Tuesday, June 18, 2013

Moleklah Kalau Pusat, Kelantan Bina Lebuh Raya

SUARA JIWA                                                                                     

Kerajaan Kelantan menerusi Exconya, Hanifa Ahmad menjelaskan projek Lebuh Raya Rakyat (LRRK) dari Kota Bharu ke Kuala Krai sepanjang 73 km akan diteruskan sekiranya kerajaan Persekutuan enggan membina lebuh raya berkenaan.

Projek yang digagasan oleh bekas Exco kanan Husam Musa itu dilancarkan tahun lepas dan fasal pertama pembinannya di Kampung Sat Machnag sudah pun bermula yang dilakukan oleh bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Hanifa lebuh raya itu akan teruskan secara berperingkat-peringkat. Fasal kedua akan disambung sehingga ke Kampung Damar Kuala Krai. Penjelasan itu menunjukkan kerajaan Kelatan serius untuk membina lebih raya bagi kemudahan rakyat serta memenuhi janji yang dibuat sebelum pilihan raya. Tidak timbul kini kerajaan Kelantan memungkiri janji untuk membina lebuh raya berkenaan.

Hanifa juga menjelaskan sehingga ini kerajaan Kelantan berjaya mengumpul dana sebanyak RM2 juta dari orang ramai, di mana sasaran derma dari orang ramai sebanyak RM50 juga sebagai modal asas membayar konsultan dan sebagainya. Semua derma itu dimasukkan ke dalam akaun Baldan Toyyiban (Prasarana).

Dalam pada itu menurutnya kerajaan Persekutuan menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) juga bersetuju untuk membina lebuh raya dari Kota Bharu - Kuala Krai. Untuk tujuan ini Ecer telah pun mengeluarkan tander.

Jelas Hanifa lagi kerajaan persekutuan juga 'meminta' untuk membina keseluruhan lebuh raya berkenaan dan mahukan persetujuan kerajaan Kelantan. Satu mesyuarat akan diadakan di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri membincang perkara itu lebih lanjut.

Perkembangan berhubung lebuh raya itu nampak postif untuk rakyat Kelantan. Sekiranya kerajaan Persekutuan ikhlas untuk membina, tidak ada sebab untuk Kerajaan Kelantan membantan ataupun mengenakan apa-apa syarat yang mengagalkannya.

Bagaimana pun sekira tanggungjawab membina lebuh raya itu bertukar tangan kepada kerajaan Persekutuan atas semangat kerjasama kedua pihak Umno dan Pas, pihak kerajaan Persekutuan perlu mengihtiraf sumbangan derma orang ramai untuk permulaan pembinaan lebuh raya berkenaan.

Setidak-tidaknya ia boleh dikenang sepanjang zaman bahawa lebuh raya itu terbina adalah atas kesungguhan rakyat yang berkorban untuk mewujudkannnya. Satu monumen kecil sebagai mengenangkan derma dari orang ramai harus diwujudkan sebagai ingatan. [wm.kl.8:31 am 18/06/13]


1 comment:

  1. Semoga rancangan pembinaan Lebuhraya ini menjadi kenyataan...kepada Pusat jangan la terus jadikan Kelantan sebagai anak tiri

    ReplyDelete