Saturday, September 14, 2013

Ingat Tempoh Untuk Pas Berpecah Sudah Pun Tiba

ULASAN PETANG                                                                                

Ketua Dewan Urusan Ulamak Pas Harun Taib (foto) membuat cadangan supaya Pas mengkaji semula kerjasama (tahaaluf syiasi) dengan PKR. Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang berlangsung sehari suntuk di Kedah hari ini.

Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahaaluf syiasi itu boleh melemahkan Pas. Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara spesifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap Pas berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas. Tentunya andaian ini silap sebab tahaaluf syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat anjing berjimak (lama).

Pandangan Harun ini adalah subjek yang akan menggemakan muktamar Pas yang akan berlangsung di Shah Alam pada November depan. Sudah tentu muktamar akan datang akan memberi fokus kepada cadangan itu dan ia akan menjadi agenda utama muktamar. Apabila Harun melontarkan isu itu, ia menjadi isyarat kepada ahli-ahli Pas terutamanya golongan merasakan diri mereka 'ustaz, hafiz atau mendapat pendidikan Timur Tengah dan lebih bangsa 'Melayu' akan membahas perkara berkenaan.

Apa yang dapat dibayangkan di sini, sekiranya agenda itu dibahas dan diterima sudah tentu Pas akan mempamirkan satu langkah baru yang lama dan sekaligus Pas akan menunjukkan ia dikuasai oleh 'pedagang-pedagang' politik Islam. Kemungkinan yang boleh disuluh di sini Pas akan mencari rakan politik baru dalam projek 'tahaaluf syiasinya' untuk masa depan bagi meletakkan Pas sebagai sebuah parti dominan seperti diharap Harun. Bolehkah Pas menjadi dominan dengan pendekatannya tanpa menuruti 'sungai peralihan' kerana politik itu sendiri bersifat pragmatik?

Mungkin di sini Pas akan berpaling tadah bekerjasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan Melayu dan Islam. Tetapi selalu yang disoalkan, apakah Umno akan bersikap jujur dan ikhlas dengan Pas? Dan sejauh manakah Pas menyakini Umno memperjuangkan Islam dan Melayu sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak dasar perlembagaan Pas.

Cadangan untuk mendekati Umno ini tidak menghairankan kerana agenda Unity Gorvenment masih berjalan tetapi dengan sedikit perubahan dan bertukar pemainnya. Kalau dahulu ia dimainkan oleh bekas timbalan presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa yang lain, tetapi kini ada watak lain yang mengambil alih baton kerajaan perpaduan itu dengan melarikannya dalam kabus.

Sekiranya muktamar menerima cadangan itu; Pas memutuskan kerjasama dengan PKR khasnya Anwar Ibrahim sedikit sebanyak ia akan menjejaskan Pas dari segi kepercayaan umum. Orang akan melihat Pas tidak konsisten didalam akidah politiknya (kerjasama) atau berbuat sesuatu tanpa berfikir. Golongan muda profesional tentu akan tergencat menyebabkan mereka menarik diri dari Pas.

Pemansuhan kerjasama itu juga boleh menyebabkan orang Cina konfius dengan Pas dan hilang kepercayaan. Kerusi-kerusi bandar yang dimenangi Pas atas sokongan pengundi Cina akan hilang. Implikasi ini kena diterima, sumbangan orang Cina juga dalam hubungan kerjasama ini tidak banyak, sikit menguntungkan Pas.

Secara umumnya cadangan Harun agar dikaji semula kerjasama itu tidak boleh dikesampingkan begitu saja dengan syarat ia dibuat secara menyeluruh. Kajian itu bukan saja melihat kelemahan atau pun kenegatifan Pas dengan kerjasama itu sahaja, sebaliknya kaji juga mengenai kesan positifnya seperti salah satu dinyatakan di atas tadi.

Kalau hendak buat kajian jangan melihat cemarnya PKR sahaja, tetapi kena juga lihat kelemahan Pas itu sendiri serta kesalahan-kesalahan dilakukan Pas disepanjang tahalul syiasi itu sendiri. Sebab Pas juga parti yang tidak sesuci namanya dari segi amalinya. Bila ditengok memang Pas menjadi terlalu toleransi dan anjal dalam aspek-aspek yang perlu dipetegakkan, misalnya mengenai soal agama dan bangsa, tetapi siapa yang salah. Apakah PKR yang menekan Pas agar bersikap begitu atau siapa?

Misalnya dalam layanan liberalisasi keagamaan Pas menjadi tersangat baik dan terbuka sampai Presiden dan Mursyidul Am sendiri sanggup masuk ke gereja demi menarik perhatian dan simpatis politik? Apakah pemergian presiden dan mursyidul am itu atas paksaan PKR atau Anwar? Jawabnya tidak. Ia adalah kehendak dan ijtihad mereka sendiri. Jadi dalam hal ini PKR atau DAP tidak boleh disalahkan atas toleransi keterlaluan itu sehingga menyebabkan Pas rugi melainkan kesalahan Pas sendiri juga.

