Monday, November 25, 2013

Kedudukan golongan ulamak dan profesional sama gagah dalam PAS

ULASAN MUKTAMAR                                                                         
[Bhg Kedua]

Seramai 1,086 orang perwakilan yang mengambil bahagian dalam memilih pucuk pimpinan Pas untuk sessi 2013 - 2015 menampkan keresionalan mereka. Kalau kita menerima ada dua aliran pemikiran atau kumpulan di dalam Pas, dua golongan ulamak dan bukan ulamak (profesional) menjelaskan kedudukan mereka sama gagah.

Jika diambil kepada jumlah undi diperolehi calon Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) yang disifatkan digolongkan profesional manakala Nik Amar golongan ulamak sebagai perbandingnya (contoh) menjelaskan kedudukan itu.

Mohamad Sabu mendapat 588 undi atau kira-kira 54.5% undi manakala Nik Amar mendapat 490 undi atau kira-kira 45.5%. Ini menunjukkan kedudukan mereka atau golongan di dalam Pas sama gagah.

Kedudukan ini juga tercermin di dalam pemilihan tiga naib presiden dan 18 orang Ahli jawatankuasa. Mereka yang boleh disifatkan mewakil ulamak ada seramai lapan orang di dalam AJK. Mereka ialah Idris Ahmad, Nasarudin Hassan, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Zawawi Nik Salleh, Ridhuan Mohd Noor, Mahfodz Mohamad dan Nuridah Salleh. Jika dicampur dengan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Abdul Hadi Awang menjadikan 10 orang.

Manakala mereka yang boleh digolongkan sebagai profesional seramai 11 orang. Mereka ialah Mazlan Aliman, Nizar Jamaluddin, Amiruddin Hamzah, Mohd Hatta Ramli, Mujahid Yusuf Rawa, Drzulkifly Ahmad, Hanifa Maidin, Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad, Syed Azman Syed Mohamad Nawawi, dan Siti Mariah Mahmud.

Jika dicempur dengan dua orang naib presiden Sallahuddin dan Husam menjadi 13 orang.

Jelas angka-angka itu menunjukkan kapasiti dua golongan itu sama rata dan sama banyak. Strength mereka sama kuat. Justeru saya katakan pemilihan kali ini menunjukkan para perwakilan bijak membuat pembahagian dan masih mengelakan kombinasi saf kepimpinan dua tahun lepas. Dengan kedudukan ini tidak perlulah ada mana-mana pihak mendabit dada mendakwa golongan mereka kuat atau mendapat kepercayaan lantas berhak untuk menguasai parti.

Justeru hasil pemilihan itu kena diterima akan hakikatnya. Kesimpulannya kedua pihak tidak boleh menafikan di antara satu sama lain. Golongan ulamak tidak boleh mengatakan mereka berhak ke atas Pas, maka mereka perlu mendapat keistimewaan-kesitimewaan tertentu termasuk dalam membuat apa-apa ijtihad siasah. Begitu juga dengan profesional tidak boleh mendakwa mereka harus diberikan keutamaan termasuk dalam merangka tektik dan strategi politik dengan pihak Pakatan Rakyat.

Eloklah kalau AJK Pas sessi ini berkerja sama baik di antara satu lain. Sedia sama-sama memberi dan menerima pendapat berlandaskan perkara yang asas. Apa yang mereka kena fikirkan pengukuhan parti bukannya untuk memenangkan mana-mana puak atau pun menjual idealisme dan aliran pemikiran masing-masing. Tetapi kerjasama itu untuk memenangkan perjuangan (Pas).

Pengaruh Nik Amar dan Husam

Sehubungan itu kedudukan atau hakikat yang sama juga berlaku terhadap Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Husam Musa di Kelantan. Kalau diambil kira kepada undi yang mereka perolehi dalam muktamar lalu menjelaskan kekuatan mereka hampir sama.

Husam mendapat undi sebanyak 520 yang diberikan perwakilan untuk jawatan naib presiden, manakala Nik Amar mendapat undi sebanyak 490 dimanaka bezanya kelebihan kepada Husam sebanyak 30 undi sahaja.

Kalau diambil undi itu ia diberikan oleh perwakilan Kelantan, bahawa penyokong Husam dengan Nik Amar sama banyak. Jadi jangan hendaknya ada pihak-piohak tidak 'masan kepala' atau segar, mendakwa yang Nik Amar lebih berkuasa atau Husam lebih berkuasa. Dari segi kedudukan dalam kerajaan iya, Nik Amar ke depan tetapi itu tidak menjadi ukuran yang tepat.

Makanya berdasar kepada jumlah undi dan sokongan itu elok kedua-dua berkongsi memerintah Kelantan. Mungkin untuk berlaku adil Husam boleh dibiarkan mengurus parti manakala diberikan tugas mengurus kerajaan. Kombinasi pengurusan ini harus sekata untuk memperkuatkan Pas. Satu kaedah perlu dicari bagi mewujudkan keadaan ini.

