PANDANGAN SEKEPING HATI
Untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dan dikenali mudah tetapi untuk menjadi pemimpin yang disanjungi dihormati sukar. Pemimpin disanjungi dihormati mestilah berjiwa besar. Berjiwa besar ertinya kena berani membuat tindakan, berpandangan jauh serta sedia merombak tradisi yang sedia ada, mengurangkan keburukan perbanyakan kebaikan. Kena melakukan pembaharuan. Reform saja mungkin tidak mencukupi kalau rfeform itu untuk kebaikan sendiri bukan sejagat.
Dalam soal ini fahaman atau pun mitos bahawa hanya pihak tertentu sahaja yang mampu atau boleh mentadbir negara hendaklah dibuang sejauh mungkin. Paling afdal melihat kepada realiti. Ilusi sudah tidak boleh lagi dalam dunia memaksa kita menerima hakikat. Zaman berlawak, berbohong atau memanipulasikan segala hal sudah berakhir. Kalau ia tetap hendak dilakukan ia sesuatu yang sulit.
Pemimpin berjiwa besar sanggup menentang arus bukan untuk diri sendiri tetapi demi masa depan rakyat, masa depan negara dan masa depan semua. Apakah ada di kalangan kita berjiwa besar seperti mana dimaksudkan? Ataupun kita masih lagi bermain politik keakaun (kepuakan dan individualistik) berlandaskan nasu amarah sepanjang masa dan menyalahkan orang lain sepanjang zaman.
Atau bila kita kalah kita menafikan orang yang kalah walaupun ada sesetengahnya perkara pihak kalah lebih baik dari kita yang menang. Kalau kita berjiwa besar kita akan ambil mereka yang bijak pandai untuk membangun negara bersama tanpa mengira faham dan ideologi politik. Ideologi politik boleh diketepikan dan ideologi pembangunan negara yang kena diutamakan dan dijadikan agenda bersama.
Lupa kepada perselisihan dan idealisme politik sendiri-sendiri. Setiap daripada kita pasti ada yang cedera dan menang bila berlaku peperangan. Mereka yang cedera harus disembuhkan manakala mereka yang menang perlu menggunakan kemenangan untuk menyembuhkan keadaan dan sekaligus merawat sama yang cedera.
Sesuatu yang merugikan kalau kita membuang semua mereka yang kalah termasuk idea dan buah fikirannya. Apa lagi yang dikatakan kalah mengikut hukum demokrasi (pilihan raya) kita bukan kalah dalam erti sebenarnya. Misalnya seorang doktor pakar yang berkebetulan berada di pihak musuh, apakah dia tidak boleh digunapakai kerana pihak yang disokongnya kalah? Doktor dan profesionalismenya tidak bersalah dan ia tetap relevan bila-bila masa. Kalau kita membuang semua ternyata kemenangan yang diperolehi itu tidak dimanfaat sebaik mungkin.
Manakala yang menang walaupun lemah tidak berilmu kita ambil dan angkat menjadi menteri kerana semata-mata dia menang. Politik atau sikap begitu sudah tidak sesaui lagi era ini di mana semua manpower dari segala segi diperlukan unutk membangun negara. Politik mengasingkan atau membazirkan tenaga manusia (kecerdikan) disebabkan perbezaan politik tidak wajar dipraktikkan lagi.
Nah.. di sinilah bagi mengelakkan pembaziran, masa, tenaga dan wang ringgit kita memerlukan seorang pemimpin yang berjiwa besar, berani membuat perubahan dan menentang arsus serta merombak tradisi diamalkan selama ini. Kita sangat menanti pemimpin Malaysia yang agung yang mampu merombak dogma politik usang.
