RENUNGAN PAGI
Orang yang sihat dan waras serta tahu sejauh mana kemampuan sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan, atau mereka yang sering mengikuti pembentangan bajet tahunan negeri Kelantan dapat mengagak atau mengesan apakah motif projek Lebuh Raya Rakyat Kelantan (LRRK) sejauh 73 kilometer dari Kota Bharu ke Kuala Krai dan begitu juga dengan projek stadium Bukit Merbau di Selising Pasir Puteh yang canggih 'manggih' itu.
Bagi mereka adalah sesuatu yang mustahil untuk kerajaan Kelantan membina kedua-dua projek berkenaan kalau bergantung kepada pendapatan kewangan negeri yang ada hari ini semata-mata. Justeru saya sendiri sudah menduga kenapa projek itu dilancar ialah untuk dijadikan tarikan pilihan raya. Ia untuk menjadi modal dan rangsangan kepada orang ramai agar mengekalkan kerajaan PAS Kelantan. Sekadar itu saja.
Untuk menghadapi gelombang merah Umno dalam pilihan raya lalu yang dilihat berjaya mengelorakan kebangkitan semangat rakyat, maka sesuatu harus dilakukan oleh PAS. Antara sesuatu itu ialah 'menggelarkan' dua projek itu. Lebuh raya sangat diperlukan manakala stadium bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri ke atas kehendak rakyat (golongan muda) kandati ia tidak sepenting lebuh raya. Sebagai bangsa politik PAS juga harus berani berjanji.
Itulah tujuan sebenar di sebalik kedua-dua projek berkenaan. Lantaran itu pelancaran atau perletakkan batu asasnya tergesa-gesa seolah-olah mengejar tarikh pilihan raya. Bagaimana pun mereka yang tidak mengetahui kemampuan kerajaan negeri sangat 'bergumbira' dengan kedua-dua projek berkenaan. Mereka yakin kerajaan Kelantan akan mampu melaksanakannya. Apa lagi yang menjadi juara projek berkenaan ialah Husam Musa yang dicanang sebagai pakar iktisad Kelantan apabila beliau tanpil dengan pelbagai idea canggih.
Ada kebenarannya mengenai Husam ini tetapi tidak mungkin untuk membiayai kedua projek berkenaan yang bernilai berbillion ringgit ia perlu disangkutkan ke atas bahunya bersendirian sementara 18 bahu lain (Exco) melepas tangan begitu saja atau menanti masa untuk gelak.
Tidak dinafikan juga, ibarat kata kalau hendak seribu daya dan kalau tidak hendak seribu dalih. Kerajaan Kelantan boleh berusaha dengan apa saja untuk mewujudkan projek berkenaan. Tetapi malangnya usaha itu tidak ada. Ia hanya, atas pandai-pandai dan inisiatif Husam seorang diri saja menjadikan dua projek itu sebagai projek politik. Husam meletakkan dirinya sebagai pemimpin berpandangan jauh dan berani menerusi projek itu.
Kenapa dikatakan ia projek Husam bersendirian? Kerana perbincangan untuk projek berkenaan katanya tidak pernah dibawa ke pengetahuan Exco secara detail. Tidak ada proposal yang dikemukakan dan tidak ada perbahasan mengenai projek itu. Projek itu dilakukan secara ad hoc dengan mendapat restu daripada bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat. Di sinilah kesilapan exco lain kerana tidak berterus terang dan membiarkan Husam memikul projek itu bersendirian dengan huyung hayang. Sepatutnya kalau persiapan projek itu sudah nampak pincang patut ada Exco yang membantahnya.
Perihal lebuh raya dan stadium itu kini menjadi persoalan dan tanda tanya. Saya sebagai salah seorang pemungut derama untuk membina lebuh raya sering ditanya, apa sudah jadi dengan projek berkenaan. Orang ramai yang senang dengan rancangan itu dan menghulurkan derma ingin mengetahui progresnya. Bukan mereka tidak halalkan duit derma mereka, tetapi ingin mengetahui perkembangannya kerana mereka suka dengan projek berkenaan.
Tanda tanya menjadi-jadi lagi apabila Husam kini sudah tidak menjadi Exco. Sebelum ini beliau terlibat dalam perancangan ekonomi dan kewangan negeri Kelantan. Porfolio beliau kini sudah dipegang oleh MB Ahmad Yakob. Apa yang orang ramai ingin tahu, apakah projek itu diteruskan ataupun dibatalkan?
