MAKLUMAT PETANG
Suhaizan Kaiat |
Sebelum ini saya telah mencatatkan menerusi blog ini seorang Exco Pas akan mencabar kedudukan Nasaruddin sebagai ketua dewan Pemuda Pas.
Keputusan mengumumkan Suhaizan itu dibuat dalam mesyuarat pertama kepimpinan Dewan Pemuda Pas kawasan Batu Pahat yang diadakan 23 September lalu.
"Kami telah sebulat suara mencalonkan beliau setelah dibincang secara masak termasuk nama tokoht-tokoh pemimpin pemuda Pas yang lain. Kami berpandangan Sihaizan juga merupakan ketua Pemuda Pas Johor memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda Pas ke pentas nasional dalam memperjuangkan isu yang timbul hari ini," demikian kenyataan Ketua Pemuda Pas Batu Pahat, Mohd Salleh Tamjis dipetik.
Perkembangan menjadikan kedudukan ahli Parlimen Termerloh Nasaruddin Hasan sebagai ketua pemuda akan dicabar. Kemungkinan sehubungan dengan itu kedudukan Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz sebagai timbalan ketua juga akan turut dicabar. Sebelum ini terdengar desas desus naib ketua dewan Pemuda Pas Pusat dikatakan akan mencabar Abduh.
Bagaimana pun sehingga kini Suhaizan belum mengesahkan sama ada beliau akan meneruskan hasrat berkenaan atau tidak.
Dalam perkembangan lain di Pasir Mas hari ini perwakilan persidangan Puteri Umno bahagian itu telah mendapat ketua baru apabila seorang guru Wan Harinawati Wan Daud telah dipilih sebagai ketua. Beliau mendapat 77 orang menewaskan dua calon lain termasuk bekas ketua yang mendapat 55 undi. [wm.kl.5:11 pm 12/10/13]
Bagi memperkasakan PAS, Ketua Pemudanya yang ada sekarang haruslah segera diganti. Saya nampak Ustaz Tantawi ini tiada cukup visi dan karisma untuk merialisasi aspirasi PAS.
ReplyDeleteEloklah jawatan ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda dicabar! Jawatan ini sesuai dipegang oleh mereka yang 'aktivist' dan 'frontist' bukan mereka yang suka berfalsafah dan main belakang tabir! Kalau mereka yang asyik berhadis dan berhadas sahaja dipilih, maka PAS akan layu dan lemah kerana pemuda asyik berteori dan berimaginasi! Sedangkan pemuda perlu tangkas,agresif dan kedepan....
ReplyDelete