Semasa berucap merasmikan muktamar Pas kawasan Kota Bharu minggu lepas, Husam Musa menyaran dan mengingatkan ahli-ahli Pas khasnya di Kelantan supaya mengenang semangat 1990 yang membawa kemenangan besar kepasa Pas sehingga berjaya merampas balik Kelantan daripada Umno. Semangat itu mutahak untuk dikenang sepanjang masa, ujarnya.
Nik Amar, Husam elak pertembungan. |
Saya bersetuju dan sependapat dengan Husam didalam hal ini. Sesuatu yang baik yang pernah membuktikan kejayaan hendaklah dikenang senantisa, dijadikan azimat dalam perjuangan dan jangan sesekali mengalpakannya. Itulah juga pun manfaat sejarah untuk dikenang. Sejarah akan menjadi cermin mengislah akidah dan langkah perjalanan kita sekiranya ia sudah mula agak tersasar.
Selain mempunyai semangat berkorban dan kesetiakawanan yang tinggi, waktu juga semua pemimpin Pas baik kecil dan besar, menurut Husam berlumba-lumba berkorban dan berusaha menunjukkan akhlak yang baik sebagai pejuang Islam seperti mana Omar Khattab, Umar Ibnu Aziz atau Abu Bakar Siddiq maupun Rasulullah s.a.w. sendiri. Tahap pengorbanan dan keihlasan mereka sungguh tinggi.
Sebagai contoh beliau menyebut bagaimana dua Exco Kelantan, Ustaz Yahya Othman dan Hassan Abdullah (kedua-dua Allayarham) tidak mengambil elaun perjalanan mereka. Ustaz Yahya hanya mengambil wang tambang kapal terbang dan hotel sahaja. Apa dilakukan Yahya dan Hassan itu adalah mereka yang mahu membuktikan apa yang mereka ucap ataupun yang menjadi aspirasi parti atau kerajaan.
Nik Aziz sendiri yang menjadi MB kata Husam telah memulangkan wang gajinya sebanyak 45% kepada kerajaan atau parti sebagai simbolik semangat berkorban untuk negeri. Ia berlainan dengan keadaan hari ini ada Exco sengaja mengadakan perjalanan jauh kerana mahukan elaun? Terbaru ada exco yang bertukar ganti kereta walaupun kereta lama masih baik dan sempurna.
Jadi semangat itu hendaklah diteruskan jangan ada pemberhentian atau pun orang-orang Pas sudah mula merasai semangat atau wisdom itu tidak lagi diperlukan. Kemenangan gemilang itu pula penting dan memberi signifiken besar kepada Pas Kelantan. Hasil daripada kemenangan itu kerajaan Pas berjaya menggubal undang-undang Islam bernama Enekmen Jenayah Syariah Islam yang didalamnya terkandung hukum hudud. Suka tidak suka kerajaan Pas Kelantan mencatat sejarah sebagai negeri pertama mempunyai undang-undang Islam (hudud) di Malaysia.
Seandaianya tidak ada halangan dan bantahan langsung dari kerajaan Pusat menerusi bekas perdana menteri sendiri Dr Mahathir Mohamad yang menulis surat memberi amaran keras jika ia dilaksanakan, sudah pasti Kelantan kini menjadi negeri satu-satunya melaksanakan hudud.
Bagaimana pun seperti dijelaskan Husam enekmen itu perlu masuk ke fasa kedua iaitu melaksanakan. Kerajaan Kelantan sekarang ini harus berusaha untuk melaksanakannya dan jangan enekmen itu tinggal di atas kertas saja bagi mengelakkan kerajaan Kelantan akan ditanya Tuhan di akhirat besok. Mereka yang berkuasa hari ini perlu berfikir dan berikhtiar bagaimana untuk materilisasikan sesudah ianya diwujudkan dengan penuh pahit getir. Kalau Nik Aziz menggubal hudud maka Ahmad Yakub kena melaksanakannya.
Semangat setiakawan menipis?
Persoalannya kini apakah bila Husam membangkitkan soal itu menunjukkan semangat berkorban dan kesetiakawanan itu sudah mulai menipis di dalam Pas khasnya di Kelantan waktu ini?
Pas telah memerintah Kelantan selama 23 tahun dengan Nik Aziz Nik Mat menjadi MBnya. Boleh jadi dalam tempoh itu ramai yang sudah terlupa mengenai bagaimana susah dan payah Pas untuk menawan Kelantan tahun 1990 atau berjuang menaikkan semula maruah Pas selepas kalah tahun 1978. Atau mereka yang baru melangkah kaki ke dalam Pas tidak merasa perit dan pedihnya, kaki tidak terpijak duri dan onak, kaki masih mulus dan licin. Atau tidak pernah menaiki bot untuk berceramah tidak, seperti hari ini untuk meninjau kawasan balak menaiki helikopter? Mungkin, kerana itu Husam mengimbaukan sejarah itu untuk dijadikan iktibar agar ianya dikenang dan akan diambil sebagai peringatan.