Sehubungan itu saya ingin bertanya apakah Perdana Menteri Mohd Najib Razak seorang berjiwa besar dan seorang pemberani membuat perubahan? Ataupun beliau masih rigid dengan pegangan lama bahawa yang menang saja harus dirai dan diguna pakai manakala yang kalah dibiarkan mereput begitu saja. Politik sedemikian politik berdendam kesumat. Politik yang tidak sepatutnya diamalkan di era perubahan dan rakyat lebih mahukan kepada tindakan-tindakan praktikal dan realistik. Kalau Najib masih berpegang kepada dogma lama maja jelas apa yang disebut era transformasi dan pembaharuan itu masih belum wujud.
Saya suka untuk melihat secara poisitif dan menambahkan pemahaman berhubung dengan slogan Najib, Rakyat Didahulukan Pencapai Diutamakan. Apabila beliau sebut rakyat, tidak semestinya dia hanya dari kalangan Umno semata-mata. Najib harus berfikir meluas degan meletakkan semua rakyat itu adalah dibawah lingungan kekuasaanya dan ia harus dimanfaatkan setiap sudut kebolehan rakyat dari mana saja rahang perjuangannya. Pembangkang musuh yang melawannya juga dalah rakyat yang harus diberikan keutamaan seperti mana aspirasi slongan berkenaan.
Najib perlu membuang tanggapan pembangkang adalah musuh kejam. Semasa berlangsung pilihan raya iya, pembangkang musuhnya. Tetapi sesudah selesai, tanggapan demikian hendaklah diubah. Najib harus menerima pembangkang juga sebagai pasukan untuk membangun negara. Mereka juga harus diberi peranan yang utama. Dalam pada itu beliau juga kena renung ke dalam diri apakah Umno juga tidak kejam kepada pembangkang semasa pilihan raya? Malahan tindakan Umno jauh lebih sadis dan kejam daripada Pakatan Rakyat.
Jelas keputusan pilihan raya lalu tidak memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak UBN- PR. Tidak ada mana-mana pihak menang mutlak. Najib tidak menang dalam pilihan raya lalu begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Keputusan yang menunjukkan UBN gagal menguasai 2/3 dalam parlimen dan mengalami kesusutan kerusi sebanyak tujuh kerusi, manakala kehilangan undi popular yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat yang memperolehi 51% berbanding dengan UBN 47% boleh dianggap pilihan raya dalam keadaan seri.
Justeru adalah baik kalau kedua pihak khasnya Najib menerima hakikat ini. Dengan kedudukan begitu elok kalau Najib mahu merombak tradisi dan dikenali sebagai seorang ahli politik yang rasional dan profesioanl mengambil kira peranan dan kemanangan Pakatan Rakyat dalam proses pembentukan kabinetnya.
Mungkin apa dicadang ini sesuatu yang berat untuk diimplimenkan dan Najib akan ditentang oleh ahli Umno yang tamak haloba dan berfikiran cabuk. Tetapi sudah dikatakan untuk jadi ahli politik berjiwa besar Najib boleh melakukannya. Untuk ini Najib harus berlawan dengan fahaman politik cabuk dalam Umno. Apakah kata dalam pembentukkan kabinet nanti Najib mengambil kira pretasi parti-parti PAS, PKR dan DAP. Atau dalam kata mudahnya Pakatan Rakyat.
Saat inilah kalau Najib benar-benar kepingin mewujudkan suasana baik untuk negara. Mengurangkan politiking dan perbalahan politik. Saya percaya kalau Najib sedia menimbangkan untuk memasukan beberapa anggota PKR,. PAS dan DAP dalam kabinet kemelut politik negara yang terheret sejak 15 tahun lalu akan berhenti. Najib tidak rugi, Umno juga tidak akan rugi kalau mereka mengambil kira Pakatan Rakyat. Satu delkarasi atau piagam khas boleh dipahat di antara kedua pihaknya yang dibuat demi negara sekurang-kurang untuk tempoh lima tahun. Selepas lima tahun dalam pilihan raya akan datang, mereka boleh bertempur semula untuk mendapat mandat rakyat.
