Wednesday, September 11, 2013

Ahmad Yakub Harus Lebih Berani dan Berkeyakinan

ULASAN                                                                                                 

Hari ini Dun Kelantan mengadakan sidang khas untuk mengutuk rampasan kuasa di Mesir oleh tentera terhadap kerajaan pimpinan Dr Mohamad Mursi. Sidang ini adalah keprihatinan kerajaan Pas Kelantan dalam membela kebenaran dan menentang kemungkaran. Kerajaan Kelantan nampak begitu obses mengenai hal-hal sebegini dan ia lebih berani berbanding dengan Perlimen Malaysia sendiri.

Zawawi jadi pertikaian?
Walaupun pernyataan kutukan itu hanya sebuah usul, tetapi sejarah akan merekodkan Dun Kelantan adalah dewan yang mengambil berat soal hubungan kemanusiaan sejagat. Tuhan akan membaca sejarah itu. Dan jika ada soalan di kubur nanti (jika adalah), "apa yang kamu lakukan (bantu) ke atas saudara mu di Mesir dan Syariah", hansard Dun itu adalah evidencenya.

Usaha atau pun reaksi sebegitu patut diberi pujian kepada Ahmad Yakub yang kini menerajui Kelantan sebagai kesenimbungan pimpinan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sewajarnya sesuatu yang baik disambungkan. Manakala yang lemah perlu diperkemaskan agar kerajaan Kelantan jadi sebuah kerajaan yang lebih mantap, kemas, hebat dan berjaya serta diredhai.

Dari masa ke semasa pembaikian untuk menambahkan kualiti kepada kerajaan Kelantan perlu diadakan oleh Ahmad Yakub dan barisan Exconya. Ahmad perlu menjadi lebih berani dan kompetan serta mempunyai self confident yang tinggi. Selepas 100 hari mengangkat sumpah sebagai MB orang sedang memberi perhatian jitu kepadanya. Orang akan mulai menilai  dari segenap aspek; perancangan pembangunan dan juga ketelusan serta gaya pentadbirannya.

Ahmad sudah mengemukakan beberapa garis kasar plan tindakan atau blue print pembangunan jangka pendek dan jangka serdahannya. Misalnya untuk mewujudkan 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat, meneruskan pembinaan lebuh raya rakyat sepanjang 68 km, serta meletakkan kakitangan kerajaan dalam keadaan kondusif dengan persekitraan berkerja bagi meningkat produktivi dan kualiti. Ada beberapa lagi akan diumumkan. Dari segi pelaburan kerajaan Kelantan akan melangkah ke luar negeri mengadakan tawaran pelaburan kepada negera-negara Arab dan Timur Tengah tidak lama lagi.

Menyebut tawaran pelaburan kepada Arab ini jangan pula nanti dibawa projek pertanian, ternakan unta 'nggoh' tiga ke Kelantan. Fikirkan dahulu apakah projek itu vaible atau tidak. Apa-apa projek yang hendak ditawar biarlah sesuai dan munasabah dengan keupayaan kita. Dalam hal ini mungkin Kelantan boleh menawarkan projek mengindustrikan pendidikan di Kelantan. Buka pelaburan kepada hartawan Arab agar menubuhkan institusi pengajian tinggi di Kelantan, wujudkan kampus berkembar dengan universiti terkemuka di negara-negara berkenaan.

Pentadbiran yang telus

Apabila bercakap mengenai pentadiran Kelantan, seperkara lagi yang hendak diperkatakan di sini ialah mengenai ketelusan kerajaan dan Ahmad dalam menyusun semula perjalanan syarikat-syarikat kerajaan (GLC) agar ia ia lebih mampan dan berdaya maju. Dalam hubungan ini perlu Ahmad Yakub sebagai Eksekutif kerajaan memantau sebaik mungkin. Apa disebut dan dinyatakan oleh bekas MB Nik Abul Aziz, bahawa Kelantan telus dalam pemberian tander, hendaknya begitu juga dalam penyusunan GLC mengenai perlantikan dan pengisian jawatan-jaatan penting dalam GLC dan anak-anak syarikatnya.

Khabarnya penyusuanan secara berperingkat sedang dilakukan terutama dalam menempatkan pegawai atau pengurus-pengurus baru. Ada pengurus yang telah dibuang atau tidak disambung kontreks kerana alasan-alasan tertentu. Baguslah, kalau driver 'lola' atau pun malas dan tidur perlu dibuang untuk memastikan kenderaan berjalan lancar. Tindakan pembuangan tidak salah asalkan bersabab kemas.

