Saturday, December 7, 2013

Naib presiden Umno keturunan Jawa yang angkuh

DI KEJAUHAN                                                                                  

Naib presiden keturunan Jawa.
Di kejauhan ini saya tetap mengingati kepada negara tercinta. Kepada beberapa negeri yang sedang dilanda banjir dan penduduknya sedang diuji oleh Allah diharap banyak bersabar dan bermujahadah. Teringat juga kepada politik di Malaysia. Walaupun saya seharusnya kena tidur awal untuk meneruskan perjalanan esok tetapi berita yang saya baca menjadikan mata saya keras, hati juga panas meleking.

Rasa menyesal pula bila akses internet meyebabkan saya terbaca berita yang saya kira sangat buruk, jahat dan terkeluar dari seorang mulut manusia yang penuh pembohongan dan fitnah. Seorang manusia yang merasakan dirinya sudah besar dan hebat, dan mula diratib oleh kawan-kawanya bakal menjadi perdana menteri. Cis, kalau beginilah bakal pemimpin masa depan Malaysia.

Berita itu ialah tentang saranan naib presiden Umno keturunan Jawa, bernama Zahid Hamidi yang meminta menteri agama Jamil Khir Bahrum tangkap timbalan presiden Pas Mohamad Sabu kerana dikatakan berfahaman Syiah.
Manusia Zahid ini membuat cadangan itu ketika menggulung perbahasan di hari akhir persidangan Umno. Katanya seperti mana dipetik dari laporan, dia serahkan kepada Jamil Khir untuk bertindak ke atas Mohamad Sabu. Apakah si Zahid ini sudah mempunyai bukti-bukti jelas sehinggakan membuat arahan terbuka begitu atau sekadar nak tunjuk berani? Begitukah? Kalau pun beliau ada bukti cara yang dilakukan sangatlah dangkal.

Cara Zahid mengarah Jamil Khir itu tak ubah sama dengan Rosmah Mansor mengarah Najib Razak melakukan hal-hal tertentu. Apakah Zahid sekarang ini sudah mereng atau sinting sehingga sanggup membuat arahan itu? Kalau pun beliau mahu ditepok dalam perhimpunan agung Umno untuk mempamirkan dialah terhebat, tetapi kenapa dia menggunakan isu Syiah dan melibatkan orang nombor dua Pas? Apakah dia tidak tahu apa yang dia sebutkan itu menyentuh peribadi Pas? Mohamad Sabu adalah timbalan presiden Pas bukan naib presiden sepertinya? 

Cara Zahid itu bukan saja angkuh dan sombong tetapi ia melukai hati orang-orang Pas khasnya para pendokong Mohamad Sabu. Tidak sepatutnya seorang yang menampakkan dirinya sebagai berkeperibadian Islam, berlatar belakangan pendidikan sekolah Arab, Zahid membuat tuduhan jahat sebegitu. Cara Zaid itulah menyebabkan orang kafir meragui kepada keperibadian orang Islam seperti Zahid kerana ia sanggup melempar fitnah kering, menghukum sebelum bicara. Ia memberi kesan orang kafir akan menganggap semua orang Islam persis anak Jawa Bagan Datuh ini. 

Seperti mana difahamkan Mohamad Sabu sedang berunding dengan peguamnya untuk mengambil tindakan ke atas manusia Zahid itu. Teruskan, orang yang berlagak dan sombong seperti Zahid ini perlu diajar secukupnya. Kalau Mohamad Sabu amabil tindakan bukan untuk dirinya saja, tetapi demi menjaga dan membela maruah Pas juga.

Tindakan perlu bagi mengingatkan si Jawa itu. Jangan dia ingat Umno adalah berkuasa penuh. Sesekali dia kena perlu diberi tahu bahawa kuasa dalam Umno tidak akan ke mana. Hari ini dia merasa seronok dan sombong kerana dianggap sebagai naib presiden tertinggi. Tetapi beliau jangan angkuh dan mudah lupa daratan, kekuasaan dan pengkat dalam politik boleh hilang sekelip mata sahaja. Sudah banyak orang yang lagi hebat daripadanya yang sudah berada dipinggir kekuasaan tetapi tercabut rahmat.

Jangan kerana dia merasakan menang dengan seorang budak lelaki (yang mengorat anaknya yang menjanda) dikatakan ditumbuk mukanya budak itu sehingga renyok penyeyut maka beliau harus merasakan dia lepas. Anak Jawa itu kena ingat bahawa hari-hari mendatang belum tahu lagi milik siapa. Perwakilan Umno akan memberi sokongan dan undi bila mereka diberikan dedak dan umpan, tetapi selepas dedak dan umpan tiada, tidak akan siapa yang angguk bertepuk dan bersorak. Akan tinggalkan kamu seperti alu yang lesungnya yang induknya berlubang. 

