Monday, June 10, 2013

Harun Taib Tidak Faham Politik

SINGGUNGAN RASA                                                                      

Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas.

Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505.

Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.


Harun juga mengakui pendapat beliau sebelum ini yang melarang himpunan Black505 adalah pendapat peribadi. Walaupun Ketua Urusan Dewan Ulama' ini akur dengan kehendak parti tetapi alasan diberikan untuk membolehkan himpunan diadakan masih mengelirukan, ertinya bukan persetujuan 100 peratus.

Dia bersetuju kalau himpunan itu bukan untuk melakukan revolusi? Apakah Harun Taib ini faham atau tidak dengan politik? Atau beliau bercakap dari atas bendul rumahnya dan mengikut perasanya sendiri saja? Apakah politik yang beliau faham dan apaklah politik yang beliau tidak faham?

Siapa yang mentafsirkan kepadanya himpunan Black505 itu untuk menggerakan revolusi? Apakah dia juga faham dengan perkataan dan pengertian revolusi? Harun telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang berat. Dia berfikir sesuatu yang orang tidak berfikir dan menganggap orang berfikir seperti dia fikir. Saya rasa Harun mendapat maklumat mengenai himpunan itu bukan dari partinya tetapi dari akhbar Utusan Malaysia dan wartawan yang sering menghubunginya.

Telatah atau cara Harun berfikir lari jauh. Ibarat berpakat hendak mengusung rumah, tetapi dia berfikir orang ramai diajak untuk meruntuhkan bukit dan mengusung batu bawa balik ke rumah. Pemahaman Harun dalam soal ini terlalu jauh sebenarnya dan menyekasakan dirinya sendiri. Percanggahan fahaman ini juga meroakkan reputasi beliau dan dewan yang beliau ketuai itu. Elok berhenti sajalah.

Baik juga rasanya kalau Harun Taib dimasukkan semula ke dalam madrasah politik yang realistik iani politik berasaskan fakta semasa bukannya politik berasaskan hukum agama. Pemikiran dan pemahaman seperti Harun inilah yang mencemarkan demokrasi dan merosakkan strategi politik Pas dan rakannya sebagai sebuah gerakan massa.

Orang seperti Harun sebenarnya tidak layak untuk mengulas mengenai politik. Ia bukan memberi kebaikan sebaliknya keburukan kerana ada pendapat dan kenyataanya kontra dengan keputusan parti. Ahli Pas pula jangan mudah menerima pandangan politik dari seseorang yang mendapat pendidikan tinggi dari institusi terkenal, atau digelar ulama tanpa diadaptasikan dengan politik semasa berdasarkan realiti.

Untuk pengetahuan Harun, Pakatan Rakyat masih menerima konsep dan prinsip demokrasi. Belum ada tanda-tanda untuk mereka melaikukan aksi revolusi merampas kuasa secara kekerasa atau pun meruntuhkan institusi raja. Cara Harun mentafsir sesuatu tidak ubah seperti dia metafsirkan keadaan dirinya yang hanya demam tetapi dirasakan sudah mengalami sakit jantung. Maka ubah yang diambil adalah untuk jatung sedangkan dia hanya demam saja. Sampai ke bila pun Harun tidak akan sembuh dan rasional.

Saya melihat orang macam Harun Taib ini bukan lagi membantu menggalakkan perjuangan Pas tetapi banyak menyusah dan membantutkan usaha pihak lain. Seelokknya menjelang muktamar ini Harun berundur sajalah. [wm.kl.11:34 am 10/06/13]

6 comments:

  1. Salam tuan, saya bersetuju dengan pandangan tuan. Saya harap benar pemimpin2 Van C20 (pinjam ungkapan tuan)berhati hati didalam memberi komen keatas sesuatu isu. Bimbang ianya tidak relevan dengan keadaan semasa justeru kontras dengan entiti parti. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Memang payah utk memahami dia ni dlm hal politik.Dh merasa mcm selesa sngt dh!Dia tak terfikir lansung perasaan org2 di bawah yg bertungkus lumus cuba memenang kn mereka tetapi di kecewa kn oleh penipuan.Jadi lebih elok lh Harun Taib ni bersara je dr bidang politik dn tumpu kn kpd urusan agama je.Dh meluat sy mendengar cakap dia ni.

    ReplyDelete
  3. Komen yg asyik menyusahkan parti sndr walaupun bpangkat besar sbg Ketua Urusan Dewan Ulama..dr sblm PRU smai slps PRU masih lg mengeluarkan pndgn peribadi yg merugikan dan mengelirukan pengikut..kalo nk bg pndgn peribadi, jgn masuk saf la..sndr wat statement tp jemaah yg dpt masalah..brenti la geng C20 termasyk ngan drebarnya sekali...tau kan drebar C20 yg plg besar di tganu?

    ReplyDelete
  4. Mungkin muktamar ini saat yang terbaik baik Harun Taib berundur diri sebelum makin teruk dan makin menjadi-jadi kemudaratan yang dipalitkan pada PAS. Lagi pun Harun Taib dah ada legasinya iaitu anaknya yang memenangi DUN Manir. Nampak makin lama makin jumud pandangan Harun Taib terhadap tuntutan politik semasa.Apa yang ditegur oleh MSO memang sangat benar. Mungkin TGNA pun dukacita dengan kenyataan Harun Taib sejak kebelakangan ini?. Kalau tak ditegur makin mengarut....tapi kalau tegur akan adalah yang melenting kononya mengutuk ulama lah dan tak faham kaedah perjuangan dan cara PAS lah!...aduhai..takda langsung aura dan 'air kaki' TGNA.

    ReplyDelete
  5. rama hok tok reti politik....politik thinking pemimpim PAS hok ngaku ulamahk ni napok bodo sokmo....dale rama2 ulamak pas hok pege jawate tinggi kawe respek TGNA sore jah...hok lain raso nok denga kenyataan hok cidik sikit pom payoh....banyok jenih hok tok reti bahaso/koya cidik...tok belaja/baca sains politik ko demo ni????????? a

    ReplyDelete
  6. Salam...aku setuju sangat ... lebih 100% kalau dia ni dok masjid ngajar... tak payahlah dok dalam parti... jadi rosak. Lebih baik buat kerja yang mendatangkan kebaikan kepada parti... bukan buat kenyataan yang membuat parti jadi serba salah....Jadi ketua Dewan Ulamak pulak tu.... Sepatutnya ulamak ni mempunyai kefahaman dan ilmu yang lebih daripada orang lain.... macam ulamak dulu-dulu.. dalam ilmu politik...mereka hebat, ilmu sains, mereka hebat, hafal al Quran lagi, hafal hadis lagi... lihat Ibn Sina, al Khawarizmi, al Ghazali dll..... mereka ahli sufi, mereka ahli sains, mereka ahli ibadat.... dan berbagai ahli lagi!!

    ReplyDelete