Wednesday, April 10, 2013

Orang Penting Pakatan Semua Sudah Ada Kerusi

TINJAUAN                                                                                                                                 

Husam: Mula didampingi sain sobat.
Kita semua sedang menanti pengumuman hari penamaan calon dan hari mengundi oleh SPR yang kini masih bermesyuarat membincangkan perkara itu. Hari ini dijangka tarikh-tarikh keramat itu akan diketahui menjelang lewat petang ini.

Sementara itu mari kita lihat dan meninjau ke mana dan di mana orng-orang penting dari kalangan Pakatan Rakyat akan bertading ataupun diletakkan bertanding. Saya mulai dengan ketua SAMM Badrul Hisham Sharin atau Che'guBard yang sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk tidak bertanding, tetapi semalam diumumkan beliau akan diletakkan di DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang.

Pencalonan Badrul itu diumum sendiri oleh Timbalan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman.
Pencalonan Badrul itu telah menyenangkan hati anak-anak muda yang merasakan beliau adalah antara orang muda terlayak untuk menjadi salah seorang calon. Kebimbangan atau protes kalau Badrul Hisham tidak dicalonkan sudah tidak berbangkit lagi.

Selain itu seorang lagi tokoh muda PKR, Fariza Musa juga turut dicalonkan. Beliau disandarkan harapan untuk berdepan dengan Najib Razak di Parlimen Pekan Pahang. Faiz yang dilihat seorang anak muda agresif sudah tentu akan memberi tentangan sengit kepada Najib. Khabarnya Faiz akan melondehkan beberapa skandal Najib dan kelemahan perdana menteri itu yang dihimpun sejak beberapa tahun lalu termasuk yang belum didedahkan.

Kerakusan isteri Najib, Rosmah Mansor yang memiliki berbagai harta juga akan turut sama dibongkar di sepanjang kempen pilhan raya.

Manakala semalam juga PAS telah mengumumkan tokoh-tokoh pentingnya untuk bertanding dalam PRU-13. Naib Predien PAS, Husam Musa akan bertanding di parlimen Putrajaya. Manakala kedudukan Husam di kerusi Salor di Kelantan masih belum menentu. Namun pengundi di Salor enggan melepaskan Husam dan menuntut exco kanan itu turut diletakkan di Salor.

Apa yang menariknya pengumuman Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya dilihat sebagai langkah ke depan PAS dan penerimaan Husam untuk akur kepada arahan parti satu keberanian. Khabarnya Husam tidak berkluk klik dengan arahan itu dan menerima dengan reda dan penuh bersemangat. Walaupun beliau tahu Putrajaya bukan kerusi mudah tetapi dipikulnya sebagai amanah. Husam tidak menghantar sesiapa untuk melobi agar beliau hanya kekal di Salor.

Apa dilakukan Husam sepatutnya menjadi ikutan dan contoh kepada yang lain.

Sementara Presiden PAS, Abdul Hadi Awang akan bertanding di kerusi Parlimen Marang. Kerabat di Raja Terenggnu Raja Baharin pula di parlimen Kuala Terengganu. Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tidak dicalonkan di mana-mana kerusi. Khabarnya hampir separuh pemimpin "Van 20" di Terengganu tidak dicalonkan.

PAS masih belum mengumumkan sepenuhnya calon-calonnya di kalangan Jawatankuasa PAS Pusat. Dijangka semua calon PAS akan diumumkan Jumaat ini atau selewat-lewatna Sabtu. Khabarnya bebeapa kerusi masih lagi belum diputuskan calon dan rombakannya juga berlaku dua kali sehari. [wm.kl.12:15 pm 10/04/13]

1 comment:

  1. Bagi ambo ketokohan Dato Husam(mewakili PAS) sudah melampaui sempadan parti, kaum dan sesuai diketengahkan untuk peringkat nasional(pusat), memandangkan kerusi putrajaya menjadi taruhan(tektik). walaupun mempunyai harapan(perkembangan semasa) dan majoriti pengundi mempunyai akses kepada maklumat Alternatif. tetapi dengan jumlah pengundi sedikit agak sukar untuk dipengaruhi(pertambahan peratus PR mewakili bilangan pengundi) dan sangat mudah dimanipulasi SPR/Umno.

    Jadi Bagi ambo dun salor patut dikekalkan kepada kepada Dato Husam. ini kerana ketokohan dan kesederhanaan(aura untuk menarik golongan berpendidikan dan nasionalis) Datuk Husam banyak membantu PAS diperingkat Negeri ataupun Pusat. malah amat sesuai untuk Dato Husam mewakili PAS untuk jawatan tertinggi diperingkat Pusat.

    Apapun ambo harap(doa) Dato Husam dapat melakukan kejutan dengan kemenangan PAS di PUTRAJAYA

    ReplyDelete