Saturday, September 7, 2013

Sedikit Pandangan Terhadap PPPM

PANDANGAN                                                                                       

Langkah kerajaan menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus peperiksaan (SPM) seperti mana dimaktubkan dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diumumkan Muhyiddin Yassin semalam menimbulkan pro-konra. Ada yang bersetuju dengan langkah itu dan ada yang sangsi akan keberhasilannya berpandukan beberapa plan atau strategi pendidikan diperkenalkan sebelum ini.

Antara yang sangsi ialah Anwar Ibrahim dan Presiden Jalur Tiga, Mohd Hasan Ali. Anwar bukan tidak setuju tetapi beliau menekan supaya permartabatan bahasa Melayu harus dimampatkan dahulu kerana ia merupakan agenda plan induk pendidikan. Bagi Anwar kedudukan bahasa Melayu masih belum mencapai tahap yang dibanggakan.

Beliau juga memberi pandangan apa yang patut diutamakan sebelum mata pelajaran Inggeris diwajibkan ialah persediaan prasarana ke arah itu seperti mutu guru, kemudahan dan peralatan pembelajaran seperti perpustakan dan lain-lain perlu dilengkapkan.


Beliau tidak menafikan penguasaan bahasa Inggeris perlu dalam arus pertarungan kini tetapi ia tidak tepat diutamakan kalau kedudukan bahasa Melayu sendiri masih terkial-kial. Sudah tentu langkah itu seolah-olah kita menganaktirikan bahasa sendiri.

Manakala Hasan pula membayangkan kedudukan bahasa Melayu akan hancur dengan perlaksanaan itu. Ia akan menjadi masalah kepada anak-anak nelayan, petani, ibu dan guru-guru disekolah. Disebabkan ia masih awal dan belum muktamad, Hasan mengesa agar ia dikaji semula.

Apa dinyatakan Hasan itu ada benarnya. Sekarang ini pencapaian dalam mata pelajaran di kalangan anak-anak luar bandar masih jauh ke belakang. Natijah dari itu menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak mendapat keadilan didalam penempatan di institusi pengajian tinggi. Kerana lemah dalam mata pelajaran itu mereka tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi yang bermutu dan selalu 'dikuak' ke belakang. Inilah implikasinya.

Saya tidak malu untuk memberi contoh dalam hal ini dengan menyebut apa yang berlaku di Kelantan. Kenapa ramai anak-anak Kelantan lepasan SPM atau materikulasi atau STP untuk meneruskan penganjian mereka di IPT banyak di hantar ke Sabah dan Sarawak. Misalnya di UNIMAS peratus pelajar Semenanjung dari Kelantanlah yang paling ramai.

Apabila saya bertanyakan hak ini kepada salah seorang tenaga akdemik di sebuah IPT di Semenanjung katanya puncanya ialah kerana anak-anak di Kelantan lemah dalam bahasa Inggeris. Oh, jadi apabila mereka lemah dalam bahasa Inggeris maka mereka ditempatkan di universiti baru seperti di Sarawak dan Sabah itu? Ternyata apa yang diterima pelajar dari Kelantan itu kerana implikasi lemah dalam bahasa Inggeris.

Situasi itu sesuatu yang tidak adil di mana sudahlah anak-anak Kelantan tidak bernasib baik untuk mendapat guru atau peralatan pembelajaran canggih seperti rakan mereka dibandar, selepas itu mereka di hantar pula ke Malaysia Timur. Ertinya anak-anak Kelantan menerima dua kali nasib malang gara-gara sistem pendidikan negara. Manakala ibubapa pula terpaksa mencari kos tambahan kalau sesekali ingin melawat anak mereka di Sabah dan Sarawak.

Apa kaitannya dengan PPPM yang baru ini dengan mewajibkan mata pelajaran Inggeris ia menjadikan anak-anak luar bandar seperti di Kelantan itu terus menarima nasib malang. Di sinilah kebenaran kata-kata Hasan Ali dan Anwar Ibrahim. Seharusnya sebelum plan berkenaan hendak dilaksanakan sedia dan lengkapkan dahulu prasarana secukupnya.

Kita tahun serampang PPM ialah selain untuk mencapai kecepatan, kualiti dan ekuiti tetapi ia juga bermatlamat untuk mencapai perpaduan nasional. Matlamat perpaduan itu tidakan tercapai kalau penekanan kepada bahasa Melayu tudak diutamakan. Dengan memberi penekanan kepada bahasa Inggeris ia akan menjarakkan lagi hubungan antara pelajar mengikut etnik, kelas dan bangsa masing-masing. Semangat bahasa Inggeris itu bahasa penjajah akan tetap dirasai jadi macam mana kita harapkan jiwa anak-anak kita lembut sedia bersatu untuk membina negara.

Percayalah perpaduan nasional akan dapat dicapai kalau kita bersetuju bahasa Melayu menajdi bahasa perantara utama kerana bahasa Melayu mempunyai roh penyatuan yang semula jadi kerana dimiliki oleh bangsa yang sedarhana dan bersifat terbuka. [wm.kl.2:45 pm 07/09/13]

1 comment:

  1. penguasaan bahasa hanya berjaya diperolehi melalui latihan berkomunikasi di dalam aktiviti kehidupan sehari-hari seperti semasa bermain, makan minum, tidur baring dan sebagainya. dari situ akan lahir kebiasaan dan keyakinan diri. mewajibkan bahasa inggeris di dalam peperiksaan ataupun di dalam subjek sains dan matematik bukan jalan penyelesaian. kerana orang inggeris pun sendiri sesetengahnya tidak begitu memahami terma-terma khusus bahasa ibundanya yang digunakan di dalam bidang perubatan, sains dan teknologi seandainya dia sendiri tidak berkecimpung di dalam bidang tersebut.sebab itu latihan berkomunikasi di luar kelas itu penting atau di dalam suasana tidak rasmi. seperti anak-anak kecil yang petah bercakap biarpun belum bersekolah dan tidak mengenal huruf.

    ReplyDelete