Thursday, May 16, 2013

Ruhanie Perlu Adil Membuat Analisa Jangan Bias Kepada Umno

SUSUPAN PETANG                                                                                                          

Ruhanie Ahmad yang kini kononnya sedang membuat Phd mengenai politik antarabangsa tidak boleh menggunakan teori atau hipotesis yang tidak jelas untuk mengatakan Pakatan Rakyat atau PKR mendapat dana dari Amerika untuk perbelanjaan pilihan raya lepas.

Hipotesis atau teori yang dibuat berdasarkan pengamatan dan maklumat-maklumat di internet tidak tepat untuk membuat tuduhan atau memberi pesepsi demikin. Ia memburukkan keadaan dan merupakan fitnah dan tidak wajar dikeluarkan oleh seorang yang tahu bagaimana parti lain (Umno) banyak menggunakan wang.

Sebagai seorang bekas ahli parlimen (Batu Pahat) Ruhanie perlu turun sendiri ke lapangan untuk melihat apa yang berlaku bagi membenarkan hipotesis yang beliau buat. Apa yang dilakukan oleh Pengarah UMCEDEL Prof Redhuan Othman wajar diteladai. Beliau turun sendiri ke lapangan untuk mengetahui perkembangan politik dan tidak hanya membuat rumusan dan hipotesis dari dalam bilik kerja.


Tuduhan Amerika mendanai PKR kerana kuasa dunia itu ada kepentingan di Selat Melaka tidak tepat dan boleh dipertikaikan. Apakah PR sahaja yang boleh digunakan Amerika tetapi tidak dengan UBN? Atau apakh terlalu kerdil untuk Amerika menguasai Selat Melaka bagi membawa kuasanya di Timur sehinggakan terpaksa menggunakan saluran pilihan raya?

Ruhanie sepatutnya membuat kajian dan analisa parti mana yang banyak menggunakan wang untuk pilihan raya berkenaan. Psrti yang menggunakan wang berguni-guni sudah pasti menyalah peraturan dan mereka sudah pasti dibekal oleh mana-mana pihak. Ruhanie tidak perlu pergi jauh lihat sahaja kepada pemasangan poster dan penggunaan berbagai bentuk poster dan logistik yang lainnya. Bandingkan berapa jenis poster atau papan iklan PKR dengan UBN. Saya rasa Ruhanie tidak buta mengenai perkara ini.

Bukankah pemasangan iklan di berbagai media itu memerlukan peruntukan wang yang banyak?  Rasanya perbandingan ini sahaja sudah menemui jawaban parti mana yang kemungkinan didanai oleh kuasa asing atau mereka cari sendiri.

Selain itu Ruhanie juga perlu turun ke lapangan untuk melihat sendiri bagaimana wang digunakan bagaikan air dalam tempoh 14 hari kempen terutamanya menjelang tiga hari mengundi. Pemberian dan rasuah wang kepada pengundi berlaku di hadapan mata.

Sebagai seorang yang mahu jadi pemerhati politik berkelas antarabangsa, dan dihormati semua pihak biarlah adil dan jangan berpihak kepada parti anda - Umno. Tanya juga SPR, khasnya kepada pegawai yang telus bagaimana mereka mengejar perasuah pada malam menjelang pengundian. Ia bagaikan menghambat ayam dilesung. Siapa yang rancak memberi rasuah dan berpotensi untuk merasuah?

Apakah Ruhanie tahu dan sedar bahawa setiap calon UBN diperuntukan wang perbelanjaan lebih dari had yang ditetapkan. Apa yang saya ketahui untuk calon state bagi calon UBN mereka diberikan RM2.5 juta manakala untuk parlimen RM5 juta. Siapa atau dari mana UBN mendapat sumber kewangan ini. Ruhanie sendiri yang pernah bertanding tentu tahu puncanya.

