Saturday, November 16, 2013

Dr Basit: Waspada jangan melampau terhadap Rasulullah

SERUAN MALAM                                                                               

Dalam khutbah Jumaat minggu lalu Musyrif Pondok Haji Abdul Rahman Sungai Durian, Kuala Krai Dr Abdul Basit Abdul Rahman telah menarik perhatian umum terhadap fenomena yang wujud akhir-akhir ini berhubung pemujaan dan penyanjungan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. yang lakukan dengan pelbagai cara yang dianggap melampau atau bidaah.

Dr Abdul Basit jangan melampau...
Beliau menyebut fenomena itu sepertilah membaca qasidah, syair dan puisi yang bertujuan untuk memuji dan memuja Nabi sehinggakan lupa soal ibadat. Beliau memberi peringatan itu berpandukan kepada penjelasan dalam hadith dan juga pandangan para ulamak muktabar berhubung kaedah-kaedah untuk memuja dan menghormati Nabi dengan cara sepatutnya.

Tajuk khutbah beliau itu menarik dan boleh menimbulkan kontroversi kerana ada elemen-elemen yang dimaksudkan oleh Dr Basit tersebut merebak di negara ini. Sudah tentu mereka yang kurang senang dengan singgungan itu akan melenting. Khutbah penuhnya boleh diikuti menerusi laman webnya http://www.abuanasmadani.com/.


Hurainya perbuatan itu seperti berqasidah dengan seni kata yang melampau yang turut serta diringi muzik dan tarian sambil mengoyangkan dan memusingkan badan. Beliau menyesali dan mempertikaikan acara seperti ini yang dilakukan dalam masjid.

Perbuatan seperti itu menurutnya sama dengan (golongan taghbir) seperti mana yang diceritakan oleh Imam as-Shafei. Golonngan yang diistilah sebagai as-Sama' atau taghbir ini merupakan kumpulan yang bersyair kononnya untuk zuhud di dunia yang dinyanyikan beramai-ramai sambil memukul bantal, kulit atau sebagainya dengan irama lagu.

Dr Basit mencungkilkan seperti apa diceritakan as-Shafei (wafat 204H) yang berkata;  “Di Iraq, aku meninggalkan sesuatu yang dinamakan taghbir. (Iaitu) perkara baru yang diada-adakan oleh Zanadiqah (orang-orang zindiq; menyimpang), mereka menghalangi manusia dari al-Quran.” [Riwayat Ibnul Jauzi, dalam Talbis Iblis].

Untuk menjelaskan lagi perkara ini Dr Basit mengemukakan beberapa pandangan ulamak lain mengenai golongan taghbir ini. Antaranya dari; Imam Ahmad yang menyifatkan golongan itu sebagai bidaah, Al-Qadhi Abu at-Toyib al-Tobari (wafat 450H) pula menyifatkan ia menyalahi jemaah muslim kerana telah menjadikan nyanyian sebagai agama dan ketaatan.

Manakala menurut Qurtubah, Imam At-Tartusy (wafat 520H) mengikut Basit menyifatkan mereka yang menari-nari itu samalah dengan perbuatan Samiri yang membuat patong lembu boleh bercakap untuk mereka. Golongan Samiri ini adalah golong menyembah anak lembu.

Hurai Dr Basit lagi menurut seorang lagi imam besar, Imam Sayuti r.h (wafat 911H) pula memberi pandangan mereka yang melakukan seumpama itu di dalam masjid menari dan memukul gendang dia adalah mubtadi - (perilaku bi'dah), sesat dan perlu dihalau dan boleh dipukul kerana perbuatan itu meremehkan perintah Allah yang mahu masjid dimemuliakan.
Beliau lantas menyarankan kepada umat Islam agar memuja dan menyanjungi Nabi Muhammad tidak lebih dan tidak kurang seperti mana disarankan Rasulullah; yang memberi ingatan darjat aku cukuplah seperti Allah sebutkan. "Aku Muhammad Abdullah dan pesuruh Allah," katanya. [wm.kl.9:50 pm 15/11/13]

No comments:

Post a Comment