Saturday, June 22, 2013

Husam Ditahan Polis Sedang Dibawa Ke Kelantan

TERKINI                                                                        

Naib Presiden  Pas, Husam Musa yang ditahan polis di Pandan jam 4:00 petang tadi kemudian ditahan di Balai Polis Ampang kini sedang dibawa polis ke Kota Bharu Kelantan kemungkinan untuk dihadap ke mahkamah di Kota Bharu esok.

Menurut maklumat Husam dibawa dengan kereta polis berlepas dari Ampang baru sekejap tadi.

Beliau ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran ucapan beliau pada perhimpunan di Ketereh minggu lepas.

Husam yang sepatutnya berucap di perhimpunan Black505 di Padang Merbok tengah hari ini tidak sempat berbuat demikian. Ketiadaan Husam di perhimpunan tadi menjadi tanda tanya kerana beliau dikatakan antara pemidato utama. Ramai anak-anak muda yang menjadi penyokong dan peminatnya bertanya sesama sendiri kerana tiada kelibat Husam.

Husam juga baru pulang dari lawatan ke beberapa buah negeri di Timur Tengah termasuk Jordan.

Penagkapan Husam hari ini mengejutkan kerana tidak ada apa-apa desas desus yang Husam dikehendaki polis. Justeru Husam beranggapan penahanan beliau itu sebagai menghalang beliau untuk ke Padang Merbok. [wm.kl.6:25 pm 06/22/13]

No comments:

Post a Comment