Sewajarnya kalau sejarah itu dikenang baik dari segi susah payah dan kegigihan Pas berjuang menentang Umno. Husam sebagai orang yang terlibat berada di tubir perjuangan itu sangat memahami keadaan pada masa itu dan juga mengenai tribulasi dan 'manhaj' kepimpinan Tokguru Nik Aziz. Apa lagi peranannya sebagai setiausaha akhbar kemudian menjadi setiausaha politik arif dengan pahit maungnya. Begitu juga dengan pemimpin lain yang sebaris atau berada di bawah Husam yang menjadi ketua pemuda Pas Kelantan pada masa itu, sepeti Mohd Amar Nik Abdullah, Takiyuddin Hassan, Wan Nik Wan Yusuf dan lain-lain.
Sikap berkorban dan kesetiakawanan di kalangan pemimpin Pas ini memang ternampak pada waktu itu. Ini terbukti selepas satu dekad setengah Pas merintah, Kelantan masih tenang dan segala pergolakan bagaikan taufan dan gelombang dapat diatasi. Semua itu kerana keikhlasan dan berkat semangat setiakawan.
Tidak ada sikap berpuak-puak atau 'berkerajaan kecil' didalam Pas. Semuanya patuh dan taat serta seronok membangun negeri dengan apa yang ada. Semuanya tidak jemu-jemu melahirkan idea dan cadangan bagaimana hendak menjaya Kelantan. Cabaran hebat dihadapi Nik Aziz selaku MB dari pihak Umno dan pihak-pihak lain hatta termasuk pegawai kerajaan yang bernaung di sebalik aling-aling istana pun mampu dilawan secara berpasukan, dan menang.
Bagaimana pun selepas dua dekad Nik Aziz menjadi MB, keadaan sudah mulai berubah. Bukan saja sikap berkorban dan ikhlas untuk membantu rakyat sudah mulai terhakis, tetapi semangat setiakawanan juga sudah mulai menirus. Ini semua ialah kerana kuasa dan kedudukan. Keempukan kerusi sebagai wakil rakyat atau exco menjadikan mereka sudah melupai asul usulnya. Pengetahuan bagaimana hendak mengeksploitasikan kekayaan negeri mula perlahan-lahan menghakiskan jatidiri sebagai pemimpin Pas.
Kekuasaan dan pengetahuan ini membawa kepada wujud angan-angan untuk melonjak kedudukan lebih tinggi sampai menjadi pengganti kepada MB, exco, timbalan exco, speaker, pengerusi GLC dan sebagainya.
Fenomena ini tidak berlaku kerana kehendak individu-individu (pemimpin) tertentu tetapi ia dipupuk oleh orang bawahan yang menjadi pengikut masing-masing. Orang bawahanlah menjadi 'karak' dan jamung. Mereka membuat benteng untuk menjaga tokoh mereka naik dan menjamin tokoh lain turun agar tidak melanggar cita-citanya. Dakwa mendakwi pun berlaku, kononnya si anu tidak layak kerana janggut tidak panjang manakala si anu itu pula lemah tidak padai dan tahu politik. Si anu disukai Nik Aziz si anu sudah dibenci Nik Aziz. Jurang menjadi luas lagi apabila cemuh mencemuh ini melebar ke dalam media baru tidak terkawal. Menjadi lebih teruk lagi apabila 'calo-calo' atau juragan-juragan politik terus diberi mata dan kekayaan (balak, besi dan tanah).
Fenomena ini akhirnya mewujudkan puak yang ketara di Kelantan. Penguduran Tokguru Nik Aziz menyebabkan sikap kepuakan ini semakin jelas dan nyata lagi. Apa lagi didalam proses transisi kerajaan ini ada yang tercicir dan ada yang bernasib baik, menyebabkan berlaku cemburu, prejudis dan dendam mendedami di antara satu sama lain secara senyap.
Hari ini ia sudah bersemerak menjadi kudis buta yang bakal menjadi barah kepada Pas. Tidak mustahil kalau ia tidak dibendung Pas akan kehilangan Kelantan di masa akan datang, paling cepat dalam PRU ke-14. Perlu disebut luasnya jurang permisahan dan wujud puak ini ialah kerana kelemahan Nik Aziz untuk membendung dan menegurnya secara vokal.
Atas maslahat itulah barang kali Husam menyeru dan mengingati semua pihak di dalam Pas Kelantan agar kembali merenugi denai-denai yang dilalui 23 tahun lepas, merasai akan kehangatan semangat berkorban dan kesetiakwanan yang telah membawa kejayaan mega buat Pas.