Saya ingin maklumkan kepada Ruhanie bahawa ada calon PKR yang terpaksa jual tanah untuk belanja pilihan raya. Tidak mungkin wang yang diberi Amerika seperti diagak oleh Ruhanie itu tidak sampai kepada calon berkenaan kerana PR (PKR) sudah pasti mahukan mereka menang seberapa banyak untuk membentuk kerajaan. Adalah bodoh kalau PKR tidak membelanjakan wang sedangkan mereka mengharap kemenangan.

Ruhanie boleh menuduh dan membuat hipotesis tetapi sumbernya biarlah benar. Orang Islam diajar berkata yang haq.

Ruhanie dalam satu ceramahnya di sebuah universiti memberi gambaran yang Pakatan Rakyat sebagai sesuai menjadi agen pertukaran regim yang menguntungkan Amerika Syarikat. Lanjutan itu beliau cuba membuat fitnah mengatakan Amerika memdanai Pakatan Rakyat.

Kepada Ruhanie jadilah seorang penganalisa yang adil dan jangan cuba menmbayangi emosi politik anda untuk kepentingan Umno. Jika anda tidak dapat membebaskan diri dan berkata benar, sesungguhanya anda lebih dahsyat dari kuasa kuffar itu. Apakah anda mahu menjadi salah seorang anggota kuffar? Membohongi diri sendiri satu perbuatan yang keji dan antara kerja-kerja ahli Neraka.

Tidak bermakan kalau kita sedan syok dengan teori politik jahat dunia kita cuba sangkut mana-mana pihak di tempat kita dengan kejahatan itu.  [wm.kl. 6:13 pm 16/05/13]

6 comments:

  1. ini lah yang menjadi nation problem kerana mata ada dua tapi yang nampak satu saja..

    ReplyDelete
  2. Tuan, orang yg jiwanya totok umno, tidak nmpak kesalahan dipihak mereka. Rm5j utk parlimen, Rm2.5j utk negeri, klu benar, drpd mna umno dpt dana sebyk ini. Adakah hasil wang rakyat yg dikikis selama 55 thn ini? Ruhanie mantan ahli parlimen yg hebat ttp membuat tuduhan secara rambang, tiada fakta, tiada bukti, semborono. Dlm erti kata lain, pemikiran org yg bangang.

    ReplyDelete
  3. Ada beberapa penganalisa politik malaysia dari kalangan ahli akademik yang boleh di pakai dan diiktiraf pandangan mereka seperti james chin dan Farish noor.Ruhanie sapa?politician yg cuba berlagak ahli akademik yang tahu segala?.Hipotesis yg terus di terjemah menjadi teori.Harap Ruhanie selepas ni boleh fokus kepada hipotesis untuk menghasilkan teori konspirasi pula.minat nya kearah itu gaya nya.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan,

    Sudah tiba masanya dana untuk pilihanraya ini di halalkan untuk memastikan ketelusan. Setiap parti politik dan juga pemberi dana mestilah meng ikrarkan jumlah serta sumber dana yang diterima dan bagaimana dana itu dibelanjakan.

    Pembetulan juga tuan, Ruhanie ini bekas Ahli Parlimen Parit Sulong bukan Batu Pahat.

    ReplyDelete
  5. Tuan, ramai lagi yg berlabelkan penganalisis politik, saya tengok semasa malam keputusan pru13 baru ni. Antaranya dr ashraf wajdi & DR ismail ibrahim ikim. Kononnya penganalisis tetapi perepsi yg buruk saja diberikan kepada pr. Dr ismail terang terang berkata dr mujahid yusof rawa dilihatnya cukup bijak berhujah tapi dilihatnya masih kurang ilmu islam. Tak patut melabel gitu dalam siaran tv w.pun kita akui semua manusia ada kelemahan masing masing. Dia faham sangat kot sebab dah menjawat pengerusi kefahaman islam. Lagipun dia main peranan besar dalam debat olok olok umno pas tahun 90an dulu

    ReplyDelete