Tetapi pastikan tindakan itu dibuat dengan adil dan bukan berdasarkan merit kroni atau pun puak. Dalam hubungan ketelusan dan kemunasabahan. Tumpuan utama harus diberikan kepada dua GLC induk yang menjadi penjana kewangan Kelantan dan ikon kerajaan, iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Dua institusi ini sangat penting dalam mana-mana kerajaan negeri. Apa lagi Kelantan yang merupakan negeri pembangkang. Di dalam mana-mana negeri kemajuan dan penjanaan wang bergantung kepada institusi bertaraf korporat ini. Kalau badan ini lemah, maka akan lemahlah energi kewangan negeri. Justeru wajar kalau penelitian mendalam terhadap badan ini difokuskan. MB harus berani atau pun mempunyai keyakinan sendiri dalam melantik dan mengisi peneraju di badan ini dengan mengambil pandangan dari luar dan bukan 'nggeh' kepada cadangan Dewan Harian Pas semata-mata. Setiap pengisi hendak dilihat dari aspek yang rasional dan profesional.

Waktu ini katanya sudah timbul suasana kurang enak di PKINK. Ada sesuatu yang dilihat canggung dan melanggar adat sedang berlaku di PKINIK. Ada tangan-tangan ghaib katanya sedang menyusun organisasi berkenaan mengikut kehendak nalurinya sendiri dan bukan untuk kepentinga negeri. Apa yang berlaku di PKINK dalam soal pengisian jawatan, ia tidak seperti mana dibayangkan Tokguru Nik Aziz kononnya Kelantan mengamalkan sikap telus atau pun memberi keutamaan kepada yang berhak tanpa mementingkan sentimen puak dan self intrest.

Maaflah, misalnya perlantikan Dr Wan Zawawi Wan Ismail sebagai Pengurusan Manusia (HR) menjadi persoalan secara senyap kini. Soksek-soksek sudah kedengaran di mana-mana sudut di pejabat PKINK. Zawawi adalah calon yang kalah dalam pilihan raya lalu atas tikit PKR di parlimen Machang. Selepas kalah tidak sampai dua bulan beliau dilantik mengisi kekosongan jawatan berkenaan di PKINK. Mungkin sudah ada perjanjian belakang dengan Zawawi sebelum beliau sanggup menjadi calon, sekiranya kalah beliau akan diberi tempat. Itu wajar kerana kapasitinya bertanding bukan melaksanakan amanah part tetapi ditawar. Tetapi ada yang soal macam mana dengan calon-calon lain yang kalah tetapi tidak dilayan seadil Wan Zawawi? Apa istimewanya Zawawi?

Itu pun tidak menjadi masalah dan boleh dipejam mata untuk menerima Zawawi. Dia juga berkelulusan tinggi hingga Phd ada kebolehan yang istimewa. Tetapi perkhabaran bekas pensyarah dan pentadbiran di Aminuddin Baki itu akan dilantik untuk memegang jawatan Timbalan Pengurus yang akan bertanggjawab kepada anak-anak syarikat selaku CEO adalah tidak munasabah. Jawatan itu penting dan memerlukan seorang yang berpengalaman di dalam bidang korporat. Zawawi tidak pernah mempunyai pengalaman dan track record didalam hal ini. Itu yang menjadi persoalan.

Ada yang terkedu kenaikan pangkat Zawawi itu terlalu laju, tidak sampai tiga bulan. Beliau juga dicemburui pegawai-pegawai lain dalam PNINK yang sudah lama bergelumang di situ. Kamasukan Zawawi dianggap sebagai kemasukan pintu belakang dan tindakan menaikkan beliau ke jawatan timbalan pengurus sebagai tidak adil.

Sejauh mana kebenaran perkembangan ini wujud tidak dapat dipastikan. Tetapi kalau ia benar, ia adalah sesuatu hal yang malang. MB tidak sepatutnya membiarkan keadaan ini dan pembetulan harus dilakukan segera. Pergolakan di dalam badan korporat negeri ini harus dielakkan. Ahmad harus faham peranan PKINK dan pengaruhnya terhadap pembangunan negeri. Beliau tidak boleh menyerahkan urusan melibatkan PKINK ini kepada pihak lain seperti indivdu di dalam Dewan Harian Pas. Sudah dikatakan, kalau Ahmad tidak ada ilmu di dalam hal ini beliau harus bertanya khabar kepada pihak-pihak lain akan kesesuaian dengan perubahan yang dilakukan itu.

