Muhsmmad Tsib: Langkah bijak dan tepat. |
Seperti biasalah Hasan Akidah menggunakan bahasa dan pelek motivatornya untuk memberi gambaran dan menginsafkan Muhamad Taib. Hasan memancing dan menidur orang dengan simpulan-simpulan kata-kata bergandanya.
Antara katanya untuk menyedar dan agar Mat Taib berfikir semula, PAS kini bukan lagi PAS di zaman aruah Mohd Fadzil Noor, tetapi PAS yang tunduk kepada nakhoda bernama Anwar Ibrahim dan jurumudinya Karpal Singh, Lim Kit Siat dan Lim Guang Eng (DAP). Hasan cuba menjual PAS hari ini sudah tidak mempunyai roh Islam lagi.
Perbezaan itu, keadaan PAS katanya menyebabkan ciat-cita murni Mat Taib untuk perjuangkan Islam bersama PAS akan sia-sia sahaja.
Hasan juga menyifatkan penyertaan Mat Taib itu ke dalam Pas tidak menguntungkan PAS dan tidak juga merugikan Umno. Tetapi yang rugi ialah umat Islam kerana beliau (Mat Taib) yang dianggap hebat tidak boleh melakukan sesuatu untuk Islam kalau bersama PAS? Di sini Hasan cuba gumba Mat Taib. Saya turunkan sedikit tulisan Hasan;
PAS sekarang bukanlah PAS seperti dahulu yang telah berjaya menambat hati saya untuk menyertainya hampir 15 tahun yang lalu. PAS sekarang adalah PAS yang sedang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pengkalan asalnya. PAS sekarang sanggup mengikut apa sahaja kehendak rakan-rakan Pakatan Rakyat hatta “menjualkan” kalimah Allah untuk digunakan oleh penganut-penganut bukan Islam.
Itulah pandangan Hasan. PAS kemaruk kuasa kononnya. Apakah beliau bukan sebahagian ahli PAS yang pernah kemaruk kuasa tiga atau empat tahun lalu? Hasan tidak boleh menafikan yang dia ada agenda besar dan nafsu besar untuk jadi MB.
Disebabkan beliau tidak mencapai cita-cita itulah maka beliau menuduh PAS kini macam anggur yang masam seperti mana dilakukan oleh serigala yang tangan dan kaki pendek mengatakan anggur masam apabila ia tidak dapat mengambil anggur dikatakan aggur itu masam. Jadi Hasan Akidah ini samalah jenisnya dengan serigala.
Nescaya kalau Hassan menjadi MB, dia akan kekal bersama PAS dan tidak akan membuat onar untuk PAS memecatnya. Hasan tidak akan beranggapan PAS kini sudah berubah kalau dia masih bersama PAS dan mendapat manfaat menjadi MB. Tetapi kerana tidak, maka Hasan jadikan Hasan seperti hari nini yang berakidah.
Pertautan dan pertalian Hasan dengan orang Umno akhirnya menenggelamkan dirinya. Hasan mulaya ingin berkawan dengan orang Umno tetapi kerana kelemahan Hasan tanpa disedari pemimpin Umno berjaya menyututik dogma Umno - Melayu Islam dan sekluar, dan akhirnya Hasan melalikan Hasan kemudian membuntuti Umno.
Hasan hanya bijak cakap tetapi dia seorang yang mudah cair dan tidak kukuh dalam pegangan politiknya. Hasan dalam dunia politik seperti pendekar sumbang, belum bukan langkah kaki sudah terbelit selempang.
Justeru Hasan merayu kepada Mat Taib supaya menyemak balik keputusan menyertai PAS. Katanya dan akui Hassan Umno lebih baik dan Islamik. Katanya;
Dengan rendah diri saya hanya dapat mendoakan supaya percikan-percikan hidayah yang telah menembusi hati Tan Sri terus dibaja dan disuburkan. Bagi saya proses pembajaan dan penyuburan itu sukar dilakukan dalam Pakatan Rakyat yang PAS merupakan salah satu parti komponennya.
