Tuesday, September 10, 2013

Kerajaan Kelantan Perlu Dedah Identiti Konsultan Ecobound SB

REAKSI                                                                                                  

MENTERI BESAR Kelantan Ahmad Yakub menjelaskan kerajaan akan memutuskan mengenai status projek Lebuh Rakyat Kelantan yang dirancang tetapi kini tergendala disebabkan hal-hal tertentu.

Dalam pengumuman terbaru Ahamd menyatakan satu kajian semula mengenai projek berkenaan sedang dibuat oleh sebuah konsultan bernama Ecobound Sdn. Bhd yang mengadakan kerjasama dengan Emirates House Group (EHG). Kajian semula itu dibuat setelah kajian sebelum ini dikatakan tidak tepat.

Keputusan mengenai kajian itu jelas Ahmad akan dibuat dalam mesyuarat Exco tidak lama lagi setelah kajian awal diterima.

Konsultan berkenaan telah memberi taklimat berhubungn projek itu dimana menurut Ahmad ia menunjukkan cukup positif.

Adalah diharap projek pembinaan lebuh rakyat yang menjadi idaman setiap rakyat Kelantan itu akan menjadi kenyataan seberapa segera.

Bagaimana pun barang kali elok juga kalau pihak kerajaan mendedahkan siapakah yang berada di sebalik konsultan berkenaan? Wajar kalau kerajaan memberi sedikit latar belakang individu yang ada di dalam Ecobound Sdn Bhd. Setidak-tidaknya kerajaan mendedahkan siapa ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan serta pengalaman yang mereka miliki.

Kerana ia dikatakan bekerjasama dengan Emirates House Group wajar kalau diminta penjelasan sejauh mana akan wibawa kerjasama berkenaan. Kita bimbang kerjasama yang dikatakan itu hanya pancingan semata-mata. Track rekod konsultan berkenaan dengan Emirates House Group boleh disemak dan diteliti kesahihannya.

Apabila latar belakang konsultan berkenaan didedahkan rakyat dapat membuat ukuran dan penilaian apakah mereka juga berkemampuan atau sebaliknya. Tindakan ini bagi mengelakkan kerajaan Kelantan mengalami kerugian kerana sudah tentu apabila kerja penilaian dibuat oleh konsultan bertaraf international ia akan mengenakan kos kajian yang tinggi.

Wajar juga kalau kerajaan mengumumkan kos yang dikenakan ke atas kajian semula itu dan terma-terma bayarannya.

Pendedahkan ini perlu mengelakkan timbul kekeliruan. Ini kerana ada suara-suara yang bersunggut dan meragui akan kemampuan dan kebolehan konsultan berkenaan serta sejauh mana kerjasama dengan EHG itu wujud.

Khabarnya salah seorang individu yang berada di sebalik syarikat berkenaan yang menjadi pemain utamanya ialah individu yang pernah terlibat dengan spekulasi matang wang dunia dan cuba membangunkan beberapa projek mega di negara ini di zaman Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan tetapi gagal.

Beliau juga dikatakan pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan kes menipu. [wm.kl.1:35 pm 10/09/13]

No comments:

Post a Comment