Bagaimana pun, cadangan Harun itu juga dilihat bakal menjadi polemik baru didalam Pas. Cadangan itu sudah tentu akan bertentangan dengan pandangan (pola fikrah politik) Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Nik Aziz yang melihat tahalus syiasi dengan PKR itu memberi ruang baru kepada Pas sendiri untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Perwujudan Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) Pas sedikit sebanyak ia bertolak dari roh tahalu syiasi. Sebelum mengkaji kebehasilan tahalus syiasi itu kaji dulu apakah untung dan rugi DHPP Pas itu.

Boleh jadi juga isu itu akan digunakan untuk muktamar November nanti bagi menyingkir mereka yang tidak sebulu dan sepasukan dengan mereka, iaini golongan merasakan mereka alim ulamak. Golongan profesional yang selama ini membawa anjakan baru dalam politik Pas; mempolitikan ulamak dan mengulamakkan politik, telah membawa perubahan besar kepada pentadbiran dan sistem politik Pas serta memecahkan 'bongol-bongol' pejal dalam rangka kepelbagaian citarasa politik berversiasi negara ini.

Seharus dikaji dengan mendalam dan panjang lebar. Penolakan kerjasama dengan PKR itu sudah tentu ia akan membawa kepada penolakan kerjasama dengan DAP juga dan menolak kerjasama dengan mereka yang benci kepada lapok UBN. Penerimaan itu nanti menyebabkan orang ramai khasnya generasi baru merasakan Pas mundur ke belakang semula. Pandangan itulah yang dimahui Umno bagi melihat Pakatan Rakyat yang kini menguasai suara majoriti menjadi lemah 'kumbali'. Umno sedang berdoa siang dan malam dengan mendupakan asap kemenyen Islam dan bangsa bagi mempengaruhi Pas.

Apakah langkah dewan ulamak yang ingin membawa Pas kembali ke belakang dalam tribulasi ini kerana mereka sudah termakan cacing dalam mee Umno? Nauzubilah. Paling menakut dan membimbangkan gara-gara cadangan Harun Taib dan begitu ghairahnya golongan merasakan mereka alim itu menyebabkan Pas akan berpecah dua.

Peristiwa yang berlaku penghujung 1982 menyebabkan Mohd Asri Muda dan rakan-rakan meninggalkan Pas kemudian menubuhkan Hamim tahun 1986 disebabkan diperlakukan demikian rupa dan kejinya, perlulah disedari dan diambil iktibar. Tempoh untuk Pas berpecah juga sebenarnya sudah sampai selepas, iaini Pas tenang selama 30 tahun. Perhatilah Pas sudah tidak berpecah dan kalut sesudah 30 tahun setelah kekalutan terakhirnya 1982. [wm.kl.3:35 pm 14/09/13]

19 comments:

  1. Ketua Dewan Ulama yang menimbulkan isu ini telah menjalankan agenda UMNO untuk merosakkan PR. Sudah tiba masa untuk dicarikan ketua Dewan Ulama yang lebih berotak bagi memastikan PAS terus relevan.
    Barisan kepimpinan Dewan Ulamak sekarang sangat tidak pro-aktif, lesu, lembab atau lena tidur kerana tidak memberikan sebarang komen/teguran/cadangan terhadap segala isu-isu negara yang timbul. Sebagai contoh, dalam isu kenyataan Fatul Bari berkenaan takdir Allah dalam kenaikan harga barang/minyak, pihak PAS khususnya Dewan Ulamak tidak memberikan sebarang komen/sanggahan berkaitan kenyataan tersebut..jadi INIKALILAH kepimpinan Dewan tersebut perlu ditukar.

    ReplyDelete
  2. Tuan MSO,
    Banyak kali pandangan anda tergelincir drpd arus bawah politik tanahair. Anda gagal membaca kehendak tahalluf siyasi PAS untuk bekerjasama dgn DAP sahaja dlm PRU14 nanti. Saya amat simpati atas otak kecil anda...
    >Ketua DPP Dungun

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan MSO,

    Pertama skali bila membaca artikel ini hati terasa sgt marah dgn kenyataan seperti ini...adakah Datun Harun Taib ini nk jadi spt Mat Jenin atau Pak Pandir? Adakah terlalu fikir hebatnya diri smpai kenyataan spt ini dikeluarkan? Atau mengira PAS itu hanya hebat dgn bilangan ahli atau perwakilan sahaja? Atau tidak mengira selain ahlinya ada lg yg menyokong perjuangan? Kalo jawapannya YA, maka hormat sy pd PAS hanya tggl pada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat...selepas dr beliau PAS akan tggl kelongsong sahaja...

