Kerajaan sudah dianggap bermain kasar dalam meredakan kemarahan rakyat terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Semalam tiga orang individu bertaraf pemimpin telah ditahan polis. Mereka ialah ahli PAS seumur hidup Tamrin Ghafar, ahli parlimen Batu, Tian Chua dan seorang peguam yang juga aktivis masyarakat Haris Ibrahim.
Tamrin ikut ditahan. |
Pihak kerajaan tidak boleh menafikan bahawa penahanan ketiga-tiga mereka sebagai kesenimbungan ke atas penahanan Adam Adli itu. Kebetulan pula penahanan mereka menerusi akta sama, Akta Hasutan 1948 ia menunjukkan mereka menghadapi masalah atau kesalahan yang sama.
Penahanan Adam Adli telah mendapat protes besar-besar dari golongan mahasiswa dan pelajar. Mereka berhimpun beberapa malam di hadapan lokap di Jinjing sambil membakar lilin sebagai menyatakan protes dan kebersamaan. Mereka menuntut agar Adam dibebaskan. Merujakan juga protes dan bantahan membela Adam itu bukan saja di sekitar Kuala Lumpur, kawasan yang mudah 'terbakar' dengan cucuhan api semangat, tetapi ia juga berlaku di bandar-bandar besar lain di seluruh negara.
Tian Chua sudah mesra lokap. |
Kandati Zahid menolak penahanan mereka itu ada campur tangan beliau, dan beliau menegaskan sesekali tidak akan mencampuri urusan polis, (dalam apa juga urusan dan tindakan) dan kononnya polis ada kuasa dan hak, sesiapa pun tidak akan percaya. Soal integriti kerajaan yang ada hari ini bukan saja berkisar dalam pasukan polis tetapi seluruh aspek pentadbiran lain sudah diseluti dengan tanggapan ketidak-percayaan rakyat kerana sebab-sebab yang jelas.
Jadi Zahid tidak boleh menafikan begitu saja, bahawa penahanan itu bukan atas arahanya. Kalau pun tidak atas arahannya kerana penahanan itu tidak memerlukan tandatangan (kelulusan) beliau sebagai menteri tetapi beliau wajib mengetahuinya sebagai menteri.
Tamrin, Tian Chua adalah orang politik. Walaupun dari segi perundangan orang politik tidak mempunyai kekebalan tundang-undang tetapi tindakan ke atas orang politik sangat perlu berhati-hati dan mengambil kira segenap sudut kerana mereka ada pengikut dan pengaruh. Kesan dan ikibat penahanan itu perlu diperhatikan dari semua aspek. Atas kebiasaan dan keperluan itu Zahid tidak boleh menafikan beliau tidak terlibat dengan penahanan Tian Chua dan Tamrin Ghafar.
Pihak polis dan Zahid sudah mengkaji sejauh mana kesan dan akibat dari penahanan itu. Apakah ia boleh memborakkan keadaaan atau tidak? Yang penting bagi polis ialah untuk meredakan keadaan menjamin kententeraman negara bagi membolehkan kerajaan yang ada berfungsi dengan baik. Dalam bacaan polis kenyataan atau kata-kata mereka boleh menimbulkan kekacauan, maka mereka kena bertindak. Tidak salah. Soalnya apakah kekacauan itu sampai boleh melemahakan kerajaan? Menganggu pentadbiran Najib Razak? Menyebabkan kerajaan yang baru ditubuhkan tidak dapat berperanan. Ini yang perlu difikir dari tindakan-tindakan itu mungkin akan lebih ramai lagi selepas ini.
Apakah dengan tangkap Adam Adli, Tamrin, Tian Chua, Haris Ibrahim dan sesiapa lagi, kerajaan khasnya polis dan khasnya lagi Zahid boleh meredakaan situasi? Apakah mereka yakin keadaan akan pulih dan tahanan yang merupakan gertakan itu akan menakut-nakutkan mereka yang tidak berpuas hati?