Najib boleh syorkan perkara ini atas alasan kemaslahatan negara. Tidak timbul siapa lemah dan siapa kuat disini. Agenda negara harus diutamakan dahulu. Sara rasa baik Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau Abdul Hadi Awang menerima konsep ini. Asalkan saja ia dilaksanakan dengan baik. Najib tidak merasa rugi begitu juga parti PR tidak merasakan mereka menang. Semua pihak harus sedar kalau ini hendak dilakukan atas maslahat negara.
Di pihak Najib lebih-lebih lagin kena membuat tawaran kerana beliau sudah angkat sumpah menjadi PM. Sekiranya tawaran terbuka ini ditolak oleh Pakatan Rakyat, kemenangan atau keuntungan politik akan diperolehi oleh Najib. Tawaran itu akan menyebabkan rakyat akan melihat keikhlasan Najib serta kerendahan dirinya dalam politik. Penolakan tawaran Najib itu oleh Pakatan Rakyat menyebab rakyat akan menuduh PR sebuah pakatan yang tomak.
Sebenarnya tidak ada guna bagi Najib menjadi perdana menteri kalau jawatan itu tidak dapat melakukan sesuatu perubahan kepada negara. Tanpa ada kerjasama dengan pembangkang Najib tetap akan diganggu. Kemenangan tipis menjadikan Najib akan goyang sepanjang lima tahun. Sebaliknya kalau ada persepakatan Najib boleh merasa lega kerana tidak diganggu kerana musuh sudah ada bersama.
Pakatan Rakyat pula tidak baik kalau mereka mengambil peluang untuk terus menggayang negara tanpa ada masa rihat. Membawa rakyat berpolitik sepanjang masa (no stop) tidak begitu baik kepada sebuah negara sedang membangun seperti Malaysia. Adapaun soal penpuan dilakukan kerajaan menerusi SPR ia hendaklah dihadapi dari keadaan yang lain tanpa memburukkan soal pentadbiran negara.
Pihak Anwar, Lim Kita Siang dan Abdul Hadi juga rasanya tidak akan mudah untuk menolak sekiranya tawaran terbuka yang ikhlas dibuat. Mereka juga memerlukan kerihatan sementara untuk menginsing lengan baju dan kaki seluar lima tahun akan datang. Bolehkan gejatan senjata politik ini dilakukan? Apakah politik Malaysia sudah sampai ke standard politik profesional? Ataupun politik Malaysia terus menerus menjadi politik haiwan di belantara yang tidak boleh sepakat walaupun untuk survival bersama? [wm.kl.11:19 am 13/05/13]
Betul juga takkan nak terus dan suka akan permusuhan sampai ke bila-bila...
ReplyDeleteBukankah negara ini negara bersama milik semua rakyat Malaysia
Semuanya bergantung pada pemimpin..kalau ikhlas tanpa terlalu memikirkan percaturan politik dan pengaruh..gunung kinabalu pun boleh di alihkan sekiranya direstui Allah swt
Lantik Saifuddin Abdullah (walau kalah di Temerloh, pemimpin UMNO yg sopan dan santun) jika dibolehkan akan memperlihatkan jiwa besar najib. Lantik Isa Samad menunjukkan najib suka orang rasuah. Ketepikan Muhyiddin yasin, lantik KULI sbg TPM, memang satu keajaiban, utk perpaduan.. Hehehe.. satu mimpi yg akan digelakkan... Hahahaha... Tidak ada keberanian sebegitu...
ReplyDeleteTang perlantikan anggota pentadbiran (kabinet) tu kita serahkan le kepada kebijaksanaan Najib. Tapi saya amat-ammat setuju dengan kenyataan "KITA SEMUA PERLU IKHLAS". Fikirkan untuk keseluruhan rakyat untuk negara. Pandangan dan pendekatan memang berbeza, tetapi matlamat akhir sepatutnya sama AMAN, MAKMUR DAN SEJAHTERA. Wallahuallam.
ReplyDelete