Tidak ada guna menjadi MB kalau setakat mengangguk dan mengiya semua keputusan yang telah disusun dan diaturkan. Ahmad Yakub perlu menyocok ideanya sendiri termasuk dalam mengenal pasti para pegawai yang akan menggerakkan kerajaanya. Kalau beliau merasa naif dan dhaif elok beliau berundur sahaja kerana kalau beliau tidak bersedia bersikap tegas akhirnya ia akan menyusahkan dirinya juga.

Husam dan Ariffahami

Husam perlu adil.
Terlanjur bercakap soal pengisian jawatan dalam GLC, sudah sampai masanya kerajaan memberi suntikan baru kepada GLC dengan melantik pengurus-pengurus hatta ketua pengurus muda yang mana ideanya masih fresh. Yang mempunyai pandangan global dan tidak tertilik kepada soal-soal modal konvensional seperti balak, tanah, atau pun terbaru biji besi sahaja. Kalau bakat-bakat atau ahli ekonomi, kewangan (teknokrat muda) tidak ada di Kelantan mereka boleh dambil dari luar. Jangan soal sangat kepada ideologi politik mereka, atau mengukur setebal mana keimanan mereka dalam parti dan sebanyak mana poster bulan yang mereka tampalkan. Yang penting mereka boleh bekerja dan memberi sumbangan berbanding dengan yang ada. Jangan takut membayar mereka berlipat ganda janji mereka dapat memberi pulangan setimpal. Kelantan juga memerlukan transformasi atau islah.

Sebenarnya masih ada orang muda di Kelantan untuk ditempatkan dalam jawatan-jawatan penting dalam GLC, cuma mereka tidak bersuara atau terliur kerana takut kepada birokrasi politik. Menyebut ini teringat saya kepada bekas CEO, PMBK, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman. Kenapa anak muda lagak bertanjak ini dilupakan? Beliau pernah memimpin PMBK tidak lama dahulu dan telah menyuntik idea bernas. Malanya terpaksa berhenti kerana didakwa terlibat dengan rasuah yang dikatakan sengaja direka untuk menyingkirkan beliau dari kerusi itu.

SPRM sudah pun menjelas dan mensucikan Ariffahmi yang tidak terlibat dengan rasuah. Bukankah adil kalau beliau dikembali kepada jawatannya semula atau pun kerajaan memberi peranan untuk beliau sama-sama menyumbang kepada kerajaan Kelantan. Adalah tidak bijak kalau kerajaan melupakan saja tenaga manusia Ariffahmi ini kerana ia merugikan.

Ada juga kedengaran kata-kata sumbang kerajaan tidak boleh mengambil Ariffahmi kerana dia menjadi liabiliti kepada kerajaan Kelantan disebabkan sejarah masa lalu itu. Kita mahu tanya liabiliti apa? Apakah kerana beliau pernah disiasat oleh SPRM itu, iu liabiliti? Apabila SPRM sudah menjelaskan statusnya, terimalah tanpa prejudis. Tanggapan SPRM sengaja tidak mahu mengambil tindakan kerana menghormati Tokguru adalah dongengan di langit gelap sahaja.

Ada 'kulihanya' juga walaupun tidak benar mengenai sikap kerajaan tidak menawarkan atau sedia mengembalikan Ariffahmi ditempatnya kerana bimbang ia menjadi liabliti. Tetapi apa hal pula dengan tindakan kerajaan tidak melantik Husam Musa sebagai Exco serta melucutkan semua jawatan yang beliau pegang dalam GLC semasa jadi Exco dahulu? Apakah tindakan itu dianggap baik dan tidak menimbulkan liabliti kepada parti?

Kita sedikit konfius atas keputusan ini. Dalam kes Ariffahmi kerajaan amat berhati-hati dan berpandangan jauh tetapi dalam kes Husam kerajaan seakan melupai risiko bakal menjelma. Apakah ianya berbeza, Ariffahami dari segi pentabdiran manakala Husam dari segi politik? Bukankah pentadbiran dan politik memelukan semangat dan roh integriti yang sama? Maka berilah keadilan dan hak kepada kedua insan ini.

Sekali lagi diharap Ustaz Ahmad Yakub melihat perkara ini degan penuh adil, berani, cekap dan sedia membuat keputusan dari wisdomnya sebagai MB dan jangan hanya mengendorse keputusan-keputusan atau moke-up yang sudah dibuat dari luar. Beliau juga tidak perlu takut kepada tekanan dari pihak yang dirasakan tidak setuju dengan keputusannya kerana beliau berhak. Beliau patut menggunakan kuasa prerogatinya sebagai Menteri Besar dengan sepenuhnya. Utaz Mat kena kenal diri. [wm.kl.1:34 pm 11/09/13]

No comments:

Post a Comment