Friday, August 23, 2013

Razali Seakan Bersiap Untuk Langgar Khairy

SPEKULASI                                                                                          

Walaupun beliau seorang Islam yang mempunyai tanggungjawab membela agamanya, namun kehadiran Naib Ketua Pemuda Razali Ibrahim di Istana Keadilan Putrajaya semalam untuk mendengar rayuan kerajaan berhubung kalimah Allah boleh menimbulkan tanda tanya lain.

Kalau tidak silap Razali adalah satu-satu pemimpin Pemuda yang hadir memberi sokongan bersama sekelompok yang lain. Maaflah bagi saya kehadiran timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ada motif dan maksud lain. Ia bukan saja menunjukkan pembelaan kepada agama tetapi ada kaitan dengan perkembangan politik terakhir ini.

Kehadirian itu bukan atas kehendak atau arahan sayap kanan Umno itu tetapi atas inisiatif Razali sendiri. Kalau ia atas arahan sudah tentu ribuan pemuda Umno akan berhimpunan di Purajaya semalam kerana kebanyakan pemuda Umno adalah beragama Islam?


Apabila hanya Razali yang muncul sudah tentu kehadiran Razali itu disambut baik, beliau dianggap sebagai pembela agama dan orang yang ada concern kepada agama. Tangapan itulah yang diingini oleh Razali. Kenapa? Jawabanya mudah saja Razali akan menjadi daya penarik dengan kehadiran itu. Semacam ada sesuatu yang disusun oleh tokoh pemuda dari Johor yang berwajah intlek itu.

Bagi saya, memerhati gelagat dan cara bergerak Razali semacam dia sedang membuat persiapan untuk mencabar kedudukan Khairy Jamaluddin bagi kerusi Ketua Pemuda Umno. Begitulah yang saya lihat dan kalau salah, maaflah.

Jadi kemunculan Razali dalam suasana sedemikian adalah sebagai kempen untuk perhimpunan agung Umno nanti. Seperti mana biasa pemimpin Umno disemua peringkat akan aktif, rajin dan menunjukkan concern mereka dalam apa-apa jua aspek yang boleh meraih sokongan.

Tidak menjadi masalah kalau Razali bersedia untuk mencabar kedudukan Khairy. Keluasan (liberalisasi) Khairy di dalam melihat sesuatu perkara mungkin menjadi faktor kenapa Razali harus mencabar menantu bekas PM itu supaya Umno tidak dilihat terlebih agresif sehingga menyusahkan Najib Razak untuk mentadbir negara.

Razali tidak perlu takut kepada kedudukan Khairy sebagai Menteri Belia dan Sukan yang mana dengan kedudukan Khairy dapat mengemaskan penyokongnya. Razali tidak perlu bimbang kerana beliau boleh menarik penyokong dua calon ketua pemuda sebelum ini, Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

Mukhriz dan Khir sudah tidak mencuba lagi kali ini, jadi penyokong kedua bekas calon itu boleh berhijrah kepada Razali dan juga melepaskan kemarahan kepada Khairy dengan menyokong Razali. [wm.kl.10:23 am 23/08/13]

No comments:

Post a Comment