Media massa Malaysia sudah dikenali seantero dunia sebagai industri maklumat yang tidak bebas. Media massa Malaysia terikat dengan berbagai akta yang dilaksanakan atas alasan untuk keselamatan negara konon. Walhal segala akta yang mengikat kebebasan media massa Malaysia untuk mempertahankan kedudukan individu berkuasa dan hegemoni parti memerintah, UBN.
Disebabkan laporan ini akhabr ini dikena surat tunjuk sebab. |
Antaranya akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (SA), Akta Darurat 1948 dan lain-lain. Bagaimana pun secara amat perlahan, selepas menghadapi serangan awam bertahun-tahun, barulah beberapa peraturan di bawah akta berkenaan dilucutkan. Tetapi akta tunggak masih tetak ada, misalnya Akta Darurat 1948.
Pemansuhan beberapa peraturan tidak membawa apa-apa erti langsung. Misalnya mengenai permohonan untuk mendapatkan permit penerbitan, sampai hari ini peraturan dan syarat dibawah Akta Penerbitan dan Mesen Cetak 1984 masih kekal. Tidak lama sebelum ini portal Malaysiakini memohon untuk mendapat permit penerbitan tetapi tidak dibenarkan, bahkan permohonan portal berita itu pun dihalang.
Abdullah Ahmad Badawi |
Harapan rakyat untuk mendapat ruang media massa yang bebas masih belum tercapai dan terawan-awanan dalam mimpi siang. Hanya di era Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, media massa negara ini diberi sedikit ruang kebebasan. Abdullah bolehlah dianggap sebagai bapak pembebasan di negara ini atau tepatnya sebagai penebuk lubang menggamit sinar.
Di zaman Abdullah tidak ada akhbar yang digantung permit atau wartawan ditahan kerana menulis sesuatu dianggap bersalah dengan undang-undang negara atau yang mengkritik hebat kepimpinan beliau.
Ia amat kontras dizaman Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, (1982 -2004). Ada akhbar yang baru keluaran pertama diterbitkan sudah diharamkan kerana ia menyentuh batang tubuh Mahathir Mohamad. Saya sendiri ada pengalaman berhadapan dengan birokrasi kebebasan akhbar ini. Pantang menulis mengkritik pemimpin, dasar kerajaan dan Umno saya akan dipanggil dan diberi kaunseling berupa arahan, ugutan untuk menggantungkan permit.
Pernah pihak polis mengawal mesen cetak yang ketika itu sedang mencetak buku saya berjudul "Talqin Untuk Mahathir". Rampasan tanpa mengikut SOP juga sering berlaku baik oleh polis atau pihak penguat kuasa KDN. Mungkin sahabat saya Ahmad Lutfi Othman boleh mengisahkan perihal kegelapan dan kekejaman terhadap media massa dizaman Mahathir.
Salah sebuah akhbar yang diuruskan oleh saya pernah menjadi mangsa kejumudan fikrah terhadap kebebasan bersuara dan hak asasi. Media dizaman Mahathir wartawannya menulis dalam keadaan kedua belah tangan diikat, kaki dirantai di hadapan ternampak jeriji besi. Ia bertentangan dengan kelantangannya mengkritik pihak luar tetapi begitu sensitif dan tertutup untuk ditegur.
Buktinya di zaman Mahathir berbelas-belasan akhar digantung permit manakala penulis (wartawan) diberi amaran malahan ditahan. Zaman Mahathir adalah zaman gelap bagi media massa negara ini, manakala zaman Abdullah zaman membuka lubang udara kepada media-massa. Sebagai membuktikan kebebasan media berlaku dizaman Abdullah sehingga beliau sendiri menjadi mangsa akibat kebebasan sedikit yang diberikan itu.
Merujakan lagi yang mengkritik Abdullah bukan media massa alternatif tetapi media massa PB sendiri mengkritik Abdullah.