Jika ada niat untuk mengenpikan Husam atas kedudukan dalam kerajaan itu, ia satu tindakan kurang bijak dan sengaja meletakkan Pas Kelantan bakal terjerlus dalam kancah masalah.

Rasanya situasi ini disedari semua pihak di Kelantan, baik di pihak Husam atau Nik Amar. Kesan daripada apa yang berlaku menyebabkan mereka mendapat undi kurang dari sepatutnya. Kalau mereka beruda mengakan maufakat seperti diosyorkan kemungkinan Husam akan dapat tambah undinya lima hingga 10 persen lagi. Begitu juga dengan Nik Amar akan mendapat laba yang sama.

Apabila mereka mendapat pertambahan undi mungkin kedudukan Husam sebagai naib presiden tidak corot manakala Nik Amar pula mungkin sudah menjadi timbalan presiden Pas kini. Kegagalan mereka berdua, khasnya Nik Amar boleh diletakkan atas sebab tidak adanya persefahaman kedua mereka, khasnya tindakan-tindakan melampau dilakukan penyokong masing-masing.

Husam dan Nik Amar khususnya dan semua orang Pas Kelantan perlu sedar dan insaf perenggangan mereka berdua, atau perlumbaan bagi mendapat pengaruh dan kuasa tidak memberi keuntungan kepada Pas. "Perbalahan' Husam dengan Nik Amar akan membuka lowong lurus untuk Umno menguasai Kelantan di masa akan datang.

Dengan selesainya muktamar dan peraduan untuk menguatkan kekuatan sebaiknya Pas Kelantan juga memulakan langkah-langkah positif ke arah pemantapan dan penyatuan ahli. Dan jika ini terjadi ia menyenangkan Ahmad Yaakub sebagai MB untuk mentadbir Kelantan. Kekuatan Ahmad Yaakub, ketahanan jiwanya terletak kepada penyatuan pengaruh peribadi Husam dengan pengaruh peribadi (kuasa) Nik Amar. [wm.kl.9:25 pm 25/11/13]

3 comments:

  1. Salam tuan,

    Sedikit pembetulan: antara AJK mewakili ulamak yg dipilih ialah Dr Mahfodz Muhamed bukan Mahfodz Omar...satu lagi kekeliruan saya ialah kenapa Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak diiktiraf mewakili ulamak sedangkan dia mempunyai kelulusan pengajian agama dari Al-Azhar & PhD siasah syariah...

    ReplyDelete
  2. Tuan MSO

    Sekali pandang memang tepat kata tuan puak ulamak dan profesional sama kuat jika kita lihat dari jumlah keahlian di dalam Dewan Harian Pusat.

    Jika kita lihat secara keseluruhan dari mula k3mp3n kita boleh juga buat ru.usan bahawa pencapaian puak ulamak tidak begitu baik jika kita lihat dari k3mp3n yang dijalankan ol3h p3nyokong puak ulamak samada dalam PAS dan di luar PAS aka UMNO. Sedangkan k3mpen puak profesional tidak seketara kemp3n puak ulamak.

    Sebenarnya k3nayaan PAS hari ini adalah hasil paduan kedua-dua puak ini yang mempunyai tujuan yang sama: berjuang diatas landasan Islam. Benar kata TGNA: ulamak profesional dan profesional ulamak. Dari pemerhatian saya satu budaya tidak sihat sedang bercambah dalam PAS yang pe4lu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan PAS Pusat. Permainan politik dalaman yang kebanyakan dibawa oleh golongan muda dalam berk3mpen sudah menampakkan ciri stail kempen UMNO. Budaya fitnah dan character asasination b3gitu ketara di alam maya dan malah menggunakan forum konvensional seperti liqa fikri yang diadakan di Ipoh. Kita tahu dari puak mana budaya ini digunakan.

    Pihak pimpinan perlu memberi perhatian serius sebelum budaya negatif ini menjadi budaya dalam setiap pemilihan PAS disemua peringkat. Kita cantas masa bertunas. Jangan tunggu sehingga ia sudah menjadi pohon balak matang. Tengok apa yang berlaku di dalam UMNO. Jawatankuasa Pemilih perlu mengheret individu-individu ini ke Lembaga Disiplin tanpa mengira suku sakat p3mimpin utama yang mana atau diperingkat mana pemimpin itu duduk didalam hirami PAS.

    Bat8

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,

    Perenggan 3 terakhir dirujuk.

    Sebagai general mereka MESTI tahu kawal pengikut mereka. Hanya ketua yang lemah saja membiarkan pengikut bermahajarela. Atau mencari ALASAN kelemahan diri dengan meletakkan sebab orang lain.

    Teringat cerita sejarah Perang Unta, pengikut yang bersemangat dikatakan yang memyebab perang, walhal General yang kuat pergi berbicang tanpa membaya armanda, lagi pun mereka saudara Islam kita.

    ReplyDelete