Thursday, October 24, 2013

Cadangan Ahmad untuk saman akhbar tidak elok

PANDANGAN                                                                                       

Ahmad jangan sengeketa dengan media.
Cadangan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub untuk mengambil tindakan ke atas akhbar PB (Berita Harian) ekoran penyalah-siaran (sengaja) melaporkan kerajaan Kelantan telah meluluskan hutan simpan Hulu Sat seluas 14,000 hektar rasanya kurang sesuai dan cadangan itu perlu difikirkan semasak-masaknya.

Cadangan itu juga seakan-akan mahu meletakkan Ahmad Yaakub dalam 'geluk' pergaduhan dengan media massa yang tujuannya hanya mereka yang mencadangkan sahaja mengetahuinya.

Memang sebagai MB Ahmad perlu mengambil tanggungjawab membersihkan laporan yang silap itu. Tetapi memandangkan isu hutan simpan Hulu Sat yang dibangkitkan sebelum ini termasuk di dalam Dun Kelantan sudah dianggap selesai maka ia tidak berbangkit lagi.

Ahmad sendiri sudah pun menjelaskan secara jelas di dalam Dun bahawa hutan simpan yang bernilai tinggi itu tidak diluluskan walaupun ia ada permohonan oleh syarikat bermodalkan RM5 dan dan pemunyanya baru berusia 20-an. Rasanya semua rakyat yang suci hati telah menerima penjelasan Ahmad Yaakub itu dan apa disuarakan oleh bekas Exco Husam Musa sudah terjawab.

Lagipun tidak molek Ahmad sebagai MB Kelantan belum sampai setengah tahun sudah mahu berkonfrontasi dengan media massa. Dalam usia sebelum setahun jangung sebagai MB tidak berkeupayaan untuk Ahmad bergasak dengan media PB. Apa nanti dikata orang baru jadi MB beberapa bulan sudah hendak saman orang.

Apa yang perlu disedari bergaduh dengan media massa tidak memberi keuntungan kepada beliau dan juga kerajaan Kelantan. Tamadun ini hendak difahami oleh Ahmad dan juga orang politik lain.

Pengalaman dilalui sebelum ini bagaimana akhbar PB satu lagi (Utusan Malaysia) sudah beratu kali menghadapi tindakan mahkamah, di saman dan diperintah bayar ratusan ribu ringgit tetapi akhbar berkenaan terus memainkan kerja jahatnya. Tindakan mahkamah tidak memberi apa-apa kesan pun. Hakikat ini sepatutnya diteliti dengan baik sebelum membuat tindakan itu.

Pada saya adalah lebih baik kalau pihak Ahmad Yaakub atau pejabat MB memanggil akhbar berkenaan untuk memberi penjelasan. Pangil ketua bironya ke pejabat dan minum tea bersama. Wujudkan hubungan mesra dengan media massa. Tidak salah rasanya kalau pejabat MB mengaturkan satu program 'bermahabah' dengan pihak media massa. Rasanya cara ini lebih baik daripada terus memulakan sengekta dengan menyaman akhbar berkenaan.

Dengan cara itu media massa akan merasakan mereka tidak dimusuhi dan didekati bila diadakan pendekataan sedikit sebanyak mereka akan berfikir dua kali kalau pun hendak menabur fitnah keprada Ahmad atau kerajaan Kelantan. Ahmad tidak perlu mempeluaskan daerah sengketanya dengan media massa. Setiausaha akhbar MB perlu urus perkara ini secara realistik. Tugas dan tanggungjawab sebagai setia akhbar kena hayati.

Sebenarnya isu yang ditimbulkan oleh media itu sehingga ia dicadang kaji diambil tindakan hanya kecil sahaja. Kenapa ia harus dilihat besar. Malah isu yang membabitkan Husam Musa yang dimainkan oleh akhbar berkenaan kononnya dipanggil oleh Pas untuk dikenakan tindakan lebih besar dari fitnah mengenai hutan simpan yang sudah terjawab itu. Sepatutnya Husam menyaman akhbar berkenaan bukan Ahmad Yaakub.

Saya berharap Ahmad akan mengabaikan cadangan berkenaan dan seelokknya wujudkan jambatan dengan media massa agar mengelakkan berlaku salah lapor atau niat untuk memburukkan kerajaan Kelantan. Perasanan setiausaha akhbar, setiausaha politik dan pegawai-pegawai lain di pejabat MB kena ditingkatkan. Slogan kerajaan Kelantan akan mengada hubungan G to G dengan persekutuan memudahkan kerja-kerja merapatkan hubungan dengan media bagi mengurangkan persepsi buruk media terhadap kerajaan. [wm.kl.10:34 am 24/10/13]

2 comments:

  1. Mungkin YAB DAY juga mk ikut jejak AKSB yg saman MTRK dan The Star.

    Sejak awal tahun pegawai2 AKSB yg terlibat masih turun naik memakmurkan kompleks mahkamah Kota Bharu.

    ReplyDelete
  2. Institusi seperti BH memang ada bajet untuk kes-kes seumpama ini.Bak kata Nordin Ahmad dlm filem Hang Jebat,"Tangan yang mencincang biar bahu yang memikul."

    ReplyDelete