Sebaliknya dengan pimpinan Umno yang ada sekarang yang telah menunjukkan tanda-tanda membuka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk membawa Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara mungkin boleh dilihat sebagai opsyen yang lebih munasabah bagi Tan Sri untuk menghabiskan sisa-sia usia berjihad untuk terus mengahungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.
Waduh waduh...Hasan barang kali tidak kenal Mat Taib atau kenal tidak mengetahui lurah dan sejarah perjuangan. Mat Taib bukan kecil anak dalam Umno. Beliau sama taraf dengan Hasan dalam PAS, pernah menjadi Naib presiden Umno. Bahkan penglaman dan sejarah Mat Taib lebih 'kengkang' beliau pernah menajdi ketua penerangan Umno Malaysia, MB, menteri kabinet dan senator. Manakala Hassan setakat exco adat istiadat Melayu saja.
Hasan tidak perlu pesimis dan kesal atas apa yang dilakukan Muhammad Taib. Sebagai mana Hasan masuk PAS 15 tahun dulu, begitulah fikirna dan iltizam Mat Taib kepada PAS hari ini. Beliau tidak mempercayai kepada Umno yang sudah busuk sampai ke usus dan berikan peluang dia berjinak dan mengenali PAS. Masa dan keadaan akan menentukan nasib untung seseorang.
Hendaknya pemikiran dan langkah Mat Taib tidak songsang seperti Hasan, dia maju ke depan dalam lanskap politik PAS dan negara kini menyakinkan. Sebaliknya Hasan mundur ke belakang untuk menebas tebang semula semak samun dalam Umno yang telah ditinggalkan Mat Taib. Hassan cuba menanam benih baru dalam Umno dengan harap dia dapat melihat hasilnya.
Syabas dan tahniah kepada Mat Taib. Dan untuk Hasan menebas menebanglah bersama Mat. Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan. Mat Maslan apa khabar, Felda sihat ke? [*** kl. 11:25 am 23/04/13]
Salam MSO, Rasa nak terkencing pun ada kalau dengar syarah Hasan Akidah pada Mat Taib nih. Kalau kata bodoh, nanti perut masuk angin. Tapi kalau kita diam, maka makin bodo jadinya Hasan Akidah ni... inilah jenis manusia yang ada Phd (perasaan hasad dengki). PAS yang selamanya perjuangkan Islam dikatakan wadah yang salah? manakala UMNO yang 55 tahun tidak mampu mendaulatkan Islam dan aktiviti Islam dikatakan wadah yang baik? sudah sahlah kebijaksanaan dan keupayaan melihat sesuatu yang baik dan buruk telah hilang dari Hasan Akidah! mungkin inilah yang berlaku bila seseorang itu cuba merekrut Allah sebagai topeng sikap munafiknya! Allah bayar cash dan pamerkan kebodohan Hasan Akidah pada masyarakat umum! justeru Mat taib dah bergelumang begitu lama dengan UMNO dan tahu setakat mana kesungguhan UMNO nak daulatkan Islam berbanding Hasan Akidah! justeru kerana yakin yang UMNO tak mampu dan tak akan mendaulatkan Islamlah maka Mat taib beralih kepada PAS! atau Mat Taib dah insaf dan tak mahu lagi berkubang dalam kolam najis UMNO maka PASlah di cari untuk mendapat sedikit tarbiah tentang dosa dan pahala menerusi Tok Guru yang ada dalam PAS. Kesian Hasan Akidah... manusia nih makin tua makin pandai dan berpengalaman, tapi hasan ni makin tua makin pandir!
ReplyDeleteTuan MSO, berkait dengan 'menjual kalimah Allah' utk di guna pakai oleh penganut Kristian di Malaysia....adakah Dr Hasan Ali memang sebenarnya tidak tahu bahawa PM Najib telah meluluskan penngunaan kalimah Allah utk penganut Kristian di Malaysia sebagaimana yg di dedahkan salinan surat kelulusan di laman-laman web. Seperkara lagi yg menjadi kemusykilan ialah mana mungkin beliau tidak tahu bahawa PR sbg sebuah gabungan Parti bukan kerajaan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam soal memberi kelulusan...
ReplyDeleteBegitu juga lah pemerhatian saya berhubung Si penama Hassan Ali AKA HAssan Akidah nih...:-(
ReplyDelete