Saya baru balik dari menonton filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures & Finas di sebuah pawagam di Kuala Lumpur. Sebenarnya saya bukan pun berhajat untuk menonton filem itu kerana saya memang tidak 'berahi' kepada filem.
Shuhaimi, lupa kejayaan besar Razak. |
Saya tidak boleh berada dalam keadaan hiruk pikut. Tetapi anihnya boleh pula hadir pada acara tunjuk-tunjuk perasaan atau majlis-majlis politik. Itu pun kalau majlis itu relevan dengan pemikiran saya. Tidak semua majlis politik atau demonstrasi yang saya ikut sama hadir.
Selepas makan tengah hari berlaukkan ikan kari di Sentul tengah hari tadi dengan seorang kawan, kami tidak ada arah hendak ke mana. Kebetulan kawan bercakap soal filem itu dan mengajak untuk menontonnya. Kebetulan saya baru melepaskan komentar mengenai filem itu di dalam blog berhubung kritikan Ahmad Shabery Chik terhadap Lim Guan Eng berkenaan filem itu. Saya membuat komen tanpa menontonnya. Jadi kebetulan itulah yang membawa saya menonton filem berkenaan.
Peluang itu saya tidak tolak dan terus ke pewagam. Rupa-rupa filem yang kontroversi ini baru masuk panggung mulai hari ini menerusi slot wajib tayang. Saya tidak tahu pun. Kerana lewat setengah jam kami memilih untuk tenguk show pukul 4:00 petang. Saya tidak pasti untuk show sebelum itu berapa ramai yang menontonya?
Panggung agak besar juga. Dalam perkiraan saya dapat memuat sekitar 120 hingga 180 atau lebih. Mulanya saya tidak fikir ada panggung seindah itu di pusat membeli belah tersebut. Saya mengira orang sudah memenuhi setiap bangku yang ada sewaktu saya melangkah ke pintu untuk masuk. Apabila menjenguk ia mengejutkan saya. Penonton yang ada hanya 27 orang sahaja, 13 lelaki 14 perempuan. Saya bilang sampai dua kali untuk mengelakkan tersalah hitung. Tepat.
Film itu berduration (tempoh) kira-kira selama dua jam. Bagus juga panggung tidak penuh kerana saya dapat menonton dan menghayati filem itu dengan tenang. Keadaan begitu menjadi kesukaan saya. Apa yang hendak saya perhatikan dimanakah 'butir buahnya' menjadikan filem itu kontroversi dan tidak disenangi oleh pemimpin DAP. Saya cuba menilainya apakah ia wajar atau tidak, apa dipertikaikan itu.
Babak yang kurang disenangi DAP ialah mengenai aksi kencing di tiang bendera di hadapan rumah Allahyarham Harun Idris di Kampung Baru oleh orang Cina semasa rusuhan 13 Mei. Kalau tidak salah pandangan saya ada dua orang lelaki yang memacut (pacar) kencing di tiang bendera itu. Airnya laju macam air dalam kendi sahaja. Yang kencing itu sudah tentu tidak berpenyakit dedas atau batu karang kerana laju sahaja airnya.
Tidak ada Cina perempuan yang ikut kencing. Kalau ada pun mungkin tidak difilemkan kerana boleh menjatuh martabat wanita. Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menjaga maruah wanita. Mungkin dalam peristiwa sebenarnya ada juga wanita yang ikut sama kencing? Bagaimana keadaanya tidak terfikir oleh saya. Kalau ada wanita kencing dan ia tidak dimasukkan dalam episod ini sesuatu kelemahan Suhaimi saya kira. Dia telah memadamkan sejarah?
Satu lagi babak yang mungkin tidak disenangi DAP ialah kejadian orang Cina melondeh seluar dan menungging punggung kepada orang Melayu (mahasiswa) perempuan kalau tidak salah saya. Perbuatan ini menggambarkan buruknya laku orang Cina. Selain itu juga mungkin mengenai dialog orang Cina yang berarak menunjukkan perasaan yang melaung; Melayu balik kampunglah. Semua aksi ini tidak mendomankan secara langsung kepada DAP, jadi kenapa DAP terasa?
Lain-lain aksi saya tidak nampak ia boleh menimbulkan rasa malu dan marah orang Cina khasnya DAP. Aksi-aksi kesadisan komunis misalnya yang menembak bekas Ketua Polis Negara Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Perak Khoo Chong Kong rasanya tidak menimbulkan rasa marah atau perlu dimarahi. Kesadisan itu adalah apa yang sebenar berlaku semasa itu dan satu sejarah.
Begitu juga dengan pemaparan poster DAP dan PPP sebagai backdrop di dalam filem itu yang memberi gambaran parti itu berseronok dengan kemenangan pada pilihan raya umum 1969 menyebabkan meletusnya tragedi itu, bukan hal yang patut dipedulikan oleh DAP. Mungkin gambar Roket itulah yang dirasakan DAP filem itu membuat provokasi agar orang membenci DAP. Tetapi harus diingat juga dalam pemaparan itu ditunjuk juga simbol Bulan dan Bintang yang menjadi simbol Pas ketika itu.