Zahid yang diberikan beban baru oleh Najib menerusi KDN itu, mesti memikir sedalam-dalamnya mengenai perkembangan dan risiko ini. Mereka harus belajar dari peristiwa tahun 1998 dulu. Peristiwa ledakan reformasi membela Anwar yang dipecat dari Umno dan dipenjara harus dikaji sebaik mungkin. Ambil iktibar atas apa yang berlaku. Bagi Zahid khususnya beliau harus berhati-hati menggunakan kuasa walaupun atas hendak berbudi dan berbakti kepada Najib. Kerana kalau silap percaturan budi dan jasa itu menyebabkan beliau akan dicemuhi oleh rakyat.
Tidak ada guna kita hanya dipuji dan ditepuk bahu dikatakan syabas oleh Perdana Menteri tetapi kita diludah dan ditonyen oleh rakyat. Ingat Zahid bukan selamanya kamu akan menjadi menteri?
Bagi mengekang arus reformasi dan gelombang benci kepada Mahathir, polis telah mengenakan berbagai sekatan, tahanan dan menahan beratus orang para demonstran. Tetapi sedikit pun tidak memberi bekas dan menakutkan mereka. Tekanan dan asakan polis bahkan memberi semangat dan makin menimbulkan kemarahan. Kecuali pendokong reformasi terawal seperti Zahid Hamidi sahaja yang belut dan berpaling tadah. Tetapi bagi mereka yang menuntut keadilan, kebenaran dan hak asasi ke atas Anwar Ibrahim yang berjuang penuh keikhlasan terus 'bermandi keringat dan bermandi darah dalam berdemonstran.
Sampai kini sesetengah mereka yang didakwa atas berbagai kesalahan kerana terlibat dalam demonstrasi reformasi masih belum selesai perbicaraan mereka. Apakah tindakan kejam polis di era Mahathir Mohamad itu berjaya meredakan keadaan? Jawabanya tidak. Bahkan keadaan terus merebak dan rakyat menjadi lebih bersemangat dan gila lagi. Pemulangan kepada 'jambatan tahi' asal beberapa pejuang demostrasi kebanyakan anak buah Zahid Hamidi dari rahang pemuda Umno tidak melumpuhkan gerakan reformasi. Ini boleh dilihat kepada pencapaian keputusan pilihan raya dari pihak pembangkang dalam pilihan raya tahun 1999, 2004, 2008 dan terbaru.
Apa jadi dengan gerakan itu? Akhirnya ia memaksa Mahathir berundur secara bermaruah, tetapi orang tahu penguduran Mahathir itu kerana tekanan arus dan gelombang refomasi. Sejarah negara akan mencatatkan Mahathir jatuh kerana 'kebangkitan' rakyat berterusan menentang dan menjuahnya. Ini kemaluan dan aib besar yang 'dibongohi' di belakang Mahathir.
Zahid san polis kalau mereka mahu memulakan tindakan ke atas kebangkitan rakyat yang memprotes keputusan pilihan raya ke-13 lalu kena berfikir banyak kali. Mereka kena mengkaji dan mengingati semula peristiwa tahun 1998 membawa ke tahun 2008. Jangan mengulangi perkara yang sama dan adalah tidak bijak kalau polis mengambil plan sama untuk mengatasi kemarahan rakyat yang berbeza sebabnya.
Saya sudah mengatakan jalan terbaik untuk meredakan kemarahan yang berlaku sekarang ini ialah kerajaan kena bersikap gentleman. Salah satu ialah bersemuka dengan pihak Pakatan Rakyat yang menjadi pelopor kepada keserabutan hari ini. SPR hendaklah berhadapan secara bersemuka dan perlu mendengar apa yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, mengenai bukti-bukti kesalahan yang dilakukan dalam pilihan raya lalu seperti mana ditutntut. Cara berlawan ialah dengan bersikap 'tasamuh' dan bukan menunjukkan keegoaan.
