Monday, May 20, 2013

Bukti Penipuan SPR Dalam Pilihan Raya Ke-13

KENYATAAN                                                                                         

Sebuah pusat pengumpulan kesalahan dan penipuan dalam PRU-13 dikendalikan Pengarah Strategi Keadilan telah mula mengeluarkan bukti-bukti mengenai kewujudan pengundi hantu. Dalam satu kenyataan yang diemaikan kepada blog Merah Tinta, pusat pengumpulan data itu yang dinamakan #siasatpru13 telah menededahkan lapan orang yang disyaki sebagai pengundi hantu.

Sehubungan itu di sini saya dedahkan juga di pusat pengundian di kawasan saya di DUN Gual Periok di Sekolah Kebangsaan Gual Periok juga mengalami masalah yang sama. Menurut seorang petugas SPR dua orang pengundi berdaftar dari kawasan berkenaan gagal untuk mengundi apabila namanya telah ditanda sebagai telah mengundi.

Tidak dipasti apakah pengundi berkenaan, (seorang perempuan) membuat laporan polis atau tidak. Mungkin pihak #siasatpru13 boleh menghubungi mana-mana petugas pilihan raya di pusat pengundian berkenaan.

Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan akhbar dari #siasatpru13 yang dikirimkan kepada blog saya:

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan.
Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain – diragui oleh rakyat.
Setakat 17 Mei 2013, 8 orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka. Ini bermakna wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.
8 orang pengundi yang telah tampil adalah seperti berikut:
Nama
Parlimen
Kamarulzaman Md Adnan
P105 Sungai Petani
Mohd Khir Shaari
P131 Rembau
Mohd Razmi Khalid
P096 Kuala Selangor
Nor A’risah Ab Yamin
P102 Serdang
Zaripah Abdul Halim
P040 Kemaman
Lee Hou Cyang
P102 Serdang
Sairah Jusoh
P019 Tumpat
Mohamad Khairul Azhar Yang Ali
P108 Shah Alam
Laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara ini disertakan bersama.
#siasatpru13 sedang dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada.
Wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah adalah amat membimbangkan. Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di dalam PRU13, tetapi membayangkan kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unik kepada setiap rakyat Malaysia.
Fakta bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Pun begitu, saya mencabar SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat.
Saya juga mencabar YB Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke Kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
20 MEI 2013 
[wm.kl.4:44 pm 20/05/13]

1 comment:

  1. salam Tuan MSO
    maaf tuan,membaca dan menganalisa maklumat berkenaan dengan hal ini adakala juga saya terfikir bahawa bukan ini strategi yang di gunakan BN untuk menambah Undi untuk menipu pilihanraya.Kehadiran ramai bangla yang gambarnya mudah di rakam di sebar,serta senarai nama pengundi yang di halang mengundi berbeza beza jauh tempat mereka.Pada penilaian mungkin ini hanya sekadar cara strategi.Ya memang Saya Yakin BN menipu di Pilihanraya,tapi bukan cara begini.BerKomplot dengan SPR yang sebegitu akrab tak mungkin Hanya itu yang mampu BN lakukan,tidak sama sekali,saya tidak memandang lemah tipu daya UBN.
    saya ada sedikit pertanyaan yang menjadi kemusykilan.Adakah kenderaan yang membawa Peti undi itu tidak perlu sebuah kenderaan rasmi?Kerana saya melihat sendiri semua peti undi di bawa dari lokasi pengundian ke pusat pengumpulan menggunakan kenderaan biasa dan berbeza.Adakah tidak perlu peti undi di bawa menggunakan kenderaan rasmi.Pada pendapat saya sangat perlu itu amanah rakyat.bukan hanya di kawal dengan sebuah kereta polis sahaja.Nampaknya kawalan menteri lagi ketat dari peti undi rakyat.Puas saya semak dalam akta pilihanraya,tiada juga menyebut berkenaan kenderaan rasmi,untuk membawa keluar masuk peti undi atau larangan kepada nya atau apa apa peruntukan kepadanya.Peruntukan kepada Pengarah,timbalan dah Ahli suruhanjaya yang beratus beribu ribu termasuk lah kenderaan kepada mereka juga tiket kelas satu.

    Maaf .saya lihat itu satu kelemahan dan besar kemungkinan boleh dmanipulasi dengan mudah.Penyokong Pr digelapkan dengan isu bangla dan pengundi hantu.Isu Bangla dan Pengundi Hantu adalah isu yang mudah di tangkis Oleh UBN.Mereka sudah lama bermain dengan isu ini.Isu ini hanya menjadi mainan ketawa penyokong UBN untuk membodohkan lagi usaha anak muda bangkit menentang penipuan pilihanraya.

    saya tertarik dengan pendapat kalau pilihanraya itu telus dan benar, UBN dah lama haramkan.

    ReplyDelete