Dalam hemat saya DAP atau mana-mana pihak di sebelah oposisi tidak perlu melayan filem berkenaan. Tidak perlu sekat atau protes. Biarlah ia ditayang dan ditonton. Kalau pun ia provokasi tetapi dari sudut seni dan filem saya rasa ianya tidak meninggal impak psikologi besar kepada penontonnya. Penonton akan marah hanya semasa berada di dalam panggung sewaktu melihat aksi tunjuk perasaan dan pertempuran di antara orang Cina dan Melayu, tetapi selepas itu mereka akan lupa. Sebaik kaki melangkah ke luar panggung mereka akan alpa segalanya kerana tidak ada apa yang impak psikologis untuk dibawa balik.
Kelemahan filem arahan Suhaimi Baba ini ialah untuk terus membawa perasaan orang marah dan murih kepada Cina selepas melihat tragedi itu 13 Mei itu. Ini kerana kemarahan itu akan disapu oleh episod atau detik-detik kematian Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Razak Hussein yang agak panjang dan mendominasi babak filem ini. Berlebih-lebih menggambarkan penderitaan mereka berdua menyebabkan penonton terlupa kemarahan mereka kepada peristiwa 13 Mei dan komunis.
Bukan itu saja penonton yang celik dan tahu sejarah akan melihat mesej yang hendak disampaikan Shuhaimi bagi menimbulkan kebencian kepada Cina (DAP?) tertinggal begitu saja. Shuhaimi gagal meninggalkan bekas dendam dan benci kepada penonton. Ini kerana mereka yang menontoh adalah generasi muda yang sudah pun menilai kisah-kisah di sebalik tragedi 13 Mei itu yang sebelum ini dipolemikkan dan timbul pro dan kontra.
Lagipun kepada saya kisah 13 Mei untuk meninggalan kesan negatif kepada DAP itu hanya sampingan sahaja. Ia menjadi pembuka kepada kisah persahabatan Tun Razak dan Dr Ismail yang bersahabat baik dan kedua-duanya sakit. Tampak matlamat Shuhaimi ialah ingin mengongsikan ketabahan Tun Razak dan Dr Ismail serta setiakawan mereka dalam membina negara bagi dijadikan teladan.
Insiden kematian kedua mereka, khasnya Tun Razak diangkat sebegitu rupa. Tun Razak digambarkan bergelepar di atas katil kerana menahan kesakitan (lukimia) manakala Dr Ismail jatuh kerana heart attack. Bagi saya Shuhaimi tidak perlu melukisan kesakitan Tun Razak begitu rupa walaupun ia bertujuan untuk menarik simpati. Simpati cukup dengan menampilkan sikap keperihatinan Tun Razak dan kerahamannya dengan rakyat seperti lawatan mengejut ke sekolah ataupun ketika berjumpa dengan rakyat (pelajar) Malaysia semasa di London seperti mana yang ditonjolkan itu.
Jika filem ini bertujuan menarik perhatian orang Melayu agar mengukuhkan kedudukan kuasa mereka, Shuhaimi telah meninggal peristiwa penting bagi saya yang tak sepatut dilupai iaitu usaha Tun Razak mengajak Pas untuk bergabung dalam Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei. Kejayaan Tun Razak mempelawa Pas (memujuk Asri Muda) ini penting. Bukankah semasa Pas dalam BN telah mewujudkan keadaan harmoni kepada politik orang Melayu. Periode itulah politik orang Melayu berada dipuncak damai.
Sepatutnya Shuhaimi menampilkan episod ini memberi mesej bahawa jika ada usaha dan teknik yang baik orang Melayu Pas dan Umno boleh bersatu dan jadikan peristiwa itu sebagai bukti dan iktibarnya. Sayang peristiwa yang cukup memberi signifiken dan juga kejayaan besar Tun Razak dalam membawa orang Melayu di satu saf ini kemudian dikhianati oleh Mahathir Mohamed menerusi Hussein Onn tidak dinukilkan.
Kesimpulan bagi saya filem ini merupakan sebuah dokumentari mengenai kegigihan Tun Razak dan penderitaanya menahan kesakitan. Filem ini jauh sekali mempunyai unsur dramatik kerana peristiwa sehingga meletus 13 Mei itu adalah kisah yang sedia ada dan bukan percaturan idea drmatik bagi seorang pengarah filem. Filem adalah kombinasi dua elemen penting fakta dan daya kreatifviti penggarap plot, mencipta konflit, dramatik selain teknik-teknik atau impak audio-visual lain.
Selepas menonton filem ini saya tidak merasa apa-apa kecuali memperlihatkan ketidak-seriusan pengusaha industeri filem kita dalam membikin filem. [wm.kl.9:17 pm 29/08/13]
Pada orang-orang seni filem ini mungkin boleh memahami seni sisinya tapi bagi rakyat umum dan ramai dan buta seni terutama generasi muda yang hanya ketahui melalui cerita mereka tidak dapat terima bagaimana hinanya bangsa jika melihat keadaan yang hanya direka melalui bayangan ingatan dari seorang pengarah yang hanya berkarya dengan ilusi fikiran dan bukannya dari kejadian sebenar.Apakah pengarah ini berada dalam tempat kejadian bila mana semua adegan lakonan terjadi itu dilakonkan ?.
ReplyDeleteSalam tuan MSO,
ReplyDeleteSaya belum berpeluang menonton filem tersebut... cuma sedikit pembetulan, KPN yg mati ditembak ialah Tan Sri IGP Abdul Rahman Hashim dan KP Perak yg mati ditembak ialah Dato Seri Khoo Chong Kong...