Friday, October 4, 2013

Ahmad Yakub perlu turun sendiri melihat masalah rakyat

PANDANGAN                                                                                   

Ahmad perlu lebih peka masalah rakyat.
Ekoran kejadian limpahan air dari tasik bijih di Bukit Kwong Rantau Panjang yang menjejaskan 50 hektar kebun penduduk tempatan, MB Ahmad Yakub memberi jaminan ia akan disiasat segera. Beliau telah mengarah Pejabat Tanah dan Galian untuk membuat siasatan.

Sebenarnya Ahmad bukan saja setakat akan membuat arahan untuk disiasat beliau patut mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan lihat sendiri apa yang berlaku. Sudah tentu laporan akan disediakan dari segi teknikal saja tetapi kalau beliau pergi sendiri beliau dapat berintraksi dengan alam dan para pekebun.

Selain itu beliau juga akan dapat bertemu dengan penduduk sekitar serta mendapat maklum balas mengenai beberapa masalah semasa rakyat di situ. Tidak salah kalau beliau mencuri masa lain untuk membuat tinjauan lisan. Rakyat juga akan merasa lega sekiranya MB sendiri yang mencemarkan duli.
Dengan cara itu juga beliau akan dilihat oleh rakyat sebagai MB yang berjiwa rakyat dan mengambil peduli kepada masalah rakyat. Kalau hanya untuk meraikan seleberiti di majlis makan malam di Kuala Lumpur beliau sanggup terbang ke Kuala Lumpur, mengapa tidak untuk ke Bukit Kwong? 

Kita berharap benar para pegawai beliau seperti setiausaha akhbar, setiausaha politik atau pegawai khas menyediakan jadual khas untuknya bagi tujuan ini. Para pegawai mestilah lebih peka dalam masalah begini kerana mungkin semua aspek tidak terfikir oleh Ahmad Yakub.

Bukan saja melihat apa yang berlaku di kawasan perlombongan bijih di bukit Kwong tetapi ke kawasan lombong lain juga seperti emas dan lain-lain perlu ditinjau dari masa ke semasa. Walaupun ia bukan tugas rutin dan wajib tetapi Ahmad perlu berbuat demikian. Setidak-tidaknya kalau ada tinjauan sedikit sebanyak ia boleh mempertingkatkan produktiviti perlombongan dan sekaligus mengenal masalah lain.

Saya difahamkan banyak biji besi di bawa ke Terengganu atau Kuantan untuk di eksport ke luar negara dan tidak dibawa ke Tok Bali. Tindakan sebgini merugikan kerajaan negeri kerana cukai pelabuhan (transit) sebanyak kesekian ringgit tidak dikutip oleh negeri Kelantan, tetapi dikutip oleh kerajaan Terengganu dan Pahang.

Ahmad kena pastikan maklumat ini dan memantaunya. Sekiranya ia benar sudah sampai masanya tindakan menguatkuasakan agar semua bijih besi atau apa-apa barangan lombongan di Kelantan hendaklah dibawah ke Tok Bali bagi membolehkan cukai dikutip oleh Kelantan.

Difahamkan sebanyak 300,000 tan sebulan biji besi Kelantan di eksport ke luar. Bayangkan kalau cukai pelabuhan sebanyak RM5 satu tan ini bermakna RM1.5 juta ringgit dapat dikutip untuk pendapatan negeri Kelantan. 

Mengenai limpahan air dari tasik bijih di Bukit Kwong itu sekiranya ia benar-benar menjejaskan pendapatan pekebun tindakan tegas perlulah dilakukan. Mungkin pihak pelombong diarah membuat bayaran ganti rugi ataupun kawasan perlombongan itu ditutup terus. [wm.kl.11:56 am 04/10/13]

9 comments:

  1. ambo teringat pula akan MB yang sebelum ini....selalu jgklah menjenguk keresahan rakyat, walaupun kudrat sudah tidak sekuat dulu....paling tidak, rakyat tahu mereka diambil 'cakna' oleh pemerintah....

    ReplyDelete
  2. Inilah masalah pemimpin kita, lambat turun padang untuk menyelami masalah rakyat. Jangan sampai orang lain sampai dulu baru kita nak pergi..

    ReplyDelete
  3. Takkan nak tunggu dekat PRU14 baru berebut nak tunjuk muka. Bila dah dapat kepada orang lain baru nak sedar. Belajar lah dari situasi di kedah dan terengganu.

    ReplyDelete
  4. Memikirkan masalah rakyat selain memikirkan keuntungan sehala adalah satu tindakan yang sewajar dari setiap pemimpin yang peka pada situasi semasa....

    ReplyDelete
  5. tuan,,

    Ini satu unsur kalah PAS diKelantan PRU 14, kena dok buat pembangunan materia sekarang, jadi seperti Temasik atau Qatar.Tinggal 4tahun lebih saja. Jangan dok gadoh, jangan dok meeting saja, sekarang zaman tindakan, kalu tidak terlepas le ayam, tinggal bau tahi saja pada tangan.

    Ayuh PAS .......cantikan Kota bharu dengan bangunan dan jalan yanf besar dan indah, jadilah pusat komersial, buktikan PAS dan Islam boleh buat.

    ReplyDelete
  6. Turunlah dulu tengok kawasan baru keluarkan arahan. Pejabat tanah merupakan pejabat paling bahaya dan paling berkuasa bagi satu-satu negeri penentu nasib MB.

    Belajarlah dari kesilapan PAS di Kedah. Pejabat tanah memainkan peranan menaikkan satu-satu MB. Bila MB leka kerana terlalu percaya pada tuan DO, akhirnya dalam diam UMNO menjalinkan kerjasama erat dengan Pihak berkuasa tempatan.

    Lihatlah Kedah sekarang dimana pejabat tanah dan pihak berkuasa tempatan berseronok dengan mercu tanda menyokong penuh Mukhriz gila-gila.

    PAS di Kedah melopong bila nasi sudah menjadi bubur.

    Ahmad Yakub jangan terlalu confident. Kesungguhan Tuan Guru Nik Aziz membela nasib rakyat melemahkan kerakusan orang-orang dipejabat tanah.

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Ini adalah perangai yg menjadi penyebab kejatuhan. Dek kerana perangai ini lah Pas kalah di Kedah. Sbg contoh di Kubang Pasu, Kedah. Johari Baharom kembali menang sbb dia cakna dgn rakyat. Masa hujan ribut, banjir org pertama yg sampai adalah Johari Baharom. ADUN Pas x nmpk muka walaupun lpas 3 hari. Yg sokong PR sblm tu pun pangkah UMNO blk.. ini zaman rakyat tgk budi bicara dan sumbangan ADUN..kalo xdak sumbangan, kain semutar sebesar bakul pun xdak org terima utk kali ke 2..harap amik iktibar la..

    ReplyDelete
  8. Wakil rakyat adalah kuli rakyat bukan raja rakyat...

    ReplyDelete
  9. Buat masa sekarang MB kelantan masih gagal

    ReplyDelete