Dalam hubungan dan senario hari ini saya ada pandangan kecil kepada Pas Kelantan. Kita tahu hari ini Pas disinggahi dengan sindrom pemilihan pemimpin dan juga pengganti pemimpin yang sudah dianggap tidak relevan lagi. Dari Pas Kelantan sendiri ada kedengaran akan mengemukakan dua tokoh yang akan diangkat ke level tertinggi selaku timbalan presiden Pas.
Dua tokoh itu ialah Mohd Amar Nik Abdullah dan juga Husam Musa. Mohd Amar (Nik Amar) kini adalah timbalan menteri besar Kelantan. Atas kapasiti itu menyebabkan pendokongnya merasakan Nik Amar layak untuk menjadi timbalan presiden Pas dan relevan dengan kedudukan dalam kerajaan. Sementara di pihak Husam pula merasakan Husam lebih layak dan sesuai selaku pemimpin diletakkan untuk mengemudikan Pas dimasa depan berdasarkan pencapaian dan prestasinya juga ilmu dan politiknya.
Kurang penglibatan Husam di Kelantan kerana tidak berada dalam barisan Exco juga dilihat faktor utamanya kenapa beliau harus bermain di peringkat atas bagi mengukuhkan Pas secara global. Kedua-dua nama itu sudah mendapat pencalonan.
Jangan rugikan Kelantan
Dari segi politik dalam koneks Kelantan kalau kedua-dua tokoh ini dicalonkan bertanding kerusi yang sama ia merugikan. Ia bukan satu tindakan politik jangka panjang yang boleh membawa keharmonian di Kelantan tetapi merugikan Kelantan yang memerlukan kedua mereka sebagai aset. Apakah kata kalau mereka ini dibenarkan bertanding tetapi bukan merebut kerusi yang sama? Pas Kelantan harus bijak dan adil. Perkara ini juga wajar diperhatinkan Nik Amar dan Husam sendiri.
Kedua mereka juga mendapat pencalonan untuk merebut kerusi naib presiden. Apakah kata kalau salah seorang bertanding di kerusi naib presiden dan seorang lagi di kerusi timbalan presiden. Carilah siapa paling sesuai dan tuntas untuk bertanding di kerusi mana, asalkan elak mereka bertembung dalam kubang sama. Sekiranya Husam hendak diletakan bermain diperingkat nasional, elok kalau Pas Kelantan endorce agar Husam dicalon bertanding dikerusi timbalan presiden. Manakala sesuai dengan kedudukannya Nik Amar bertanding di kerusi naib presiden. Logiknya Nik Amar masih pun belum menjamah kerusi naib presiden tidak seperti Husam. Tidaklah menyuruh Nik Amar ke atas terlalu cepat dan dilihat tamak?
Saya cukup yakin memang ada kompromi bagi mengelakkan kedua-dua anak didik Tokguru Nik Aziz ini bertanding kerusi sama. Ia mungkin sudah dirancang demikian rupa. Nama Nik Amar hanya sengaja dijaja untuk jawatan itu tetapi jawatan yang diidamkan naib presiden. Tetapi kalau kompromi itu berlaku diperingkat pusat maskdunya dibuat diluar Kelantan ia tidak menyerlahkan semangat Kelantanis sebenarnya.
Apa yang kita mahui ialah kompromi berlaku di Kelantan. Semangat 1990 seperti mana disebut Husam itu hendaklah direalisasikan. Sekiranya ini boleh berlaku, politik Pas Kelantan akan tenang dan kukuh. Kekukuhan ini juga tidak akan memberi gangguan-gangguan kecil kepada Ahmad Yakub yang baru lima bulan mengambil alih kepimpinan negeri dari Tokguruku Nik Aziz.
Persefahaman ini juga membolehkan Nik Amar terus berkerjasama bersama Ahmad Yakub untuk membangunkan Kelantan. Dan seandaianya Husam dilepas kepada pusat, beliau juga tidak akan termimpi-mimpi sesuatu yang sudah hilang untuknya di Kelantan, dan dengan itu beliau boleh membantu Ahmad Yakub dengan baik. Paling penting Pas Kelantan akan diiktiraf sebagai bijaksana dalam penyelesaian politiknya, dan mereka tidak terlepas aset penting bagi memastikan kerajaan Pas Kelantan stabil. [wm.kl.1:21 pm 24/09/13]
Tuan,
ReplyDeleteSaya setuju kata tuan tentang barah dalam PAS. PRU 14 PAS kalah nipis kalau tiada pembangunan material di Kelantan. Pemerentah mempunyai masa yang amat singakat sebelum PU 14 untuk menjadikan KB seperti Qatar atau pun Singapura.