Anwar: gantung tugas Ghani. |
Sebaik Mahathir menjadi PM kira-kira 21 tahun lalu beberapa orang pegawai di pejabatnmya telah ditangkap kerana disyaki menjadi pengintip dari KGB (Russia).
Lantaran itu apabila Mahathir mendapat maklumat mengenai perkara itu beliau terus bersuara walaupun ia tidak menyenangkan Peguam Negara Ghani Petail dan menimbulkan masalah kepada negara di mana integriti negara boileh dipertikaikan dunia luar.
Mahahir juga dipetik ada bertanya kepada menteri KDN Ahmad Zahid Hamidi mengenai hal itu dan menteri berkenaan memberi jaminan ingin menyiasat. Apakah Zahid sudah mengarahkaqn polis membuat siasatan tentang itu? Kalau sudah apakah keputusannya, atau pun jaminan Zahid itu sama juga dengan kenyataanya untuk mendedahkan ada tokoh pembangkang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu tempoh hari yang sampai ke hari ini bulu hidung tokoh berkenaan pun tidak kelihatan.
Najib dan Zahid tidak boleh mengambil sikap mendiamkan diri. Hal perisikan itu perkara penting kerana ia menyentuh soal keselamatan negara. Jabatan Peguam Negara bukan balai penghulu atau JKKK ia melambangkan institusi yang berhubung soal keutuhan keselamatan negara. Maka ia perlu ditangani segera secara tuntas.
Jika dakwaan atau kebimbangan Mahathir itu tidak berasas Najib perlu tampil membuat kenyataan menjelaskan keadaanya. Apabila Najib mendiamkan diri menyebabkan akan ada orang membuat tanggapan mereka berdua (beliau dan Ghani) bersekongkol atau saling menyembunyikan rahsia?
Apabila timbul tanggapan ini, tidak dapat tidak orang akan mengaitkan dengan kes pembunuahn Altantuya yang mana tragedi itu sering membayangi Najib. Pembebasan kedua orang disyaki membunuh Altantuya menyebabkan tanda tanya menjadi makin tebal.
Apakah Najib enggan bertindak di atas persoalan dibangkitkan Mahathir itu kerana Ghani Petail terlalu berbudi dan berjasa kepadanya? Kalau berbudi dan berjasa, mengenai soal apa. Altantuya kah? Mengenai isu ini sedikit menjadi persoalan kenapa parti pembangkang lain khasnya Pas tidak memberi tekanan kepada Najib menjelaskan perkara ini.
Setakat ini hanya Anwar Ibrahim yang membangkitkan dan minta perkara itu dijawab. Anwar juga meminta agar tugas Ghani sebagai peguam negara digantung sementara siasatn dijalankan. Apakah kerana Pas sibuk dengan pemilihan pemimpin maka isu yang mustahak ini terabai? [wm.kl.3:47 pm 10/11/13
pengintip dari KGA (Russia).
ReplyDeleteKGB