Bersikap degil menegak menang basah ia tidak akan ada kesudahan. SPR hanya sebuah badan yang mana ia tidak terlawan dengan suara rakyat yang banyak. Abdul Aziz Yusuf atau Wan Ahmad Wan Omar (kedua orang kuat SPR) hanya berani bercakap dalam stadio tetapi pengecut untuk bercakap dalam stadium. Selagi kamu bercakap di balik dinding dilindungi kekebalan undang-undang yang diberikan rakyat (Parlimen) kepada kamu, seribu kali benar pun rakyat tidak akan percaya.
Iya, sila tubik (tubik tu gak keluarlah), ke luar dan berdepan dengan rakyat. Buatlah apa saja majlis forum atau pun apa asalkan rakyat dapat penjelasan memuaskan. Jangan menggunakan kaedah 'bangau oh bangau' dalam soal ini di mana SPR akan menyalahkan Jabatan Pendaftaran, manakala Jabatan Pendaftaran pula akan menyalahkan Jabatan Imigresin atau polis dan sebagainya.
Berbalik kepada penangkapan tiga individu tadi atas Akta Hasutan, kalau ia bermotif untuk meredakan keadaan ia tidak akan mencapai matlamatnya. Kerana yang akan menjadi jurubicara rakyat memprotes kebatilan dan menegakkan keadilan dan kebenaran bukan mereka bertiga sahaja. Tetapi ramai. Jumlahnya hari ini dari kontesk suara cukup membanggakan di pihak rakyat yang memprotes kerana ianya melehi 51%. 51% suara popular rakyat yang ditunjuk dalam pilihan raya lalu adalah suara memprotes. Suara 51% itu termasuklah Adam, Tamrin, Tian Chua dan Haris.
Rakyat boleh mendiamkan diri kalau SPR, Polis, atau perdana menteri sendiri menjelaskan atau pun memadamkan suara 51% ini. Bolehkah? Demi meredakan kebangkitan kemarahan hari ini, berusahalah memberi keyakinan secara berfakta kepada rakyat. Dan percayalah penahanan demi penahanan akan memburukkan keadaan.
Anak perompak atau pencuri akan terus menjalankan kerja merompak dan mencuri kalau mereka tidak diajar dengan kesedaran dan ilmu-ilmu baru untuk hidup berlandaskan kebenaran. Terbaik bagi pemerintah mana-mana negara di dunia ini ialah menyempitkan pintu penjara kalau pun ia tidak boleh diroboh langsung. Kelemahan kepada sesebuah kerajaan di mana-mana juga ianya akan ditilik kepada luas atau besar mana sesebuah penjara di sesebuah negara itu. Manakala untuk mengetahui pemimpin negara itu bijaksana atau tidak lihat kepada jumlah tahanan atau jumlah mereka yang berada di sebalik tirani itu. [wm.kl.12:33 t/hari 24/05/13]
Salam MSO,
ReplyDeleteMereka tak pernah dan tak akan berubah. Walaupun telah dinafikan 2/3 majoriti tahun 2008. Mereka masih degil dan buat macam boodooh aje. Selain dari apa yang diberitahu oleh MSO.
Kebodohan masih lagi membelenggu Jab Pelajaran Kelantan. Buat masa sekarang sedang berlaku POLITIK BALAS DENDAM. Guru guru dotukarkan sewenag-wenangnya krn di dakwa menyokong PAS dlm PRU13. Mungkin betul guru berbuat demikian, tetapi apakah dengan menukarkan guru itu menyelesaikan masalah. Jika dulu 140 kerusi parlimen sekarang cuma tinggal 133 sahaja. Saya setuju UMNO bahawa sebenarnya MENCIPTA MUSUH BARU SETIAP KALI SELEPAS PILIHANRAYA..
Nak tiru ayat Tuan MSO... CIS menteri penipu
ReplyDeletestatement yang bagus, jelas dan tepat..
ReplyDelete