Saturday, May 18, 2013

Jaguh-Jaguh Perdebatan Baru di Parlimen

SUSUPAN TENGAHARI                                                                                

Pastinya sidang parlimen penggal ke-13 yang dijangka bersidang bulan depan tidak akan kalut dengan juahan dan bangkangan membuta tuli dari beberapa bekas orang ahli parlimen yang dianggap pengacau sidang dan sekaligus menjadikan parlimen riuh randah laksana pasar ikan. Orang seperti Inchek Ibrahim Ali, orang itu, bekas MP Kulim - Bandar Baru, Zaharain Hashim, Gobalakrishan atau Wee Chee Keong adalah bekas ahli parlimen yang mahu menjadi hero dan alat kepada UBN.

Mohd Rafizi Ramli
Mereka asalnya mewakili Pakatan Rakyat tetapi separuh jalan 'menungging punggung' kepada Pakatan Rakyat bahkan membaling tahi kepada mereka yang berjasa dan berbudi kepada mereka termasuk memberi laluan dan restu bertanding atas lambang parti. Apa dilakukan mereka adalah untuk mengambil hati Najib Razak dan UBN agar memberi sesuatu habuan kepada mereka.

Mereka ini adalah orang-orang yang boleh 'diciskan'. Mereka bukan saja tidak ada moral politik tetapi sebenarnya tidak pernah menghormati demokrasi dan amanah rakyat kepada mereka. Cis 44 kali.

 Ada yang juga yang terpaksa berpaling tadah kerana dikejar jenayah yang mereka lakukan sendiri. Jadi untuk menyelamatkan diri mereka sanggup menjilat ludah dan 'menggetel telor' pemimpin UBN. Ada juga yang sanggup menggunting lidah sendiri di akhirat besok semata-mata untuk mempertahkan kedudukan sebagai ahli parlimen. Sidang parlimen kali ini tanpa mereka. Mereka semua kalah dalam pilihan raya lalu atau tidak diberi peluang bertanding langsung. Inchek Ibrahim Ali yang kononnya bisanya sampai ke telinga, dihumban pengundi Pasir Mas, kalah sehinggakan makan pasir kepada lawan yang dianggap sebagai 'anak kera Pulau Melaka" dengan kekurang undi sebanyak 8,047. 

Idris Ahmad
Selain bekas-bekas MP cabuk itu sudah tidak ada lagi di dewan, beberapa MP Umno mulut berus dan cakap besar juga sudah tidak ada lagi. Dari Umno Abdul Aziz Mohamad wakil Seri Gading, Johor sudah tidak ada. Tajuddin Rahman pula yang sering menunjukkan muka bengis dan hidung 'bercengik' juga tidak akan galak lagi kerana beliau dinaikkan pangkat menjadi timbalan menteri. Begitu juga Rahman Dahlan yang dijadikan peluru untuk serang Anwar Ibrahim tidak akan dapat dijadikan bullet lagi kerana dia dinaikan pangkat menjadi menteri. Kedudukan itu agak canggung untuk mereka bertindak menjadi penjerkah atau pengampu yang penuh lemak dan perut labuh di parlimen.

Yang ada hanya Bung Mokhtar Radin dari Kanabatangan Sabah.

Mungkin kehilangan mereka itu kita tidak terasa bahkan mujur. Mudah-mudahan sidang parlimen tanpa mereka tidak akan jadi kalut dan membentuk parlimen menjadi sarkas. Mudah-mudahan parlimen akan datang benar-benar terjaga akan kemuliaanya. Tetapi ketiadaan orang-orang seperti Sallahuddin Ayub, Saifuddin Abdullah, Saifuddin Nasation Ismail, Azan Ismail menjadikan sidang kali ini kurang bertenaga. Kita tidak dapat mendengar lagi perbahasan mereka yang sarat dengan fakta dan berkualiti dan senantiasa dinanti-nanti oleh pegawai kerajaan dan pengikut sidang parlimen.

Shamsul Md Akin
Ketiga-tiga mereka tews dalam pilihan raya lalu. Salahuddin yang sebelum ini menjadi anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan tewas di parlimen Pulai, Johor. Manakala Saifuddin Nasution Ismail bekas anggota Parlimen Machang pula tewas di Kulim - Bandar Baru. Begitu juga Azan Ismail yang tidak lagi bertanding di kerusi parlimen, berpindah ke kerusi state Terengganu, menang.

Sayang sekali. Tetapi apa boleh buat, semua terletak ditangan pengundi. Pengundilah yang menentukan apakah mereka masuk atau tidak ke parlimen. Betapa pun mereka diperlukan untuk menjadi pembahas dan kritikus parlimen yang baik tetapi kerana kehebatan mereka itu tidak dinilai pengundi, maka mereka tertinggal. Kekalahan mereka sedikit sebanyak menghilangkan keceriaan parlimen kali ini.