Warga media massa di era Abdullah termasuk pihak pencetak dapat merasakan kebebasan dilakukan Abdullah dan merasa seronok dengan pendekatannya. Malaysia sendiri juga seakan terlepas dari tirani penahanan oleh Mahathir terhadap dunia media massa. Sebab itu kerancakan media massa membuat kritikan kepada kerajaan jelas. Abdullah mungkin sedih atas nasib diterimanya tetapi sejarah tetap mengenangkan beliau sebagai bapa pembebasan. Dari satu sudut lain Abdullah berpuas hati.
Hari ini media massa dan wartawan yang diberikan sayap kebebasan oleh Abdullah yang kemudian diteruskan sedikit oleh Najib Razak apabila memansuhkan peraturan perbaharui permit yang dibuat sejajar pembaharuan (transformasi) sebaik beliau menjadi perdana menteri, tetapi kini ia seakan hendak dikoreksi semula.
Ada dua kejadian terbaru menampak ke arah itu, yang mana ia sering berlaku pada era Mahathir, iaitu larangan ke atas sebuah artikel ditulis A Kadir Jasin menerusi blognya yang dipeik-siar oleh web Astori Awani dan juga teguran ke atas akhbar The Heat. Web Astro Awani diminta agar menarik keluar artikel Kadir. Manakala akhbar The Heat diberi surat tunjuk sebab.
Kedua tindakan itu diambil kerana artikal atau laporan itu membabitkan perbelanjaan hidup perdana menteri dan juga isteri Rosmah Mansor. Manakala dalam artikel Kadir katanya beliau menyinis Rosmah apabila Najib memuji Rosmah membantu negara semasa menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno dengan mencadangkan agar Rosmah dilantik jadi menteri. Itu saja.
Dua tindakan ini memberi gambaran dan petunjuk baru kepada kebebasan bersuara di negara ini. Apakah zaman gelap yang dilalui media massa berdekad lalu yang terhenti seketika diera Abdullah akan diamalkan semula? Ada petunjuk ke arah itu.
Kalau ia ditarik balik dan gua hitam kepada media massa dikembalikan semula ia tidak menghairankan. Ini zaman Najib zaman tidak kemas dan zaman tidak konsisten. Zaman yang sesuatu keputusan boleh berganjak dan berinjak pada jam sama. Zaman 'bercemperian'.
Semua masih ingat bagaimana Najib menerusi visi transformasinya telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Tahan Kediaman. Dunia terjungkil dan terbeliak mata dengan langkah Najib itu. Tetapi sebelum tepukan kebanggan atas keberanian Najib itu lerai, satu akta baru digubal bagi mengganti akta berkenaan iaitu Akta Pencegahan Jenayah yang mirip ISA.
Jadi tidak mustahil kalau media massa terus menjadi tajam menyindir dan mendedahkan penyelewengan kewangan dan sebagainya, maka pengguguran beberapa syarat dibawah Akta Penerbitan dan Mesen Cetak 1984 itu akan ditarik balik. Akan dimasuk semula ataupun satu akta baru akan digubal bagi menyekat kebebasan bersuara yang tidak sampai separuh bebas itu. Apa yang terjadi kepada akta kediam rasmi yang ditarik balik diganti dengan akta pencengahan jenayah.
Menteri Dalamn Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang sudah mula merasai dia akan menjadi perdana menteri mungkin akan membentangkan satu rang undang-undang baru bagi mengawal media massa agar tidak boleh mendedah dan bersuara ke atas apa-apa asepk kepincangan sehinggakan beliau tidak akan sampai ke destinasi itu. Kepandaian Mahathir dalam hal ini mungkin akan ditiru Zahid.
Boleh jadi juga peraturan terhadap media massa akan dilakukan nanti demi untuk mempertahankan kesucian Rosmah Mansor dalam kaca mata Zahid Hamidi. Mungkin kita tidak melupai lagak Zahid dalam perhimpunan agung Umno sering kali meminta perwakilan memberi standing ovation kepada Rosmah. Kenapa? Ahmad Maslan mungkin ada jawaban. [wm.kl.5:28 pm 13/12/13]
No comments:
Post a Comment