SESUDAH SEUBUH
Malam tadi Husam Musa telah membuat kenyataan akhbar menjelaskan situasi yang menyelubungi dirinya ekoran tidak tersenarai dalam jemaah kabinet Kelantan. Penyokongnya khas golongan muda yang terpesona dengan gaya politiknya kesal di atas apa yang berlaku.
Masing-msing mempertikaikan kenapa Husam yang dianggap layak memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Aziz tidak disenaraikan. Kalau pun tidak sebagai MB tetapi sebagai timbalan menteri besar. Jadi apabila nama Husam tidak ada yang menimbulkan sedikit keributan dan tanda tanya.
Keributan itu menjadi panas apabila timbul berbagai persepsi atas apa yang berlaku.
Tampaknya Husam boleh menerima hakikat kenapa beliau tidak disenaraikan. Dia sendiri seperti memahami masalahnya. Sebab itu dalam kenyataan itu beliau menegaskan tidak ada agenda berhubung perkara itu. "Saya gembira digugurkan," begitulah katanya.
Katanya penyingkirannya dari kabinet menggembirakannya kerana ruang kosong tempat beliau dapat diisikan oleh muka baru.
Apa yang menyenangkan lagi Husam memberi jaminan dia akan bekerjasama dengan kerajaan dan akan memastikan isu yang membelit dirinya itu tidak akan diambil kesempatan oleh Umno. Itulah semangat dan jati diri dari seorang pejuangan yang diperlukan. Tidak mudah mengalah dengan keadaan dan redha dengan apa yang berlaku.
Seperti saya katanya dalam catatan sebelum ini perjuangan untuk berkebajikan bukan semestinya menerusi jawatan, tetapi masih banyak cara lain. Jalan untuk memasuki ke syurga bukan satu tetapi tujuh. Bagi orang beriman dan bertakwa pula syurga itu boleh dimasuki menerusi berbagai pintu. Pilih saja pintu mana yang paling manis dan menawan. Yang susahnya yang tidak beriman dan bertakwa menyebabkan pintu syurga semua tertutup baginya.
Dengan penjelasan Husam itu diharap penyokongnya dan mereka yang berada di luar lingkungan politik PAS memahami keadaan sebenar. Jangan terlalu mengikut emosi semua pihak kena berpaksikan kepada kenyataan dan kebenaran.
Adapun sebab musabab kenapa Husam tidak termasuk dalam barisan kabinet rasanya pun diketahui akan sebab musababnya yang tidak perlu dijelaskan lagi. Soal namanya tidak dihantar tidak berbangkit kerana namanya memang dihantar bersama nama-nama lain. Seperti mana jelas Menteri Besar, Ahmad Yaacob nama Husam berada diturutan teratas nombor satu.
Bagaimana pun sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati masih boleh mempersoalkan mengenai perkara ini tetapi bukan kepada Ahmad Yaacob, Mohd Amar Nik Abdullah atau Tokguru Nik Abdul Aziz, tetapi mungkin boleh direct kepada Sultan Kelantan sendiri.
Pergilah ke istana dan menghadaplah Sultan kerana pintu istana senantiasa terbuka.
Cadangan untuk mengadakan Himpunan 10,000 di SUK pagi ini sebagai bantahan dan membela Husam elok dihentikan atau dibatalkan. Tindakan demikian bukan memberi kebaikan kepada Husam sebalik akan memborakkan lagi keadaan.
Sudah pasti musuh PAS, Umno akan mengambil kesempatan, dan bagi Ahmad Yaacob pula akan menjadi titik hitam buatnya kerana baru naik takhta tidak sampai seminggu sudah protes di luar Kota Darunaim. Sejarah hitam begini perlu dielakkan oleh sesiapa yang sayangkan kepada parti. Dan sesiapa pun kena ingat kepentingan parti perlu diutamakan kepentingan individu atau pemimpin. [wm.kl.7:58 am 08/05/13]
Tuan,
ReplyDeleteSebenarnya bagus juga, kan ke Husam dah janji kalau kalah di Putrajaya, dia akan terus berkhidmat untuk Putrajaya, tak lah dia sibuk sangat.
Ambillah yang positf, setiap yang baik itu ada hikmahnya.
A.alshukor
Alhamdulillah. Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba. Tersirat pelbagai hikmah pada setiap ketentuan Allah. Syukur, Sabar dan Redha.
ReplyDeletemohon minta laluan boh, ambo nok komen sikit ko puak2 kito nih, tok guru ado dok ccokoh lagi tapi guano dok berebut ssako doh nyo, tanyo la sepatah dua ko tok guru ssako tu jatoh ko sapo, jange dok jjadi serupa puok22 alek sano, kalu ggini pendek omor Pas di Klate selepas Tok Guru. Minta di jauhkan Allaah s.w.t.
