiada sesembahan khas buat mereka.
Ini berbeza degan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakuyat memberi prioriti kepada golongan muda. Pemberian ruang dan penampilan sepenuhnya Mohd Rafizi Ramli amat menyeronokkan golongan muda. Penurunan harga kereta, pembiayaan pembelian rumah, penghapusan PTPTN, insurence, penghapusan tol dan sebagainya adalah menu-menu atau juadah yang disokong oleh anak muda yang mahukan kebebasan dan hidup tanpa beban yang tidak tentu fasal. Pengarah Strategi PKR itu dijadikan modal dan sandaran oleh Pakatan Rakyat bagi mendapat sokongan padu golongan muda. Tidak syak Rafizi adalan ikon baru anak muda Malaysia.
Cempedek sudah menjadi nangka. Masa masih ada. Mungkin Najib boleh memberi ruang kepada Khairy untuk berkokok bagi menyegarkan minda dan semangat anak-anak muda pada saat-saat akhir. Tukarlah Mahathir dari menjadi pemikir kepada UBN kepada Khairy, cukup walauapun untuk tiga hari di hari-hari terakhir ini. Berikan modal secukupnya untuk Khairy bergerak dan membuat ledakan akhir.
Kelesuan pemuda ini sangat terasa apabila wanita juga tidak menonjol dan sunyi. Selalunya pemuda bergabung dengan ibu mereka, Wanita. Penggabungan ini pula menjadi lebih besar dan bersemangat dan 'jelingah' campur gelenyer lagi bila puteri juga ikut sama 'berbedak' dan 'bergincu' untuk berpilihan raya.
Apabila Kamilia mengambil keputusan bertanding bebas, wanita Umno seluruhnya jam dan bterkedu. Mereka terperanjat bagaikana dipanah halilintar. Mereka hilang kompas dan putus tali hayat. Wanita semacam dalam bergabung kerana kehilangan dua tunggak utamanya dalam pilihan raya kali ini Sharizat lembu dan Kamilia.
Oph...Sharizat masih ada, tetapi hamis dan hampak tahi dan kencing lembu suaminya menjadikan wanita kotor dan berlegah macam ketiak Singh jadi driver trelar gara-gara dan ulah (fiil perangai) Sharizat itu. Puteri wanita pula bila pemuda senyap dan ibu mereka diam membisu, mereka juga menyepi dan lemah semangat hanya mampu mengutis kuku yang kepucatan. Selalunya puteri Umno jadi merah pipi dan meremeng bulu perut bila melihat kejantanan pemuda Umno dalam memakin hamun pembangkang semasa kempen. Tetapi kali ini tidak berlaku.
Kesimpulannya tiga sayap utama dalam Umno; pemuda, wanita dan puteri semacam tidak diberi peluang dalam pilihan raya kali ini. Mereka diganti dengan aktifnya oleh Mahathir, Najib dan Muhyiddin Yassin. Naib-naib presiden lain juga tidak berbuat apa, hanya memakan pisang emas di bawah dapur sahaja, kecuali Mat... Mat mana lagi kalau tidak Mat Mat Maslan yang masih menyalak sekali sekala atas pokok jambu. [wm.kl.10:59 am 29/04/13]
Saya adalah penyokong umno yg memberi undi pada pakatan..sekadar eksperiman yg tak sangka akhirnya hampir berjaya..pakatan berjaya pecah dominasi 2/3 dan pakatan menguasai perak
ReplyDeleteKalau akhirnya demokrasi akan mati sebab mahathir dan najib perkara ini tak harus dibiarkan.. kali ini tak perlu lagi bereksperiman tiba masa utk berbuat apa yang betul
Ya Allah menangkanlah pakatan sekiranya qada dan qadar Kau ada dalam perancangan...Ini kali
KARNIVAL JOM UBAH 5 MEI 2013 serentak seluruh negara. Elakkan diri anda dari ditipu dan dikhianati sekali lagi. UNDILAH PAS/PKR/DAP. Ubah jangan tak ubah. Ini kalilah.
ReplyDeleteKalaulah Najib cerdik atau penasihat-penasihatnya bijak, Khairy sepatutnya dicalonkan menentang Khalid Samad di Shah Alam. Najib tidak akan rugi apa. Kalau kalah itulah kubur politik untuk Khairy. Kalau menang Najib akan dipuji kerana pintar memilih Ketua Pemuda merampas kawasan elit Shah Alam. Kritikan yang tak sudah-sudah kerana meleakkan Zulkifli Nordin tidak akan wujud. Tapi sayang segala-galanya sudah terlambat. Khairy mahu tak mahu berkubanglah di Rombau tu kok kok monang!
ReplyDeleteTuan, bukan khary ajer... Acu tengok kak ros.. Ada masuk tv ke le ni? Tak dok. Hashamuddin?? Fathul bari?? Tak dok atau kureng... Sebab??? Umno menerusi kajian ahli akademik mendapati apabila mereka2 ini masuk paper atau tv berlebihan, rakyat meluat. Termasuk isa samad.. Jd mrk dikivkan di tempat masing2.
ReplyDelete