    ReplyDelete
  4. lontar untuk kajian

    salah kah ......

    ReplyDelete
  5. Hati kita perlu terbuka menerima pendapat sebab bukan semua pendapat itu kena dengan angin kita.

    ReplyDelete
  6. Saya dah kenal dgn PAS sejak 70an, masak sgt dgn cara dan perangainya, arwah MANTAN President PAS adalah pensyarah saya diUTM..KL. Dalam masa yg sama saya kenal DSAI dan MM(Xperlu dipanggilkan TUN). Sejak mula boleh mengundi, saya teruskan pilihkan utk PAS, kerana kesian dibandingkan umno, masa tu PKR lom ada. Macam itulah, setiap PRU, PAS seolah x berubah langsung, menjerit sahaja dipentas2 nya yg dimonopoli oleh ustaz2 aje ( dihati selalu berfikir, mcm mana cara ini mereka nak menang PRU dan dpt mencorakkan negara). Bila PKR dibawah DSAI, sebagai professional, baru nampak umno jumpa bukuruasnya wpun lom brapa kuat genggam nya. Pada pandangan saya, cara PKR seumpama membajakkan tanah politik Malaysia, sedangkan selama ini PAS hanya mencangkulkannya, lom sempat nak dapatkan hasilnya, lalang rumput yg lebih cepat tumbuh semula...bila PKR membajakkan, ada pimpinan PAS ambikkan peluang tanam2 secepat2nya yg sepatutnya PKR yg ditanamkan...itulah senario sebenarnya, kampung2 dan felda yg majoriti Melayu, PAS memagarkan mcm dominan dsitu, sedangkan selama ini telah disitu tanpa kawan PKR,..tp masih gagal . Bila nampak org2 kampung dan felda mula tertarik kpd PKR, PAS yg menghalangkan sebenarnya..PAS lebih rela terus kalah asalkan `kawan`nya xkan menang. Pada saya jika PAS terima usul Dtk Harun Taib supaya melepaskan PKR sebagai kwn, biarkan PAS dan UMNO sama2 tenggelamkan oleh org2 Melayu nanti.

    ReplyDelete
  7. Ingatlah wahai mereka yang memegang status ulamak dalam PAS samada di peringkat pusat, negeri atau bahagian bahawa PAS tidak akan diminati oleh rakyat bila bersandarkan kepada para ulamak. Ingat meninggirkan mereka yang bukan ulamak yang berada dalam PAS pastinya akan mengkuburkan PAS dan perceraian PAS dari PR akan membawa duduk sebumbung dengan UMNO kerana PAS tidak boleh hidup sendirian dalam politik Malaysia. Jika ini terjadi, PAS akan jadi budak suruhan UMNO serta akan lesu serta layu dalam PRU 14. Adakah para Ulamak PAS tidak terfikir bagaimana Rasulullah saw melantik para panglima perang. Kenapa Rasulullah saw tidak melantik Syadina Abu Bakar sebagai panglima perang sewaktu baginda saw hidup. Ingat Islam memerlukan keseimbangan dunia dan akhirat, oleh itu PAS juga memerlukan kesimbangan ini. Jangan terlalu sombong dan angkuh serta menghina sahabat yang ada. Akhir kata PAS tidak mampu berlari sendirian dan PAS perlukan teman untuk lari bersama.

    ReplyDelete
  8. Sy kira golongan ahli PAS di Terengganu mempunyai gerak kerja dan rencana yg begitu hebat sehinggakan Presiden Pas dr Tganu dan juga golongan C20nya serta ahli DPPnya begitu terpisah dari realiti politik di Malaysia...tahniah diucapkan...

    ReplyDelete
  9. dah tiba masanya dato harun taib resign,baik jaga cucu2 kat rumah.ini bukan pandangan or cadangan yang baik buat pas.selagi ada pemimpin seperti ni dalam pas,jangan harap dapat tawan putrajaya pada pru14....pemain2 UG adalah pengkhianat dalam PR...zaman edan!!!!

