Thursday, November 28, 2013

Khalid mungkin ada motif naikan gaji Adun Selangor?

TAFSIRAN MALAM                                                                             

Tindakan Khalid Ibrahim menaikan gaji 56 Adun Selangor menimbulkan berbagai persepsi pro dan kontra. Ada yang menganggap kenaikan itu tinggi dan ada yang menyifatkan Khalid lebih mementingkan sendiri daripada kebajikan rakyat.

Khalid dikirik.
Yang mengkritik Khalid bukan saja dari pihak UBN tetapi dari PKR sendiri.

Semalam Khalid mengumumkan kenaikan elaun Adun di Dewan Undangan Negeri Selangor. Ekoran kenaikan itu Adun Selangor akan menerima kadar gaji baru berjumlah RM11,250 Timbalan Speaker RM15,750, Speaker RM22,500, Exco RM20,250 dan MB RM29,250.

Kenaikan paling tinggi ialah untuk Speaker sebanyak 373%. Bahkan gaji Khalid dikatakan mengatasi gaji perdana menteri RM22,826.65.

Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussein mempertikaikan kenaikan itu menyifatkan Khalid lebih mementingkan kebajikan sendiri dari menjaga kepentingan rakyat. Katanya rakyat Selangor masih belum terbela sepenuhnya di mana masalah pembangunan di luar bandar, kebajikan rakyat tidak lagi sempurna.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak senang dengan kenaikan itu yang dianggap sebagai terlalu tinggi. Walaupun beliau setuju dengan kenaikan itu tetapi ia tinggi dan minta Khalid mengkaji balik dan memberi alasan munasbaah.

Manakala Mohamed Azmin Ali meminta kenaikan itu ditangguhkan.

Khalid Ibrahim hari ini bagaimana pun bingkas mempertahankan kenaikan itu kerana ia munasabah kerana bebanan wakil rakyat banyak. Beliau sebaliknya menempelak Azmin sekiranya tidak bersetuju boleh diberikan gaji yang naik itu kepada badan kebajikan.

Menarik juga isu ini. Tetapi mungkin ada yang terfikir kenaikan itu adalah perkara biasa dan wajar. Tetapi bagi pemerhati kenaikan itu ada motif tertentu kalau tidak masakan ianya diteruskan. Khalid ketika respon kepada kritikan dan teguran itu menegaskan ia adalah muktamad.

Mungkin apa yang dilihat di sebalik kenaikan gaji Adun ini tidak disetujui oleh pihak lain dan dinafikan Khalid sendiri. Namun bagi pandangan umum kenaikan ini ada sebab dan tujuan tersirat yang boleh mengejutkan.

Umum tahu Khalid waktu ini sedang berhadapan dengan masalah, di mana corak pentadbirannya dipertikaikan. Cara beliau menguruskan negeri Selangor secara korporat menimbulkan kemarahan di kalangan ahli politik khasnya dari Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Justeru itu berlaku beberapa protes terhadap Khalid termasuk cadangan agar menurunkan beliau dari kerusi MB dan diganti dengan orang lain. Walaupun beberapa isyarat diberikan agar beliau meninggalkan kerusi MB dengan baik, tetapi Khalid seakan tidak mempedulikannya. Sikap 'lembu kenyang' yang diamalkan Khalid menjadikan kemarahan kepadanya semakin menjadi-jadi. Teguran secara baik dilakukan Anwar juga tidak dipedulikan.

Di satu peringkat pihak BBC Selangor mengemukakan memorandum memprotes tindakan Khalid yang memotong peruntukan pembangunan atas alasan ianya tidak dibelanjakan. Tindakan benar-benar menimbulkan kemarahan. Peringkat pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat DAP dan PAS juga telah memaklumi keadaan ini.

Sikap beliau tidak mesra politik dengan orang-orang parti juga menjadi masalah. Akibatnya banyak masalah mengenai pengurusan parti tidak berjalan lancar kerana Khalid tidak sedia membantu parti dengan kedudukannya sebagai MB. Khabarnya Khalid tidak mempeduli langsung mengenai kewangan parti menyebabkan ada sesetengah kaki tangan pejabat tidak bergaji.

Bertolak dari sikap dan stail itulah beliau terus dikritik sehingga sampai ke peringkat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya sekiranya beliau degil untuk tidak melepaskan jawatan. Ada sumber menyatakan beliau diberi masa selama tiga bulan.

Apakah langkah Khalid menambahkan gaji Adun itu sebagai usaha beliau untuk mengambil hati para Adun Selangor agar tidak terpengaruh dengan suara-suara atau perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya kepadanya? Tunggu ulasan selanjut. [wm.kl.9:27 pm 28/11/13]

2 comments:

  1. Ini dinamakan politik korporat melayu vs politik parti melayu. Khalid berbelas tahun di dalam GLC. Sesiapa yang pernah bekerja di GLC tahu bagaimana simpang siur politik golongan kelas perniagaan melayu yang kadang kadang lebih thrill dan menarik berbanding politik dalam parti itu sendiri. Azmin tiada pengalaman korporat dan boleh disimpulkan, siapa yang lebih pandai pusing duit dan tahu masa untuk menjual dan membeli?. Jangan sangka gagap si Khalid satu kelemahan. Jangan sangka dia bebal. Sila kaji peranan dia merembat guthery dari British ke tanah melayu satu ketika dulu.

    ReplyDelete

  2. Salam, bagi saya tindakan MB buat parti asing kerajaan negeri asing tu adalah sangat bagus.

    Tak adil untuk rakyat bila nak guna pengaruh MB untuk menambah sumber kewangan parti untuk bayar gaji orang parti.

    Skrg MB berkhidmat untuk negeri dan rakyat, bukan untuk parti.

    Kalau nak cerita pasal kewangan parti, bukak proposal lain tanpa melibatkan title MB dalam urusan tersebut.

    ReplyDelete