SEBELUM MALAM
Sejak dari pagi tadi saya telah menerima beberapa SMS memaklumkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan membuat sidang akhbar khas esok. Malam ini pun masih banyak masuk mesej dalam email saya dan PM facebooks orang bertanya perkara sama. Masing-masing nampaknya seperti teruja dengan maklumat itu.
Perkara ditanya ialah mengenai Mohamad Azmin Ali kenapa dan untuk apa beliau akan mengadakan sidang akhbar besok. Timbul berbagai spekulasi mengenai perkara itu. Pertanyaan itu makin menjadi lagi apabila ada yang terbaca mengenai tweet Azmin yang bernada agak sumbang dan sedikit mendebarkan.
Gara-gara itu makin ramai pemint blog dan rakan Fb saya bertanya. Saya tidak mahu menjawab malam ini sebab saya tidak tahu apakah puncanya. Jujur. Untuk menolak spekulasi Azmin akan keluar PKR seperti mana didesas desuskan tidak boleh, dan untuk menerimanya amat tidak boleh. Cuma saya boleh sifatkan kalau ini berlaku bermakna dunia PKR akan khiamat.
Kalau ini berlaku ia menempati ramalan beberapa pemimpin UBN yang mengatakan parti serpihan itu akan mati.
Kalau berlaku itu bukan satu yang mengejutkan saya. Ia masih saya menganggap sebagai satu tektik dan strategi untuk sesuatu tindakan dalam PKR sendiri. Mungkin tektik itu sebahagin salah satu cara untuk membolehkan Anwar mengotakan janjinya untuk bersara dalam politik. Begitukah?
Bila rumah PKR terbakar maka Anwar tidak ada jalan lain akan lari meninggalkan rumah. Sama ada selepas itu akan hangus dan dibina semula oleh Azmin dan lain-lain, lihatlah nanti.
Ramai orang yang sayangkan kepada 'keputusan' pilihan raya lalu hanya akan berdoa agar semuanya selamat. Namun betapa kita berdoa perangai dan sikap orang politik sememangnya begitu, mereka tidak pernah mempedulikan suara orang bawahan. Sifat orang politik itu juga mereka mengikuti naluri dan goncangan nafsu mereka. Ingatlah kembali madah-madah saya tentang politik. "Tiada kejujuran, kebenaran dan keikhlasan dalam politik."
Cuma kalau esok Azmin mengambil tindakan drastik mengejutkan itu ia satu kebagusan kerana ia dibuat selepas pilihan raya. Tetapi jauh di lubuk jati saya, saya tidak percaya kalau keputusan yang bakal dilakukan esok.
Jadi tunggulah sehingga hari esok. Yang saya hendak kata Azmin seorang pemain politik yang lincah sama dengan bosnya, Anwar. Mungkin kelincahan mereka kali ini bertembung setelah semua jalan mereka lalui sehinggalah tinggal satu jalan saja yang belum dilalui maka bertembunglah setelah mereka sama-sama mengambil jalan yang satu itu. [wm.kl.12:08 am 10/05/13]
Assalamu alaikum tuan. Besar sungguh ujian untuk rakyat Malaysia dalam mencari perubahan ke arah yang diimpikan. Air mata rakyat seakan tiada nilainya pada orang politik.
ReplyDeleteKalau apa yang dikata itu benar-benar berlaku, perkataan mudah untuk kita faham suasana ini ialah "Kalau dah UMNO tu UMNO juga".
Azmin Ali bersama Ezam telah berjuang habisan semasa Anwar dalam penjara. Peliknya, ezam masuk Kemunting tapi Azmin ni tak pernah disentuh.
ReplyDeleteBila Azmin kaah 2004 dan tinggal Wan Azizah yang terkontang kanting mempertahankan PKR dan Anwar, ramai melihat ia akan mati macam S46. kalau lebih tua akan teringat kematian Onn Jaafar dan ADUN IMP melompat masuk UMNO dan merntuhkan kerajaan PAS Terengganu.
Tapi situasi di Selangor lain.
PKR dan PR menang kerana Anwar bukan kerana Azmin.
Khalid Ibrahim telah membuktikan PR mampu melawan rasuah dan penyelewengan kuasa pusat oleh UMNO.
Jika Azmin keluar dan mungkin diikuti beberapa kerat pengikutnya, mereka akan menjadi sejarah.
Di Selangor orang seperti Hassan Ali dan Ezam tidak laku.
Jadi Azmin perlu sedar bahawa jika beliau menunjuk lagak masa depan politiknya akan gelap.
Yang pasti PR akan terus membangun dan semakin kuat.
Punca nya jawatan mb selangor saja. Punca nya jawatan. Perjuangan? Ahh malu lah nak tulis
ReplyDeleteazmin..duri dlm daging...mcm hasan ali dan nasa dulu...dan masih ada lagi yg tingal..
ReplyDeletekenapa allah tak beri kemengana pada Pakatan rakyat? mungkin hari ini terlerai hikmahnya
ReplyDeleteBudaya mementingkan diri amat ketara bukan sahaja dikalangan UBN malah juga dikalangan mereka yang berasal darinya. Jika tidak dapat apa hang dihajati atau jika dapat tawaran lumayan, iman jadi goyah bila kekayaan segera jatuh keriba. Kehadiran 'War Chest' hasil dari kutipan projek-projek dan kesediaan taikoh-taikoh yang mendapat atau dijanjikan akan mendapat projek mega memudahkan hal ini berlaku. Cakap saja berapa, janji mahu.
ReplyDeleteJika Azmin bertindak keluar dari PKR dan menumbangkan Kerajaan Selangor pilihan rakyat, ini mungkinlah 'The straw that broke the camel's back' yang akan mencetuskan kemarahan rakyat Selangor.
Sungguh bernasib baik kita yang berada di Kelantan kerana kemungkinan berlaku perkara yang sama adalah tipis.
Harap cepat cepat dia keluar supaya masalah x berlarutan.
ReplyDeleteMemanglah selepas Pilihanraya dia berkeriau sbb keputusan Pakatan layak jadi MB Selangor diketahui selepas Pilihanraya... pemimpin gila jawatan eloklah keluar PR... kami tak mau pemimpin sedemikian dlm PR...
ReplyDelete