Bagi Husam sendiri dia boleh angkat tangan berhubung kedua-dua projek itu kerana beliau sudah tidak menjadi Exco lagi. Dia boleh kata; apa yang ana boleh lakukan, ana sekarang sudah tidak menjadi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan, ana sudah tidak seperti dahulu. Ana sudah muflis.. ada enta faham!" Satu segi nasib yang diterima Husam adalah untuk menyelamat air mukanya.
Tetapi jawaban Husam sebegitu tidak boleh menutup mulut dan mata orang ramai dari memperkataka projek berkenaan. Setiap kali mereka akan melalui jalan Selising Pasir Puteh mereka akan tercari-cari mana stadium yang dirancangkan itu. Mereka akan bterjenguk-jenguk dari tingkat kereta untuk melihat bumbung stadium yang bentuk macam rebana ubi itu. Begitu juga setiap kali rakyat akan dihimpit kesesakan di jalan raya terutamanya di musim perayaan dan cuti sekolah mereka akan teringat kepada wang derma yang mereka berikan untuk pembinaan lebuh raya berkenaan.
Hendak tidak hendak kerajaan negeri perlu bertanggungjawab. Sama ada projek itu tidak dibincang secara mendalam dan mendapat persetujuan Exco, itu soal lain. Kerajaan Kelantan kini dipertanggungjawabkan ke atas kedua-dua projek berkenaan. Kerajaan negeri tidak boleh mengatakan mereka tidak tahu, kerana semua orang sudah tahu mengenai projek berkenaan. Projek itu juga sudah ada dalam geoogle.
Hari ini baik Ahmad Yakob, sebagai MB dan Mohd Amar Nik Abdullah TMB atau semua Exco tidak boleh melepas tangan dengan mengatakan projek itu projek Husam dan sesiapa yang menyoal tentangnya boleh dijawab tanyalah Husam. Semangat kolektif (pinjaman istilah yang sering disebut Abdul Hadi Awang) hendaklah diterima pakai. Kerajaan negeri jangan saja hendak mengakui apa-apa yang baik Husam lakukan tetapi menolak yang tidak baik. Prinsip telor boleh dimakan tetapi tidak ibunya, tidak relevan dalam hal ini.
Cara terbaik untuk menyelesaikan perkara itu ialah kerajaan negeri khasnya Ahmad Yakob kena berani dan tegas sama ada ianya hendak diteruskan atau tidak. Sekiranya kerajaan hendak meneruskannya maka usaha lain perlu dicari. Jalan terbaik ialah Ahmad Yakob meminta bantuan dari kerajaan Pusat untuk melaksanakannya. Dalam hal ini Ahmad boleh berbincang dengan Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed bagaimana hendak merealisasikan kedua-dua projek berkenaan. Kalaulah tidak kedua-duanya sekali tetapi pembinaan lebuh raya perlu difikirkan.
Kebetulan Umno juga telah berjanji untuk membina lebuh raya. Janji itu menjadi manifesto. Apakah kata kalau manifesto Umno itu dikombinasikan dengan projek yang diterajui oleh Husam itu? Rasanya tidak menjadi dosa dan kesalahan. Yang penting rakyat Kelantan mendapat manfaatnya.
Dalam usaha ini mungkin Ahmad Yakob boleh mempersembahkan kepada Tunku Sultan untuk mendapat perkenan dan memohon kepada Tuanku supaya menyebutkan perkara ini kepada Mustapa Mohamed. Kalau soal royalti minyak Tuanku Sultan boleh meminta agar ia disempurnakan secara maufakat dan baik demi rakyat Kelantan, mengapa tidak dengan pembinaan lebuh raya. Saya yakin kalau Tuanku bertitih titahnya akan didengar oleh sekalian rakyat.
Mustapa Mohamed pula tidak perlu berdolak dalih atau hendak bina lebuh raya sendiri tanpa bekerjasama dengan kerajaan negeri. Lagipun dengan adanya jalinan kerjasama wang untuk pembinaan lebuh raya itu boleh dijimatkan bila mana kerajaan negeri bersedia menurunkan taksifr premimum tanah yang diambil untuk tujuan itu. Pembinaan lebuh raya ini boleh dijadikan titik mula ke aras pembinaan kerjasama lebih besar di antara kedua pihak untuk rakyat Kelantan tanpa mengorbankan prinsip dan dasar parti masing-masing.
Rasanya kalau dibina lebuh raya tidak ada siapa yang mengecualikan diri untuk menggunakannya. Baik orang PAS atau Umno atau orang Bebas, semuanya akan menggunakan lebuh raya berkenaan tanpa mempersoalkan siapa yang buatnya.
