Friday, September 13, 2013

Anwar Akan Jawab Mahathir

SELANGA BAHASA                                                                             

Mahathir Mohamad tidak habis-habis untuk mengenakan dan mengaitkan sesuatu yang buruk ke atas Anwar Ibrahim. Biarpun perkara itu jelas dalam bidang kuasanya atau dia tahu benar mengenai sesuatu beliau tetap mengenakan Anwar secara selamba.

Terbaru mengenai projek IC di Sabah. Mahathir sedang disiasat oleh RCI berhubung perkara itu. Menjelaskan kepada wartawan selepas beliau disoal siasat dalam siasatan itu Mahathir selamba mengatakan kenapa Anwar tidak hentikan projek itu.

Kata-kata Mahathir memberi konotasi yang Anwar juga tahu dan terlibat.

Beliau beranggapan kalau semasa dia memerintah yang melaksanakan agenda itu seharusnya Anwar sebagai timbalannya menghenti rancangan itu.

Begitulah Mahathir cara dengan mengelak dan menyangkutkan najis kepada orang lain, terutamanya Anwar. Cara Mahathir yang tidak pernah berhenti mengena Anwar samalah dan tidak ubah janji iblis yang pernah memohon kepada Tuhan untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat.

Anwar akan menjawab tanggapan selamba ke Mahathir ke atasnya itu semasa disoal siasat dalam RCI nanti.   [wm.kl.1:54 pm 13/09/13]

2 comments:

  1. Kalau Ya pun Anwar menghalang, adakah Mahathir akan mematuhinya?
    Bukankah Mahathir lebih berkuasa pada waktu itu dan lihat apa jadi pada Anwar apabila Anwar tidak bersependapat dengan Mahathir sehingga Anwar di pecat pada 1998.

    Mahathir oh Mahathir... apabila disoal oleh Malaikat nanti, apakah kita boleh berhelah lagi???

    ReplyDelete
  2. Inilah cara diktator tua untuk selamatkan diri dari disabitkan dengan pemberian IC kepada pendatang filipina di Sabah! Memang benarlah bagai dikata...kalau memang keturunan auta keling, maka akan diautanya semua dakwaan dan fakta! Amat memalukan bagaimana seorang Tun, boleh meletakkan perbuatan salah dan kelemahanya sebagai PM kepada TPM? Betulkah ini seorang negarawan atau penakut yang sedang diburu dosa silam?

    ReplyDelete