Kita tunggulah apa yang akan berlaku seterusnya. Percaya dan yakinlah si pengkhinat dan munafik tidak akan dapat bertahan lama. Zahid boleh melindungi kejahatan dan munafiknya kepada budak-budak Umno baru tetapi orang Umno yang sudah berumur tahu akan sifat munafik Zahid ini dan juga macam mana sepak terajang politiknya. Saya juga ada menyimpan kisah dan cerita tersendiri mengenai orang ini mungkin sudah sampai masa untuk saya mengisahkan di sini. [yogjakarta 9:35 pm 07/12/13] 

11 comments:

  1. Assalamu alaikum tuan. Saya juga anak jawa dan anak jawa ini nak juga merlepaskan geramnya. Orang jawa kalau baik dan berakhlak, baik dan berakhlaknya boleh memayungi orang lain tapi kalau jahat, zalim dan sombong lantas pantas sekali untuk diajar di agar bukan semua jawa dianggap seperti dia.

    Dulu, ada orang berkata yang si jawa Perak itu hanya cara politiknya sahaja nampak sombong dan berlagak tapi keperibadiannya tidak begitu tapi semalam jelas dia telah lupa daratan dan melampau sehingga tidak tahu di mana dia berpijak lagi. Dia nak menuduh timbalan presiden aku (anak Jawa juga) sebagai Syi'ah. Lihatlah pada presiden dan timbalan presiden kamu apakah benar-benar mereka mengamalkan ajaran Ahli Sunnah. Apakah benar UMNO itu parti ahli sunnah. Pastinya jelas bila diamat-amati yang UMNO itu parti sekular, Pak. Ia bukan parti Islam. Nah, kalau sekular maka di mana sunnahnya. Justeru, UMNO bukan Syi;ah, juga bukan sunnah. Loh, jadinya apa. Bisa-bisa saja buka mulut kata timbalan presiden aku begitu.

    Kalau saya berkemampuan, mahu sahaja saya menaja ahli-ahli PAS untuk buat saman peribadi iaitu seorang ahli satu saman ke atas orang nombor tiga UMNO itu. Ya, ahli PAS berhak menyaman atas premis menuduh PAS berpemimpinkan orang Sy'ah dan ini boleh menjatuhkan nama baik PAS itu sendiri. Kalau seorang saman seratus ribu ringgit, dapat 10,000 orang buat saman, tak tahu ap[a nak jadi pada si jawa itu.

    Terpulang pada tuan sama ada nak siarkan atau tidak. Pokoknya saya dapat lepaskan geram saya melalui blog tuan. Terima kasih tuan kerana sediakan ruang pada blog tuan.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan MSO...
    Sudah sampai masanya utk didedahkan siapa si munafik ini

    ReplyDelete
  3. Jangan disebabkan kebencian terhadap seorang Zahid Hamidi, tulisan anda menghodohkan orang Jawa keseluruhannya.

    Tak perlu disentuh rasnya bagi menggambarkan keburukan individu itu.

    Menulislah dengan hikmah, bukan emosi bagi menjaga hati rakan-rakan Pakatan berbangsa Jawa.

    Anda berguru dan bersahabat dgn Tok2 Guru, ambil wangian mereka sebagai bauan dalam tulisan anda. Jangan menghina Tok2 Guru anda dengan mencalit bauan busuk pada artikel anda, kerana itu bukan akhlak mereka.

    Pendokong Dr Rani,
    Meru, Klang

    ReplyDelete
  4. Salam MSO

    Dedahkan saja perangai buruk Zahid ini. Orang kampung pun dah lama menyampah kat dia. Entah macam mana boleh menang.

    ReplyDelete
  5. Keturunan jawa ke bugis?....rasanya tuan MSO pernah tulis dia keturunan Bugis

    ReplyDelete
  6. Terkejut juga mendengar si Zahid Hamidi yang tak pasal-pasal melontarkan kemarahan kepada Mat Sabu. Mungkin terlalu kecewa kerana Mat Sabu masih dipilih, bukannya golongan ulama yang membuka ruang untuk kerjasama nasionalis Melayu...

    ReplyDelete
  7. Kasar & keras bunyinya boh. Mungkin sesuai sangat untuk orang yg biadap.

    ReplyDelete
  8. ....benar menduduki tampuk politik hanya sekejap dan pengaruh beliau dlm politik tidak sehebat mana pun.Dulupun kerana DSAI yg menghulur namanya.

    ReplyDelete
  9. Kenapa pendokong dr rani terasa..anda penyolong anak jawa itukah. Saya tidak pun menburuk orang jawa. Anda juga macam anak jawa itu yg mengata orang lain syiah. Masih ratusan juta orang jawa yang baik. Hanya si jawa itu..kebetulan sy sempat mengenali dari dekat. Dia jawa takkan hendak dikatakan cina atau keling. Baca dlm perspektif luas dan jgn jumud.

    ReplyDelete
  10. keburukan itu datang dari batang tubuh dan sikap dajjal zahid sendiri bukannya kerana dia dari suku jawa maka dia dihina
    ayah saya rawa gopeng..mak saya jawa gombak..walaupun darah jawa cuma separuh tapi tak terhina pun penulisan tuan mso
    anak jawa zahid tak tau jaga mulut layak dibaling batu bata tepat ke muka

    ReplyDelete