    ReplyDelete
  10. Harun Taib....susuk yang dah tak 'relevan' dengan arus dan tuntutan politik semasa! Susuk ini memperlihatkan sisi gelap pemikiran setengah 'ustaz' @ ulamak yang punya otak kecil dan tidak ada 'wisdom'dalam melontarkan buah fikiran! Jenis 'ustaz' sombong dan angkuh ini memang banyak dalam PAS. Bilangan kemenangan PAS yang semakin berkurang di Kelantan, sebahagian besarnya disumbangkan oleh 'ustaz' jenis ini. Bila jadi YB kerja tak buat, agama dan hukum dijadikan alat untuk elak dari memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat! TGNA berhempas pulas melebarkan dakwah Islam kepada 'non muslim' secara 'hikmah' dan hasilnya telah semakin nampak sekarang! Namun malang, usaha dakwah ini mungkin akan terhenti dan PAS mungkin akan kembali ke zaman 'gelapnya' disebabkan ahli @ pemimpin yang bersikap seperti Harun Taib nih! Dengan isu-isu ekonomi dan sosio-politik semasa yang tidak mendapat perhatian dan pandangan bernas dari dewan ulamak PAS ini (diam menikus), apakah yang terbaik boleh diharapkan dari dewan ulamak yang diketuai oleh Harun Taib ini? Perpecahan PAS dan langkah mundur PAS mungkin satu kegembiraan bagi pemimpin 'jumud' minda dan kreativiti politik, tetapi bukan kepada profesional dan anak-anak muda yang celik ilmu politik yang kini ramai tertarik dengan cara TGNA mengemudikan PAS! Harun Taib dan minda politiknya mungkin menjadi 'liabiliti' kepada PAS untuk melangkah gagah dalam PRU 14 nanti...selamat berpecah!

    ReplyDelete
  11. Riduan Ishak ...
    1. Mana mungkin PAS hanya akan bekerjasama dengan DAP sahaja pada PRU 14 nanti. DAP mahu Anwar sebagai PM, sedangkan kumpulan ust. Harun Taib mahu Ust Hadi sebagai PM ...

    2. Mana mungkin DAP menolak PKR,kerana kerajaan di PR di Penang dibentuk atas kekuatan DAP dan PKR.

    Jika inilah pemikiran sdr sebagai Ketua PAS Dungun, patutlah PAS hanya perintah Terengganu sepenggal saja ....

    ReplyDelete
  12. Ketua dpp dungun (kalau benar beliau yg menulis) mmg sah tak ada otak

    ReplyDelete
  13. Tanpa DAP & PKR, kemanakah halatuju PAS? Tanpa DAP & PAS ... dah sahih aku xpngkah PAS di pru lepas. Apasebenarnya yg ada dlm otak Haron n segelintir ulama PAS ni?? Heran sunguh ... lihat realitinya .... bkn tunjuk sombong bodoh xmnentu. Kpd ahli PAS yg setuju ngan cdngan Haron ... dah sah kalian semua layak jadi banggang sampai mati

    ReplyDelete
  14. Ini adalah gambaran menyeluruh tentang kepimpinan Presiden. Beliau sepatutnya memandu tetapi atas kelemahan beliau, beliau sentiasa dipandu. Pemimpin bawahan selalu bertelagah kerana presiden tidak ada idea yang jelas. Beliau sepatutnya sedar perkara ini.. sebaik baiknya melepaskan jawatan dan jadi penasihat parti sahaja..itu lebih sesuai untuk beliau

    ReplyDelete
  15. Saya setuju kelemahan dan kurang tegas serta sikap 'luyur' presiden menjadikan keadaan ini semua berlaku. Kalau beliau tegas dan menggunakan kuasa kepresidenannya dengan tepat, pasti kemalangan2 kecil begini boleh dielak. Pas tidaklah menjadi rokrak dengan hal-hal dalaman yang sepele ini.Presiden juga kurang memiliki political will.

    ReplyDelete
  16. Satuju dengan komen MSO . Jika issue KD di jadikan sandaran bagaimana kelemahan presiden di manipulasi secukupnya oleh orang-orang kepercayaan presiden sendiri...apa jaminan perkara spt ini tidak akan berulang....Jalan terhormat adalah dengan mengundur diri.

    ReplyDelete
  17. Harun Taib ni yg saya nampak dia dgn geng dia mempunyai masalah dgn Anwar Ibrahim. Sedangkan majority penyokong PR (termasuk PAS) mahukan Anwar Ibrahim sebagai PM. Harun Taib lebih rela geng dgn UMNO drpd berkawan dgn Anwar? Kalau gitu sila ikuti jejak Hasan Akidah Ali dan Nasha. Pandangan anda sudah tidak relevan dlm politik Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Tuan MSO,
    Ambe Org Ganung tengok isu Ust.Harun Taib ibarat kejutkan ahli PAS yang tidor selepas PRU 13. Le ning duk celik mata...la ada isu rupanya. Wane2 pun...kawang sokong kerjasama PAS,PKR dan DAP. UMNO doh buat seminar di Pulau Wan Man, PAS Parti Ajaran Sesat,wat mende lagi UG!!! DPP Dungun harap terus membangun neh...bersyukurlah menang banyak di Dungun atas sokongan PKR, DAP dan atas pagor. Kalu dok...serok tekok orang bawah pentas duk takbir.

    ReplyDelete