Mereka akan lupa kepada ilmu dan disiplin diamalkan sebelum menyertai Umno. Sia-sia sesetengahnya menuntut sampai ke peringkat Phd akhirnya terjelapak dalam sistem Umno.
Mereka akan terikut dengan induk yang menjuarai sistem Umno itu sendiri. Kalau mereka berlatar belakang agama yang tahu halal haram, tahu kepentingan sifat perikemanusiaan, tetapi mereka akan lupa ilmu berkenaan.
Begitu juga kalau mereka berpendidikan ekonomi tahu pengurusan ekonomi dan sebagainya, tetapi bila sudah menjadi ahli politik mereka tidak lagi mempergunakan ilmu itu sebagai pandauan corak pemikiran mereka.
Misalnya perhati sahaja kepada jawaban-jawaban atau pun alasan diberikan menteri mengenai sesuatu tindakan yang memberi kesan langsung kepada rakyat hasil polisi dan dasar diperkenalkan kerajaan. Contohnya dalam menangani kenaikan harga barangan seperti ayam, gula, bahan bakar, kenaikan tol, cukai pintu, pengangkutan awam dan sebagainya. Bagaimana jawaban mereka? Perhatikan mereka menggunakan sifir atau formula yang sama untuk menjawab bagi meredakan keresahan rakyat.
Menteri-menteri yang jaga ayam misalnya bila berlaku kenaikan harga ayam mereka menjawab dan menasihatkan rakyat agar jangan makan ayam. Yang menjaga petrol bila berlaku kenaikan dan rakyat merunggut mereka menasihati rakyat agar guna kenderaan awam atau kayuh basikal. Mereka juga akan menggunakan alasan, kononnya di negara lain harga minyak jauh lebih mahal dari Malaysia.
Bila ada rakyat yang mengkritik tindakan rasis Umno terhadap tindakan kerajaan, mereka akan marah kepada pihak pengkritik dan menghalau supaya keluar dari negara ini agar kembali ke tanah air asal datuk nenek mereka. Jika ada yang mempertikaikan sistem pilihan raya di negara ini, tidak telus dan minta diubah dari sistem menang berasaskan undi bukan peratusan, mereka menghalau agar cari negara lain yang difikir sesuai.
Terbaru jawaban yang sama kelasnya dibuat oleh tokoh korporat yang baru direndam di dalam tempayan budu Umno, bernama Abdul Wahid Omar. Beliau yang bertanggungjawab hal ehwal fizkal negara termasuk kenaikan tol lebuh raya menasihati rakyat agar jangan guna lebuh raya kalau tidak mahu menerima kenaikan tol.
Jawaban-jawaban berupa escapisme begitu tidak wajar diberikan oleh orang yang dianggap cerdik dan terkecuali dari menganuti fahaman politik Umno. Jawaban itu bukan memberi kelegaan kepada rakyat tetapi lebih untuk menyindir rakyat. Sebagai kerajaan bila mereka bersikap sindir dan herdik rakyat, rendah sangatlah darjat sesuatu kerajaan itu.
Rakyat boleh menerima kenaikan harga barangan, tetapi biarlah ia beralasan dan logik serta tidak terlampau membebankan. Kerajaan perlu menggunakan alasan yang kemas untuk memerah peluh rakyat. Sebagai rakyat mereka sanggup lakukan apa sahaja kepada negara demi kedaulatan mereka, tetapi kalau alasan diberikan tidak munasabah dan berbentuk menyindir ia menyesalkan rakyat.
Kerajaan jangan berfikir selamanya mereka boleh lepas dengan jawaban dan penjelasan begitu. Rakyat mahluk yang hidup ada hati dan perasaan sedang memerhati sejauh mana kezaliman kerajaan kepada mereka. Mungkin tindakan mereka agak lambat sedikit kerana sebilangan besar terpengaruh dengan umpan dan gula-gula dari kerajaan.
Apa salah kalau kerajaan mengambil kira pandangan dan kritikan pembangkang. Kenaikan harga barangan disebabkan keadaan negara kita merudum. Hutang negara sudah melimpah tong kemampuan sebenar. Puncanya telah dikenali pasti oleh pembangkang, antara kerana berlaku ketirisan dan penyelewengan serta pemborosan oleh kerajaan.
Disebabkan ketirisan, penyelewengan dan pemborosan itu menyebabkan tabung keweangan negara menjadi semakin renggeh.
Cuba kerajaan mengambil perhatian atas teguran pembangkang itu tentu keadaanya tidak separah hari ini. Sepatutnya kerajaan bersikap terbuka dengan teguran dan kritikan itu kerana disamping ia menguntungkan rakyat ia juga memberi kebaikan kepada kerajaan sendiri.
Jangan kerajaan berdegil untuk tidak peka kepada teguran dan kritikan pembangkang. Manakala jawaban-jawaban berbentuk bersifat lepas tangan dan bodoh seperti yang dilakukan, hentikanlah. Menteri berfikir dan berilah jawaban yang ada logik dan menggambarkan yang mereka ada akal sikit. [wm.kl.3:28 pm 17/12/13]
Tepat sekali! Contohnya dah banyak. Apabila masuk UMNO saja minda di'bonsai'kan. Mungkin banyak makan yang haram kot?