Bagaimana pun kata orang, yang hilang akan berganti, yang patah akan tumbuh. Ketiadaan mereka pasti akan berganti. Beberapa muka baru yanhg mulai melangkah ke perlimen sebagai anggota dewan diharap dapat menyambung tugasan dan tanggungjawab kekawan mereka yang tiada dalam dewan. Kehangatan dewan dengan suara mereka yang membawa suara dan aspirasi rakyat akan dapat diteruskan oleh muka-muka baru.

Takiyuddin Hassan
Antara muka baru yang dirasakan akan menjadi ahli parlimen berwibawa ialah Mohd Rafizi Ramli (Padan), Hanifa Maidin (Sepang) Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Idris Jauzi (Batu Pahat), Idris Ahmad (Bukit Gantang) dan juga Shamsul Md Akin (Bukit Katil). Kebetulan kesemua mereka adalah profesional. Rafizi merupakan pengarah Strategfi PKR kelulusan sebagai akauntan yang banyak mendedahkan isu penyelewengan UBN. Salah satu isu yang sebati dengan Rafizi ialah pendedahan projek NFC.

Idris Jauzi bekas pegawai kerajaan begitu juga Idris Ahmad bekas pensyarah dan pendakwah. Kedua mereka banyak pengalaman. Manakala Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul Iskandar pula ketika-tika mereka adalah peguam yang berpengalaman.

Teruyamanya Takiyuddin bekas anggota Exco Kelantan akan menggunakan pengalamannya sebagai anggota Exco untuk berhujah dan membawa idea-idea baru di parlimen. Sebagai peguam sudah tentu Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul akan menegakkan keadilan dan kebenaran di parlimen. Mereka akan menjadi pengkirtik berwibawa terhadap mana-mana tindak tanduk kerajaan yang tergelecah dari perundangan dan perlembagaan.

Hanifa Maidin
 Sudah tentu kehilangan Sallahuddin, Saifuddin Nasution dan Azan akan diganti oleh mereka. Mereka yang baru ini akan memperkuatkan barisan pembangkang dengan ahli parlimen yang sedia ada seperti Mohamed Azmin Ali, Mahfuz Omar, Tonny Phua, Tian Chua, Nurul Izzah dan lain-lain. Sudah pasti Nurul Izzah yang menang menewaskan menteri akan menjadi heroin di parlimen.

Selain mereka berlima terdapat beberapa muka baru yang lain. Mereka ialah Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, (Pasir Mas) Marzub Shaari (Bachok) dan juga Nasaruddin Hassan. (Temerloh).  Kebetulan mereka adalah dari Dewan Pemuda PAS. Mereka sudah dikenali sebagai penceramah dan da'i di dalam PAS tetapi kewibawana mereka sebagai ahli politik sebanarnya akan diuji di dalam parlimen.

Apakah mereka akan hadir ke parlimen setakat mendengar dan angguk, ataupun membaca beberapa hadith dan ayat-ayat Quran untuk mematahkan hujah pihak kerajaan dari konteks agama? Atau mengemukakan pandangan berupakan konsep atau pun idea-idea progresif dari akar Islam untuk membangun agama dan negara?
Nasaruddin Hassan

Kita berharap mereka bukan beretorik atau pun sekadar memberi ingatan dan pesan agar solat, jangan tinggalkan puasa ataupun sekadar menceritakan hikmah dan filsafah Haji dan Umrah ataupun membentangkan kehebatan saksiah para Rasul dan Umur Ibnu Aziz seperti di pentas-pentas ceramah fardu ain atau kuliah Maghrib. Kita mahu mendengar apakah pandangan mereka untuk membaik-pulih pentadbiran negara, ataupun lebih diharapkan mengemukakan formula konkrit ke arah perpaduan sejagat. Hujah dan idea mereka untuk mengatasi masalah sosial juga diperlukan. Dalam masa sama, apakah mereka dapat bertindak menjadi pembangkang yang bijak dan kreatif.

Lain-lain muka baru seperti Dr Izani Hussein dari Pengkalan Chepa, atau Wan Hassan Mohd Ramli dari Dungun Terengganu dan lain-lain juga diharap jangan setakat mengambil bahagian sekadar mengemukakan soalan bertulis tetapi yang lebih diharap akan mengemukakan soalan tambahan yang boleh menggoncangkan pihak kerajaan.

Sama-sama kita tunggu dan ambil perhatian atas apa yang saya perkatakan ini. [putrajaya 2:45 pm 17/05/13] 

3 comments:

  1. Harap sidang parlimen kali ini akan menjadi lebih produktif dan memantapkan urustadbir negara.

    ReplyDelete
  2. Mudah2an kuasa rakyat menghantar mereka ke parlimen akan menutup mulut kaki-kaki merapu macam Bong Mukhtar dan yang seirama dengannya. Insya Allah !

    ReplyDelete
  3. ramai lagi ahli-ahli parlimen yg akan membawa perdebatan yang hebat..dari kedah khususnya Lawyer..En Gooi dari Alor Setar, En N. Surendran dari Padang Serai,dan seorg doktor Dr Azman dari Kuala Kedah....hebat-hebat dan proffesional depa ni....

    ReplyDelete