ReplyDeleteYB Husam perlu melihat penyokong beliau bukan hanya di Kelantan. Husam adalah antara pemimpin nasional PAS. Adalah penting utk YB Husam memastikan Putrajaya di bawah PAS PRY mendatang,
ReplyDeleteSatu lagi yang lebih penting, MCA dan gerakan akan meninggalkan BN.
Husam dan team dalam PAS perlu memastikan UMNO menjadi parti kera sumbang.
Jika Husam dan PAS berjaya meneruskan kepercayaan DAP dalam kerjasama PR, UMNO akan terkubur dengan sendirinya nanti.
Walaupun akan ada parti serpihan yang akan menggantikan MCA dan Gerakan sebagai parti Cina di Semenanjung, yang jelas UMNO akan terpinggir terus kelak selepas ini.
Betul....
ReplyDeleteHusam ni seorang yang bijak dan dalam banyak keadaan, beliau mendahului masa berbanding kebanyakkan pimpinan PAS lain.
ReplyDeleteInsya Allah, masa untuk beliau akan tiba nanti
jagalah kelantan bebaik.
ReplyDeletekami di kedah dah berendam air mata.
buatlah keputusan dengan iman.jgn terburu-buru,jgn gelojoh,ikiut cakap pimpinan.jgn bertindak melulu....
jawatan adalah amanah bukan kebanggaan.
mungkin husam boleh memberi tumpuan di putra jaya agar p.jaya jatuh ke pangkuan pAs di PRU14
bergembiralah Husam kerana Allah telah membebaskan dirimu dengan tanggungjawab dan amanahNYA
ReplyDeleteAmbo raso geram jugok bila tahu husam x dok dale exco klate.....tp bilo dengar penjelasan husam rasa reda sket....mitok2 saf exco dapat mentadbir klate dgn baik...
ReplyDeleteSalam tuan...
ReplyDeleteSaya ada terbaca ulasan yb husam yg menggunakan kata2 saifullah khalid al walid bila beliau diganti ubaidah al jarrah sebagai panglima tentera Islam sebaik saidina umar jd khalifah Islam "aku berjuang kerana Allah bukan kerana umar" jika benar ucapan yb husam itu seperti yg tersebar di laman sosial maka kita bersyukur PAS mempunyai pemimpin seperti ini...tahniah yb husam...
Dah sampai ketikanya lebih banyak pemimpin muda diketengahkan untuk menerajui perjuangan, lebih-lebih lagi komposisi anak muda yang menyokong perjuangan semakin besar.Orang lama masih diperlukan untuk membaca arah angin (memetik beberapa kata TGNA).
ReplyDeleteDato' dan penyokong (di kelantan) jangan melatah. . Kepimpinan Dato' bertaraf nasional; bukan setakat Kelantan. Dato' bakal menjadi Pemimpin Besar di Malaysia selepas DSA dll - in sy Allah.
ReplyDeleteMalangnya buat Pas apabila melahirkan penyokong fanatik kepada pemimpin, bukannya kepada jemaah(parti).Bagi saya penyokong2 fanatik Husam ini tidak ubah seperti penyokong2 fanatik Umno.Kita sendiri meminta rakyat untuk berubah,tetapi dalam masa yang sama apabila terkena kepada kita sendiri, tak boleh pulak...Sepatutnya awal2 lagi Husam menghalang penyokong2 fanatik dari dun Salor dari menerjah rumah Us Mad.Dimana akhlak ahli2 PAS. Ingat, PAS bukan sahaja parti politik.. ianya adalah Pergerakan Islam, sama seperti ikhwanul muslimin, hamas , jamaat islami dsb...Apa yang dapat dilihat daripada kemelut ini PAS Kelantan khasnya Dun Salor telah mengkesampingkan tarbiah ahli2... hanya mementingkan gerak kerja politik semata2.Untuk Dato' Husam dan PAS Salor, kuatkan program tarbiah ahli2 Wallau a'lam
ReplyDeleteMemerhati Dari Jauh
Northwest England
Dato' jangan melatah. Dato' bakal menjadi pemimpin besar di Malaysia, insya Allah.
ReplyDeleteBaginda Sultan seperti Sayidina Umar yang telah melihat Husam seperti Khalid al Walid.
ReplyDeleteLagipun bila Husam dilantik sebagai exco atau TMB, beliau akan 'terikat' di Kelantan, sepatutnya dari sekarang Husam lebihkan masa di Pusat sebagai persediaan untuk PRU14 nanti.