ReplyDeleteBkn itu saja, malah ada unsur mengugut rakyat di mana projek lebuhraya yg akan dibina slps ini akan bergantung kpd kesanggupan rakyat utk menerima kenaikan tol atau tidak....itulah dia bl ahli keparat yg menerajui
ReplyDeletejawapan mereka rata2nya memperbodoh dan memperlekehkan tahap pemikiran rakyat...saya yakin kalau tanya pelajar upsr pun mrk tak boleh terima jawapan sebegitu...apatah lagi pelajar tingkatan enam. yang KPM cuba melahirkan pelajar mempunyai pemikiran beraras tinggi...dari bidang akademik berasaskan fakta tejun ke bidang politik berasaskan auta...
ReplyDeleteSalam Tn MSO. Satu posting yg memberi pncernaan minda yg tepat. Bukankah kerajaan sepatutnya membela rakyat, bukan menindas terus menyiksa dan memberi bebanan demi bebanan? Mohon Allah bukak hijab yg menutup kebobrokan mereka. Amiiin.
ReplyDeletementeri boleh cakaplah jgn guna lebuhraya kalau tol naik sebab puak puak dia semua benda boleh claim....tu tak kira lagi hok rembattt
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteJika kita perhati betul-betul tentang kenaikan pelbagai benda mutakhir ini kita boleh melihat semacam ada satu pola yang m3njadi asas kenaikan-kenaikan ters3but. Pertama kesemua benda yang naik itu ada hubungkait dengan subsidi meskipun jika kita lihat trend harga dipasaran dunia ia sedang menurun dan tidak sepatutpun naik. Kategori ini ialah petrol Ron95/diesel, gula dan gandum. Manakala tarif letrik dikala TNB untung paling tinggi RM 4.61 Billion dan permintaan semakin meningkat tetapi alasannya kerana TNB perlu RM 6 billion setahun untuk pelaburan.
TNB adalah syarikat awam sama dengan syarikat genting milek taukeh kasino tu. Syarikat awam mempunyai pemegang-pemegang sahamnya dimana setiap tahun akan menerima dividen dari keuntungan. Jika syarikat awam hendak mendapat suntikan modal ada beberapa cara yang biasa dibuat bukannya menekan terus dari rakyat yang bukan pemegang saham dan yang tak pernah menerima dividen dari syarikat itu. Contohnya, bolehkah syarikat genting memaksa rakyat Malaysia yang bukan pemegang sahamnya memberi wang secara terus kepada syarikat genting yang hendak membesarkan masinonya di genting tu? Begitu nuga dalam kes TNB ni.....
Pola yang kita nampak Najib begitu terpaksa membiarkan apa jua yang ada kaitan dengan subsidi naik kesemuanya serentak tanpa menghiraukan kesannya kepada rakyat dalam keadaan sekarang. Kenaikan-kenaikan ini macam tidak boleh ditangguhkan langsung semacam ada satu kesan buruk yang berlaku jika ditangguhkan. MENGAPA?....MENGAPA?
Jika kita tahu sebabnya maka kita akan faham mengapa Abdul Wahid bersikap seperti orang tak cerdik bila memberi alasan mengapa tol perlu dinaikkan? Mustahil seorang bekas CEO sebuah bank yang antara yang terkukoh di asia dan dunia tiba-tiba menjadi begitu tak cerdik.
Berbalik kepada kegilaan Najib nak menjimatkan subsidi secara besar-besaran ini,kita tidak dengar kemana penjimatan ini bendak dilaburkan. Pelik kan? Apakah kewangan begitu tenat sekarang dimana penjimatan ini hanyalah penjimatan atas kertas sahaja sebab duit untuk subsidi penuh tak cukup?.....hehehe.
Pelik lagi mengberankan, Najib yang begitu perihatin dengan penderitaan rakyat sebelum PRU 13 sehingga sanggup menabur duit kerajaan seperti menabur daun getah kering tiba-tiba menjadi begitu zalim, menaikkan semua benda yang ada kaitan dengan subsidi kesemuanya sekaligus tanpa ada sekelumit perasaan kesian kepada penderitaan yang bakal ditanggung oleh rakyat? Terutama golongan diluarbandar dan yang berpendapatan rendah yang telah memenangkan beliau dalam PRU 13 yang lalu.
Sama-samalah kita renung.
Bat8
Beginilah hasilnya apabila pemikiran rakyat tidak merdeka. Yang berkuasa tidak akan berasa takut atau bimbang untuk melakukan apa-apa sahaja kerana mereka tahu fikiran rakyat tidak merdeka. Rakyat akan marah hanya buat seketika. Tetapi, mereka akan lupa segala-galanya apabila tiba pilihan raya. Mengapa? Sebabnya, ada intlektual yang mencari makan dengan UMNO akan menjadi benteng mempertahankan UMNO.
ReplyDelete