Monday, April 15, 2013

Tokguru Sihat Makan Lasam Habis Sepinggan

MAKLUMAT SUBUH                                                                                                    

Habis sepinggan Laksam.
Semalam kecur berita dan laporan liar didalam internet mengatakan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terjatuh di Johor sehingga terpaksa dipapah.

Laporan liar itu dibuktikan dengan sekeping gambar spontan Tokguru sedang dikepong (dokong). Gambar itu memang kelihatan seolah-olah Tokguru uzur benar sehinggakan tidak boleh berjalan.

Para pencacai Umno atau mereka yang benci Tokguru seronok dengan gambar berkenaan. Ia akan dieksploit untuk menceritakan Nik Aziz sudah uzur dan tidak larak lagi untuk berkempen. Orang-orang Umno yang gerun dan takut dengan auranya melonjak kegembiraan kalau beliau uzur dan tidak dapat turun padang. Soalnya kenapa takut sangat dengan Tokguru?



Pos istimewa dengan tok guru di birai katil.
Saya sendiri agak cermas apabila mendapat tahu berita tok guru terjatuh dan terpaksa dipapah. Segera itu juga saya menghubungi menantunya Abdul Ariffahami Abdul Rahman. Menurut Arif yang ketika itu berada di Kota Bharu memaklumkan apa yang berlaku itu perkara biasa.

"Biasa, ayah kalau berjalan banyak dia akan kebas atau serban dan tidak boleh berjalan, biasanya sekejap sahaja," cerita Arif.

Tidak berpuas hati dengtan penjelasan Arif saya menghubungi pegawai peribadi Tokguru, Wan Zulkefli. Apa dijelaskan Zul sama seperti apa diceritakan Arif. "Tak ada apa Abng Ti, tok guru hanya lenguh kaki sahaja. Dia sihat tak ada apa-apa, laporan itu melebih-lebih dan saja nak burukkan Tokguru," jelas Zul.

Menjawab telefon ..
Penjelasan itu melegakan saya. Rakan-rakan Fb dan pengikut blog saya juga tenang setelah mendapat maklumat itu. Gambaran diberikan oleh blog dan media sosial tidak betul dan ada unsur-unsur fitnah atau menimbulkan keriuhan umum.

Selepas Subuh tadi saya mengujungi Tokguru di hotel penginapannya di Shah Alam Selangor. Ternyata keadaan tokguru tidak membimbangkan dan beliau sihat walafiat.
 
Semasa saya menjenguk ke biliknya di tingkat 10 Tokguru sedang di jendela melihat panorama Shah Alam. Begitu melihat saya yang datang bersama YB Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat dia melepasnya senyuman pelanginya dan terkejut.

"Oh...!" itu terlucut dari mulutnya sekaan tidak percaya dengan kunjungan kami. "Pagi-pagi lagi.." sapa tokguru penuh mesra dan meriakkan kegembiraan.

"Tok guru sihat?" tanya saya selepas mencium tangannya sambil memohon doa dan keberkatannya. "Sihat setakat nak lawan Umno boleh 'kat lah' lagi," katanya bergurau. Saya cukup senang mendengar gurauan itu kerana ia menandakan tokguru sihat dan kuat. Kata-kata gurauan dan menjadi tag line dalam melawan Umno memberi pengertian tersendiri buat saya, bahawa dia masih bersemangat.

Beliau menceritakan apa yang berlaku di Johor yang menjadi hebuh itu. Menurutnya kakinya seraban (kebas) tidak boleh berjalan. "Kejadian ini sebentar saja, selalunya selepas berhenti sekejap akan pulih.." ceritanya. 

Cuma apa yang menjadi sedikit mengejutkan bila saya dikepong. Demo kepong ingatkan tidak boleh berjalan langsung.. jadi kebetulan pula yang ada ambil gambar dan bubuh dalam internet..." ceritanya. Katanya isterinya sendiri Datin Tuan Sabariah terkejut melihat internet dan terus menghubunginya.

Tokguru siap untuk bersarapan pagi.
Ramai yang telefon bertanya khabar, tetapi alhamdulilah ok... boleh lawan lagi," kata Tokguru ketawa kecil dan tersenyum dan memberi tahu isterinya juga terkejut sampai menelefonnya.

Hampir satu jam saya bersama tokguru, kami bersarapan pagi. Tokguru baham laksam habis licin sepinggan. Laksam memang kegemaran beliau.

Sambil makan seperti biasa kami berbual soal politik menyentuh isu-isu semasa; soal Lahad Datu, Putrajaya tentang Mahathir tidak berani lawan Husam dan juga mengenai riak risik menjelang pengumuman calon di Kelantan.

Jam 10:00 pagi ini beliau ada majlis di Karangkraf melancarkan buku tulisan beliau. Lewat petang ini beliau dijangka pulang ke Kelantan. [wm.kl.10:45 am 15/04/13]

1 comment:

  1. Semoga Allah memberi kekuatan, semangat dan kesihatan pada Tok Guru

    Batang tubuh(aura) Tok Guru adalah aset kepada PAS/Islam, harap setiap keputusan yg Tok Guru ambil membahagiakan Tok Guru




    ReplyDelete