Sebaliknya sekiranya kerajaan negeri tidak berhajat untuk meneruskan projek lebuh raya berkenaan, Ahmad Yakob hendaklah mengistyharkan bahawa kerajaan negeri tidak meneruskan idea Husam Musa itu kerana tidak ada peruntukan. Dengan pengistyharan itu menamatkan spekulasi mengenainya. Ahmad dan barisan Exconya kena menerima cacian dan 'murihan' oleh rakyat. Sudah tentu rakyat akan mengatakan Ahmad dan Exconya lemah dan tidak tahu untuk menjana wang bagi membina lebuh raya berkenaan. Tidak ada guna bagi Ahmad dan Exconya memelihara itik mandul.
Ataupun sekiranya Ahmad dan Exconya tidak mahu terseset dengan getah nangka yang dicuri oleh orang lain, Ahmad hendaklah bersedia untuk menswastakan pembinaan lebuh raya dan stadium itu kepada Husam. Maksudnya kerajaan Kelantan hari ini perlu mewujudkan sebuah badan khas untuk menguruskan dua projek berkenaan dengan melantik Husam sebagai pelaksananya. Katalah badan itu dinamakan Projek Khas Kelantan (PKK), Husam perlu dilantik menjadi Pengarah Eksekutifnya. Kerajaan negeri perlu memberi mandat dan kuasa sepenuhnya kepada Husam untuk melaksanakannya. Dari mana dan cara mana Husam hendak dapatkan wang nuntuk melaksanakannya terserah kepada beliau, bukankah beliau pintar dalam soal itu?
Saya percaya kalau Ahmad bersedia melakukan ini ia juga menggembirakan Husam kerana cita-cita dan ideanya itu tidak terbantut. Dengan cara itu juga kita semua dapat mengetahui sejauh manakah Husam geliga dan pandai dalam menjana wang untuk pembangunan Kelantan. Selepas kejayaan Husam membangunkan projek itu nanti, sekiranya hendak dilantik beliau menjadi MB, molek juga sebagai membalas jasa dan khidmatnya.
Yang penting Ahmad Yakob perlu berbuat sesuatu ke atas kedua-dua projek itu kerana kalau ia dibiarkan ia akan menjadi simbol kepada kelemahan kerajaan Kelantan. Kita tidak mahu kelak rakyat akan menggelarkan kerajaan PAS Kelantan sebagai jantan yang gila nak berbini tetapi syahwatnya sudah wafat. [wm.kl.11:29 am 29/05/13]
Tgk dalam website ari tu tender highway kb-k.krai phase 1 dh pun keluar.maksudnya walaupun umno x menang di klate tp projek highway nie masih diteruskan utk kepentingan rakyat.
ReplyDeleteBegitu jugak projek rapid kb. Saya ado kelih dale website prasana ari tu ade kluar tender nk buat depot bas
Saya bersetuju dgn saranan tuan MSO. Walaupun mungkin projek tersebut inisiatif Husam dgn perkenan Tok Guru, ianya tetap projek negeri Kelantan untuk Rakyat Kelantan. Tambahan pula ia juag melibatkan kutipan derma dari orang awam.
ReplyDeletePak MSO,
ReplyDeleteSeharusnya kerajaan pas kelantan ada plan A dan plan B untuk projek lebuhraya ini. Secara peribadi,kerajaan kelantan kena terus menongkah arus ke hadapan,menunaikan janji demi kesejahteraan orang kelantan.
Plan A: Pendekatan Diplomatik - berbincang dengan Tuanku Sultan/umno kelantan/royalti/kerajaan pusat dan sebagainya.
Plan B: Pendekatan Agresif - Kerajaan negeri buat front-end study (cth: dapatkan pinjaman dari mana2 institusi, konsesikan lebuhraya & rakyat perlu membayar tol). Bentangkan pada rakyat hasil kajian.
Pendapat saya, plan A sukar dicapai melainkan umno memerintah kelantan. Maka, plan B harus dijalankan dengan syarat rakyat perlu membayar tol. Apalagi pilihan yang ada?
Sekurang2nya kerajaan berbuat sesuatu. Rakyat tak akan menyalahkan kerajaan negeri.
Andaikata plan A lulus tatkala plan B sudahpun berjalan. Maka,bolehlah 'takeover' perlahan-lahan. Lagipun, nak buat highway ambil masa 4-5 tahun kan?
Sekian, pendapat saya.