Sunday, September 29, 2013

Rakyat Kelantan akan milik lebuh raya 2018?

RENUNGAN PETANG                                                                         

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah (foto) memaklumkan lebuh raya Kelantan sepanjang 78km dari Machang ke Kuala Krai akan mulai dibina pada tahun 2014 dan akan siap dalam masa tempoh tiga tahun.

InsyaAllah pada tahun 2018 lebuh raya berkenaan yang merupakan projek sosial ekonomi yang sangat-sangat diperlukan oleh rakyat Kelantan akan menjadi kenyataan. Nik Amar menyatakan demikian semasa merasmi mesyuarat Pas kawasan Kuala Kerau, Pahang.

Menurut Nik Amar projek itu sepatutnya dilaksankan oleh kerajaan Persekutuan. Pembinaan lebuh rakyat itu telah diluluskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri tahun 2011 dan upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Nik Aziz ketika menjadi MB pada tahun 2012.

Penjelasan Nik Amar itu selari dengan apa dijelaskan oleh Husam Musa bahawa projek berkenaan memang dalam pengetahuan Exco. Sebelum ini ada suara-suara sumbang mengatakan pembinaan lebuh raya berkenaan tidak dibincang didalam mesyuarat Exco atau dewan harian Pas dan ia hanya pandai-pandai bekas Exco Kewangan, Perkhidmatan Awam dan Perancangan Pembangunan Ekonomi, Husam Musa sahaja.

Husam sebelum ini dalam menafikan dakwaan kononnya projek itu atas pandai-pandainya sendiri, menjelaskan sebanyak tiga kali Nik Aziz ketika itu menjadi MB meminta beliau berfikir untuk melaksanakan projek berkenaan. Mulanya beliau hanya mendiamkan diri saja tetapi setelah tiga kali Nik Aziz merungut akhirnya beliau mula memulakan rancangan membina lebuh raya berkenaan dari menyiapkan kertas, kajian dan juga dibentang kepada mesyuarat Exco.

Kaedah pembinaan lebuh raya itu dibina secara kontra dengan syarikat yang dipilih untuk membangunnya dimana ia tidak perlu membuat apa-apa bayaran selama tiga tahun. Ia juga dibina atas semangat rakyat di mana rakyat diminta memberi sumbangan sebagai saham pembinaan lebuh raya berkenaan.

Penjelasan Nik Amar itu menafikan dakwaan sesetengah pihak sebelum ini mengatakan projek lebuh raya itu adalah idea Husam sendirian berhad.

Jelas Nik Amar lagi kontrektor yang akan membina lebuh raya berkenaan adalah sebuah syarikat yang beribu pejabat di Dubai. Sebelum ini sebuah kontrektor dari Korea telah diberi tawaran menyiapkan projek berkenaan tetapi ditarik balik.

Kontrektor yang dipilih sebelum ini ketika projek lebuh raya itu dibawa kendalian Husam dipecat dan kontrektor baru diperkenalkan yang beribu pejabat di Dubai dan mendapat kemudahan Islamic Developmenet Bank (IDB). Nik Amar bagaimana pun tidak menyebut nama syarikat yang dikatakan beribu pejabat di Dubai itu.

Ecobound Sdn Bhd sebuah syarikat yang didakwa bernaung di bawah Emirates Arab Group dipercayai bertanggungjawab menjadi konsultan (broker) kepada kontrektor yang diberi tanggungjawab membina lebuh raya berkenaan.

Adalah baik kalau kerajaan Kelantan mendedahkan status syarikat berkenaan serta siapa lembaga pengarahnya untuk dimaklumi oleh rakyat. Tidak menjadi kesalahan kalau butiran syarikat berkenaan serta gambaran kemampuan syarikat itu jika ianya didedahkan.

Tentu rakyat Kelantan masih ingat apa yang pernah berlaku di Kelantan sebelum ini mengenai perjanjian penswastaan air di Kelantan. Pihak kerajaan menanda tangani perjanjian penswastaan air di Kelantan awal tahun 90-an tanpa mendedahkan maklumat yang mengambil alih urusan air Kelantan itu. Apa jadi, akhirnya perjanjian itu terpaksa dibatalkan dan kerajaan negeri terpaksa membayar puluhan juta ringgit kepada syarikat berkenaan kerana ia gagal menyelesaikan masalah air di Kelantan.

Seperti mana dijelaskan Nik Amar kos pembinaan lebuh raya dari Machang ke Kuala Krai itu bernilai RM669 juta dimana ianya lebih murah daripada kos sebelum ini yang dianggarkan sebanyak RM1.8 billion. Perbezaan harga yang begitu tinggi sesuatu yang menakjubkan tetapi sekiranya ada justifikasi ia mungkin tidak menjadi masalah.

Rakyat Kelantan mungkin tidak memikir sangat soal kos dan siapa (syarikat) yang bertanggungjawab membina lebuh raya berkenaan. Begitu juga ia diuruskan dibawa siapa Nik Aziz atau Ahmad Yakub, Husam atau Nik Amar. Bagi mereka yang penting ia menjadi kenyataan dan boleh digunai pakai dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sebelum ini saya ada menyebut didalam blog ini [http://msomelayu.blogspot.com/2013/09/kerajaan-kelantan-perlu-dedah-identiti.htm] agar kerajaan Kelantan berhati-hati berurusan dengan konsultan berkenaan Ecobound Sdn Bhd kerana salah seorang individu yang memain peranan besar di sebalik konsultan itu saya mengenalinya secara peribadi. Apa dibimbangkan kerajaan negeri tidak akan tertipu dan dipedaya sekali lagi. 

Individu berkenaan memang pakar dalam pasaran hadapan mata wang dunia dan pernah didakwa kerana kes penipuan di negara ini. [wm.kl.7:18 pm 29/09/13]

No comments:

Post a Comment